"Bahagia adalah kata paling menyihir dalam hidup manusia. Ia bayangan yang melipir jika difikir, lari jika dicari, tak tentu jika diburu, meleset jika ditangkap, menghilang jika dihadang.
Di pandangan mata yang tak menjumpa bahagia; insan lain tampak lebih cerah.
Di denging telinga yang tak menyimak bahagia; insan lain terdengar lebih ceria.
Di gerisik hati yang tak merasa bahagia; insan lain berkilau bercahaya.
Lapis-lapis keberkahan ini disusun dengan keinsafan kecil; bahawa jika bahagia dijadikan tujuan, kita akan luput menikmatinya sepanjang perjalanan. Bahawa jika bahagia dijadikan cita, kita akan kehilangan ia sebagai rasa. Bahawa jika bahagia dijadikan tugas jiwa, kita akan melalaikan kewajiban sebagai hamba. Bahawa jika bahagia dijadikan teman besar kehidupan, kita bisa kehilangan ia setelah kematian.
Hidup umpama buah beraneka aroma yang dihiris-hiris dan ditumpuk berlapis-lapis. Tiap lapisan itu punya wangi maupun hanyirnya, lembut atau kasarnya, manis serta pahitnya, masam juga asinnya. Tapi kepastian dari-Nya dalam segala yang tercipta itu ialah; ada gizi yang bermanfaat bagi ruh, akal dan jasad kita.
Di lapis-lapis keberkahan, kita akan belajar dari Muhammad, sallallahu a'laihi wa sallam; sosok yang paling berkah. Belajar tentang hidup yang paling benar, paling berisi, paling bermakna, paling baik, paling indah, dan paling bermanfaat. Mungkin bukan hidup yang paling bahagia, melainkan hidup yang paling berkah. Berkah dengan segala aroma, bentuk, warna, reraba, dan rasa.
Di lapis-lapis keberkahan, kita tinggalkan Sisyphus yang dongeng dan nestapa, menuju Muhammad yang mulia dan nyata. Di lapis-lapis keberkahan. kita tinggalkan Sisyphus yang sia-sia dan menderita, menuju Muhammad yang mengilhami dan penuh guna. Di lapis-lapis keberkahan, kita biarkan Camus yang enggan memberi makna dan memaksakan rasa, menuju Muhammad yang penuh kerja bercahaya.
Selamat datang di lapis-lapis keberkahan. Selamat datang di hidup yang mengambil teladan dari seorang lelaki, yang namanya terpuji di langit dan bumi.
Selamat datang di lapis-lapis keberkahan. Kita akan mengupas beriris-iris aras makna, hingga mampu mengemudi hati di jalan lurus agar mesra dengan-Nya dalam ringkasnya hidup. Kita akan menata bertumpuk-tumpuk bahan karya hingga seayat ilmu memandu setitis rizqi, setitis rizqi membekali segerak amal, dan segerak amal memperindah seisi bumi. Kita akan mencicipi bersusun-susun rasa syurga dalam sesosok peribadi, serumah keluarga, hingga selingkung negara.
Selamat datang di lapis-lapis keberkahan. Biarlah bahagia menjadi makmum bagi Islam, iman, dan ihsan kita; membuntutinya hingga ke syurga. Ameen.
[Salim A. Fillah, 2014]
Makna dari berkah adalah ats-tsubuut (tetap) dan al-luzuum (terus melekat). Pendeknya, berkah ialah menetap dalam ketenteraman, seperti unta yang merasakan sejuk meski di sekitarnya panas bersangatan.
Makna selanjutnya dari berkah ialah an-namaa' (berkembang) dan az-ziyadah (bertambah). Maka berkah itu umpama pohon yang menhunjamkan akar, lalu ia tumbuh, batangnya bertambah, berkembanglah pucuk-pucuknya, menerbitkan bunga yang harum dan memunculkan buah yang ranum.
Jika bunga yang wangi dan buah yang manis itu berjumpa hati yang lembut, sampailah kepada makna ketiga dari berkah yakni, as-sa'aadah. Kebahagiaan. Berkah adalah kebahagiaan yang berakarkan ketaatan, atas kurnia bimbingan Allah dalam melaksanakan apa yang diredhai-Nya.
[Salim A. Fillah, 2014]
***
Too many favourite words :)
Alhamdulillah
Life syukur alhamdulillah, having many new experiences and learn new skills.
But, lately. Rasa nak bercakap-cakap benda yang menyegarkan iman boleh tak?
Benda yang exciting sikit untuk all out dalam sisi-sisi kehidupan ni.
Rasa tak cukup terapi diri, sebab kurang sangat sangat bercakap
benda yang menjadi darah daging.
benda yang menjadi darah daging.
Jom la.
Aduh. Nak balik UMK please.
Really nak bercakap dengan kanak-kanak.
Nenek nak bercerita sekejap, boleh ke.
(T______________T)
Secara jujurnya, "Jom jumpa, HQ sekejap nak?"
Nenek nak bercerita sekejap, boleh ke.
(T______________T)
Secara jujurnya, "Jom jumpa, HQ sekejap nak?"
Too many things to share :')
Doakan kite. Jazaakillahu kheir.
Doakan kite. Jazaakillahu kheir.
"Selamat datang di lapis-lapis keberkahan" :)