Wednesday, December 18, 2013

Tiga kali detik : Solat, syukur, istighfar!

Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamua'laikum dan salam keceriaan!

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, dua tiga hari ini aku seperti dikurniakan rezeki oleh Allah untuk menjumpai artikel-artikel, ebook, video dan sebagainya yang menghidupkan kembali semangat untuk bersyukur. Dan beristighfar.

Seiingatku, semua rencana Allah yang teratur sehingga hari ini bermula daripada kisah-kisah kematian. Bermula dengan kisah arwah Azim, pelajar kampusku yang mati lemas, dan Alhamdulillah pengakhiran yang sangat baik baginya. Kemudian, disusuli pula dengan kisah Ahmad Ammar, kematian yang..subhanallah sangat menghidupkan! 

Kematian orang-orang yang disayangi Allah ini, buatku rasa sangat tiada apa apa untuk dipersembahkan kelak di hadapan Allah dan kerdil sungguh diri. Aku juga sering terfikir entah bagaimanalah pengakhiran kehidupanku di dunia ini. Jujur kukatakan, setiap kali Facebook dibuka, pasti ada sahaja kisah Sehidimez (Syahid kita) Ahmad Ammar yang akan menyapa pandanganku. Manarik, banyak sangat kebaikan yang boleh dipelajari daripada kisah arwah. Walau bagaimanapun, mungkin bukan kali ini untukku membuat muhasabah lanjut mengenai kisah mereka. Cukuplah, aku ekstrak sedikit daripada kata-kata di statusnya, "Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat". 

[[credit]]
Apabila merasakan diri sangat tidak well-prepared untuk husnul khatimah, aku mula menyemak kembali perkara penting dalam urusan harianku.

Solat.
Bersyukur.
Istighfar.
.
.
.

Cukup tiga dulu.

Solat.

Ustaz dulu kecik-kecik selalu pesan, kalau ada masalah, "Check balik solat kamu". Tidak lama selepas sesi bermuhasabah, seorang sahabat yang sungguh saya sayangi dia kerana Allah, berkongsi tentang keajaiban solat di awal waktu dari segi saintifik. Dalam perkongsiannya, diterangkan lanjut bagaimana frekuensi beberapa bahagian badan kita sama dengan frekuensi alam. Justeru, secara saintifiknya, solat awal waktu pada kelima-lima waktu solat dapat menyihatkan tubuh badan kita. Misalnya, frekuensi alam pada waktu Zuhur berwarna kuning. Hal ini sama dengan frekuensi sistem di bahagian perut. Hamba Allah yang sering melewat-lewatkan waktu solat Zuhur, hidup mereka tidak ceria. Benarlah, sekiranya perut kita tidak sihat, pasti kita hilang ceria.

Bersyukur.

Tidak disyaki lagi, semakin merudum graf catatan kesyukuran setiap hari. Mungkin juga hati tidak cukup lapang di petang dan malam hari kerana kurang bersyukur seawal pagi?

Astaghfirullah.

Seterusnya, istighfar (memohon keampunan).

Ya, istighfar! Setiap minggu aku mendapati seorang adik yang sungguh, aku sayangi dia kerana Allah, istighfarnya 1000x seminggu. Kadang-kadang 1400x. Aku agak terkejut ketika awal-awal mengetahuinya. Hakikatnya, aku tak merasakan perlunya untukku terkejut-terkejut dalam hati. Bukannya kita tidak tahu betapa banyaknya kelebihan yang Allah janjikan kepada mereka yang melazimi istighfar. 

Alhamdulillah, aku menjumpai video yang pendek tetapi sarat mesejnya. Jom, tengok di link ini : [Ajaib istighfar]

Daripada kitab Ringkasan Riyadhus Salihin, daripada Aisyah r.a., beliau berkata, maksudnya : 


"Adalah Rasulullah S.A.W memperbanyakkan membaca sebelum wafatnya: Subhanallahi wa bihamdih. Astaghfirullaha wa atuubu ilaih. (Maha Suci Allah dengan segala puji-Nya. Aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Nya)."


[HR Bukhari No.817 dan Muslim No.484]

Alhamdulillah,
Untuk diriku dan semestinya kalian juga, didoakan agar Allah memberi kekuatan dan keinginan yang tidak berpenghujung untuk kita istiqamah beramal dengan ilmu yang Dia rezekikan kita mencedoknya. Alhamdulillah, Ameen.

All in all, pelan tindakan seterusnya : ACTION