Assalamua'laikum :) apa khabar imaan? Ya, tahu tahu, walaupun turun naik, semoga graf iman kita tetap berbentuk dakian ke puncak dalam sedikit turun naik itu.
Beberapa hari yg lepas, aku
capai Majalah ANIS (rasanya la hihi) di rak majalah dan duduk berehat-rehat sambil menyelak
majalah tersebut di dalam perpustakaan UMK yang comel, lalu tertatik dengan
sebuah kisah ini. Buat rasa nak balik kampung! Ditambah lagi dengan status FB sepupuku yg melaporkan keadaan buah-buahan yg berjuntai-juntai menunggu masa untuk dipetik, juga aktiviti memancing ikan besar fresh yg dilakukan anak-anak bandar itu sebaik sahaja pulang ke kampung. Pfft jealous! And alhamdulillah, finally I'm home today ;)
Kisah si ayah dan anaknya. Bismillah.
Si
ayah bermonolog sendirian, “Anakku perlu belajar makna kemiskinan dan kekayaan.
Dia perlu belajar bersyukur kerana dilahirkan dan hidup dalam keluarga yg kaya
raya”. Maka, si ayah mengambil keputusan untuk menghantar anak lelaki
tunggalnya itu ke rumah sahabat lamanya yang terletak di sebuah kampung yang
sederhana. Penduduknya mencari rezeki dengan bertani dan melakukan kerja-kerja
kampung.
Setelah
beberapa hari ditinggalkan, si ayah datang untuk mengambil semula anaknya.
Ucapan selamat tinggal dan berjanji untuk datang lagi ke kampung itu mengiringi
perpisahan mereka berdua dengan para penduduk kampung. Si ayah gembira kerana
anaknya cepat menyesuaikan diri, berpeluang pula melihat kehidupan miskin harta
dengan kemudahan yg sangat minimum. Pasti anaknya sudah banyak belajar untuk bersyukur
dengan kekayaan yg mereka miliki jika hendak dibandingkan dengan kehidupan sederhana
di kampung itu.
Lalu,
si ayah pun bertanya. “How was the kampung? Best?”
“Wahah
best sangat, ayah!”
“Mesti
kamu dah faham kita hidup di dunia ni ada yang kaya dan ada yang miskin.
Ceritalah pengalaman kamu tiga hari di sana. Ayah nak tahu jugak best macam
mana tu”.
Dengan
penuh yakin dan bersemangat, si anak pun memulakan cerita.
“Haiwan
peliharaan mereka banyak. Kucing, kambing, lembu, ayam, angsa semua ada. Kat
rumah kita takde pun kan, ayah.
Kolam
renang belakang rumah kita kecil sahaja. Kat kampung ada kolam yg besar, sungai
pun ada. Semua orang boleh mandi dan berenang.
Kebun
bunga kita pun kecil. Di sana, seluruh kampung ada bunga. Tepi parit pun banyak
pokok bunga.
Rumah
kita di bandar tak ramai kawan datang. Kat sana semua orang boleh datang rumah
orang lain. Ramai-ramai dan bila-bila masa, terutamanya waktu petang boleh
duduk di pondok bawah pokok. Tempat main pun luas taw ayah. Senang nak lari
bila main kejar-kejar. Kawan-kawan pun ada ajar main basikal, layang-layang,
guli dan tin ting.
Ikan
pula banyak. Boleh pancing dan menjala, tak payah bayar dan fresh! Kita selalunya beli ikan
di pasar saja. Sayur-sayuran dan buah-buahan pun macam tu. Boleh petik je keliling
rumah dan panjat pokok sendiri. Di kawasan rumah ada pokok buah-buahan, di kebun
pun ada. Oh saya dah pandai panjat pokok rambutan dan pulasan, ayah!
Kita
beri duit kepada pengawal keselamatan utk jaga rumah kita. Kat kampung, tak ada
pun orang jahat. Kalau ada, kawan-kawan kata mereka kejar ramai-ramai dan
sama-sama serahkan kepada pihak polis.
Setiap kali solat Maghrib dan Isyak, Pak Teh akan bawa saya ke masjid kampung. Ada ceramah agama selepas maghrib. Bila balik ke rumah pula, Mak Teh akan ajar kawan-kawan sebelah rumah mengaji. Saya pun ikut sekali. Seronok, saya suka sangat, ayah.
Adik-beradik
mereka semua ramai. Saya takde abang, kakak, ataupun adik…um.
Ayah
ayah! Nanti kita datang kampung tu lagi ya. Nak belajar jadi orang kayalah
macam mereka”.
Si
anak terus tersenyummm lebar sendirian sambil terus mengimbau suasana indah di kampung.
Si
ayah terdiam.
Hati kecilnya berkata, “Macam mana pandangan aku boleh berbeza
sekali dengan anakku? Nampaknya aku yg perlu banyak belajar daripada kehidupan
mereka di kampung. Kaya bukan hanya pada harta seperti yg kusangka selama ini. Nampaknya mereka itu kaya jiwa, pengalaman, ilmu dan mereka hidup lebih tenang dalam suasana bersederhana begitu".
Insaf.
Comel
budak tu cerita kan. Fitrah hatinya bersih dan belum tercemar. Hatinya cukup subur
dengan inspirasi sifat Al-Ghani (Maha Kaya) dan Al-Mughni (Maha Pemberi
Kekayaan) Allah.
Daripada
Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda : Kaya itu bukan kerana banyaknya
harta melainkan kaya (yang sebenarnya) ialah kaya hati (cukup apa yg ada).
[Hadis
Riwayat Muslim]
Ada
lagi sabda Nabi Muhammad SAW, HR Muslim juga :
Sesungguhnya
Allah mengasihi hamba-Nya yg bersifat taqwa, kaya jiwa, serta tidak menonjolkan
diri (merendah diri walau berpangkat tinggi).
Berkenalan dan yakinlah
dengan sifat Al-Ghani dan Al-Mughni Allah :) insha Allah, hati akan menjadi
tenang dan damai dalam usaha untuk mengumpul kekayaan berbekalkan rasa taqwa kepada-Nya.
Org
kaya yg terinspirasi oleh Al-Ghani sentiasa menjadi ‘wakil’ Ar-Razzaq (Maha
Pemberi Rezeki) mengagihkan kekayaan dalam pelbagai bentuk. Sadaqah, membayar
zakat dan hadiah jika kaya harta, memberi nasihat, bimbingan dan motivasi jika kaya
pengalaman, dan mengajar jika kaya ilmu.
Apabila
dia mempunyai keyakinan yg teguh kepada jaminan Allah, hati akan ringan untuk memberi
dan berkongsi sesama insan. Dia melihat kekayaan bukan dari aspek apa yg mampu
dimilikinya atau berapa banyak simpanan dalam akaunnya, tapi dia melihat
kekayaan dari aspek apa yg dapat dinafkahkan. Itulah kaya hakiki :)
Wallahua'lam.
p/s : Ada seorang kawan yg tak malu mengaku dia budak kampung. Malah aku rasa dia proud gila membesar dalam suasana kampung. Waktu mula-mula kenal dia orang pertama angkat tangan laju je mengaku bila ada yg bertanya siapa dalam kalangan kamu ini dari kampung. Ish, terkesima sekejap. Kagum kagum. Bila tersedar dari kekaguman, betul la, nak malu apa, kan? Junjungan mulia Nabi Muhammad SAW kita pun membesar dalam suasana kampung. Banyak Allah nak tarbiyah baginda dalam suasana terbaik ketika itu sebelum menjadi rasul ; berdikari, merasai perit jerih kehidupan, terhindar daripada kehidupan bandar yg menyesakkan, meluaskan ilmu dalam pelbagai kemahiran hidup yg praktikal.
Btw, oh suka orang kayaa ^^ kaya yg macam mana? Kaya yg macam dalam hadis Nabi ;) Suka jadi, suka kawan, suka tengok sahabat yg ada ciri-ciri yg Allah sayang. Ya Allah, Ya Ghani, Ya Mughni, jadikanlah kami hamba-Mu yang kaya dalam kesyukuran kepada-Mu. Kaya hati, kaya ilmu, kaya akhlak, kaya pengalaman, kaya tarbiyah, kaya rohani. Aameen ya rabbal a'lameen.
Kredit gambar-gambar kali ini [ di sini :) ]
Suka gila menonton Upin & Ipin. Super comel dan meriangkan. Wahihi
Suka gila menonton Upin & Ipin. Super comel dan meriangkan. Wahihi
No comments:
Post a Comment