Bismillahirrahmanirrahim.
Salam 12 Ramadhan 1434H.
Para pembaca yang disayangi Nabi,
Alhamdulillah, Allah masih
mengizinkan kita meneruskan pengembaraan dalam bulan Ramadhan ini sehingga fasa
yang kedua. Semoga dengan kesempatan yang dianugerahkan ini dapat kita
manfaatkan sebaik-baiknya. Suatu pagi, aku membelek-belek majalah JOM Isu No.16
yang bertemakan Kembara Ramadhan Fantastik. Sebelum Ramadhan aku sudah
memilikinya bagi menyegarkan mood meraikan Ramadhan kali ini. Entah dipilih
Allah atau tidak, aku sendiri tiada jawapan waktu itu. Yang pasti, sekurang-kurangnya
aku mesti bersiap sedia bagi meraikan kedatangannya. “Allah Allah, pilihlah
aku ya Allah untuk sampai kepada Ramadhan-Mu”, bisikku selalu. Semoga Allah
Yang Maha Mengasihani memberikan yang terbaik untukku kali ini, kali ini ya
Allah. Penuh harap!
perfect supplement |
Hujung minggu terakhir Syawal, aku
bersama keluarga menghadiri satu majlis walimatul urus. Alhamdulillah, majlis
yang sederhana diisi dengan majlis tahlil dan kesyukuran menyambut cucu. Rindu
suasana kampung sebegini, terasa meriah dan berkat. Memandangkan seperti tiada
orang muda berdekatan dapur, aku pun membantu tuan rumah memberikan bunga telur
dan buah tangan kepada kaum ibu yang hadir. Aku perlahan-lahan menyusul di
belakang nenek yang mendukung cucu barunya dari seorang kepada seorang untuk
dicium, didoakan, dipotong jambul atau diberi duit. Eh. Usai majlis, aku
melihat ibu berborak dengan guru talaqqi Quran ku. Aku pun datang bertanya
khabar dan menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian dengannya memandangkan
sedang bercuti semester dua bulan. Soalanku dijawab dengan soalan, “Ni cuti
lama, nak talaqqi Quran bersanad tak?”
Muka terus berseri-seri, hamdalah
dari hati terlafaz ke mulut. Aku melihat ibu, ibu seperti biasa kelihatan
tenang dalam reaksinya menyokong dua ratus peratus usul yang diutarakan. Apatah
lagi sekiranya sesuatu urusan itu turut dapat melipatgandakan sahamnya di
akhirat kelak. Allahu. Kemudian, ibu memberikan jawapan kepada guruku dan bertanya
beberapa hal yang berkaitan. Ehem kelihatannya respon yang positif positif, alhamdulillah! Namun begitu,
kekosongan tempat masih belum dapat dipastikan. Oleh itu, ibu berpesan agar
terus bertawakal. Sekiranya rezeki itu sudah tertulis untukku, maka akan
diberikan jua oleh-Nya. Sekiranya tidak berpeluang, sudah pastinya ketentuan
itu juga baik untukku. Bersyukurlah wahai jiwa yang tenang. Sekurang-kurangnya, aku patut mengucapkan "Terima kasih Allah!"
:)
p/s : Allah Allah, moga diizinkan untukku terus mencatat kisah-kisah lain Ramadhan kali ini. A'la kulli ni'mah, terima kasih Allah :')
" Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
[At-Talaq 65:2]
But, wait. Aku ni..bertakwa ke?
No comments:
Post a Comment