Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamua’laikum warahmatullah :)
Semenjak membaca – Adakah anda
terlibat dengan cinta muka kitab? Kat [sini], gulp gulp ada sikit banyak
terasa! Lepas tu esok lusa ada baca blog Sofia yang [begitu begini], rasa macam dush dush
habis lah aku terasaaaa dosa lagikk! ._.
Aku sebenarnya macam taknak cakap
pasal benda ni, tapi sebab macam dah menghantui (Ceh over je) hidup aku saban
hari cuti ni, so rasa nak cakap. Tapi kalau cakap, aku selalu fikir orang tak
dapat sepenuhnya mesej yang aku nak sampaikan atau berkongsi rasa tu. Haha.
Mungkin ni lah alasannya kenapa aku lebih senyap dan malas bercerita sekarang
(?) biasalah, situasi dah tak sama (senyum kelat)
Terseksa kau tahu tak bile kau
selalu banyak je nak cakap tapi macam takde sape. Rasa banyak je kau nak
mengadu tapi macam tercari-cari sape yang sesuai. Rasa macam nak nangis tapi
nanti lagi lah orang tak paham ape jadi kat kau apehal budak ni tetibe menangis
tersedu-sedu. Rasa nak call je manusia-manusia tersayang tu, tapi kredit
membatasi. Benci betul lah. Rasa nak lari je jauh-jauh tapi tak cukup tanah,
takde tempat privasi untuk sembunyi. Sampai satu tahap rasa macam nak
jeriitttttttttttttttttttttttt sumpah kuat-kuat tapi macam la ade orang nak
kesah kat kau Asfarina. Baik diam, tak mengganggu ketenteraman awam. Heh.
Keadaan ni jugak membuatkan aku
akan nangis laju-laju kalau ada orang-orang tersayang itu call. I was like, “–borak-borak-sampai-satu-dialog-bile-rasa-kelenjar-air-mata-dah-bersedia-akan-cakap-Sedih
la kau call aku/kite. Haha.” Ayuni, Nadzirah, Chyfica, Atieya, Anne, Izyan,
Hanim. Kadang waktu down ni jugak dapat
sms best-best yang memang sejuk hati membaca. Macam tahu-tahu je aku sedih.
Jamilatul Akmal la selalunya bagi msg on time :) Mata ni akan bagi alasan lapuk
lagi – masuk habukk.
Waktu teruk macam ni baru sedar
betul yang aku memang ada Allah je. Jatuh bangun aku lepas ni Allah je yang
tahu segalanya, memang Allah je yang sudi dengar apa yang aku nak cakap
banyak-banyak tu. Segala macam perasaan dalam hati ni, kebanyakannya tak
terluah. Air mata je yang deras turun. Tapi aku tahu, aku yakin, Allah faham je
ape aku rasa. Allahu akbar…Allah..Allah..aku dapat rasa Allah sangat pandai
memujuk..I just can feel the warmth of His love. I’m clueless, don’t knw how to explain this
sensational feeling in a very beautiful way :’) Banyak kali Allah tunjuk
ayat-ayat cinta Dia tu la penawar, buatkan aku yakin sangat dengan suratan
takdir semua ni memang ini yg terbaik untuk seorang Asfarina binti Ismail :)
Dan buat aku tersedar, bukak mata hati besar besarr jugak yg iman aku tengah tgolek-golek jatuh, syaitonirrajim pula berpesta bersama angkatan anak cucu mereka! hohoi. Sudah terang lagikan bersuluh, punca utama stres anda : masalah iman dalam hati! Sebab tu tak bahagia. Benda ni kan inside-out, Asfarinaaa. Siramlah balik pokok iman anda! Sampai tahap boleh cakap kat iman tu, I, I love you like a love song, baby. Hahah. Apa-apa pun, ingat Allah :) luruskan niatmu.
Tahap stres bergantung pada kedudukan Allah dalam hati anda.
Semakin tinggi Allah dalam hati, semakin kurang stres yang dihadapi :)
#first shared by mekna, from akak usm#
p/s : Esok lusa mesti aku malu
post entry ni. Emosi je haha. Relief already, alhmdulillah :) Stres tu normal lah kan? Manusia akan bebas daripada stres bila dah mati je. Kalau tak pernah stres walaupun sebesar biji sawi, mesti hidup bosan! Kakakah. To be frank,
memang Allah je tahu cerita aku, zahir batin. Dah Dia Yang Maha Mengetahui,
kan? ;) Kau akan rasa bersyukur sangat sangat bila kau memilih Allah untuk
dengar semuanya at the first place. Serahkan kat Allah segala-galanya,
tawakkaltu a’la Allah setinggi-tingginya. Dia yang mencipta kita, Dia lebih tahu
pasal diri kita berbanding kita sendiri. Then, Dia yang akan pilih dan hantar
orang-orang yang terbaikk untuk membantu kita. Insya Allah, setiap kesusahan
pasti ada kemudahan. Allah tahu kita mampu. Thanks baca sampai habis :’) jzkk, Allah jua membalas
doa-doa sesama kita. Jumpa lagi! :)
Sometimes we must get hurt in order to grow,
we must fail in order to know,
sometimes our vision clears
only after our eyes are washed away with tears.
-someone somewhere-
Wassalamua'laikum wbt ;)
No comments:
Post a Comment