Bismillah.
Alhamdulillahi rabbil a'lamin, all praises be to Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad sallallahu a'laihi wasallam, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.
Semoga kita sentiasa berada dalam limpahan taufiq, hidayah dan rahmat Allah
sebanyak bilangan manusia yang tidak putus-putus mengelilingi Ka'bah.
InshaAllah, jom kita bersembang pasal financial management nak? *tepuk tangan*
Haritu ada akhwat (kakak-kakak/saudara perempuan) mengisi slot Financial Management. Kami diminta mengisi sehelai borang kira-kira pendapatan bulanan. Borang ini direka khas untuk mahasisiwi, kiranya item dalam borang tersebut memang bersesuaian dengan status sebagai seorang pelajar (single or married).
Bahagian atas sekali dimulai dengan bahagian pendapatan. Kemudian, perbelanjaan yang merangkumi senarai keperluan, seterusnya senarai kehendak. Kat bawah sekali ada jumlah bersih pendapatan bulanan. Kami teruja sewaktu meneliti borang tersebut.
Bestnyaa, tahu je kalau nak buat benda ni. Tapi takpernah nak buat. Program sana sikit, program sini sikit, kerja itu sikit, kerja ini sikit, dah tak sempat mencatat duit keluar masuk. Tiba-tiba nanti, eh macam dah nak habis lah duit dalam akaun! Heh.
Masa diberikan secukupnya untuk kami mengisi borang tersebut. Untuk mendapatkan pendapatan bulanan, jumlah bantuan kewangan daripada biasiswa per sem, dibahagi berapa bulan satu sem. Ditambah dengan keuntungan bisness (if any), parents bagi (if any), sumbangan zakat atau mana-mana pihak (if any).
Kemudian, peruntukkan untuk senarai keperluan kewangan dimasukkan satu persatu mengikut item yang telah disenaraikan. Yang tidak berkenaan, tidak perlu diisi. Sekiranya ada tambahan, boleh dinyatakan. Selepas selesai mengisi bahagian perbelanjaan keperluan, kami beralih pula ke senarai kehendak, misalnya kasut baru, set kecantikan dan supplemen kesihatan.
Alhamdulillah, selesai sudah urusan mengisi borang ini :)
Oh step akhir sekali, tolakkan jumlah keseluruhan pendapatan dengan perbelanjaan.
Tik tik tik
Tadaa! RM48.70. Alhamdulillah :')
Hmm betul ke ni. Nak check balik.
Minyak kereta tak masukkan, duit topup bulanan tak tersenarai pula.
Ok kira balik. Tik tik tik
- RM%%.%%
Nah, nampak di situ?
Biasalah, negatif ._____.
Pernah baca? Tahniah! |
Buku The Richest Man in Babylon ni antara yang paling famous dan wajib hadam dalam kalangan puak-puak kaya dan berjaya. Kak Aisyah (akhwat yang mengisi) sendiri menceritakan kisah-kisah yang ada dalam buku ini. Insyirah Azhar (penulis ebook inspirasi keTuhanan kegemaran) pun duk ulang-ulang perkara yang sama.
Meh nak bagitaw.
Depa kata, kita ni asal dapat duit ja, SIMPAN 10%.
Dapat lagi, SIMPAN lagi 10%.
Dari sini inshaAllah duit akan berkembang. Jadikan tabiat untuk istiqamah amalkan.
Niat menyimpan 10% ni bukan sebab untuk kita guna waktu emergency.
Apa yang kita fikir berpotensi untuk jad kenyataan, maka fikirkanlah yang baik-baik.
Jadinya, niat kita menyimpan 10% ni untuk apa?
Kita simpan dengan niat untuk meningkatkan kekayaan, bukan untuk kecemasan.
Selain itu, untuk bina spiritual kita dengan rasa, "InshaAllah, ada duit".
Seterusnya, boleh juga diniatkan kita simpan ni untuk pergi haji, ziarah Rasulullah SAW di Masjidin Nabawi.
Di samping itu, kita simpan dengan niat untuk melabur - duitnya disumbangkan untuk koperasi halaqah, membina hospital tarbiyah, supermarket 100% Muslim product, hotel Islami FOC untuk ikhwah akhwat bermusafir, nurseri tahfiz yang mantap ruh Islami nya dan sebagainya.
Subhanallah. Semoga Allah redha senarai niatnya, ukhti. Ameen.
10% daripada RM1 ialah 10 sen.
10% daripada RM10 ialah RM1.
10% daripada RM3000 ialah RM300.
Senang je kan sebenarnya.
Asingkan 10% tadi awal-awal, dalam envelope dulu pun boleh.
Tujuannya, supaya kita tak mudah curi-curi guna.
Kita sendiri buat camni la. Masuk sket, update total.
Kalau dapat simpan tu rasa happy seharian!
Tapi kekadang 'pinjam' jugaa duit dalam envelope magic tu.
Yang penting, kena disiplin menyimpan. Oh, LEBIH berdisiplin.
Menurut kajian, antara tempat simpanan yang terbaik,
ialah dalam akaun Tabung Haji,
emas, perak, dirham, atau dinar.
*mahu membangkang info atau sebarang masukan amatlah dialu-alukan*
Kalau takde Tabung Haji, memang kena buat juga akaunnya. Daftar haji secepat mungkin.
Walaupun dapat giliran lamaa lagi, takpe, Allah counts usaha kita untuk jadi tetamu-Nya. Jadi, kita perlu konsisten menyimpan 10%.
Untuk strategi terdekat ni, fokus pengurusan kewangan kita ialah
simpan je dulu.
Dapat biasiswa, asingkan dulu 10%. Dapat duit keuntungan bisness, simpan lagi 10%. Duit raya pun simpan 10% jangan lupa! Selebihnya iaitu 90% daripada pendapatan yang diperoleh, boleh kita gunakan untuk keperluan hidup, pusing modal dan sebagainya.
JANGAN TIBA-TIBA JADI KEDEKUT ATAU TAKUT MISKIN BILA SEDEQAH
Bila dah simpan 10% setiap bulan, tiba-tiba kita jadi kedekut mekut untuk berinfaq?
Allah.
Menurut yang kita baca, andai kita takut untuk memberi..kita takut untuk bersedeqah,
di saat itu sebenarnya pemikiran dan jiwa kita yang miskin.
Pemikiran dan jiwa kita tidak rasa melimpah ruah dengan nikmat dan rezeki yang Allah beri. Ataupun, hati tidak memahami dan meyakini tentang rezeki yang Allah BOLEH beri (ganti).
Jangan dilupakan, kekayaan yang sebenar ialah kaya hati.
So kolam hati bagi cuci, isi dengan iman cecantik, sebelum yang lainnya.
Jaga Allah, jaga Allah, jaga Allah.
Jangan kelak, Allah tidak mahukan kita lagi, lalu kita dilalaikan dengan sikap mengumpul-ngumpul, sehingga masuk kubur.
Astaghfirullahal a'zim.
Kami memohon keampunanMu, ya Ghaffar.
Syukur alhamdulillah dengan nikmat keimanan, kesihatan, kejayaan dan kekayaan ini.
Senyum sket.
Suka sebenarnyaa amek tahu bab-bab camni, takat suka je lah. Untuk motivate diri sendiri, aura dy mmg best. So nanti kalo bukak cerita planet yang ni lagi, jangan expect kita ni sembang macam kita dah jutawan. Koff. Mohon didoakan ya!
For the dua't,
Memang selalu diuji bab kewangan, esp mereka nun jauh di Sabah Sarawak yg selalu bermusafir,
kerap turun Semenanjung dsb. Hebatnya pilihan Allah kan.
Tapi mereka tetap yang paling ceria, yang paling bersemangat, yang paling best la! Syiokk bha.
Di sebalik keceriaan itu, di sebalik semangat itu, hanya Allah je memahami kepahitan yg mereka lalui.
Maaf andai tak banyak membantu selama ini, mungkin bila berjumpa baru kita tahu keadaan sebenar.
Kadang kita jadi orang yg bersemangat, kadang jadi orang yang senang give up.
Apapun, ikhlas kerana Allah dalam apa jua keadaan, bertahanlah akhawaties :)
innAllaha maa'na. "Nahnu dua't qabla kulli syaiin"
No comments:
Post a Comment