Wednesday, July 31, 2013

Hijabista standard syurga!

Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamua'laikum wbt para pembaca pilihan Allah yang Maha Bijaksana.

#Coretan 1

Dengan memakai tudung labuh menutup kepala
Kawan-kawan berkata aku ustazah
Dengan memakai pakaian yang kemas bertutup rapi di tubuhku
Kawan-kawan berkata aku tidak trendy
Dengan bicara yang sopan meniti di bibir
Kawan-kawan berkata aku cuma berlakon
Dengan akhlak yang terpelihara
Kawan-kawan berkata aku cuma ingin menarik perhatian..

Wahai kawan yang berharapkan sanjungan & pujian
Cantik bukan bererti mempamerkan aurat
Cantik bukan bereti selalu berdandan
Cantik juga bukan bererti menarik perhatian
Dan cantik bukan bereti kita dijadikan bahan tontonan umum

Ku sarungkan jilbab di kepala terasa damai dihati
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku
Ku lakukan semuanya itu hanya kerana cintaku pada Rabb-ku
Lantas aku berbisik dalam hatiku
Semoga Rabb-ku bahagia melihat hamba-Nya ini
Patuh & taat melaksanakan perintah-Nya
Dan menjauhi larangan-Nya…

Andai sahabatku memahami
Cantik bukanlah satu ukuran…


[FB : 25 July 2012, Ayuna Fazlina]




#Coretan 2

Bismillah. Suatu masa dahulu, saya pernah taksub dengan ideologi berniqab tanpa terlebih dahulu mengkaji apa sebenarnya yang tersirat di sebalik amalan tersebut. Suatu kali, saya pernah ditegur oleh seorang adik, “Wah, pakai purdah, tapi baju colourful, ni gerenti orang Malaysia ni.”

Terpukul. Memang amat terpukul. Lalu kerana terpukul itulah saya mula mengkaji dan mencari ilmu mengenainya. Hari ini, di dalam negara saya sendiri iaitu Malaysia, saya lihat ramai perempuan yang mula berniqab. Tetapi, saya agak keliru dengan konsep yang dibawa.

Wajahnya tertutup rapi. Tetapi pakaiannya walaupun jubah, walaupun berwarna hitam, masih ada liplap-liplap, masih ada bling-bling, masih ada bunga-bunga. Bila saya fikirkan semula, tafsiran bagi pakaian yang seperti itu sebenarnya adalah, "SAYA MALU DAN MERASA MURAH SEKALI ANDAI WAJAH SAYA MENJADI TATAPAN ORANG, TETAPI SAYA TIDAK KISAH KALAU PERHIASAN DAN PAKAIAN PADA BADAN SAYA DILIHAT ORANG BAHKAN LEBIH SERONOK KALAU DIPUJI."

Apakah betul itu sebenarnya konsep berniqab sepertimana yang dibawa oleh ummul mukminin kita?

Bagi diri saya yang tiada ilmu ini, saya memandang perbuatan memakai tudung, menutup aurat serta memakai niqab itu fungsinya bukanlah sekadar untuk 'menutup' sahaja. Signifikan utamanya adalah jauh lebih besar daripada itu. Ia sebenarnya adalah sebuah latihan untuk hati kita, untuk menundukkan nafsu orang-orang perempuan yang sememangnya amat suka dipandang dan dipuji. Ia mengajar kita bagaimana untuk bersederhana dan merendah diri.

Kerana itulah pentingnya pemilihan warna dan perhiasan yang terdapat pada diri seseorang perempuan itu. Saya suka memetik kata-kata ulamak ini, “Seorang perempuan itu, sebaik-baiknya apabila ia turun ke tengah-tengah orang ramai, orang tidak perasan pun akan kehadirannya di situ (lantaran sederhananya pakaian serta perhiasan pada dirinya.)”

Sebab itulah bagi saya, kalaulah di dalam hati saya masih lagi ada keinginan untuk berhias dan dipuji orang, “Lawalah maskara awak”, “Eh cantiknya manik-manik pada jubah awak ni”, ataupun “Wow, beg tangan Gucci ke tu?” itu membawa maksud, masih terlalu jauh lagi perjalanan mujahadah hati saya. Dan kerana itulah juga saya fikir, saya perlu mengambil masa berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk menjadi niqabis sepenuh masa.

Kerana niqab bukanlah tentang menyembunyikan wajah. Ia sebenarnya tentang menyembunyikan ‘hati’.

Adakalanya, saya lebih menghormati perempuan yang tidak berniqab tetapi pakaiannya cuma sederhana, warnanya tidak membuat orang memuji-mujinya dan perhiasannya tidak pula membuat orang terteleng-teleng memandangnya. Hatinya rendah, tidak berkehendak kepada pujian mahupun pandangan orang, baik dari lelaki mahupun perempuan. Memandang kepadanya sahajapun, hati kita turut merasa rendah dan insaf, tidak langsung menimbulkan keinginan di hati untuk kelihatan lebih cantik. Istimewa dan mahalnya perempuan seperti ini, kerana cantiknya disimpan elok-elok, hanyalah buat tatapan seorang insan yang bernama suami sahaja.

Saya tidak kisah andainya ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya ini. Kerana saya berbicara ini sambil membayangkan bagaimanalah sekiranya ummul mukminin masih ada bersama-sama dengan kita pada hari ini. Maafkan saya, andai saya telah mengguris hati sesiapa.

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah. Dan yang tidak baik itu datang daripada kejahilan diri saya sendiri.

Suara hati seorang perempuan buat perempuan-perempuan lain yang dicintai Allah,
Cik Beah @CBO Studio.

[FB : 24 May 2013, Beah A.]


Allahu (T_T)

Kedua-dua coretan di atas amat bermakna buat saya. Entah kenapa, semoga Allah membalas usaha mulia rakan-rakan Facebook saya yang rajin like and share dan akhirnya tanpa mereka sedari, dengan izin Allah coretan-coretan tadi dijamah mata saya untuk terus membacanya. Mungkin sudah lama, tetapi masih segar di ingatan bagaimana perasaan saya saat pertama kali membacanya.

Apa kata anda?

Saya secara peribadinya bertambah terkesan apabila terjumpa entry Dr. Cinta yg ini

Meh nak ringkaskan. Yang pertama, biasakan pakai arm socks n socks dulu. Sekarang ni ada bermacam-macam pilihan stokin yang selesa, so takde masalah :) kalau ada masalah lagi, SMS +6013-7943253 untuk dia tunjukkan kat awak mana boleh dapatkan stokin and handsocks yang best :)

Yang kedua, pakaian yang lebih longgar dan labuh. Yang ketiga, join usrah yang benar. Ini paling best dan insha Allah sangat penting untuk istiqamah dan istimrar (berterusan dan semakin meningkat) :)) 

Yang keempat, rajin-rajinkan diri ke majlis ilmu untuk tambah kenalan yang baik-baik. Rahmat dan kasih sayang Allah pun sangat banyak dalam majlis ilmu, belum lagi ditambah bonus awak akan didoakan oleh para malaikat. 

Yang kelima, perbaiki ibadah asas dan tambahkan ibadah sunat. Kalau dah biasa dengan ibadah yang sunat, mesti awak akan tergerak untuk perbaiki ibadah asas. Yang keenam, banyakkan membaca al-Quran dan tadabbuur maknanya. Kita tak faham apa yg Allah nak sampaikan melalui ayat-ayatNya, sebab tu kita tak rasa gembira untuk melakukan perintahnya. Jadi, jangan buang masa lagi, jom hidupkan Al-Quran dalam hati :)

Belum lagi dikira dengan taujihat sang murobbiyah di suatu malam yang tenang. Di samping itu, video 10 Muwasafat Tarbiyah ini, walaupun simple, tapi pada minit yang ke 1:11, 
sekali tengok terus lekat sampai sekarang :]


Mujahadah melawan hawa nafsu!
Selalu ingat, Allah dah janji kat syurga nanti Dia boleh beri nikmat yang berkali ganda lebih mengiurkan

Terbaca comment seorang sahabat kepada sahabatnya di Instagram, lebih kurang begini : 
"Cantik kan baju-baju butik ni? Mahal huu. Takpe, boleh dapat kat syurga nanti."

 #speechless in one second
Allah. Saya meng-ameen-kan dari jauh.

Mereka ditarbiyah sehingga faham bahawasanya kecintaan kepada dunia dan segala keindahannya, hanya sementara, dan tiada jaminan akan berkekalan. Pandangan nafsu berjaya diputarkan 360 darjah lalu terhasillah pandangan dpd kaca mata akhirat yang jauh lebih benar. Hidup ini seluruhnya untuk akhirat, tiada pisah-pisah yang mana perlu ikut Islam, yang mana tidak.

Saya menulis lebih untuk mengingatkan diri sendiri. 
Kerana diri ini menyedari, untuk berbuat tidak semudah menyusun kata.
Andai kata kalian yang membaca ini terdetik untuk berubah dan berazam menjadi lebih baik daripada sekarang, silakan ya sahabat.

Jangan dilihat diri yang menulis ini bagaimana.
Sungguh ya Allah, sempurnakan niat-niat baik mereka. Doakan saya juga.

Semoga kita sama-sama tidak jemu memperbaiki diri, mencontohi Saidatina Khadijah, Aisyah, Fatimah, Asma', Asiah yang menyelamatkan Nabi Musa, Siti Hajar yang membesarkan Nabi Ismail dan ramai lagi sosok bidadari dunia yang telah dimuliakan Allah.

terpilih. hanya yg benar-benar terpilih. anda bagaimana?

Tahukah anda?

Setiap hari itu adalah kesempatan. 
Kesempatan untuk meraih redha dan cinta Allah.

Ramadhan insha Allah masih berbaki penuh lagi 7 hari.
Ayuh sempurnakan persiapan dan bekal kita secukupnya! 
Mudah-mudahan selepas graduate Universiti Ramadhan nanti, 
kita tetap dengan aura ketaqwaan! Ameen!


p/s : Ohya, saya tahu mungkin benda-benda yang terkesan pada hati saya tidak semestinya terkesan juga pada anda yang dikasihi Nabi, atau orang lain, dan sebaliknya. Tapi itulah, iman ini berkaitan dengan keyakinan kita pada Allah, pada janji-janjiNya. Janji Allah memang benar, cuma level keyakinan seseorang hamba kepada janjiNya itu yang membezakan jarak langkah kaki seorang hamba dengan hamba Allah yang lain, untuk kembali kepada-Nya. Kalau awak benar-benar yakin dengan kefahaman dalam berbuat, mesti akan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi, in shaa Allah. Kuncinya : SEDAR. Sedar ke mana hidup ini perlu dituju dan apa yang patut dicari sebagai bekal. Saya selalu yakin awak dah tahu, tapi saya takut awak tak sedar. Saya sendiri pun adakalanya tersasar. Jangan lupa minta Allah sedarkan dan guide, selalu :)

Allahumma innaka a'fuwwun kareem, tuhibbul a'fwa fa'fu a'nni

Minta maaf salah silap saya, kalau salah mohon tunjukkan.
Wallahua'lam.

3 comments:

FD. said...

subhanallah. semoga 'kesedaran' tu sentiasa bersama kita. :)

Fafar Caliph :) said...

ameen ameen ya Allah :)

[oP][eLiAs] said...

Thank you asfa. Tulisan serta coretan daripada blog asfa banyak kesan baiknya kpd pembaca sekalian. ;)