Monday, June 2, 2014

Confession? Samalah kita.

Bismillahirrahmanirrahim

Credit :')
We no longer have tears in our du'as,
we no longer pour things out sincerely from our heart.

Teruk, kan?

Because our hearts has become hardened enough, that no longer seeks Allah.

Mungkin sudah tiba masanya
untuk kita menghayati saat-saat duduk diam selepas solat.

Saat diam itu, nafsu dapat dikuasai. Fikiran lebih terurus.
Hati berpeluang meluahkan rasa dan kembali muhasabah.

Semoga solat dan minit-minit selepasnya itu
menjadi waktu rehat yang paling bermakna.
Quick escape daripada rutin padat hari kita.
Terlafaz "Alhamdulillah", kolam hati telah dicuci.

Mungkin juga sudah tiba masanya untuk kita lebih serius dan bersungguh-sungguh dalam bermunajat dan memanjatkan doa.
Telus dan ikhlas dalam beramal dan meluruskan niat.
Tekun dalam membaca dan mentadabbur kalamNya.

Mungkin juga sudah tiba masanya kita perlu memperbanyak istighfar. 
Meletak makna dalam setiap istighfar, menyahkan dosa dosa lapuk yang selagi boleh
minta diizinkan lekat terus di hati.

Dalam ligat ke sana ke sini, internal strength diri sendiri sangat sangat perlu dijaga rapi.
Macam mana kita nak melembutkan hati-hati orang lain, sedangkan hati kita sendiri kering merekah penuh sengsara?

Lets renew our niat, to love Allah unconditionally for the sake of Allah.
To do the ibadah just for Him, for His mardhatillah.
Ameen ameen, may Allah ease us all.

After all, no one gets to Allah without Allah.
Kita meminta dengan segala keterbatasan, Allah memberi dengan segala kesempurnaan-Nya.

Mungkin sudah tiba masanya, atau belum tibakah waktunya?


[Al-Hadid 57:16]

Has not the time yet arrived for those who believe that their hearts should be humbled for the Remembrance of Allah, and (for) what has been revealed of the truth; and they should not become like those who were given the Book before, but the time was prolonged for them, and their hearts hardened? And most of them were disobedient.





Selepas semua perkara tersebut, mungkin sudah tibakah masanya untuk study? --' exam fid dunya wal akhirah.
Sajalah tanya.
4 Sya'aban 1435H already, and you still do nothing. So pathetic.

Thursday, April 24, 2014

Cik Hikmah dipercayai hilang di Bandung!


"Kadang-kadang hak-hak peribadi kita tidak dapat kita penuhi, jangan bertanya ke mana yang lain. Jangan bertanya kenapa kita sendiri. Jangan mengingat apa yang telah kita korbankan. Jangan mengharap apa yang akan kita dapatkan. Kerana sesungguhnya Allah telah memilih diri-diri ini. Kerana Allah, ikhlaskanlah :)".

"Para pemburu syurga tidak akan berhenti pada tahap mimpi. Ada impian yang harus diwujudkan. Ada pengorbanan yang harus dikeluarkan. Ada amal dan karya nyata yang harus dipersembahkan".

Orang beriman selalu punya ciri sendiri dalam menata hatinya
Saat mendapatkan kesulitan ia tetap ceria
Fisiknya mungkin lelah, fikirannya mungkin kalut dan jenuh
Tetapi tidak dengan hatinya yang selalu yakin
Bahawa semua itu kerana Allah masih sayang padanya

-Semua quoted-

Tarbiyah bil ahdath - Tarbiyah melalui peristiwa
Mahal!
Tapi kadang-kadang hikmahnya tuu tak jumpa cari,
atau tak terasa pun ada 'sesuatu' yang Allah nak tunjuk.

Sampai lah Allah hadirkan insan-insan yang mashaAllah terangnya mata hati mereka
Boleh discover sesuatu peristiwa dan relate dengan tarbiyah yang Allah nak beri

"Kamu itu, coba lihat ke dalam diri kamu sendiri. 
Adakah kamu lihat dalam diri kamu itu sebagai seorang pemimpin?"
-Pak Arham, Bandung, Indonesia

Sebelum dia cakap malam tu, kita tak terlintas pun to behave as one sepanjang hari ni.
RUGI. Momen penting untuk hari itu dah berlalu. 
Sampai sekarang ada rasa kesal.
Sampai sekarang juga tetap dapat rasa kata-kata Pak Arham sangat inspiring.
Hari-hari seterusnya rasa lebih segar dengan niat yang jernih-jernih hendaknya.

After all, syukur alhamdulillah.

Cuma itu lah, lain kali kita perlu lebih proaktif dan bijak mencari hikmah
di sebalik setiap peristiwa.
Even sekecil-kecil perkara pun, inshaAllah akan ada 'sesuatu' yang Allah nak ketuk,
untuk kita lebih memahami
dan menghargai
erti hidup ini.

Semoga Allah hadiahkan 
kejernihan mata hati
:)


Have faith, stay super! :)
Wassalamua'laikum warahmatullah.

Monday, February 17, 2014

"Kalau perasaanmu begitu indah, segeralah..."

[Kredit sini]

Bismillah.
Assalamua'laikum wbt.

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah swt. 
Dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita bertemu kembali,
inshaAllah dalam keadaan yang lebih baik. Alhamdulillah. 

Semoga setiap saat yang kita lapangkan kerana Allah tidak menjadi sia-sia,
malah dapat membuka lebih banyak pintu-pintu rahmat dan redha Allah kepada kita.
Ameen ya rabbal a’lamin. 

Sebelum diteruskan lagi, mari kita refresh semula niat kita.
Semoga setiap klik kita atas mouse dan papan kekunci ni, 
tidak lain dan tidak bukan adalah lillahi ta’ala. 

Biarlah pada awalnya tadi saja-saja je nak buka blog ni, tapi sekarang ini,
dengan niat benar yang baru terlintas tadi, 
mudah-mudahan setiap patah perkataan yang akan kita baca selepas ini
akan menjadikan malaikat Raqib tidak putus-putus mencatat pahala 
yang melimpah ruah untuk kita :') subhanallah, walhamdulillah.

Kita ada sesuatu nak dikongsi.
Bila terjumpa pesanan ni rasa Allah nak panggil kita balik,
agar tak leka lari-lari jauh dari-Nya.

Kita jumpa kat status FB Kak Shafika Anuar.
Nanti, kalau kita dah takde,
dan awak rasa pesanan ni very close to you,
kita harap awak dan anak cucu cicit, 
sudi berpegang teguh dengan pesanan ini.
Inilah dia, nah!

Bismillah.
kalau kamu lelah, cobalah tilawah.
kalau kamu resah, segeralah tilawah.
kalau kamu gelisah, hilangkan dengan tilawah.
kalau kamu susah, mulailah tilawah.
kalau kamu gundah, jangan lupa tilawah.
kalau badanmu lemah, kuatkan dengan tilawah.
kalau imanmu tergugah, lakukan tilawah.
kalau jiwamu gerah, perbanyak tilawah.
kalau matamu basah, segera tilawah.
kalau pikiranmu cerah, cepatlah tilawah.
kalau hatimu patah, teruslah tilawah.
kalau kamu marah, redakan dengan tilawah.
kalau kamu merasa gagah, jangan lupakan tilawah.
kalau kamu kalah, harus banyak tilawah.
kalau kamu tidak mau kalah, harus makin banyak tilawah.
kalau kamu tabah, seringlah tilawah.
kalau tanganmu tengadah, mulailah tilawah.
kalau kakimu melangkah, lantunkan tilawah.
kalau hatimu berseri bak bunga merekah, seringlah tilawah.
kalau perasaanmu begitu indah, segeralah tilawah.
kalau ingin keluarga sakinah, ajak mereka tilawah.
kalau ingin anak-anak salih dan salihah, ajari tilawah.
kalau ingin rejeki melimpah, rajinlah tilawah.
kalau ingin hidup penuh berkah, rutinkan tilawah.
kalau ingin mengunjungi Ka’bah, lantunkan tilawah.
kalau anganmu tengah membuncah, perbanyak tilawah.
kalau kamu malas tilawah, paksalah untuk tilawah.
kalau kamu rajin tilawah, lanjutkan terus tilawah.
kalau kamu tilawah, itulah jalan menuju jannah.

(Cahyadi Takariawan)



Pesanannya sangat lembut dan ikhlas (Y_Y)
Jadinya kalau lepas ni apa-apa jadi kat awak,
perasaan apa pun yang hadir, maka bertilawahlah.

Pesan Nabi kepada Ibn Abbas yang masih kanak-kanak ketika itu,
"Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu"
"Bertaqwalah kamu kepada Allah, 
walau di mana sahaja kamu berada." 

Have faith. Wherever you are,
rasakan Allah itu wujud,
Allah sangat dekat,
Allah sangat Maha Memahami. 
Boleh jadi Allah nak bagitahu kita sesuatu melalui Al-Quran yang kita baca.
Jangan rasa jemu bertilawah, jangan berhenti mentadabbur (menghayati) Al-Quran,
setiap hari.

Allah knows what you are about to tell Him in your du'a,
yet He still listens.
Orang lain? Takde pun yang macam Allah :')

Oh yang terakhir, kita ada nak jemput awak 
untuk menghabiskan satu juzuk setiap hari.
Apa tu orang kata, ahaa one day one juzuk.

Nampak macam berat ye?
Takpee, why dont we give a try?
Jom la jom la. Insha Allah boleh.
Nanti syaitonirrajim takde peluang nak datang dekat.
Lagipun, nak syurga mana ada benda yang senang :')

Wassalamua'laikum warahmatullah.


18 Rabiu'l Akhir 1435H