Saturday, September 3, 2011

Aidilfitriku-mercun terkandas- 1432H :)

Assalamu'alaikum warahmatullah :)

Hyehye :) Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Okay tadi baca blog Kak Ainin, sekarang tgh lagi mendengar lagu di blog Masthura.
Syahdunya alahai lagu :) bukan lagu raya, semestinya. ehhe

Jumpa penerangan yg simple tp sangat membantu di blog Rasyidah Hanan.
 Syidah ni ketua darjah saya, ya Allah ilmunya luas! jealous lah :))
Ini perkongsiannya - Frasa-frasa lazim di Aidilfitri :)

Secara ringkas utk rujukan sendiri :

Aidilfitri : 
Pulang kepada fitrah

Taqabballahu minna wa minkum : 
Semoga Allah menerima amalan kami dan kalian

Kullu 'am wa antum bikhair : 
Semoga setiap tahun kamu semua berada dalam kebaikan

Minal a'aidin wal faaizin : 
Daripada orang-orang yg pulang dan orang yang berjaya.

tuu dia~ selalu kawan2 duk wish, tapi macam tak faham ape tuu. 
Alhamdulillah, Syawal tahun ni kita belajar ucapan raya lebih bermakna, kan.

Ketupat, lepat dibuat sendiri oleh keluarga. 
Lemang beli je hihi. Ketupat palas tak sempat merasa lagi raya kali ni. 
Orang Bugis di sini juadah wajibnya burasak. Sedap jugaa :)
Ohh saya Jawa, bukan Bugis yg kebanyakannya kaya raya. hahah.
Bila pergi rumah atok-atok sedara yg speaking Jawa, alahai..kejadah cakap tuu :(
Uhuh faham kadang-kadang sikit sikit ja. 
Rugi gila kan anak Jawa tak hebat speaking Javanese~
Ada sorang makcik ni tiba-tiba kat Jalan TAR, KL tu dia cakap Jawa masa tengah nak shopping baju. Tiba-tiba makcik kedai tu panggil and rasa impressive ada customer daring cakap Jawa kt KL tanpa rasa malu. Terus bagi harga runtuh kat pelanggan tersebut, sebab rasa mcm jumpa sedara :))
 -: Nanti nak cakap Jawa juga lah kat KL. :P

Bahagia bahagia umur masih belasan tahun.
Ahahah so what?
Duit raya sehingga 4 Syawal ni tak kurang hebatnya macam dahulukala.
Alhamdulillah alhamdulillah..apa orang kata, rezeki Syawal? Ohh rezeki budak nak sambung belajar jauh laa~ hee mungkin. Dulu zaman SPM, naik cuti ja mesti riuh rendah kelas masing-masing bercerita cuti raya! Ada yg kata selalu setiap kali orang bg duit raya mesti lebih RM5.
Ohh seriously? Aku duk kampung ja weyh, RM5 ke atas tuh kira standard utk sedara mara.
Tapi utk kenalan, ramai je yg bagi RM2-RM3.
Dapat RM3 daripada kenalan biasa yg hidup biasa-biasa pun aku dah rasa bertuah!
Bersyukur je lah, dah besar pun dapat duit raya lagii. :)

Duit raya awak semua ni mesti lagi banyaaakk :) duduk bandar belaka.
Takpelah kan, tahun depan kalau dipanjangkan umur, insya-Allah umur tuu dah ada -puluh.
Tak best nya. Macam tua.
Takkan nak sentuh pasal duit raya isu kanak-kanak tu. kehkehkeh :)

Gambar raya belum ada masa nak upload. Ada la sikit kat bawah ni.  
Saja suka suka. Riang ria raya bersama keluarga -indoor outdoor ;)

Saya menjadi mangsa letupan mercun!
Adeh mercun tuh tak naik, tersangkut kat pagar buluh tepi parit, terus meletup!
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, alhamdulillah.
Video kamera saya sebagai mangsa kejadian, video pada Cik Peah saya yg diambil dari jauh lagi nampak besarrr letupan tersebut. Rasa macam..nak tercabut jantung! Rasa macam nak kiamat pun ada. Astaghfirullahala'zim.. Semua kaget.
(tapi malas nak upload video yg Cik Peah ehee cerita ja ni)




Di kesempatan ini, saya ingin :

Mohon maaf zahir & batin. Kalau ada terkasar bahasa yg mengguris hati para pembaca, sepanjang kita bersahabat ada tergurau yg over, tertepuk tampar kat mana-mana, gelak ketawa kadang sampai bingit telinga, melayan karenah yg entah apa2, janji yg tak atau lambat tertunai, ilmu yg kurang bermanfaat dan sebagainya :( harap dimaafkan ye :) jika ada hutang piutang yg saya terlupa, dengan senang hatinya anda boleh menuntut saya menjelaskannya. Semoga kita berjumpa lagi, insya Allah.
Ma'assalamah wa ilalliqok~

Jemput raya datang rumah! :) Pontian, Johor. 
Duit raya boleh dapat punyalahh! Asalkan status diri anda bukan -berkahwin. :)

Dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir batin.
-Asfarina Ismail :)


Sedikit gambar kenangan pada 3 Syawal 1432H :)
Kanak-kanak dan jejaka-jejaka juga warga emas itu.
Sepetang beriadah bersama, petang yg cerah di desaku indah permai.
Berkumpul sanak saudara terdekat siapa yg ada di kampung.
Selepas kenyang makan makan, berpenat lelah masak bersama.
Segala puji bagi Allah kami panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran.
Sayang teramat keluarga ini.


Selamat puasa enam! Saya belum start pun lagi :( mudah2an sempatla kite habiskan enam hari puasa bulan Syawal ni, Insya-Allah.


"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun."  
(Hadis riwayat Muslim).

3 comments:

Nisa said...

Selamat HAri Raye Maaf Zahir Batin :D

Asfarina =) said...

slmt hari raya juga akk, maaf zhir batin. hee :)

Nedhamzah said...

ASFA. yok yok pose nam! haha insya allah kalo arini dapat pose, dah 5 dah :)