Monday, January 30, 2012

Bro Mc '12 - Graf Kehidupan :)



Bismillahirrahmanirrahim, Assalamua'laikum warahmatullah :)


Brotherhood Muslim Camp 2012 (Bro Mc '12) di Lopo Blue River, Hulu Langat, Selangor anjuran PMIUM :)   menariknya kali ni, bukan setakat pelajar UM yang menyertai. Ada juga peserta yang asalnya dari Singapore, Thai, Indon, UMK dan UKM (setiap tempat tu, seorang wakil je la) dan ada juga yang belum Islam! Subhanallah. Brandon nama diberi, Sabahan :) 
Kami semua er..tak tahu..er..alhamdulillah telah diatur oleh Allah untuk menyertai kem tersebut secara tiba-tiba. 
(Ahhaha utk kes aku, memang rasa ketandusan pengisian, so kena cari jugak cuti ni)

Semua slot menarik, tambah-tambah lagi bila ada IM Fakhrul :) sayang sekali, IM Hassan tak dapat datang sebab anak saudaranya meninggal dunia. So insha-Allah dirakamkan di sini satu resolusi daripada salah satu slot untuk hadaman kita bersama. 
#Doalah aku rajin update untuk slot osem yang lain ;)#

Graf Kehidupan

Slot paling touching (iskisk) ialah sewaktu LDK. Ditugaskan untuk melukis graf kehidupan sejak zaman kanak-kanak sampaila umur sekarang ni. Paksi X ialah umur, paksi Y ialah tahap kegembiraan (5 sampai -5 je cukup). Ehehh tak pernah pun buat graf ni semua, tapi boleh tahan menarik jugak ni. (dalam hati : tak suka betul kalo nanti kena share pasal kisah hidup -.-' aku nak dengar cerita orang lain j, crita sendiri takyah le )

Inilah hasilnyaaa, tadaaa! Takde pembaris, takde pemadam ke ape, hihi




*
Seperti alasan sebelum ini, gambar kat laptop kat rumah lain. eheh tapi dah lama simpan draft ni, so tak sabar nk publish dulu ;) sorry morry! Oh, btw, kauorang buatla jugak! Best ni. Refleksi hidup sejak zaman kita ingat apa yg berlaku. Buat sekarang taw, lepas offline mesti dah lupa punya. ehee dari kecik tu, sampaila umur sekarang ni dah tua bangka uhuk uhuk.
Nanti kita compare deh :) 


kena senget kepala nih ahaha atas ke bawah.
*


Lebih kurang 10 minit diberi masa lakar graf masing-masing. Kak Dila pun pilih orang pertama untuk bercerita..orang kedua..orang ketiga.."Okay, As pulak :)". Tercengang sambil tersengih dua saat. "Aaa? Kite ke? Heehe. Bismillah".

Membesar seperti kanak-kanak sihat riang yang lain, alhamdulillah semua bahagia ;) 11 tahun tahap kegembiraan menurun ke -1. Takda apa sangat pun, stres nak naik darjah enam mungkin. Kerja berlambak, Chess kena buang ke bawah lalu tingkap, ketuk ketampi beratus kaliiii dan banyak lagi kisah merepek waktu Darjah 5 ni :D Dengan pelbagai gaya lumba basikal, main getah, tingting, panjat pokok. Membesar..membesar..membesar..tiba-tiba dah nak masuk 20 tahun. Sekejapnya.
Long live the ol'school days! May Allah bless ;)
#The rest is history#

I pass on to you the same advice once given to me, 
"May the best of your past, be the worst of your future". 

Lepas dengar cerita kawan-kawan yang lain, felt like, "Ya Allah..diorang ni lagi la diuji macam-macam. Aku diuji sikit sangat je rasanya bila dibandingkan dengan mereka ni :(" 
Ya, setakat tak dapat apa yang aku nak keliling aku, yang lain tu ujian kecil-kecil. Dari segi hal-hal lain, alhamdulillah syukur syukur so far so good. Waktu hadapi ujian rasa macam kitalah yang diuji paling mencabar, ujian ni lah paling hebat, tapi kita tak tahu orang lain lagi ramai yang ditarik nikmat satu persatu. Zaman Rasulullah S.A.W, para sahabat lagi la hebat. Tapi apa yang Allah beri pada Bilal bin Rabah, keluarga Yassir, Mus'ab bin Umair, Zinnirah, Hanzalah? Syurga. Yakinlah, lama kelamaan kita boleh handle, at least emosi. insha Allah. Allah takkan letak kita dalam keadaan yang akan rosakkan kita. Allah tahu kita mampu hadapi semua, untuk menjadikan kita manusia lebih baik. Kau faham itu, duhai diri? 

Ada tu ayah dia sakit waktu nak exam, macam-macam kena uruskan. Cari ubat sana sini, masalah duit lagi. Sahabat yang lain, ada yang setiap kali nak exam besar (UPSR, PMR & SPM) , kawan baik dy meninggal dunia, sebab kanser! Ya Allahh..sedih la tgk kwn sendiri duduk satu asrama hari-hari rambut gugur, muka pucat, pengsan. Ada lagi sorang, mak dia memang tak mengharap langsung pada dia. Belajar pun tak berapa pandai macam adik-beradik lain, paling nakal, paling tak dengar kata dan macam-macam lagi. Siapa tak sedih kan bila mak kita cakap macam tu? Tapi yang bersyukurnya, masa mak dia accident tulang belakang patah sikit dan takleh buat kerja-kerja rumah la, dia ni la yang menjaga mak dy. Menangis-nangis mak dy mengaku yang sekarang ni, dy je la yang boleh jaga mak waktu sakit. Lagipun dy ambil Nursing kat PPUM :) perangai pun semakin baik dan solehah, dah tak nampak muka nakal macam dulu hihi alhandulillah, cantik je Allah atur semua kan.

Bukan saja-saja Allah meletakkan kamu dalam bidang itu,
Bukan saja-saja Allah kurniakan kamu kepakaran itu, 
Bukan saja-saja Allah masukkan kelemahan itu,
Bukan saja-saja Allah memberikan ujian sebegitu,

Malainkan Allah tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu,
Melainkan Allah tahu kamu akan membiakkan ilmu-ilmu itu dan mentarbiyyah masyarakat di sekelilingmu,
melainkan Allah temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu,
melainkan Allah mahu menguatkanmu, 
melainkan Allah mahu kamu tahu betapa tinggi kasih sayang-Nya padamu.

Allah..Allah..Alllah <3

[ Thanks Along Atieya, you gave me the sms just on time ;) *prep fr final* ]



 Doakan aku mencintai Dia lebih daripada segalanya. Doakan aku ceria sentiasa. Doakan aku kuat & tabah. Doakan hatiku sentiasa segar mensyukuri nikmat-Nya. Doakan lidahku sentiasa lembut basah memuji-muji kebesaran dan keagungan-Nya. Doakan badanku sentiasa sihat dan ringan menyempurnakan ketaatan kepada-Nya. Doakan aku sentiasa berada dalam hidayah-Nya. Doakan aku sentiasa dilimpahi kasih sayang dan redha-Nya. Doaku, semoga doa-doa itu kembali untuk kau juga ;) 
sayang kamu fillah.

#Tangguh majlis dengan tasbih kaffarah & surah al-'Asr. Lapaq, chow wassalam.

2 comments:

afiqahbaharin said...

Nice one asfa!
thanks :) tak pernah terfikir pun nak buat graf hidup mcm tu. mungkin boleh cuba! n bila diingat balik dah berapa byklah masa kita terbazir buat benda yg kadang tu entah apa2 ;D
tp inshaAllah, umur pun dah nak capai 20 - alhamdulillah, harapnya semakin matang dlm capai tujuan hidup sebenar.
love kamu fillah juga <3 :)

Asfarina :) said...

rindu lah fieqa ;) thank youu!
kite hidup antara dua tempat - rahim ibu & kubur. sinarilah hidup ini dengan kebaikan, nescaya kegelapan kedua dilimpahi cahaya :)