[Klik sini] |
Surah Al-Fatihah, setiap hari sekurang-kurangnya 17 kali kita baca dalam solat wajib.
Hari ini berpeluang membaca perkongsian tentang surah Al-Fatihah, simple but
Subhanallahi wabihamdih, it makes my day :)
Ayat pertama dalam surah ini dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.
Kita meletakkan semua amal kita atas nama Allah, jika mahu merasai sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim-Nya. Sekiranya timbul unsur-unsur riyak atau ujub selepas melakukan amal yang berbasmallah, maka amal yang pada mulanya bertujuan untuk membesarkan nama Allah, mensucikan nama Allah, dan mencari keredhaan-Nya bertukar tujuannya untuk membesarkan diri sendiri pula.
Akibatnya, segala kurniaan Allah dan rahmat-Nya akan terhenti di situ sahaja. Tiada lagi kesan hasil Ar-Rahman dan Ar-Rahim-Nya kepada kita :(
Ayat kedua, Alhamdulillahi rabbil a'lamin.
Segala kejayaan yang diperoleh hasil amal yang berbasmallah akan dipermudahkan, diberkati dan membuka banyak pintu kejayaan dan kebahagiaan. Pada waktu ini, boleh jadi kita akan lupa diri dan merasa bangga dengan pujian-pujian yang diterima. Sekali lagi di check point ini kita berpotensi untuk tersasar daripada prinsip dalam ayat satu sebelum ini. Justeru, ayat kedua ini mengingatkan kita untuk mengembalikan segala puji-pujian yang diterima hanya kepada Allah.
Refresh semula, kita beramal tadi dengan niat untuk Allah (bukan keuntungan peribadi/bangsa/persatuan/jemaah), jadi, segala pujian juga layaknya hanya untuk-Nya. Hamdalah di permulaan ayat ini juga menzahirkan kesyukuran kita kepada Allah kerana dengan hidayah dari Allah jugalah kita mengetahui kaedah beramal yang tepat, sehingga meyakini ia yang terbaik dari Allah, dan akhirnya berjaya melaksanakannya dengan baik sekali.
Ayat ketiga, arrahmanirrahim.
Sekiranya kita mampu kekal beramal atas nama Allah (basmallah) dan seterusnya kekal memuji Allah (hamdalah), ayat ketiga ini ialah kesinambungan hasil daripada kedua-dua ayat sebelum ini. Laksanakan secara istiqamah dan berturut-turut, hasilnya kesinambungan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah itu akan membawa rahmat dalam kehidupan seharian :)
Kesimpulan
Tanpa tunjuk ajar Allah, semua rahmat dalam kehidupan kita dan masyarakat tidak pernah akan terhasil. Jadi pastinya segala pujian dan kredit itu hanya untuk Allah belaka.
Mengambil pujian untuk diri sendiri akan memberhentikan hasil baik daripada sesuatu amal yang telah terdapat basmallah pada awalnya. Kesannya, rahmat dan kasih sayang Allah yang terhasil pada awalnya akan terputus dan tidak dapat dirasai lagi.
Semoga kita selalu berada dalam frame Bismillahirrahmanirrahim-Alhamdulillahi rabbail a'lamin, Ar-Rahman Ar-Rahim.
Keep on track :)
Have a barakah day ahead!
*Ref : Prihatin - Sains Fatihah #3
No comments:
Post a Comment