Friday, February 8, 2013

Al-Ma'thurat :)


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah thummalhamdulillah, mari kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dan juga ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad sallallahu a'laihi wasallam yg dirindui, ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Semoga mendapat syafaat Baginda kelak, insha Allah.

Ma'thurat versi ni best, pernah jumpa.

Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim dalam bukunya Travelog Dakwah : Menuju Hari esok ada menyatakan,

“Saya mengamalkannya bukanlah kerana kepercayaan yang ia dapat menghindarkan diri daripada fitnah, ilmu sihir dan buatan orang tetapi lebih kerana asyik dengan makna-makna ayat yang begitu terkesan di hati. Ia adalah satu doa daripada hamba-Nya yang lemah. Ilmu yang sedikit inilah yang menjadi amalan setiap hari.

Hakikat sebenar, saya berasa pulih daripada kekurangan yang sentiasa menghantui diri. Berperasaan yang Allah sentiasa ada di mana-mana untuk melindungi hamba-Nya yang lemah, jahil, bodoh dan tidak berupaya.”

Betul tu. Terikat dengan maksud ayat-ayat terpilih yang dimuatkan dalam al-ma’thurat. Doa-doanya semua mengingatkan kita yang segalanya daripada Allah, dan hanya kepada-Nya lah tempat kita memohon pertolongan dan bergantung sepenuh harap. 

Contohnya, 
Ya Allah nikmat apa sahaja yg aku peroleh di waktu pagi/petang hari dari seseorang di antara makhluk-Mu, sebenarnya adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur.

Dengan nama Allah, yg dengan nama-Nya akan terhalanglah, segala sesuatu di langit dan bumi, untuk menimpakan bencana dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Aku berlindung pada kalimat Allah yg sempurna daripada apa-apa kejahatan yg diciptakan.

Ya Allah, sihatkanlah badanku, sihatkanlah pendengaranku, sihatkanlah penglihatanku.

Kelebihannya? 

Sebaik sahaja selesai membaca ma’thurat selepas subuh, rasa best. Rasa lapang dada. Rasa sempurna pagi kita. Rasa Alhamdulillah sangat :) rasa set makanan rohani utk permulaan hari ni dah dibekalkan, at least ma’thurat sebagai dos yg paling minimum. Maka pagi-pagi lagi mood jadi super best, dan boleh buat kerja seterusnya dengan baik dan teratur, insha Allah. Senyum lagi.

Sebaik sahaja selesai membaca ma’thurat waktu petang, rasa best juga. Rasa petang kita tak sia-sia berlalu begitu sahaja. Al-maklum sahaja la, selepas Asar bisanya kita akan disibukkan dengan urusan-urusan dunia ; riadah, makan, borak-borak, jalan-jalan, baring-baring, online2 dan sebagainya. Sekiranya terisi walau dengan menjamah ma’thurat, insha Allah akan rasa lebih tenang untuk menghadapi malam yang mendamaikan. Rasa senang  nak buat kerja, sebab petang kita dah sempurna. Makanan rohani dah diberi, sekurang-kurangnya mengikut dos yg paling minimum, maka boleh tidur dengan best dan bersedia malam ni utk esok yg lebih best ;)

Sesibuk mana pun kita, cari cari carilah masa untuk ber-ma’thurat. Insha Allah ada keberkatan untuk hari-hari yang bakal dilalui. Berbuatlah semata-mata kerana Allah, mencari keredhaan Allah. Allah tak untung atau rugi pun atas amalan kita, Allah tak mahu, Dia Maha Kaya, Maha Pemberi Nikmat, Maha Perkasa, Maha Agung. Semuanya memang akan kembali kepada kita, untuk kebaikan diri sendiri juga. Kita tinggal nak buat ke tak je.

Apabila sudah biasa mengamalkannya, andai tinggal bacaan ma’thurat pagi atau petang, rasa menyesal dan tak selamat. Huu. Apalah yg disibukkan sangat sampai tak sempat nak sempurnakan bacaan Ma’thurat tadi. Walau bagaimanapun, andai mempunyai keazaman yang kuat dan tetap memilih untuk menyempurnakan bacaan ma’thurat hari ini sekalipun sudah terlewat, okayy je. Baguslah :) apa tu orang kata, better late than never?

Kelebihannya sangat banyak sekiranya diamalkan. Insha Allah. Dalam kes-kes mistik, ramai sahabat dan ustaz menyarankan amalan ma’thurat kepada si pesakit. Pucuk pangkalnya, ialah keimanan kepada Allah. Keimanan dan keimanan. Ma'thurat merupakan salah satu bentuk ikhtiar untuk pulih. Ada antara sahabat yg alhamdulillah sudah semakin pulih malah bertambah baik keadaanya. Kelihatannya, dia bahagia dalam istiqamah mengamalkan zikir mengingati Allah, termasuklah bacaan al-Ma'thurat.

Baca sekali sahaja atau memang perlu tiga kali?

Biasanya mathurat terbahagi kepada dua bahagian, sugha (pendek atau yg berbintang sahaja), dan kubra (lebih panjang).

Pesanan seorang rakan, daripada ustaznya, 

“Kita ini baca yg sugha. Sugha ini telah pun diringkaskan oleh Imam Hassan Al-Banna daripada yg kubra. Kita membaca sekali sahaja bahagian yg sepatutnya diulang tiga kali. Secara tak langsung, ia bermakna, kita telah meringkaskan apa yg telah diringkaskan oleh beliau. So, jika ingin lebih afdhal bacalah tiga kali. Doa yg diulang tiga kali pun lebih makbul insha Allah”, katanya lembut.

Pesanan penaja : Kalau baru mula berjinak-jinak, okay la baca sekali. Bagi istiqamah dulu. Kena kuatlah untuk istiqamah, cari kawan yg boleh pantau keseriusan kita untuk istiqamah beramal ma'thurat. Cari kawan-kawan pun boleh. Geng untuk baca Ma'thurat, lepas solat jemaah Subuh dan Asar lebih afdhal. Hii. Kalau dia taknak sebab tak faham pun apa kebaikannya, kita yg dah tahu ni lah perlu promote habis-habis. Ajak baca sesama. Bukan ke kita pernah berjanji untuk sehidup semati dengannya, nak masuk syurga sesama? ajak ajak!

[Ihsan dari sini]
*
Saat pertama sekali terbuka hati untuk berkenalan dengan Al-Ma’thurat ialah ketika mula mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu. Hihi. AL-MA’THURAT tersenarai dalam senarai barang yang perlu dibawa ketika mendaftar, selain daripada baldi, tuala, selipar, telekung, al-Quran, baju kurung, tudung berjahit, bantal dan sebagainya.

“Al-Ma’thurat ni apa, bu? Tak pernah dengar pun?”

“Yang Teacher Zaitun bagi waktu birthday hari tu Ma’thurat la namanya. Kenapa?”.

“Oh buku kecik tu ke. Dalam list ni ada suruh bawak al-ma’thurat”. Berkerut dahi. Penting ke al-ma’thurat ni. Err letak mana eh hadiah Cikgu Zaitun bagi tu?

Selepas menjejakkan kaki ke MRSM Pontian, barulah mula berkenalan dengan buku kecil yang dipanggil Al-Ma’thurat sususan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ini.

Setiap kali selepas solat Subuh yang diwajibkan berjemaah di surau maktab, mesti kena pegang dan baca ma’thurat beramai-ramai mengikut imam. 

Kalau tidur, nanti ustaz tembak guna pistol air berkuasa tinggi. Kalau tidur sampai tersengguk-sengguk, lagi la lincah ustaz melancarkan serangan tak berbalas. Kehkeh. Mata ustaz memang tajam je mengesan mangsa, lelaki ke perempuan sama je takde pilih kasih untuk jadi mangsa pistol air.

Kalo takleh solat pun dilarang sesedap rasa tidur di saf-saf belakang surau. Mesti kena  turut serta baca ma’thurat. Sekurang-kurangnya, perlu duduk elok-elok, pegang dan mulut terkumat-kamit bersama yang lain membacanya.

Kalau tak, nanti ustaz temak dari jarak lima ke tujuh meter jauhnya. Kalau kena, uh serious malu, habis basah lencun baju. So balik Subuh cepat-cepat lari naik bilik, tak jadi nak terus breakfast kat DS. Wahaha.

Style kan ustaz? Senyum.


*DS ialah dewan selera. 
Mungkin namanya bukan pistol kut, tapi senapang air, 
yang jual kat pasar lambak warna warni tu.

Dijadikan cerita, sebaik sahaja tamat zaman persekolahan yg banyak peraturan itu, kita pun berhenti daripada terus mengamalkan ma’thurat. Tidak sayangkah meninggalkan benda baik yg sudah sebati dalam kehidupan kita sebagai pelajar sekolah dahulu? 

Krik krikk. 
Rugi kot. 
Eh silap, serious rugi! :(

Apa kata kita hidupkan semula? Insha Allah, hari-hari kita lebih bahagia, terisi dan jauh lebih bermakna sebagai seorang Muslim. Bak kata status Hilal Asyraf, hidup kalau bukan untuk Allah, maka sia-sialah ia. 

Teragak-agak apa lagi? Inilah peluangnya! 
Jom kita cari Ma'thurat! :)
Ohya, download & install app pun boleh!
Siap ada kelebihan beramal dengan setiap ayat lagi


Ke arah membumikan keimanan kepada Allah.
Keimanan dan keimanan.
Semoga. Allah. Redha.
Ameen.
Wassalamua'laikum warahmatullah.

No comments: