Wednesday, December 18, 2013

Tiga kali detik : Solat, syukur, istighfar!

Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamua'laikum dan salam keceriaan!

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, dua tiga hari ini aku seperti dikurniakan rezeki oleh Allah untuk menjumpai artikel-artikel, ebook, video dan sebagainya yang menghidupkan kembali semangat untuk bersyukur. Dan beristighfar.

Seiingatku, semua rencana Allah yang teratur sehingga hari ini bermula daripada kisah-kisah kematian. Bermula dengan kisah arwah Azim, pelajar kampusku yang mati lemas, dan Alhamdulillah pengakhiran yang sangat baik baginya. Kemudian, disusuli pula dengan kisah Ahmad Ammar, kematian yang..subhanallah sangat menghidupkan! 

Kematian orang-orang yang disayangi Allah ini, buatku rasa sangat tiada apa apa untuk dipersembahkan kelak di hadapan Allah dan kerdil sungguh diri. Aku juga sering terfikir entah bagaimanalah pengakhiran kehidupanku di dunia ini. Jujur kukatakan, setiap kali Facebook dibuka, pasti ada sahaja kisah Sehidimez (Syahid kita) Ahmad Ammar yang akan menyapa pandanganku. Manarik, banyak sangat kebaikan yang boleh dipelajari daripada kisah arwah. Walau bagaimanapun, mungkin bukan kali ini untukku membuat muhasabah lanjut mengenai kisah mereka. Cukuplah, aku ekstrak sedikit daripada kata-kata di statusnya, "Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat". 

[[credit]]
Apabila merasakan diri sangat tidak well-prepared untuk husnul khatimah, aku mula menyemak kembali perkara penting dalam urusan harianku.

Solat.
Bersyukur.
Istighfar.
.
.
.

Cukup tiga dulu.

Solat.

Ustaz dulu kecik-kecik selalu pesan, kalau ada masalah, "Check balik solat kamu". Tidak lama selepas sesi bermuhasabah, seorang sahabat yang sungguh saya sayangi dia kerana Allah, berkongsi tentang keajaiban solat di awal waktu dari segi saintifik. Dalam perkongsiannya, diterangkan lanjut bagaimana frekuensi beberapa bahagian badan kita sama dengan frekuensi alam. Justeru, secara saintifiknya, solat awal waktu pada kelima-lima waktu solat dapat menyihatkan tubuh badan kita. Misalnya, frekuensi alam pada waktu Zuhur berwarna kuning. Hal ini sama dengan frekuensi sistem di bahagian perut. Hamba Allah yang sering melewat-lewatkan waktu solat Zuhur, hidup mereka tidak ceria. Benarlah, sekiranya perut kita tidak sihat, pasti kita hilang ceria.

Bersyukur.

Tidak disyaki lagi, semakin merudum graf catatan kesyukuran setiap hari. Mungkin juga hati tidak cukup lapang di petang dan malam hari kerana kurang bersyukur seawal pagi?

Astaghfirullah.

Seterusnya, istighfar (memohon keampunan).

Ya, istighfar! Setiap minggu aku mendapati seorang adik yang sungguh, aku sayangi dia kerana Allah, istighfarnya 1000x seminggu. Kadang-kadang 1400x. Aku agak terkejut ketika awal-awal mengetahuinya. Hakikatnya, aku tak merasakan perlunya untukku terkejut-terkejut dalam hati. Bukannya kita tidak tahu betapa banyaknya kelebihan yang Allah janjikan kepada mereka yang melazimi istighfar. 

Alhamdulillah, aku menjumpai video yang pendek tetapi sarat mesejnya. Jom, tengok di link ini : [Ajaib istighfar]

Daripada kitab Ringkasan Riyadhus Salihin, daripada Aisyah r.a., beliau berkata, maksudnya : 


"Adalah Rasulullah S.A.W memperbanyakkan membaca sebelum wafatnya: Subhanallahi wa bihamdih. Astaghfirullaha wa atuubu ilaih. (Maha Suci Allah dengan segala puji-Nya. Aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Nya)."


[HR Bukhari No.817 dan Muslim No.484]

Alhamdulillah,
Untuk diriku dan semestinya kalian juga, didoakan agar Allah memberi kekuatan dan keinginan yang tidak berpenghujung untuk kita istiqamah beramal dengan ilmu yang Dia rezekikan kita mencedoknya. Alhamdulillah, Ameen.

All in all, pelan tindakan seterusnya : ACTION

Thursday, October 31, 2013

Short Note : Ingat Jumaat, ingat Al-Kahfi



Assalamua'laikum, alhamdulillah Khamis malam Jumaat dah sekarang ni. Happy Jumaat kareemah! Ingat Jumaat, ingat Al-Kahfi.

Surah yang ke lapan belas dalam Al-Quran, Surah Al-Kahfi. Ada empat kisah menarik di dalamnya, semua best dan byk sangat pengajaran :)) serious rugi tak tadabbur, at least baca terjemahannya. Lagi rugi sgt if hari Jumaat berlalu tanpa dihiasi bacaan Al-Kahfi :} panjang memang panjang, tapi boleh je habiskan. Study ke menghadap laptop sejam kita boleh tahan, baca Al-Kahfi setengah jam ke 40 minit pun mesti lebih lebih boleh punya lah.

***

"Split 3." Azri capai Quran terjemahannya dari tepi laptop. "Ayat ada 110, kan." Dia buka naskhah di tangan.

Ipin buka ke halaman Kahfi terakhir. Aah. 110 ayat. Dia angguk mengiakan. "Split masa jadi tiga, waktu bila?"

"Kau balik rumah pun dah nak Maghrib,kan? Tu kira dah masuk hari Jumaat. Start lepas Maghrib hari Khamis tu,kau habiskan ayat 1 sampai Ayat 31. Sebab ayat 32 tu dah masuk cerita lain, nanti tak syok nak follow up baca terjemahan dia kalau tergantung." Dan pastinya cukup-cukup la waktu sebelum ibu jerit suruh isi rumah tu turun makan malam.

Ipin capai post-it note dengan pen.

"Ayat 32 dah masuk cerita pasal dua lelaki dengan kebun tu and onwards. Lepas Isya' kau sambung ayat 32 sampai ayat 59. Kalau larat sambung lagi dari 60 sampai 82. Tu dah masuk cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir."

Ipin laju menulis atas post-it.

"Subuh Jumaat tu kau habiskan je ayat 83 sampai 110 tu. Tak ada la semput sangat. Ayat 83 tu start dengan kisah Zulkarnain."

Pen masih berlari atas post-it.

Azri pandang si Ipin yang tengah menulis di balik sana talian. "Capish?"

"See how it goes la." Ipin tarik helaian post-it yang bertulis tu. Pap! Dilekat di dinding CPU.

"Kalau kau larat habiskan 110 ayat tu sekali harung Khamis malam tu, lagi la bagus."

Angguk.

"Bila split bahagian macam tu tak ada la rasa terkejar sangat.Boleh la savour maksud ayat dengan baca terjemahan dia sekali untuk each bahagian tu." Azri letak Quran di tangan ke meja. Tak berapa jadi makna la, kalau baca sampai mengah tapi tak dapat ibrah,tak ke?"

***
[source : of course copy paste, hii> [Hlovate]]

Kalau la kita boleh nampak pahala-pahala bacaan daripada setiap huruf daripada ayat Al-Quran tu umpama duit emas, sure kita teruja. Apatah lagi di hari Jumaat yg diberkahi ini, mesti lagi berlipat kali ganda pahalanya :)

Somehow, bersyukur sangat sebab kat Kelantan setiap Jumaat cuti. Kesedihan tak dapat pahala pergi kelas hari Jumaat, boleh diganti dengan amalan-amalan yang membuahkan pahala yang lain. Yang penting, manfaatkan Jumaatmu.

Have to go now.
Keep istiqamah with Al-Kahfi recitation every Jumaah and don't forget to make lots of du'a! May Allah bless, always.

Thursday, October 3, 2013

Nice part in Al-Fatihah

[Klik sini]
Assalamua'laikum warahmatullah.


Surah Al-Fatihah, setiap hari sekurang-kurangnya 17 kali kita  baca dalam solat wajib.
Hari ini berpeluang membaca perkongsian tentang surah Al-Fatihah, simple but 
Subhanallahi wabihamdih, it makes my day :)

Ayat pertama dalam surah ini dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.
Kita meletakkan semua amal kita atas nama Allah, jika mahu merasai sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim-Nya. Sekiranya timbul unsur-unsur riyak atau ujub selepas melakukan amal yang berbasmallah, maka amal yang pada mulanya bertujuan untuk membesarkan nama Allah, mensucikan nama Allah, dan mencari keredhaan-Nya bertukar tujuannya untuk membesarkan diri sendiri pula.

Akibatnya, segala kurniaan Allah dan rahmat-Nya akan terhenti di situ sahaja. Tiada lagi kesan hasil Ar-Rahman dan Ar-Rahim-Nya kepada kita :(

Ayat kedua, Alhamdulillahi rabbil a'lamin.
Segala kejayaan yang diperoleh hasil amal yang berbasmallah akan dipermudahkan, diberkati dan membuka banyak pintu kejayaan dan kebahagiaan. Pada waktu ini, boleh jadi kita akan lupa diri dan merasa bangga dengan pujian-pujian yang diterima. Sekali lagi di check point ini kita berpotensi untuk tersasar daripada prinsip dalam ayat satu sebelum ini. Justeru, ayat kedua ini mengingatkan kita untuk mengembalikan segala puji-pujian yang diterima hanya kepada Allah. 

Refresh semula, kita beramal tadi dengan niat untuk Allah (bukan keuntungan peribadi/bangsa/persatuan/jemaah), jadi, segala pujian juga layaknya hanya untuk-Nya. Hamdalah di permulaan ayat ini juga menzahirkan kesyukuran kita kepada Allah kerana dengan hidayah dari Allah jugalah kita mengetahui kaedah beramal yang tepat, sehingga meyakini ia yang terbaik dari Allah, dan akhirnya berjaya melaksanakannya dengan baik sekali.

Ayat ketiga, arrahmanirrahim.
Sekiranya kita mampu kekal beramal atas nama Allah (basmallah) dan seterusnya kekal memuji Allah (hamdalah), ayat ketiga ini ialah kesinambungan hasil daripada kedua-dua ayat sebelum ini. Laksanakan secara istiqamah dan berturut-turut, hasilnya kesinambungan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah itu akan membawa rahmat dalam kehidupan seharian :)

Kesimpulan

Tanpa tunjuk ajar Allah, semua rahmat dalam kehidupan kita dan masyarakat tidak pernah akan terhasil. Jadi pastinya segala pujian dan kredit itu hanya untuk Allah belaka.

Mengambil pujian untuk diri sendiri akan memberhentikan hasil baik daripada sesuatu amal yang telah terdapat basmallah pada awalnya. Kesannya, rahmat dan kasih sayang Allah yang terhasil pada awalnya akan terputus dan tidak dapat dirasai lagi.

Semoga kita selalu berada dalam frame Bismillahirrahmanirrahim-Alhamdulillahi rabbail a'lamin, Ar-Rahman Ar-Rahim.

Keep on track :)
Have a barakah day ahead!


*Ref : Prihatin - Sains Fatihah #3

Friday, August 30, 2013

Dengan darah mereka

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan nama Allah Yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Limpahan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W yang membuka kunci sesuatu yang dikunci, penyudah Nabi akhir zaman dan yang menolong kebenaran dengan kebenaran.

Jundullah tentera Allah

Bara' bin Malik. Semboyannya sangat-sangat terkenal ketika peperangan, iaitu "Allah dan syurga! Allah dan syurga!". Khalifah Umar al-Khattab sampai melarang Bara' bin Malik daripada menjadi panglima, kerana Bara' ini terlalu sangat ingin syahid. Dalam peperangan Yamamah, tentera Islam seakan-akan mula selesa kerana hampir menang. Keadaan ini amat berbahaya. Bara' meletakkan dirinya dalam manjanik (alat melanting batu), lalu menyuruh tentera Muslimin yang lain melontarnya ke dalam kota penuh musuh. Sekalipun tubuhnya luka parah, beliau akhirnya mampu membuka pintu gerbang kota dari dalam.

Talhah bin Ubaidillah, seorang kaya yang dermawan. Selain itu, dalam peperangan Uhud, beliau menjadi perisai melindungi Rasulullah S.A.W daripada panah-panah pihak musuh. Beliau berdiri di hadapan Nabi bagi menghalang panah-panah, subhanallah dengan tubuhnya. Lukanya juga teramat parah sehingga dijangka hampir menemui syahid dalam perang tersebut, namun umurnya masih panjang. Nabi menggelarnya sebagai syahid yang hidup.

Hari ini, dengan darah-darah dan harta mereka, Islam itu sampai kepada kita.

Boleh jadi kita ini ummat yang terperangkap dalam zon selesa (read:comfort zone), merasakan tidak perlunya pengorbanan. Secara spesifiknya, kita merasakan tiada apa pon yang perlu dikorbankan.

Hanyutnya umat kita hari ini. 
Rosaknya umat kita hari ini.
Salah satu sebabnya adalah kerana..

..hilangnya peribadi-peribadi 
yang sanggup berkorban.

Tak perlu sebut soal berkorban harta dan nyawa, diminta berkorban masa lapang untuk Islam pun kita rasa berat. Sharing status sahabat :

"Jom halaqah jap nak? Sementara xde nk buat apa ni.. "
"Alamak weyh, sorry lah lupa.. Report byk x siap lagi nii.. Nak kena submit mggu depan plak tu. Adoyy.."

2hrs later,
"Dah siap report nya?"
"Erk.. haha.. xstart pun lg ni. Tgah layan candy crush kt FB jap. Release stress skit. Hehe"

[@Aimi Athirah]

Sinis status nya, mungkin?
Entah, aku sendiri tidak dapat menjangka situasi yang akan terjadi pada anak cucu kita akan datang sekiranya semakin kurang peribadi yang sanggup berkorban zaman ini.
Waktu itu nanti, apakah masih ada Islamnya?

Wahai bakal atok nenek yang berfikir,
Tanpa pengorbanan, takkan ada kemenangan.
Tidak korbankan cinta pada dunia, takkan dapat kemenanagan akhirat.
Tidak korbankan kepentingan diri, sukar sekali untuk Islam bangkit dengan kegemilangan.

***

Intro je. Lama dah takde sesi bedtime Seerah stories :] 
Erm walaupun baru kata intro, rasanya cukup sampai sini je dulu.

Berkorban, bukan mudah.

Untuk berkorban, perlu cinta. Untuk cinta, perlu kenal.
Sebab itu, Awalluddin ma'rifatullah. Awal-awal agama, mengenal Allah.


Kesusahan berkorban dapat diringankan apabila hati sentiasa mengingati Dia yang dicintai.
Let's make a very sincere du'a for ourselves and our ummah :)
Bismillahirrahmanirrahim.


p/s : Untuk saudaraku di Palestin, Syria, Mesir dan lain-lain yg sedang berkorban darah dan nyawa, innAllaha ma'ana (sesungguhnya Allah bersama kita). Untuk bekas perajurit negara, pengorbananmu turut dikenang. Merdeka memang alhamdulillah dah merdeka phisically, tapi serangan pemikiran oleh Barat makin parah membutakan pandangan kepada Islam yang sebenar. Mereka gila-gila promote kebatilan, benda lagha dan sebagainya. Kita boleh tiru ni utk promote kebaikan gila-gila jugak. Tak?

Wednesday, July 31, 2013

Hijabista standard syurga!

Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamua'laikum wbt para pembaca pilihan Allah yang Maha Bijaksana.

#Coretan 1

Dengan memakai tudung labuh menutup kepala
Kawan-kawan berkata aku ustazah
Dengan memakai pakaian yang kemas bertutup rapi di tubuhku
Kawan-kawan berkata aku tidak trendy
Dengan bicara yang sopan meniti di bibir
Kawan-kawan berkata aku cuma berlakon
Dengan akhlak yang terpelihara
Kawan-kawan berkata aku cuma ingin menarik perhatian..

Wahai kawan yang berharapkan sanjungan & pujian
Cantik bukan bererti mempamerkan aurat
Cantik bukan bereti selalu berdandan
Cantik juga bukan bererti menarik perhatian
Dan cantik bukan bereti kita dijadikan bahan tontonan umum

Ku sarungkan jilbab di kepala terasa damai dihati
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku
Ku lakukan semuanya itu hanya kerana cintaku pada Rabb-ku
Lantas aku berbisik dalam hatiku
Semoga Rabb-ku bahagia melihat hamba-Nya ini
Patuh & taat melaksanakan perintah-Nya
Dan menjauhi larangan-Nya…

Andai sahabatku memahami
Cantik bukanlah satu ukuran…


[FB : 25 July 2012, Ayuna Fazlina]




#Coretan 2

Bismillah. Suatu masa dahulu, saya pernah taksub dengan ideologi berniqab tanpa terlebih dahulu mengkaji apa sebenarnya yang tersirat di sebalik amalan tersebut. Suatu kali, saya pernah ditegur oleh seorang adik, “Wah, pakai purdah, tapi baju colourful, ni gerenti orang Malaysia ni.”

Terpukul. Memang amat terpukul. Lalu kerana terpukul itulah saya mula mengkaji dan mencari ilmu mengenainya. Hari ini, di dalam negara saya sendiri iaitu Malaysia, saya lihat ramai perempuan yang mula berniqab. Tetapi, saya agak keliru dengan konsep yang dibawa.

Wajahnya tertutup rapi. Tetapi pakaiannya walaupun jubah, walaupun berwarna hitam, masih ada liplap-liplap, masih ada bling-bling, masih ada bunga-bunga. Bila saya fikirkan semula, tafsiran bagi pakaian yang seperti itu sebenarnya adalah, "SAYA MALU DAN MERASA MURAH SEKALI ANDAI WAJAH SAYA MENJADI TATAPAN ORANG, TETAPI SAYA TIDAK KISAH KALAU PERHIASAN DAN PAKAIAN PADA BADAN SAYA DILIHAT ORANG BAHKAN LEBIH SERONOK KALAU DIPUJI."

Apakah betul itu sebenarnya konsep berniqab sepertimana yang dibawa oleh ummul mukminin kita?

Bagi diri saya yang tiada ilmu ini, saya memandang perbuatan memakai tudung, menutup aurat serta memakai niqab itu fungsinya bukanlah sekadar untuk 'menutup' sahaja. Signifikan utamanya adalah jauh lebih besar daripada itu. Ia sebenarnya adalah sebuah latihan untuk hati kita, untuk menundukkan nafsu orang-orang perempuan yang sememangnya amat suka dipandang dan dipuji. Ia mengajar kita bagaimana untuk bersederhana dan merendah diri.

Kerana itulah pentingnya pemilihan warna dan perhiasan yang terdapat pada diri seseorang perempuan itu. Saya suka memetik kata-kata ulamak ini, “Seorang perempuan itu, sebaik-baiknya apabila ia turun ke tengah-tengah orang ramai, orang tidak perasan pun akan kehadirannya di situ (lantaran sederhananya pakaian serta perhiasan pada dirinya.)”

Sebab itulah bagi saya, kalaulah di dalam hati saya masih lagi ada keinginan untuk berhias dan dipuji orang, “Lawalah maskara awak”, “Eh cantiknya manik-manik pada jubah awak ni”, ataupun “Wow, beg tangan Gucci ke tu?” itu membawa maksud, masih terlalu jauh lagi perjalanan mujahadah hati saya. Dan kerana itulah juga saya fikir, saya perlu mengambil masa berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk menjadi niqabis sepenuh masa.

Kerana niqab bukanlah tentang menyembunyikan wajah. Ia sebenarnya tentang menyembunyikan ‘hati’.

Adakalanya, saya lebih menghormati perempuan yang tidak berniqab tetapi pakaiannya cuma sederhana, warnanya tidak membuat orang memuji-mujinya dan perhiasannya tidak pula membuat orang terteleng-teleng memandangnya. Hatinya rendah, tidak berkehendak kepada pujian mahupun pandangan orang, baik dari lelaki mahupun perempuan. Memandang kepadanya sahajapun, hati kita turut merasa rendah dan insaf, tidak langsung menimbulkan keinginan di hati untuk kelihatan lebih cantik. Istimewa dan mahalnya perempuan seperti ini, kerana cantiknya disimpan elok-elok, hanyalah buat tatapan seorang insan yang bernama suami sahaja.

Saya tidak kisah andainya ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya ini. Kerana saya berbicara ini sambil membayangkan bagaimanalah sekiranya ummul mukminin masih ada bersama-sama dengan kita pada hari ini. Maafkan saya, andai saya telah mengguris hati sesiapa.

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah. Dan yang tidak baik itu datang daripada kejahilan diri saya sendiri.

Suara hati seorang perempuan buat perempuan-perempuan lain yang dicintai Allah,
Cik Beah @CBO Studio.

[FB : 24 May 2013, Beah A.]


Allahu (T_T)

Kedua-dua coretan di atas amat bermakna buat saya. Entah kenapa, semoga Allah membalas usaha mulia rakan-rakan Facebook saya yang rajin like and share dan akhirnya tanpa mereka sedari, dengan izin Allah coretan-coretan tadi dijamah mata saya untuk terus membacanya. Mungkin sudah lama, tetapi masih segar di ingatan bagaimana perasaan saya saat pertama kali membacanya.

Apa kata anda?

Saya secara peribadinya bertambah terkesan apabila terjumpa entry Dr. Cinta yg ini

Meh nak ringkaskan. Yang pertama, biasakan pakai arm socks n socks dulu. Sekarang ni ada bermacam-macam pilihan stokin yang selesa, so takde masalah :) kalau ada masalah lagi, SMS +6013-7943253 untuk dia tunjukkan kat awak mana boleh dapatkan stokin and handsocks yang best :)

Yang kedua, pakaian yang lebih longgar dan labuh. Yang ketiga, join usrah yang benar. Ini paling best dan insha Allah sangat penting untuk istiqamah dan istimrar (berterusan dan semakin meningkat) :)) 

Yang keempat, rajin-rajinkan diri ke majlis ilmu untuk tambah kenalan yang baik-baik. Rahmat dan kasih sayang Allah pun sangat banyak dalam majlis ilmu, belum lagi ditambah bonus awak akan didoakan oleh para malaikat. 

Yang kelima, perbaiki ibadah asas dan tambahkan ibadah sunat. Kalau dah biasa dengan ibadah yang sunat, mesti awak akan tergerak untuk perbaiki ibadah asas. Yang keenam, banyakkan membaca al-Quran dan tadabbuur maknanya. Kita tak faham apa yg Allah nak sampaikan melalui ayat-ayatNya, sebab tu kita tak rasa gembira untuk melakukan perintahnya. Jadi, jangan buang masa lagi, jom hidupkan Al-Quran dalam hati :)

Belum lagi dikira dengan taujihat sang murobbiyah di suatu malam yang tenang. Di samping itu, video 10 Muwasafat Tarbiyah ini, walaupun simple, tapi pada minit yang ke 1:11, 
sekali tengok terus lekat sampai sekarang :]


Mujahadah melawan hawa nafsu!
Selalu ingat, Allah dah janji kat syurga nanti Dia boleh beri nikmat yang berkali ganda lebih mengiurkan

Terbaca comment seorang sahabat kepada sahabatnya di Instagram, lebih kurang begini : 
"Cantik kan baju-baju butik ni? Mahal huu. Takpe, boleh dapat kat syurga nanti."

 #speechless in one second
Allah. Saya meng-ameen-kan dari jauh.

Mereka ditarbiyah sehingga faham bahawasanya kecintaan kepada dunia dan segala keindahannya, hanya sementara, dan tiada jaminan akan berkekalan. Pandangan nafsu berjaya diputarkan 360 darjah lalu terhasillah pandangan dpd kaca mata akhirat yang jauh lebih benar. Hidup ini seluruhnya untuk akhirat, tiada pisah-pisah yang mana perlu ikut Islam, yang mana tidak.

Saya menulis lebih untuk mengingatkan diri sendiri. 
Kerana diri ini menyedari, untuk berbuat tidak semudah menyusun kata.
Andai kata kalian yang membaca ini terdetik untuk berubah dan berazam menjadi lebih baik daripada sekarang, silakan ya sahabat.

Jangan dilihat diri yang menulis ini bagaimana.
Sungguh ya Allah, sempurnakan niat-niat baik mereka. Doakan saya juga.

Semoga kita sama-sama tidak jemu memperbaiki diri, mencontohi Saidatina Khadijah, Aisyah, Fatimah, Asma', Asiah yang menyelamatkan Nabi Musa, Siti Hajar yang membesarkan Nabi Ismail dan ramai lagi sosok bidadari dunia yang telah dimuliakan Allah.

terpilih. hanya yg benar-benar terpilih. anda bagaimana?

Tahukah anda?

Setiap hari itu adalah kesempatan. 
Kesempatan untuk meraih redha dan cinta Allah.

Ramadhan insha Allah masih berbaki penuh lagi 7 hari.
Ayuh sempurnakan persiapan dan bekal kita secukupnya! 
Mudah-mudahan selepas graduate Universiti Ramadhan nanti, 
kita tetap dengan aura ketaqwaan! Ameen!


p/s : Ohya, saya tahu mungkin benda-benda yang terkesan pada hati saya tidak semestinya terkesan juga pada anda yang dikasihi Nabi, atau orang lain, dan sebaliknya. Tapi itulah, iman ini berkaitan dengan keyakinan kita pada Allah, pada janji-janjiNya. Janji Allah memang benar, cuma level keyakinan seseorang hamba kepada janjiNya itu yang membezakan jarak langkah kaki seorang hamba dengan hamba Allah yang lain, untuk kembali kepada-Nya. Kalau awak benar-benar yakin dengan kefahaman dalam berbuat, mesti akan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi, in shaa Allah. Kuncinya : SEDAR. Sedar ke mana hidup ini perlu dituju dan apa yang patut dicari sebagai bekal. Saya selalu yakin awak dah tahu, tapi saya takut awak tak sedar. Saya sendiri pun adakalanya tersasar. Jangan lupa minta Allah sedarkan dan guide, selalu :)

Allahumma innaka a'fuwwun kareem, tuhibbul a'fwa fa'fu a'nni

Minta maaf salah silap saya, kalau salah mohon tunjukkan.
Wallahua'lam.

Sunday, July 21, 2013

Terima kasih Allah!

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam 12 Ramadhan 1434H.
Para pembaca yang disayangi Nabi,

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan kita meneruskan pengembaraan dalam bulan Ramadhan ini sehingga fasa yang kedua. Semoga dengan kesempatan yang dianugerahkan ini dapat kita manfaatkan sebaik-baiknya. Suatu pagi, aku membelek-belek majalah JOM Isu No.16 yang bertemakan Kembara Ramadhan Fantastik. Sebelum Ramadhan aku sudah memilikinya bagi menyegarkan mood meraikan Ramadhan kali ini. Entah dipilih Allah atau tidak, aku sendiri tiada jawapan waktu itu. Yang pasti, sekurang-kurangnya aku mesti bersiap sedia bagi meraikan kedatangannya. “Allah Allah, pilihlah aku ya Allah untuk sampai kepada Ramadhan-Mu”, bisikku selalu. Semoga Allah Yang Maha Mengasihani memberikan yang terbaik untukku kali ini, kali ini ya Allah. Penuh harap!


perfect supplement

Hujung minggu terakhir Syawal, aku bersama keluarga menghadiri satu majlis walimatul urus. Alhamdulillah, majlis yang sederhana diisi dengan majlis tahlil dan kesyukuran menyambut cucu. Rindu suasana kampung sebegini, terasa meriah dan berkat. Memandangkan seperti tiada orang muda berdekatan dapur, aku pun membantu tuan rumah memberikan bunga telur dan buah tangan kepada kaum ibu yang hadir. Aku perlahan-lahan menyusul di belakang nenek yang mendukung cucu barunya dari seorang kepada seorang untuk dicium, didoakan, dipotong jambul atau diberi duit. Eh. Usai majlis, aku melihat ibu berborak dengan guru talaqqi Quran ku. Aku pun datang bertanya khabar dan menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian dengannya memandangkan sedang bercuti semester dua bulan. Soalanku dijawab dengan soalan, “Ni cuti lama, nak talaqqi Quran bersanad tak?”

Muka terus berseri-seri, hamdalah dari hati terlafaz ke mulut. Aku melihat ibu, ibu seperti biasa kelihatan tenang dalam reaksinya menyokong dua ratus peratus usul yang diutarakan. Apatah lagi sekiranya sesuatu urusan itu turut dapat melipatgandakan sahamnya di akhirat kelak. Allahu. Kemudian, ibu memberikan jawapan kepada guruku dan bertanya beberapa hal yang berkaitan. Ehem kelihatannya respon yang positif positif, alhamdulillah! Namun begitu, kekosongan tempat masih belum dapat dipastikan. Oleh itu, ibu berpesan agar terus bertawakal. Sekiranya rezeki itu sudah tertulis untukku, maka akan diberikan jua oleh-Nya. Sekiranya tidak berpeluang, sudah pastinya ketentuan itu juga baik untukku. Bersyukurlah wahai jiwa yang tenang. Sekurang-kurangnya, aku patut mengucapkan "Terima kasih Allah!"

               :)

" Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."

[At-Talaq 65:2]

But, wait. Aku ni..bertakwa ke?




p/s : Allah Allah, moga diizinkan untukku terus mencatat kisah-kisah lain Ramadhan kali ini. A'la kulli ni'mah, terima kasih Allah :')

Monday, June 24, 2013

"..Aku sebut namanya satu-persatu"

Assalamua'laikum. Salam 16 Syawal 1434 H :)

Alhamdulillah,

Esok, 25hb last paper final exam semester 4. SME Management. Semua orang dah balik, sejak 8 hari yang lepas hari-hari ada saja orang akan ucap selamat tinggal nak balik kampung duluu hihi kbye. 

Ouch.

Harini semakin sunyi kolej.

Jerebu baru sampai Jeli pagi ni, dan alhamdulillah hujan turun sekejap maghrib tadi, syukur. Jerebu mengingatkan kita tentang nikmat udara bersih dan oksigen free yang jarang disyukuri. Faghfirlanaa ya Raheem. 

Semoga Johor pun beransur pulih kesihatan udaranya. Juga seluruh kawassan yang terlibat. Ameen.


Betapa aku ini menghargai doamu

Kata-kata dan hatimu

Terkadang saudaramu mungkin tidak membutuhkan hartamu kerana ia sendiri telah dikurniakan kekayaan oleh Allah. Kehidupannya juga telah mencukupi kerana telah ada orang-orang yang dapat memenuhi kebutuhannya. Walaupun begitu, di sisi lain mungkin dia adalah seorang yang selalu membutuhkan kata-kata dan hatimu. Adapun hak-hak saudaramu atas kata-kata atau lisanmu ada tiga :

Pertama, membatasi pembicaraan yang berkaitan dengan saudaramu kecuali dengan kata-kata yang baik.

Kedua, pilihlah kata-kata yang disukai oleh saudaramu.

Ketiga, mendoakan dia dan keluarganya. Doakanlah baik ketika masih hidup, mati, hadir mahupun ketika pergi.

Malaikat mendoakan seseorang lelaki yang mahu mendoakan saudaranya ketika saudaranya tidak ada, "...dan untukmu sama seperti yang sedang kau mintakan untuk saudaramu."

[Petikan buku Rakaizud Dakwah, Dr. Majdi Al-Hilali. 
Bab Ukhuwah (Persaudaraan) pp 169-170]

Malaikat kot yang doakan kita. Malaikat yang cantik dicipta daripada cahaya, yang sentiasa bertasbih bertahmid bertakbir memuji kebesaran dan keagungan Allah. Malaikat yang sentiasa taat kepada Allah tu yg doakan kita. Entah-entah bukan satu, tapi beribu malaikat yang mendoakan kita. Subhanallah. Alangkah, alangkah ruginya kalau kita buat-buat tak nak.

Dan petikan di atas (telah diringkaskan hehe), terasa butuh untuk dikongsikan saat ini. Telah merasa, semoga akan selalu merasa gembira dan bersyukur kerananya. Aku yakin, kau juga memerlukannya.


"..Aku sebut namanya satu-persatu."

Asfaaa aku tgh stress sampai xde mood nak study harini T.T

Why stress, hii PMS ni ;)

Beberapa jam kemudian,

Asfaa bagi aku kata-kata nasihat sket :’)

Dan kerana Tuhanmu, maka bersabarlah :’)

Daoakan ak asfaaa :’) xda mnde yang lebih bermakna bagi ak selain dr doa seorang sahabat :’)

Ad dlm buku Rakaizud Dakwah, bab ukhwah, Abu Darda’ pernah berkata, “Sungguh aku telah berdoa untuk tujuh puluh saudaraku di dalam sujudku, semua aku sebut namanya satu persatu”. Allahu, coolio kan :’)


Sangattt :’)

Di lain waktu, selepas diceritakan kisah Abu Darda' sewaktu halaqah, mereka turut terkesan. Sebelum meneruskan solat sunat, eh apa nama, Siti Hanem? Eh apa nama, Puteri Haziqah? Ni apa nama, Moknik? Ahaha.

Btw, maaf mencelah, nama saya Asfarina binti Ismail. *batuk*


Berbekal tawakal

Akhirul kalam, berbalik semula kepada topik esok last paper ._. Dalam buku Ibu ada tulis (mungkin juga catatan yg diekstrak daripada Majalah Solusi yg bertajuk Berbekal Tawakal), tercatat : Akrab dengan Allah melalui tawakal. Sesiapa yang paling tinggi keyakinannya kepada Allah, maka dialah yang paling tinggi keyakinannya kepada dirinya sendiri. Orang yg bertawakal, paling tinggi keyakinannya pada Allah, dia juga yang paling gigih berusaha! :)

Kesan iman itu ialah tawakal.
Semoga saling mendoakan, terima kasih kerana menyantuni diri ini :')
Terima kasih kerana cukup bersabar, walau pada dentuman keseribu barangkali.
Terima kasih kerana tak pernah mengharapkan balasan, melainkan dari Allah.
Aku punya ramai kawan yang mungkin tak faham konsep ukhuwah seperti yang aku faham, tapi mereka tetap mendapat tempat di hati. Semoga Allah Yang Maha Mengetahui selalu menjaga dan melindungi kita semua dalam hidayah dan taufiq-Nya.
Alhamdulillah, semoga Allah redha.

Semoga malam ni tidur dalam iman, esok bangun berkeyakinan. 
Wassalamua'laikum warahmatullah.

Thursday, June 6, 2013

Great reward


Kadang-kadang sibuk kita sampai tidak lagi berupaya untuk mencari masa memperbaiki keadaan hati kita sendiri.

Walau sesibuk mana pun kita, lapangkanlah waktu untuk memperbaiki hati. 
Kerana syaitan sangat licik menggunakan segala seninya untuk menyesatkan kita agar semakin jauh dari-Nya.

Tidak akan bersama dengan Allah orang yg keluh-kesah.
Seseorang yang beremosi tidak akan tenang.
Dai'e yang beremosi juga tidak akan tenang.

Terus, apa gantinya?

Jadilah da'ie yang sensitif jiwanya.

Da'ie yg sensitif jiwanya adalah da'ie yg tenang.
Da'ie yg sensitif jiwanya adalah seorang yang tersusun emosi serta tindakannya.

Da'ie yang sensitif jiwanya tidak akan melupakan dirinya sendiri.

Kerana dia faham, sensitif di sini dasarnya ialah iman.
Bukan sensitif yg dasarnya emosi atau nafsu.

Keimanan itu, directly proportional to our sensitivity.
Semakin kuat iman seseorang, semakin kuat sensitivitinya.

"Nasib setiap individu daripada dakwah ini ialah sesiapa yang beramal untuknya maka Allah akan memuliakannya dengan sebab amalnya dan sesiapa yang meninggalkan beramal untuk dakwah maka Allah akan menjauhkan kebaikan daripadanya dan dakwah tidak akan mendapat mudarat sedikitpun."

[Asy Syahid Abdul Qadir Audah]

Rasa sensitiviti itulah yg membuatkan kita berpijak di dunia realiti. Dakwah tidak memerlukan dai'e yg beremosi, kerana ia hanya akan membawa dirinya sendiri. Tetapi dakwah memerlukan jiwa-jiwa yg tinggi sensitivitinya, kerana da'ie seperti ini akan membawa diri mereka dan orang lain bersama-sama.



So endure patiently, with a beautiful patience. [Al-Ma'arij 70:5]
Sabar pada dentuman pertama :) 

I repeat again, the full verse [33:35] ; which i like most <3 font="">

Indeed, the Muslim men and Muslim women, the believing men and believing women, the obedient men and obedient women, the truthful men and truthful women, the patient men and patient women, the humble men and humble women, the charitable men and charitable women, the fasting men and fasting women, the men who guard their private parts and the women who do so, and the men who remember Allah often and the women who do so - for them Allah has prepared forgiveness and a great reward.

[Al-Ahzab 33:35]

Wallahua'lam.

Da'ie yang sensitif jiwanya tidak akan melupakan dirinya sendiri.
Kerana dia faham, sensitif di sini dasarnya ialah iman.

Salam Isra' Mikraj! 27 Rajab 1434H. 
Sollu a'lannabi :')

Thursday, May 23, 2013

Fhytin!



Ubah! Jom kita ubah!

Semester ni mendebarkan. Ya Allah..tak tahu nak cakap macam mana.

Ni sejak bila pandai cakap nada risau bercampur sedih sebegitu rupa? 
:) Allah kan ada? Susah senang, ingat Allah selalu. Jangan pernah tinggal Allah.. Jangan pernah lupa Allah.. Kita tahu urat leher kita ni dah cukup dekat dengan kita, tapi sebenarnya kan, Allah tu lebih dekat daripada urat leher kita sendiri. Kalau la kita selalu sedar hakikat tu, subhanallah dah tak cari lain dah, mesti fikir Allah je kan setiap masa :) Exam tu, jangan fikir banyak sangat, boleh punye! Boleh Asfarina, boleh. (^^)/ 

Ahah ;')

HAVE FAITH. Then... JUST DO IT?

Yosh! :D

~~~

Dia (Musa) berkata, "Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, 
dan mudahkanlah untukku urusanku, 
dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, 
agar mereka mengerti perkataanku, 
dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, 
(iaitu) Harun, saudaraku, 
teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, 
dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, 
agar kami banyak bertasbih kepada-Mu, 
dan banyak mengingati-Mu, 
sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami".

[Taha 20:25-35]

~~~
Supportive people or environment sangat penting :) 
terutamanya dalam saat-saat genting, atau menggalas amanah yg berat. Allah tahu apa yg kita perlu, so Dia (dengan segala aturannya) akan hadirkan insan yg kita perlu waktu kita memang perlu apa yg kita perlu. Alhamdulillah, thank you Allah! :) may Allah grant you you and yeah you too His blessings again and again in this dunya, and ultimate happiness in akhirah, ameen.

Akhirul kalam, 

segala bentuk kekuatan tambahan yg ditagih penuh pengharapan oleh Nabi Musa a.s kepada Allah s.w.t (untuk berhadapan dengan Firaun!) , bukan untuk kepentingan diri sendiri, apatah lagi untuk disalah guna, tetapi.. 

"agar kami banyak bertasbih kepada-Mu

.. "dan banyak mengingati-Mu"

:')

Semuanya dikembalikan kepada Allah semula.
Subhanallah, tabaarakallah.


# It's Rajab! Allahumma baariklana fi Rajab ya Allah