Assalamua'laikum warahmatullah :)
Hye, dah nak masuk 10 hari habis exam. alhamdulillah alhamdulillah ;) terima kasih atas doa semua, may Allah repay your good deeds. Selepas perjalanan yang panjang untuk pulang ke tanah air tercinta, bermacam-macam tempat aku lawati. Dari Kelantan sampaila ke Johor. Hujung pantai sana sampaila hujung pantai sini. Wuhuu. Rumah Tok Guru Nik Aziz pun aku singgah. Rumah dia sangat biasa, takde maskot ke papan tanda ke semua tu. Macam rumah orang biasa je. Ye, memang aku tak salah rumah. Sebab ada tulisan jawi, "Menteri Besar Kelantan" kat kereta Merc hitam. Terharu la tengok depan mata pemimpin macam ni :'(
# P/S : Gambar kat laptop lain, next time will do insha Allah. No wonder la..er..aa..orang Kelantan sayang Nik Aziz :) sultan Kelantan atas didikannya pun pandai berkhutbah. kalau nak tulis pasal keunikan kelantan dari kaca mata orang Johor ni mau panjang, ehhe. kadang-kadang tak berapa setuju bila baca paper -.-' tak habis-habis kondem Kelantan. Padahal tak sedar ke yang Kelantan tu majoriti Melayu, bangsa sendiri.#
rumah yg belakang madrasah tok guru tuh, |
Jealous la bila balik rumah, bukak facebook, ramai post benda baik-baik best-best. Semua berlumba-lumba ke arah kebaikan. Rasa macam, "Ya Allah..alhamdulillah bagusnya. Baru disentuh dengan tarbiyah beberapa kali dah tahu mana nak cari gali pahala. Huwaa jealous! Ini serius. kalau diri sendiri takde kemajuan, lagi laa macam di takuk yang samaa selamanyaaa".
Buat lagi rasa terharu bila kawan-kawan lama dah macam jadi baik. Eh, bukan macam. Dah memang baik, jadi lebih baik, dengan kefahaman Islam yang sebenar. Huwaa rasa macam nak nanges! Tiba-tiba rasa ada satu lagi tali persahabatan ghaib wujud dalam hati ni mengikat lebih kukuh tali persahabatan yg pernah terjalin dulu. Membawa hati-hati ini bersama di atas landasan yang haq, lebih jelas, menuju syurga-Nya. Subhanallah, ya Allah.. alhamdulillah alhamdulillah terima kasih ya Allah. Daripada kawan biasa-biasa gelak ketawa gurau senda makan nangis sama-sama akan jadi sahabat kerana Allah. Inilah ukhwahfillah, bila didasarkan kerana Allah, indahnya bukan main terbuai-buai. Ini serius (muka garang!) Dan tiba-tiba aku akan rasa, "Sumpah rindu" (muka sedih mengharap dapat jumpaaaaaaa sekarang jugakk! ya Allah..tetapkanlah & temukanlah kami di jalan-Mu..)
Oh dah terlanjur singgah blog patik ni, apa kata tuan hamba menghadam ciri-ciri ibadur-rahman (hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih) ni :)
IBADUR-RAHMAN [Al-Furqan, 25:63-74]
● "Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka(dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan "Salam"
● "dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri
● "dan orang-orang yang berkata, "Wahai Tuhan kami, jauhkanlah azab Jahanam dari kami, kerana sesungguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yang kekal"
● "dan orang-orang yang apabila menginfakkan harta, mereka tidak berlebihan, dan tidak pula kikir, di antara keduanya secara wajar
● "dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina; dan barangsiapa melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat hukuman yang berat, yakni akan dilipatkan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan; maka kejahatan mereka diganti dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
● "dan siapa yang bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya
● "dan orang-orang yang tidak memberikan kesaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka berlalu dengan menjaga kehormatan dirinya
● "dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidak bersikap sebagai orang-orang yang tuli dan buta
● "dan orang-orang yang berkata,"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa".
[c&p from cik chihiroitusiapa]
Kan best kalau kita tergolong dalam kalangan hamba Allah Yang Maha Pengasih ni? Jealousnya :( Okay la, okay la susah ye? Tak payah nak asyik kata jealous-jealous je, berusaha la jom ;) Bak kata Cik Chihiroitusiapa dalam blognya mengenai hal ini, "Benar ia payah, ia susah. Tapi ganjarannya pasti yang paling indah. Indah yang tak akan dapat digambarkan oleh akal". wuu subhanallah, fanatik syurgaaa. Bak kata Inche Gabbana pula, ya berubah tu susah, tapi xde la sesusah membajak sawah! Ayuh kita berubah..? Nak lagi best, ayat 63-74 di atas ada sambungannya--:)
Mereka itu akan diberi balasan dengan tempat yang tinggi (dalam syurga) atas kesabaran mereka, dan di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan salam, mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman".
Al-Furqan, 25:75-76
Semoga Allah merestui mimpi-mimpi kita. Semoga Allah redha setiap langkah dan hembusan nafas kita atas muka bumi-Nya ni. Insha Allah, ameen ameen. Saya doakan kita semua berusaha untuk semakin dekat dengan syurga-Nya, ameen ameen. Dan hanya rahmat dan redha Allah mengizinkan kita jadi ahli syurga.
Fastabiqul khairat wa mardhotillah~ maka berlumba-lumbalah kamu ke arah kebaikan dan mencari keredhaan Allah :)
No comments:
Post a Comment