Sunday, December 19, 2010

شكور الحمدلله

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

Dari lubuk nurani, syukur buat Illahi,
rahmat-Nya melimpah tak bertepi :)

Turn to Allah, He's never far away
Put ur trust in Him, raise ur hands and pray
Ya Rahim..tolonglah aku dengan cara yg Engkau kehendaki. Ameen.
Tak de manusia yg hidup sempurna.
Tetapi cara kita menilai setiap saat yg berlaku dalam hidup itulah
yg akan menentukan kite merasa bahagia atau derita.
Live well or live hell. You choose. -Hlovate-
Of course la aku nak live well. But things are easier said than done, kan?

When faith is put at test.
Manisnya ujian.
Andai ada hamba-Nya yang pandai memujuk,
  sudah tentu PENCIPTAnya lagi bijak memujuk.
Tertarik dengan artikel daripada blog Bayyinat ini --> Sahabat setia :) 
antara konklusi beliau :
 Pilihlah kawan yang baik. Kawan yang baik dapat dilihat kepada matlamat dia mendampingi kamu. Pastilah matlamat itu ialah redha Allah. Oleh itu, sahabat yang baik pasti akan sentiasa mengajak kita melakukan perkara yang baik-baik sahaja. Mungkin satu ketika, kita merasakan betapa mereka ini seperti menyekat kebebasan kita, tapi hakikatnya ialah mereka hanya menyekat dosa-dosa kita. Itu tanda dia cinta kita :)

Sebagai seorang dae'i, seharusnya kita jangan takut untuk bergaul dengan semua jenis orang. Bahkan, kitalah yang sepatutnya menjadi kawan yang TERbaik yang bukan sahaja membantu dalam urusan duniawi, bahkan juga urusan akhirat yang abadi. Juga, kita janganlah jadi manusia yang memilih sahabat yang sama fikrah sahaja, kerana kita sudah ada fundamental tarbiyyah yang kukuh. (Sepatutnya lah...)
Syukur sebab apa kali ini? Sebab result eh? 
Alhamdulillah. Hehe. Syukur je apa2 pun. Biarlah Allah n kwn2 yg tahu je tahu.
اللهم نجحنا في كل امتحان
Ameen tawakkaltu a'la Allah. Insya Allah.
Pernah dengar tak orang cakap macam ni:
"Kite kena belajar sungguh-sungguh, nak cari redha Allah,
nanti dapat pahala banyak-banyak, 
impikan syahid dalam doa, nty masuk syurga Firdaus."
Ameen ameen ameen~
Macam cakap dengan anak kecil pun ada jugak kan? hak3 ehh tapi betul la kan? :)

Terima kasih kerana mendoakan :) 
Doa-doa sahabat dan para malaikat
akan berterbangan utk anda semua juga.
Beruntung kerana belajar di PASUM. 
Terima kasih semua pensyarah yg baik2 dan hebat2, 
semua tutor yg komited n rakan-rakan seperjuangan.
Bertuah menjadi warga Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah.
Bersyukur menjumpai akhawat yang berukhwah lillahi ta'ala.
Beruntung masih ada ex-classmates di sini yg tak tumpah setia suka duka.
Bertuah ada rakan sehati sejiwa serentak seirama.
Tersangat gembira memiliki keluarga yang sudi mendengar 
celoteh yg tak pernah kering dan sentiasa excited
bercerita dan berkongsi rencah kehidupan di kolej.
Bersyukur kerana berpeluang menimba infiniti ilmu 
dan seribu satu pengalaman berwarna-warni di sini.
Ya, utk kehidupan infiniti nanti.

Terima kasih juga utk setiap sokongan dan bantahan. :)

Am i sound like an ustazah?
Like what? ahah. Maaf la.. Baik la kadang2 ni bile ada peluang, kene manfaatkan. takut ditarik ilmu sebab dah tahu tp buat2 tak tahu.  

Lihatlah sendiri. Kita tidak boleh menjadi baik sorang-sorang. Tidak boleh. Sebaliknya, kita juga perlu ajak 'jiran' kita untuk 'membersihkan kebunnya bersama-sama'. Kesannya jelas, supaya jika datang musibah atas sebab maksiat yang berleluasa, musibah itu akan menimpa semua, bukan sekadar pelakunya. Jangan ingat kita baik, kita selamat. Belum tentu..kerana yang pasti, orang baik pasti tidak mahu jadi baik seorang-seorang, dia pasti mahukan semua orang jadi baik juga- Dakwah!
Sumber : klik --> hish..sebab apa perlu dakwah nih..

Maaff..tak perlu tunggu dah jd pak aji mak aji baru nak cakap pasal benda baik. tak perlu nak tunggu pelajar sekolah agama saja. tak perlu nak tunggu dah masuk 40-an. kite tak tahu kita mati nanti baik o sebaliknya. So, mari mengumpul pahala. Sultan Muhammad Al-Fateh yg baru berumur 22 tahun dah berjaya manakluk Kota Konstantinopel (Istanbul). Anak anak kecil kat Palestin dah berjuang mati-matian nak pertahankan Islam. Kite dah sumbangkan ape je kat Islam ek? Allah dah bagi macam-macam, tp apa yg dah kita perjuangkan utk agama-Nya? Bersyukur pun selalu jugak terlupa bila nikmat melimpah ruah. Masih belum terlambat. Jom kite cuba berakhlak mulia mcm yg diajarkan Rasulullah, dan ingat2, sejahat mana pun kita rasa diri ni, jaga solat. :) ingat Allah selalu~
و الله أعلم وسلم

Binalah akhlak kita. Itu satu dakwah hakikatnya
Artikel menarik Hilal Asyraf -->  Saya hendak berdakwah. Boleh?
 Rahsia Jari --> klik sini je.