Saturday, September 17, 2011

Konvokesyen pertama UMK 2011 :)

Assalamua'laikum warahmatullah :)

Hyehye semua. masih beriya-iya raya lagi ke? ahah mesti dah tak kan. Sebenarnya banyak nak dicerita, tapi tu la, takut terbawa-bawa perasaan bercampur-baur. Overall, okay je alhamdulillah :)

UMK

Betul la tu, UMK. Bukan UKM. Universiti Malaysia Kelantan, here I am :) tak tahu nak mula cerita dari mana. Kalau kisah ini ditulis lepas Minggu Mesra Mahasiswa (3M), memang semua okay sangat la, alhamdulillah. Makan sedap, aktiviti yg best best, fasilitator yg baik belaka, pengisian rohani jasmani fizikal mental isu semasa semua lengkap serba-serbi. Disebabkan aku pernah menjadi pelajar Universiti Malaya, memang asyik nak TERbandingkan je laa. Tapi dalam hati je. Ahhah paling2 pun, message sembunyi2 geng waktu kat PASUM dulu. Lagi-lagi waktu slot riadah, ada lagu Xi Shua Shua. Esoknya lagu Ayumi pulak. Rinduuuunyaaa pasum :'(

Makan

Hari tu aku sedih, makan lauk ikan keli goreng + kerabu mangga = RM5! Campur dengan fresh orange, RM7! Aaaaa~ sedihnya. Dulu harga makan nasi putih berlauk dengan sayur sedap2 yg aku beli dalam RM1.70-RM4 ja. RM4 tuh pun seminggu sekali je kut kalau nak ikan sedap-sedap. Ohh kalau bab makanan luar ni aku memang berkira sikit. Eheh. Waktu kat rumah pun tak berapa suka kalau adik ajak makan luar, kat rumah kan ada macam2, nak membazir makan luar pulaknye. Nak lagi sedihh, minggu ni Pizza Hut and KFC dah jejak. Memang deras laa duit keluar. 

Tapi takpe la, minggu pertama lepas orientasi ni kira nak survey dulu kedai mana mahal, murah. Kafe kat kampus tu pun ada dua je, sederhana la harganya. Hahah. Yang bestnya, dah jumpa tempat murah! Ahaha. Kat pasar malam jumpa mi/bihun sup RM2.50. Tadi pagi saja pergi jogging nak cari nasi kerabu RM2. Jumpa la yg RM2.50. Ahaha seronok je dapat jumpa makanan murah kat Kelantan yg selalu disebut orang :P tapi ada lagi satu kedai tu RM3 boleh dapat nasi kerabu + teh tarik :) best kan? Best fr me la ;)

semua rumate saya. ehhe.

Konvokesyen Pertama Universiti Malaysia Kelantan, 15-19 September 2011. Kami pelajar2 tahun pertama la yg mempromosi di seluruh jajahan berdekatan Bachok di Kelantan ni. Haha, seharian program bakti siswa. So dapatla menjejakkan kaki ke TESCO Kota Bharu. Macam jakun dapat buat baktisiswa kat TESCO, tapi best. Heheh. Sebarkan flyers je :) pesta konvo tu di Kampus Bachok. Semester ni, saya di kampus Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Dekat sangat dgn bandar ni ha. Jalan kaki je nak pergi hypermarket, BSN, Bank Islam, cybercafe, kedai dobi, kedai gunting rambut, Celcom centre, Pizza Hut, Marrybrown, 7Eleven dsb. Lapangan Terbang Sultan Muhammad Faris Petra pun 5 minit je (menaiki kereta) dari kampus :)

Belajar

Belajar? Ohh ni la paling best!! Hahah seriously, course aku paling best berbanding yg lain. Ngeh2 ;) *org lain pun akan cakap kursus dyorg paling best kut* lepas pjumpaan dengan letua jabatan dan para pensyarah.,mmg betul mengkaji sampai ke akar umbi la pasal course ni. Sebab sejujurnya, aku ingin mencari keyakinan yg ampuh! Biar betul-betul jatuh cinta dengan jalan yang telah dipilih ;) insya-Allah, tiada penyesalan ke sini. Doakan :) nty lain kali baru cerita panjang.

Raya

Sambutan Hari Raya meriah dengan makanan dan persembahan macam-macam! :) kenyang sampai dah ready bawak Tupperware untuk tapaw, ahaha.

ni nasi dagang yg sedap gile, dgn ayam nasi ayam ;)
nasi kerabu pertama kt sini. sedapppp! ;) classmate kelantan belikan   

Dahla dulu, nanti lain lain kali cerita pasal course pula :) bagi motivasi kat adik2 akan daang kalau nak masuk UMK. Waktu akan datang lagi la untung, mesti bertambah banyak kemajuan. Ehehhe.
Hari ni takde air, hari tu banjir. Ahaha banyak betul kekangan hidup ni. Tapi cabaran-cabaran inilah yg membina jati diri pelajar-pelajar UMK Hihi :)

Sacrifice is an investment for greatness. Esok kena pergi pesta konvo sebab ada satu kelas ja, tu pun petang. Macam meriah ja, jemputla datang! Proud to be the 5th batch ;) Sekian, wassalam :)

2 comments:

Fauzan Suhairi said...

macam best je umk ni. hihii. all the best !

Ros Amanina Raziki said...

oohh..tgk nasi dagang...terliur plak...tibe2 teringin nk balik umah!!!!!!!!!!!!!:((((