Wednesday, August 13, 2014

Diari buruk : #SaveMyself

Bismillah.

Assalamua'laikum wbt.

Tahukah kamu, bilakah waktunya, iman kita menjadi tidak berguna?
Bila datangnya azab Allah di depan mata. Tak berguna lagi.
Maka rugilah. Sungguh.
[Al-Ghafir 40:85]

Alangkah nikmatnya, jika kita terpilih
mencicipi nikmat iman semasa hayat di dunia ini.
Alangkah.

Lalu, betapa beruntungnya, golongan yang 'masih sempat'
mengenal erti iman sewaktu hayatnya.

Aku ada terjumpa sekeping gambar. Gambar tu capture kata-kata seorang penyair, entah buku apa judulnya.


Penyair berkata : "Mereka leka dengan impian lantas mempertaruhkan nasib mereka. 
Mereka dakwa telah harungi lautan gelora, namun sebenarnya mereka belum diuji"

Entah-entah kita belum lagi diuji? Hmm boleh jadi.
Boleh jadi, kita memang belum lagi diuji keimanan kita.

--------

Iman itu sendiri, ertinya 'yakin'.

Sampai hari ini, dia rasa stress sebab tak perform waktu Ramadhan yang lepas. Stres sampai tahap, entahla. Asyik rasa tak semangat, senyap, hambar, menyesal tak sudah, malas dan terus membusuk barangkali. (Ergh ok membusuk) 

Bukannya takde akhwat di sekeliling. Hari-hari Ramadhan dilalui mereka dengan kencang sekali. Amboi, qowiy nya. 3 juzuk sehari ni, patut sekarang ni dah capai angka 40 terr. Belum lagi dengan SMS Fantastik Ramadhan yang diterima hampir setiap hari. 

"Kenapalah qowiy sangat", "Berkatnya masa mereka". Dia memilih untuk memerhati dan mendiamkan diri. Cemburu sebenarnya. Sedangkan dia sibuk seharian umpama orang yang bekerja sembilan pagi lima petang. Pagi-pagi sudah masuk makmal. Petangnya pula, pulang ke rumah berjalan kaki. Usai Asar, sama ada diajak ke bazaar atau bersilat di dapur menyediakan juadah berbuka puasa. Malamnya lepak habis. Takpun, mengantuknya zZz!

Tak produktifnya ber-Ramadhan. 

Mungkin sebab tak merancang dengan baik sebelum Ramadhan.
Dia cuba untuk cover tilawah dan sebagainya waktu hujung-hujung Ramadhan, tapi dah agak terlambat. Sampai ke sudah, perasaan rugi tak dapat dihapuskan.

Tibalah Syawal. Sunnahnya, kita bertakbir, bertahmid dan bertasbih. 
"Selamat selamat hari raya!"
Senyum keriangan :)) Alhamdulillah dah raya lah.

Hakikatnya, hati rasa hambar. Tak layak nak raya, malu je dengan Allah.
Ramadhan yang tak seberapa, efek diaa..Allah, sampai sekarang terasa kesedihannya.

Hari-hari Syawal yang dilalui rasa macam hmmm hmmm bosannya kehidupan, kosong.
Rasa anak quit dakwah pun ade kalo camni la parahnya.

Suatu dhuha yang cerah, dia terjumpa sebuah buku dari susunan buku-buku lama. Buku itu kononnya diari buruk. Terdetik juga, "Macam mana boleh ade kat ruangan public pulak ni."

Biarlah soalan tu tak berjawab. Selak punya selak, alkisah jumpalah celoteh yang sudah lama ditulis sendiri.

----------------


12/10/2010, Thursday :)

Kosong kosong. Kosongnya hati. Nak marah pun ade! Entahlaa kenapa apa nak jadi lah :(

Orang beriman, jangan berterusan begitu. Istighfarlah. 
MInta maaf kat Allah banyak-banyak. Atas sangkaan-sangkaan buruk kita.
Istighfarlah.

Yang keduanya, stay positive :) bergerak untuk menyelesaikan masalah kekeringan, kekosongan dan kemelaratan iman.

Carilah aura positif dan nasihat-nasihat untuk refresh iman dari celah mana sekali pun. Bergerak dan berbuatlah apa pun. Mengaji itu lebih baik, pada aku. Biar Allah bagi 'flush' segala kemalasan dan kehitaman hati. Cuci hati dengan ayat-ayat Quran.

Dan yang terakhirnya, keep istiqamah. Be strong. Masalah iman sewaktu cuti, lagi-lagi musim raya ni memang biasa. Tapi, tak usahlah menjerukkan diri dalam kemelaratan iman tadi tu.

Bangunlah. Walaupun menangisi nasib Ramadhanmu, ia sudah berlalu. Semoga Allah menerima amal-amal kita :) berdoalah sesungguhnya agar amal kita sudi diterima semuanya oleh Allah Yang Maha Pengasih.

Hanya yang kuat akan survive. Yang kuat itu maksudnya, boleh adapt dengan keadaan sekeliling. Bila menghadapi kepayahan, kita berusaha untuk cari jalan selesaikan masalah. Survive. Jangan putus asa bro, mohon kekuatan dari Dia.

Tak usahlah keraskan diri menunggu mati. Itu takkan mengubah apa-apa.
Bangun dan beramal lah, kerana Tuhanmu. Dialah yang Maha Gagah Perkasa, lagi Maha Penyantun kepada hamba-Nya. 

So konklusinya, appreciate NOW. Selagi masih ada waktu, mukmin itu tidak boleh berputus asa. Dan kita hanya layak berputus asa bila sudah memijak pentas neraka.

Waktu itu, iman dan amal dah tak berguna lagi.
So, lets we appreciate masa yang ada sekarang ni.

(Boleh jadi, ini lah ujian keimanan kamu yang terbaru!)
Hanya iman yang benar mampu membuahkan amal yang benar.
Buktikanlah.



Aku cakap untuk kau, Asfarina.
Segarkan imanmu.
Allah, biar bawa pergi cinta untuk dunia, kembalikan rindu buat syurga.
#SaveMyself

----------------

Tutup semula diari buruk. Beristighfar lagi sambil memandang jauh ke luar tingkap.
"Aku ke yang tulis ni?"

Segarkan imanmu. Bangkitlah. Appreciate now.


*Google j. Jzkk Kak Huda fr evrything*


Alhamdulillah.


**Tamat**



Acah-acah drama dua minit.
I'm sorry for the silence on the wall. Well, you know, the imaan wa ... :}
Keep praying fr each other, people around us, and also fr our ummah.
Happy Syawal, taqabbalAllahu minna wa minkum, taqabbal ya kareem! :)

No comments: