Alhamdulillah,
pejam celik pejam celik sudah habis semester tiga. Sekejap sangat rasanya. Ada
kekesalan jugalah kerana merasakan diri teramat sibuk, lalu terabai
perkara-perkara kecil yg turut boleh membawa keuntungan akhirat. Update blog
misalnya. Wahehe. Tak mengurus masa dengan baik sebenarnya, ditambah rasa malas
untuk berlama-lamaan duduk di zon wifi. Salah sendiri.
Sesibuk mana
pun kita, apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan sibuknya Rasulullah
SAW. Saya malu sendiri apabila menemui petikan ini beberapa hari sebelum exam :
“Walaupun
Baginda merupakan seorang pemerintah pada era dakwah di Madinah, ujian demi
ujian tetap datang tidak bertepi. Peperangan demi peperangan, urusan dengan
Yahudi, dan juga kaum munafik, semuanya datang tak henti-henti.
Namun,
baginda masih tetap ada masa untuk isteri dan anak-anaknya. Baginda tetap ada
masa untuk memberikan penyampaian dan pengisian kepada para sahabatnya. Tetap
ada masa bergurau-senda dengan anak-anak kecil dan melayani orang tua yg hidup
bersamanya.
Jelas sekali
baginda menunjukkan resipi ketenangan dalam hidup ini kepada kita. Walaupun
kehidupan baginda penuh kesibukan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yg
berat dan pelbagai, diuji tak henti-henti, namun tidak pernah sekali pun
direkodkan baginda seorang yg tertekan, beremosi, hilang kawalan dan pemarah. Jauh
sekali ingin membunuh diri dan melakukan tindakan-tindakan gila.”
See? TT
Sungguh hebat. Umpama air yg tenang tak berkocak walau bahaya macam-macam
menanti dalam air, termasuklah buaya yg berkira-kira untuk menyerang bila-bila
masa. Baginda tak melatah langsung. Sungguh jauh kita ni. Kesibukan kita, ujian
kita sangatlah kecil. Perjalanan kita atas jalan Allah ini tak berdarah lagi,
paling hebat pun cuma berpeluh. Berpeluh-peluh pun sudah mengeluh! Ujian umpama
duri pun tidak banyak mana, sekecil duri Aloe vera mungkin. Permusafiran yg
memakan masa berjam-jam semata-mata untuk mendapatkan pengisian setiap minggu mungkin
tidaklah sesukar mana dengan menaiki kereta atau bas, dibandingkan dengan
menaiki unta tua lagi kurus atau berjalan kaki di padang pasir.
Sungguh berbeza
umpama langit dan bumi. Ya, zaman memang berbeza. Tahap keimanan juga sungguh
berbeza. Tidak?
Penulis itu
menyambung, “Apakah resipi ketenangan baginda?”.
Jawapannya, “Baginda merapatkan diri kepada Allah.”
Pengajaran :
1. Salimul
aqidah ; Aqidah yg sejahtera. Beriman dan bergantung kepada Allah dengan
sepenuhnya. Yakin tiada yg mampu menjaga diri yg lemah ini, melainkan Allah dan
dengan izin-Nya jua. Baginda melaksanakan urusan dan tanggungjawab dengan hati
yg sentiasa berhubung dengan Allah. Tenang. Maka tiada ruang untuk tertekan dan
beremosi walau dalam kesukaran yg dahsyat, kerana hatinya telah dipenuhi dengan
keimanan kepada Allah yg tak berbelah bahagi. Hanya takutkan Allah, bukan pada
musuh-musuh. Baginda juga bertawakkal hanya kepada-Nya, tiada daya dan upaya
melainkan dengan izin-Nya.
Semua
urusan kita jika dilakukan dengan merasai kehadiran Allah, insha Allah tiada
ruang untuk tertekan. Sebab kita sedar, kita buat bukan atas usaha kita
semata-mata, tapi kita ada Allah yg izinkan kemampuan kita, melihat usaha kita.
Antara kita dan urusan itu, ada Allah sebagai perantara. Bukan semata-mata kita
dan urusan itu sahaja, dengan melupakan Allah itu wujud, Maha Melihat, Maha
Memahami, Maha Berkuasa. Dan hanya Dia dan dengan izin-Nya sahaja segala urusan
berjalan lancar. Maka, ingatlah Allah banyak-banyak, dan bergantunglah hanya kepada-Nya
agar kamu beruntung :)
2. Haarithun a’la
waqtihi ; Sangat menjaga masa & Munazzamun fi syuunihi ; Tersusun dalam
urusan. Nabi kita tetap merasa cukup dengan 24 jam yg diberi, malah boleh memberi
manfaat kepada orang lain lagi. Kita juga perlu lebih berdisiplin menjaga waktu
dan lebih kemas dalam menyusun urusan. Yang tak perlu, tolak sahaja ke tepi.
Utamakan yg utama.
Pesan seorang Dr., antum boleh pilih nak fokus apa dalam hidup sebagai pelajar ni. Zaman
keemasan, zaman pemuda ni kena buat pilihan yg tepat. Laburkan masa dan tenaga
di tahap produktif ini pada tempat dan jalan yang menguntungkan. Pilih jalan yg
boleh memberi manfaat kepada diri, keluarga, agama, masyarakat, dan negara. Jadilah
orang-orang yg berfikir, mahu tergolong dalam golongan orang-orang yg beruntung
di akhirat kelak? Atau mahu jadi golongan yg menangisi kehidupan dunianya
sewaktu Hari Kebangkitan nanti? Baiklah, misalnya, antum pegang dua ni je dan
commit. Study sungguh-sungguh, dakwah dan tarbiyah sungguh-sungguh. So, segala
apa yg tak berkaitan dengan kedua-duanya, boleh tolak tepi. Dah tahu perkara yg
perlu diutamakan, set matlamat dan plan masa dengan kemas.
3. Nafiun li
ghairihi ; Bermanfaat untuk orang lain.
Ulang ayat, “Namun, baginda masih tetap ada masa untuk isteri dan anak-anaknya. Baginda tetap ada masa untuk memberikan penyampaian dan pengisian kepada para sahabatnya. Tetap ada masa bergurau-senda dengan anak-anak kecil dan melayani orang tua yg hidup bersamanya. Jelas sekali baginda menunjukkan resipi ketenangan dalam hidup ini kepada kita.”
"Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu melupakan bahagiaanmu di dunia, dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yg berbuat kerosakan."
[Al-Qasas 28:77]
*
A big Alhamdulillah. Done with postmortem and planning. Harapan 2013 kugantung setinggi bintang di langit. Dongaklah ke langit malam, melihat bintang bertaburan, tersenyum merasai luasnya rahmat Allah! Semoga semester 4 akan datang lebih teratur langkahnya dan kemas urusannya dalam menagih redha Ilahi. Insha Allah.
Hai hati, ayuh perbaharui niat bersama? :)
No comments:
Post a Comment