Assalamua'laikum warahmatullah. Insha Allah, kalau perasan kan, tadi sepanjang kita jalan dari pintu masuk, banyak je daun-daun, bunga-bunga yang gugur. Kat bilik pun, *bilik ana memang selalu dapat menghadap hutan*, kita akan selalu la nampak bermacam-macam makhluk ciptaan Allah yang lain kat luar tu. Kadang-kadang toleh luar tingkap, dan-dan ada nampak sehelai daun kering gugur melayang ke kanan kiri. Subhanallah, selalu waktu ni akan teringat surah Al-An'am ayat 59.
"Dan kunci-kunci yang ghaib ada padanya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuinya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz)".
[Al-An'am 6:59]
[Al-An'am 6:59]
Subhanallah kan, semua tu tak terlepas pun dari pengetahuan Allah. Kadang kita tengok kejadian sekeliling kita ni semua kosong je, tapi semuanya, i repeat, semuanya tak terlepas pun daripada pengetahuan Allah. Kalau nak ikutkan, apelah sangat daun gugur. Tapi sungguh la, semuanya dah tercatat sekian lama di Luh Mahfuz. Daun yang berwarna sekian, dari pokok sekian ni akan gugur pada jam dan saat sekian sekian, dengan kelajuan tiupan angin sekian sekian, dilihat oleh hamba Allah yg bernama sekian sekian, yang pada waktu itu sedang jungle trekking subjek Wildlife, contohh.
Semuanya dah tertulis.
Sekecil-kecil perkara pun Allah kira.
Allah MAHA Mengetahui.
Kalau nak tengok dalam hidup kita, apa-apa kebaikan atau kejahatan yg dikerjakan, walau seberat zarrah, semuanya tak terlepas. Takkan terlepas. Cuba check surah Al-Zalzalah, surah ke-99, ayat 7 dan 8.
...
*
"Dan tidak ada seekor binatang pun yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan semuanya merupakan umat-umat (juga) seperti kamu. Tidak ada sesuatu pun yang Kami luputkan di dalam kitab, kemudian kepada Tuhan mereka dikumpulkan."
[Al-An'am 6:38]
Eh belalang! Er bukan mentadak mentadu ke? |
Dia pun nak mentadabbur alam & al-Quran jugak ;) |
*
Berkenalan dengan akhawat sedunia
Jauh berjalan, mesti ramai juga sahabat baru yang akan dikenali dari segenap pelosok dunia. Hoho macam besar sangat je bunyinya.
Dalam buku Ath-Thariq Ilal Qulub aka Bagaimana Menyentuh Hati karangan Abbas As-Sisiy, super menarik kisah-kisah yg diceritakan dalam buku tersebut. Mungkin kalau kita bukan jenis yang peramah cepat mesra alam, bila baca buku itu pun akan tercetus macam-macam idea geliga untuk berdakwah dengan orang yg baru dikenali.
Perkara yg terpenting, mohonlah kepada Allah dan mengikhlaskan niat kita hanya untuk-Nya semata. Terdapat satu kisah yang diceritakan, selepas bertegur tentang sesuatu yg menarik pada diri sahabat baru, Abbas As-Sisiy terlebih dahulu memperkenalkan namanya. Sebabnya, kalau kita bertanya nama terlebih dahulu, mungkin akan timbul prasangka yg bukan-bukan.
Then, sekiranya terasa ada chemistry selepas teguran pertama tadi, boleh juga menambah, "Ana ukhtuki fillah (Saya saudara perempuan anda dalam agama), Asfarina dari UMK". Senyum. *ganti dengan akhuka fillah untuk lelaki.
Dalam kondisi seperti ini, kita akan berpisah dengan meninggalkan kesan yang mendalam. Insha Allah! Selain itu, kita juga boleh menghubunginya tanpa rasa janggal sekiranya ingin mengajak ke acara-acara di kemudian hari.
Ok, alhamdulillah berjaya kita koreksi satu tips kali ini. Abbas As-Sisiy juga ada berpesan, dengan maksud mudahnya, carilah pintu untuk ta'aruf ketika berpergian. Berkongsi makanan dalam perjalanan pun satu kegembiraan bagi orang di sekeliling. Dengan cara ini, kita akan membuka pintu ta'aruf dan tidak meninggalkan van yg dinaiki bersama contohnya, kecuali telah meninggalkan kesan yang baik dalam jiwa orang lain :)
Duduk dan berkepit dalam geng kita sahaja mungkin akan menimbulkan persepsi negatif orang lain yang sebenarnya jauh di sudut hati mereka teringin untuk mendekati kita. Makanya, wahai para da'ie! Bertebaranlah menyebarkan manfaat kepada orang lain di mana kamu ditempatkan.
"Kita telah berhenti sesaat, kita harus mengambil menfaat dari yang sesaat tadi untuk nash ad-da'wah (menyebarkan dakwah)"
[Hassan Al-Banna. Trik-trik dalam Dakwah dan Tarbiyah. pp 173]
*
...
"Asfarina kan, Jazaakillah share ayat [6:59] tadi. Tadi lepas enti share, ada sehelai daun gugur depan ana. Nah, ambil la. Buat kenang-kenangan kat sini."
"Eh? Wah ya Allah. Haha. Tulis la nama kat daun tu."
"Fatih UMS. Daun Kundasang =)"
"Alhamdulillah, terima kasih taw Fatih. Hehe. Comel je daun Kundasang ni."
*
# Pesanan penaja : Pandai-pandai lah cover if terlupa atau inagt-ingat lupa nama orang selepas ta'aruf kali pertama. Kof koff.
Wallahu a'lam. Wassalamua'laikum warahmatullah, till we meet again take care jaga hati jaga imaan wish you all the best, selamat menyentuh hati! :)
Alhamdulillah thummalhamdulillah, terima kasih ya Allah :')
2 comments:
asfa......... <3
jazkillah sebab dah menyantuni sy sepanjang kte bersahabat, moga sahabat kita fillah till jannah :)
terus menyentuh hati2 kat luar sana!
doakan sy jugeee :)
jazaakillahu khairan katheera fieqa! insha Allah, the same goes to youu :)ingat kite dalam doa fieqa ^^
Post a Comment