Salam 27 Ramadhan 1432 H dari Johor Darul Takzim ;)
Muslimin muslimat yg dirahmati Allah sekalian, ehh perasan kan kita semua dah nak graduate ni, bakal mahasiswa Universiti Ramadhan :) apa rasa? Sedih ke gembiraaaa nak raya? Aku pun gembira nak raya heheh, tapi sedih juga Ramadhan dah nak habis :(
Awak kata Ramadhan tu universitas, tapi saya kata Ramadhan tu suami yg best. (haha) Baik agamanya, muka berseri-seri dengan pancaran keimanan. Balik rumah satu bulan je, sekali dalam setahun. Tapi setiap kali balik tu, hari-hari dia akan buat surprise dengan bagi macam-macam hadiah istimewa yg memang..best best best! :) so bila dah segalanya yg best ada depan mata dia offer, takkan nak muka masam mencuka buat tak endah je segala benda tak rasa excited langsung (?) Grr tak bersyukur tuu!
Tetamu Ramadhan & Syawal ;)
Lagi satu analogi (sumber : Solusi 34). Ramadhan dan Syawal ni dua-dua tetamu yg akan datang. Tapi Si Ramadhan ni lebih mulia, dan ia berjalan di hadapan dgn membawa hadiah istimewa disertai bonus hebat yg melimpah ruah. Si Syawal pula berjalan di belakang dengan hanya satu hadiah istimewa. Jadi, adakah wajar jika kita mengalu-alaukan kedatangan tetamu yg di belakang dan meminggirkan tetamu di hadapan? Beradabkah kita dengan Allah?
Samalah, Allah dah bagi macam macam sangat tawaran hebat sepanjang bulan Ramadhan ni, rahmat Allah, keampunan, pembebasan dpd api neraka. Ini semua yg kita sangat sangat perlu!! Sebab ending hidup ni memang akan memerlukan semua ni. Kalau Allah tak bagi waktu kat akhirat nanti, nak minta kat siapa lagi?
Tapi masalahnya, kenapa macam tak rasa nak berusaha gila2 rebut semua tawaran tu ek. Mungkin kita ni jenis kena tengok benda tu jadi depan mata baru nak percaya, so benda benda yg akan jadi waktu hari akhirat nty rasa macam tak berapa excited nak rebut. Almaklumla bila buat bukan terus dapat cash depan mata. Tapi tidakkah kau percaya janji Allah itu pasti?
Lagi analogi, dosa bayar cash
Ya Allah, ya Allah.. Tiba-tiba teringat lagi satu analogi ni. Kalaulah sekali kita buat dosa, terus Allah bayar cash balasannya, mesti baru rasa takut nak buat jahat. Contoh, pegang tangan wanita/lelaki ajnabi secara sengaja, tiba-tiba Allah terus balas tangan melecur. Menipu sikit, terus lidah tu jadi bercabang. Kalau begini suratannya, mesti takda hamba Allah yg berani buat jahat atas muka bumi ni kan. Allah bagi kita hidup sampai sekarang ni, sebab nak bagi peluang kita bertaubat. Kalau semua orang dijadikan baik, takdela neraka. Syaitan pun takda kerja. Tak adventurous la hidup ni. eheh. Tapi kenapa ada semua syurga neraka, hari pembalasan tu? yeah, life is a test. So memang akan ada keputusan : SYURGA atau NERAKA.
Allah gives, gives, gives and forgives. Human gets, gets, gets and forgets.
Akmal's fb status.
Ada satu hadis ni riwayat Imam Ahmad. Suatu hari, waktu Rasulullah s.a.w menaiki mimbar, baginda menyebut "Amin" sebanyak 3 kali. Lepas khutbah para sahabat pun bertanya la apa sebabnya. Rasulullah s.a.w menjawab, tadi Jibrail datang dan berdoa. Aku mengaminkan doanya, iaitu sangat kecewa dan rugilah bagi :
- Orang yg disebut nama nabi Muhammad (s.a.w), tidak dibaca selawat atasnya.
- Orang yg sempat hidup bersama orang tuanya tetapi tidak dapat masuk syurga
- Orang yg sempat hidup dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya
Ya Allah~ ampunkanlah dosa kami, ya Ghaffar, terimalah puasa kami, terimalah amalan kami sebagaimana amalan orang2 yg ikhlas, terimalah solat kami sebagaiamana solat orang-orang yg khusyuk, ya Mujiib. Bebaskanlah kami daripada azab api neraka yg panas menjulang dan tempatkanlah kami dalam golongan orang-orang yg beriman dan beramal soleh dalam syurga Firdaus-Mu. Ameen ameen ameen ya Rabbal a'lamin..
Yg kecil jangan dipersia, yg besar jangan diabai
Lagi berapa hari dalam bulan mulia ni, jum check benda simple yg senang nak buat, dan insya-Allah Allah akan pandang. Mana tahu yg simple ni kita buat ikhlas, lagi berkat daripada amalan besar-besar hebat belaka tu :) yg kecil jangan dipersia, yg besar jangan diabai.
- Menyediakan makanan utk org berbuka puasa. Pahala yg diperoleh sebanyak org yg berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun. Kalau uzur syari'e, rajin2 la serve ;) beli je ape2 pun boleh, pastuh letakkan atas pinggan bagi orang berbuka makan. As simple as ABC, babe. Dalam rumah je pun dah banyak boleh kaut pahala sedekah.
- Melewatkan sahur, jangan tangguh berbuka. Manusia itu dalam kebaikan selagi dia menyegerakan berbuka (Riwayat Bukhari & Muslim)
- Bersalaman dan senyum dengan jemaah di masjid. Mana tahu antara orang yg kita salam tu Allah sayang dia lebih. So bolehla dapat berkat tempias sikit2. Kalau takda orang nak senyum kat kita balik pun xpe, ketahuilah yg Allah tengah senyum kat kite :)) kite bukan senyum kat dia (para jemaah masjid) sebab nak dia balas senyuman manis kite tu, tapi kita senyum kan kerana Allah. So tak perlu risau kalau senyum macam syok sendiri. Hihi biar Allah jua yg membalas keikhlasan kita tu.
- Niat iktikaf :) ni pun senang. Faham kan? Sahaja aku beriktikaf di masjid ini kerana Allah ta'ala.
- Mustajab doa antara azan dan iqamat. Terutamanya waktu Isyak tengah menunggu solat tu.
- Dah azan, berhenti sekejap dan terus solat. Kut la 26 hari yg lepas masih lengahkan lagi solat, so utk mengoptimumkan keberkatan Ramadhan ni, solat di awal waktu. Hey Asfarina, awak pun kena selalu ingat tu sampai mati. Solat settle, yg lain pun insya-Allah selamat.
1 Syawal :))
Mood raya kadang dah menenggelamkan keberkatan Ramadhan :| negara Islam lain raya Aidilfitri satu hari ja, kita kat Malaysia ni sebulan jee. Hehe tu la kan, dah jadi lebih kepada adat, konsep ibadat hakikat 1 syawal tu macam dah kurang penghayatan. Ehh apa signifikan 1 Syawal? Aaaa dah 19 tahun hidup tapi macam tak tahu. -.-' sedikit perkongsian, semuanya daripada slot Fikrah Ramadhan MHI, 7.30 pagi TV3 :
- Beli, pakai baju baru tu sunnah. Tade hal nak pergi shopping pun, selagi tak melanggar hukum syarak. Elakkan membazir. Jangan sampai solat semua terbengkalai. Bukan saya cakap, Ustazah Laila bagitahu.
- Ziarah menziarahi, bermaafan :) kenal saudara ye anak-anak. Bukan duduk melekat depan tv. Kat rumah orang pun boleh curi2 tengok tv pe. Hahha.
- Malam raya tu mustajab berdoa! :) oh yeah. Solat sunat dua rakaat. Solat je apa2 :) biasa malam raya ni orang sibuk sakan, sampai tak pernah nak ingat pun tu waktu mustajab berdoa. Buat pengumuman kat rumah masing-masing, saling mengingatkan utk doa banyak2 :)
ExtraExtra. untuk. anda. pembaca. dihormati. disayangi : Productive Ramadhan : 5 short and sweet ways to make dua :)) yg baru utk saya drpd artikel ini, organize doa kita : dunia, akhirat, ummah, relationships.
♥ Fasa 3 Ramadhan kareem : Semua pintu syurga dibuka luas2, semua pintu neraka ditutup. Tak cukup lagi ke tawaran ni? Ada lagi 4 hari, jangan sombong, angkatlah tanganmu, serendah hati sehina diri, merintihlah pada Ilahi - rahmat infiniti untukmu :) ameen.
***
Perkongsian dari radio iluvislam pukul 2 tadi.. *Dikongsi oleh Kak Rabiatul Adawiyah :)
cuba kira perkataan 'لیلة القدر'.ada 9 huruf.
rujuk surah al-qadr,kira ada berapa perkataan لیلة القدر diulang ? diulang sebanyak 3 kali.
darab kan kedua-dua nombor,anda akan dapat jwpn 27.
demikian pandangan ulama' ,lailatul qadr pada 27 ramadhan.
selain itu,dalam surah al-qadr,pada kalimah هي,kira berapa bnyk perkataan sebelum kalimah tersebut.anda akan dapati 27 perkataan.dan هي itu merujuk kepada lailatul qadr..
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Allah Maha Besar!!
Beribadahlah kerana Allah,bukan kerana lailatul qadr..(^^,) jika mengharapkan pengampunan dan rahmat-Nya setiap ketika, tidak perlu mencari Lailatul Qadar, ia pasti akan menjadi milikmu, insya-Allah.
***
Ramadhan 1432 H - Alhamdulillah, pretty awesome at home!
* Majalah SOLUSI No.34, Isu Khas Sempena Ramadhan dan Syawal- Andainya Ini Ramadhan Terakhir, layakkah kita berhari raya? ;) alhamdulillah, best teramat edisi yg ni. Pelbagai extra ilmu diselitkan, tips, bookmark, checklist Ramadhan, agenda ibadah seharian, proposal Ramadhan, borang Salamfone, tips hafaz Quran. Kalau ada lagi di pasaran, seriously it's a worth buying, so quickly grab one!
* MHI TV3, esp Fikrah Ramadhan and the whole pengisian on 17 Ramadhan with Wardina Safiyyah and Ahmad Fedtri :)
* Ramadhan Terakhir, Singgah Sahur, Dari Masjid ke Masjid, Jejak Rasul.
Semoga taqwa yg kita bina sepanjang pengajian di madrasah Ramadhan dapat dimanifestasikan sebaik sahaja graduasi, insya-Allah! Semoga kita ada jodoh jumpa lagi Ramadhan akan datang, ameen.
sedih kan? :( assalamualaikum Ramadhan, ilalliqa'! :') |
Salam Ramadhan kareem wa minal a'idi wal faizin :))
daripada Asfarina & keluarga .
No comments:
Post a Comment