Sunday, December 19, 2010

شكور الحمدلله

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

Dari lubuk nurani, syukur buat Illahi,
rahmat-Nya melimpah tak bertepi :)

Turn to Allah, He's never far away
Put ur trust in Him, raise ur hands and pray
Ya Rahim..tolonglah aku dengan cara yg Engkau kehendaki. Ameen.
Tak de manusia yg hidup sempurna.
Tetapi cara kita menilai setiap saat yg berlaku dalam hidup itulah
yg akan menentukan kite merasa bahagia atau derita.
Live well or live hell. You choose. -Hlovate-
Of course la aku nak live well. But things are easier said than done, kan?

When faith is put at test.
Manisnya ujian.
Andai ada hamba-Nya yang pandai memujuk,
  sudah tentu PENCIPTAnya lagi bijak memujuk.
Tertarik dengan artikel daripada blog Bayyinat ini --> Sahabat setia :) 
antara konklusi beliau :
 Pilihlah kawan yang baik. Kawan yang baik dapat dilihat kepada matlamat dia mendampingi kamu. Pastilah matlamat itu ialah redha Allah. Oleh itu, sahabat yang baik pasti akan sentiasa mengajak kita melakukan perkara yang baik-baik sahaja. Mungkin satu ketika, kita merasakan betapa mereka ini seperti menyekat kebebasan kita, tapi hakikatnya ialah mereka hanya menyekat dosa-dosa kita. Itu tanda dia cinta kita :)

Sebagai seorang dae'i, seharusnya kita jangan takut untuk bergaul dengan semua jenis orang. Bahkan, kitalah yang sepatutnya menjadi kawan yang TERbaik yang bukan sahaja membantu dalam urusan duniawi, bahkan juga urusan akhirat yang abadi. Juga, kita janganlah jadi manusia yang memilih sahabat yang sama fikrah sahaja, kerana kita sudah ada fundamental tarbiyyah yang kukuh. (Sepatutnya lah...)
Syukur sebab apa kali ini? Sebab result eh? 
Alhamdulillah. Hehe. Syukur je apa2 pun. Biarlah Allah n kwn2 yg tahu je tahu.
اللهم نجحنا في كل امتحان
Ameen tawakkaltu a'la Allah. Insya Allah.
Pernah dengar tak orang cakap macam ni:
"Kite kena belajar sungguh-sungguh, nak cari redha Allah,
nanti dapat pahala banyak-banyak, 
impikan syahid dalam doa, nty masuk syurga Firdaus."
Ameen ameen ameen~
Macam cakap dengan anak kecil pun ada jugak kan? hak3 ehh tapi betul la kan? :)

Terima kasih kerana mendoakan :) 
Doa-doa sahabat dan para malaikat
akan berterbangan utk anda semua juga.
Beruntung kerana belajar di PASUM. 
Terima kasih semua pensyarah yg baik2 dan hebat2, 
semua tutor yg komited n rakan-rakan seperjuangan.
Bertuah menjadi warga Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah.
Bersyukur menjumpai akhawat yang berukhwah lillahi ta'ala.
Beruntung masih ada ex-classmates di sini yg tak tumpah setia suka duka.
Bertuah ada rakan sehati sejiwa serentak seirama.
Tersangat gembira memiliki keluarga yang sudi mendengar 
celoteh yg tak pernah kering dan sentiasa excited
bercerita dan berkongsi rencah kehidupan di kolej.
Bersyukur kerana berpeluang menimba infiniti ilmu 
dan seribu satu pengalaman berwarna-warni di sini.
Ya, utk kehidupan infiniti nanti.

Terima kasih juga utk setiap sokongan dan bantahan. :)

Am i sound like an ustazah?
Like what? ahah. Maaf la.. Baik la kadang2 ni bile ada peluang, kene manfaatkan. takut ditarik ilmu sebab dah tahu tp buat2 tak tahu.  

Lihatlah sendiri. Kita tidak boleh menjadi baik sorang-sorang. Tidak boleh. Sebaliknya, kita juga perlu ajak 'jiran' kita untuk 'membersihkan kebunnya bersama-sama'. Kesannya jelas, supaya jika datang musibah atas sebab maksiat yang berleluasa, musibah itu akan menimpa semua, bukan sekadar pelakunya. Jangan ingat kita baik, kita selamat. Belum tentu..kerana yang pasti, orang baik pasti tidak mahu jadi baik seorang-seorang, dia pasti mahukan semua orang jadi baik juga- Dakwah!
Sumber : klik --> hish..sebab apa perlu dakwah nih..

Maaff..tak perlu tunggu dah jd pak aji mak aji baru nak cakap pasal benda baik. tak perlu nak tunggu pelajar sekolah agama saja. tak perlu nak tunggu dah masuk 40-an. kite tak tahu kita mati nanti baik o sebaliknya. So, mari mengumpul pahala. Sultan Muhammad Al-Fateh yg baru berumur 22 tahun dah berjaya manakluk Kota Konstantinopel (Istanbul). Anak anak kecil kat Palestin dah berjuang mati-matian nak pertahankan Islam. Kite dah sumbangkan ape je kat Islam ek? Allah dah bagi macam-macam, tp apa yg dah kita perjuangkan utk agama-Nya? Bersyukur pun selalu jugak terlupa bila nikmat melimpah ruah. Masih belum terlambat. Jom kite cuba berakhlak mulia mcm yg diajarkan Rasulullah, dan ingat2, sejahat mana pun kita rasa diri ni, jaga solat. :) ingat Allah selalu~
و الله أعلم وسلم

Binalah akhlak kita. Itu satu dakwah hakikatnya
Artikel menarik Hilal Asyraf -->  Saya hendak berdakwah. Boleh?
 Rahsia Jari --> klik sini je.

Tuesday, November 23, 2010

Sebelum ambang semester 2 :)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته :)


Ya tuan2 dan puan2! Alhamdulillah, bersua kita kembali dalam episod yang ditunggu-tunggu...semester dua! :)) ok, pelik bunyinya. Bak kata seorang kawan nih, "Cepatlah sem 2..tak sabar nak mulakan hidup baru." hak3 mmg betul pun. Masing2 semangat berapi-api berebut balik kolej, untuk memperjuangkan strategi hidup masing2. Eceyh, ayat mcm x bley bla.haha


shafini nih classmate hee bagus2 penyataan anda. tiru bley kan? kire halal. tQ ;p


Hopefully, bukan hangat-hangat ---- ayam. :p xpe, semangat itu ada sudah baikk kan! keh3 niat anda dapat pahala. Tahniah! ;) semangat yang anda semua pancarkan pun tempias kat orang lain. *aku la tuh hee* Terima kasih!  Jom kite bersama2 mengorak langkah penuh semangat bagi menempuh era semester dua [walaupun nervous result tak kluar lg utk pasum], walau di mana jua anda berada. yeah, SE-MA-NGAT orang Malaysiaaa!! Buat yang terbik dan mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan kita. amin (:



Cuti-cuti Malaysia 
Masjid Besi @ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin








Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Located at Presint 3, Putrajaya. [sejarah masjid :] ok, sangat "waahhhh!". haha jakun sikit n excited sederhana.


<3 Tempat letak kereta macam kat shopping complex. hee maju3.
<3 Naik lif bukak kasut. Ohh pertama kali dalam sejarah Melayu patik. Bagus, kesuciaan terpelihara  :)
<3 Main air kat kawasan masjid pun tak pakai kasut.. er..silap2. budak2 kecik je la main air.
<3 Paip wuduk yg maju. Haha semua benda nak pakai 'maju'. ~Bahasa jiwa bangsa~ Ok, tukar 'canggih'. Tapi, sebenarnya xdela canggih sangat. Utk rombongan orang2 kampung mcm aku boleh laa dianggap canggih. :D
<3 Masjid dikelilingi air kolam. Nyaman. Open air. Tapi kan, macam ada ja air-cond kat tiang-tiang. hehe Menurut blog saudara Fauzan, burung tak leh terbang masuk masjid.
<3 Telekung wakaf agak sedikit ye. -.- Contohilah Plaza Angsana, Johor Bahru yg banyak telekung wakaf lagi bersih :)
<3 Teknologi Jerman.
<3 Datuk Dr. Sheikh Muszaphar bernikah di sini.


Taman Botani, Putrajaya

Jemputlah berkunjung bersama keluarga untuk bersantai dan melapangkan fikiran. :) Best ohhh! Sewa basikal boleh, jalan kaki boleh (F.O.C) . Naik tren pun boleh tapi berbayar la. Jumpa ramai pengantin. Ada lah 5 pasang. 





Takde gambar orang. haha. Akhirul kalam, semoga berjaya dalam apa jua bidang yg kite ceburi, (esp, adik2 yg tengah SPM. All the best okie!) demi berbakti kpd agama, bangsa dan negara. وسلام

Thursday, November 11, 2010

Terfikir..buah fikiran bersama. ;)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Biasanya, semakin dekat nak exam, macam2 la gelora jiwa yg mengocak kedamaian hati. Tension sana, tension sini. Eceyh nama pun student mmg familiar dgn “Busy la..hw berlambak..quiz lg..huwaa stress2” haha biasela tuh dgr org tension. Tapi sesibuk mana pun kita nih, tak terbanding ngn Rasulullah. Baginda lagi banyak tanggungjawab untuk agama, bangsa dan negara. Sebagai rasul, panglima perang, pentadbir negara Islam Madinah, suami, qadhi dan sebagainya. Tapi, sebanyak mana pun taggungjawab yg digalas, Baginda lah insan yg paling banyak mengingati Allah S.W.T. Suka bila kawan2 da pandai cakap "Baik-baik jalan. Ingat Allah". Tapi pernah berlaku kes seorang kawan nih, bila dy pesan kt si W, 'Ingat Allah', then si W seolah-olah x dapat terima nasihat ikhlas tersebut. "Perli ke ape. Cakap macam aku tak pernah solat je." Astaghfirullah.. Allah tidak akan mghukum seseorang kerana berbaik sangka, tapi Allah akan menghisabnya dan menghukumnya kerana buruk sangkanya terhadap orang lain.


Through the darkness, through the pain, I seek a light, the light of hope, Allah is my ONLY hope.

Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang :)


Sekelumit mengingati-Nya, selaut rahmat dijanjikan-Nya


[sila klik pada gambar untuk zoom]

Hee kita baru student, blum jadi tenaga kerja professional lg da mengeluh macam2 kerja berlambak2, tak cukup masa la, xcukup tdo, xda life. Haha theres no such thing. Elakkan diri dpd terjerumus ke dalam kancah neraka dunia. Maksudnya, cuba sedaya upaya utk elakkan diri dpd buat benda2 lagha o kurang faedah. Misalnya, lepak2 sampai 3,4jam berbual kosong ditambah perasa mengumpat. Adeh..kalau cakap pasal ilmu duniawi ukhrawi  kan sejuk hati mendengarnya, pahala dapat, minda pun terbuka, hati bercahaya, muka turut berseri-seri . Tak gitu?  Eh nak taw, try la sendiri, baru mujarab. ;)

Tapi mcm mana nak buat tuh? Kawan2 bukanlah semua islamik sangat, nk bg ilmu pun agak segan2 sebab takut tersilap bicara habis semua salah faham. Xpun, situasi seperti ini mungkin berlaku di mana2  selepas result final sem keluar :

“Tadi aku ada terbaca tips nk terangkan hati dpd Ustazah Siti Nor Bahyah taw. Nk bg tazkirah la nty. Tapi..eh tak nak laa bg tazkirah..dak 4.00 kan ramai. 3.98 un org xmaw pandang. Cuba kalo dak 4.00 habaq apa2, semua org pakat2 nak dengaq, wajib ikut..seganla pulak aku nk share ilmu..”

“Eh tak nak lah join usrah. Majoriti budak skola agama, tudung labuh. Seganla weyh.. Huu..ilmu agama dyorg mcm dah setinggi gunung, aku nih sejengkal cuma. Xpun, nty kalo dyorg semangat bercerita, aku blur tak faham istilah2 yg islamik sangat tuh”

Hakikatnya, inilah mentaliti segelintir remaja (kite ke? jum tgk cermin. :D) . Rasa rendah diri yg teramat sangat dalam situasi yg kurang sesuai. Setiap org kepakaran n kebolehan diri tak sama. Itulah gunanya kita berkawan dan berkongsi, untuk saling melengkapi. Bagi je ilmu tuh kat kawan2..xluak pun, makin bertambah pahala ada lah, untung2 bley jadi saham akhirat. Insya-Allah. Xpun, kawan tuh boleh ingatkan kite balik mse kite memerlukannya. Kalo dalam skop menuntut ilmu, jalan dah terbuka n jelas depan mata, tambah lagi dah ada yg menjemput, [misalnya, ajak join usrah :)] jomlah berebut masuk, buang jauh2 rasa segan. Kalo tak, sampai bila baru nk topup ilmu agama? Kata nk masuk syurga.. Kan wajib tahu pasal agama kita. Walaupun kita sekolah sains, tak pun sekolah menengah harian, kena tahu juga soal2 hukum fiqah ni. Kita semua nak masuk syurga, bukan ustaz2 o mereka yg belajar kt skolah agama je. Jadinya, ilmu fardhu ain nih bukan kawan2 skola agama je yg kene pandai taw, kita pun kene pandai juga :) Lumrah manusia memang perlu selalu saling mengingatkan, kan?

Ukhwahfillah. Gugusan doa terasa berterbangan kepada sahabat daripada sahabat.

و الله أعلم .  وسلام 

Friday, November 5, 2010

Dia itu bunga, wahai kumbang :)

..السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


 
Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
Kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.

Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu,
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.
Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!
Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa
Bukan aku memaksa.
Tapi aku terpaksa
Sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
Dia perlukan jawapan.

Petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
Andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
Andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu
Andai kamulah kumbang sakti itu..
Buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu
Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti


"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanyang dikehendaki-Nya."
[At-Talaq:2-3]












Buku di atas ni boleh dikatakan sambungan Denyut Kasih Medik~ :) kawan2 ramai promote sbb best3! hee tp insya Allah esok baru nk beli sendiri. Sesuai utk semua peringkat umur. [best book fr Muslim women ;)]

و الله أعلم

Wednesday, October 13, 2010

From SAHABAT [KRU 2010] :)

Daripada Rasulullah SAW, "Pada waktu malam, saya diisrakkan sampai ke langit, Allah telah memberikan lima wasiat, antaranya :
  1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau
  2. Jadikan cintamu kepada-Ku kerana tempat kembalimu adalah kepada-Ku
  3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga
  4. Putuskan harapan daripada makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka
  5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu beserta qiyamullail
Wallahua'lam.. :)

Kadang-kadang sedih kan? Mcm dah tak seceria dulu zaman sekolah menengah. kalo dulu, jumpa orang rapat2, dari jauh dah hye2  lambai tangan excited2. senyum happy2 sampai telinga. Sekarang tak lagi. tadi je balas lambaian atifah. padahal baru pernah sekali je borak ngn dy. Senyum pun biasa saja. Ibu taw gak. Anne dah xde lg sedih. stiap kali teringat nak nanges je rase clsm8 kat pasum yg paling rapat da quit peg acms. Rindu classmates lama. sangat2. rindu bwp tersyg, wingmates esp siti n iman. rindu cikgu2. huwaa..nak balik umah. [homesick? er perhaps not.] 

oh da byk kali mimpi ngn org yg kite x pnh bercakap lgsung. org yg sama, dpd kt maktab dulu da mimpi cmtuh. haih da la jarang mimpi2 nih, biasa tdo nyenyak je. tp dlm mimpi cakap satu dua ayat cm berhikmah. yg mmbuatkan bangun tdo je trus terfikir balik. sampai skg. hm mimpi mainan tidur. skg hidup makin bz. student, biasalah. nak blogging lama2 un tak sempat. share sikit ilmu yg dapat. ada lagi tp nty panjang sgt n x sempat nak hurai sikit2 lak. k, all the best to all! ~ mencari redha Illahi :) ~ ahah tahniah kerana anda perasan ada coretan di sini.

--->  Hatiku sebesar kolam..err cawan?

Sunday, September 19, 2010

Trust me, science is cool. Tq :]

Assalamualaikum. :) salam puasa enam! tahniah2 kpd sape yg da habis. ehe..sy mstila x start lagi..beraya pg ptg malam oh. duit raya? ngeh2 alhamdulillah. lebey kurang je ngn tahun2 lps..tp bile korek main2, de 400++ kut..hak3 ehey, senang cite, anggapla rzki anak yatim di bulan syawal yg mulia nih..alhamdulillah, terima kasih atok nenek, pkcik mkcik, spupu2, atok2 sdara, jiran2, cikgu2, mak2 kawan2, kawan2 ibu. hehe. maaf zahir batin, jasamu dikenang, Allah jua balas eh.

[sila pastikan internet anda laju&lancar sewaktu menonton video2 ini bagi mengelakkan aura tension anda menjadi-jadi hak3] thnx PM Dr Abu Bakar fr sharing the 1st vid with us during physics class! :)





p/s: Dry ice is frozen carbon dioxide. It doesn't melt and leave a puddle. It changes directly from a solid to a gas. That's why they call it dry ice. ouh, i admired his hair. wakaka ;p

Yg nih tidak membingitkan telinga seperti video yg pertama td. hehe. this alpha brain wave is related to the power of ur subconcious mind. er..pjg nak explain. kalo cakap x pe gak..puas hati sikit panjang lebar..:P love.it.love.it.love.it. ;)



bes ke x ke pe? eheh jgn cakap aku je syok sendiri rase bes..haha bes kan kan? try listening to the music soundly n it will keep ur headache away. yeah, it's healing. life is science n science is cool. hak3 hepy2 day! all the best fr final sem 1 examination! doakan kejayaan bersama okie. Allah jua yg mmbalas budi baik kalian. bbasyah! wassalam.

Saturday, September 11, 2010

Tahukah adik-adik? hee

Adik-adik sayang.. Untuk menjadi seekor rama-rama, seekor ulat perlu menjalani proses metamorfosis. Sepanjang proses itu, ulat akan berpuasa. Ulat akan membungkus dirinya dalam kepompong. Setelah beberapa lama dalam kepompong, maka lahirlah seekor rama-rama yang sangat cantik rupanya :) Begitulah rama-rama, dengan puasa yang dijalaninya, ia mampu berubah wajah menjadi indah. Itulah makna puasa bagi rama-rama. Oleh itu, sepanjang bulan Ramadhan, adik-adik kenalah berpuasa ya? Hee..pantun Ramadhan :
 Harum semerbak baunya pandan,
Tumbuh meliar di tepi halaman,
Banyakkan amal di bulan Ramadhan,
Supaya menjadi orang beriman.
Sayangi diri hiasi peribadi~ ;)

Assalamualaikum. ;) hye! How was last Ramadhan? Jumpa lailatulqadar? Selasa malam Rabu 29 Ramadhan ke? Wallahu'alam. It's okay, sebarang amalan yg kite buat pada malam lailatulqadar dgn ikhlas, insya-Allah diterima Allah. Mudah-mudahan dipanjangkan umur jumpa lagi Ramadhan n Syawal tahun hadapan.

Wah lama gila tak update blog, sorry sorry, terjerat tengok korean drama x habis-habis kat laptop. :p hari tuh ada nak cerita tazkirah imam solat terawih sampaikan, tapi mcm da terlambat sbb Ramadhan dah habis. Uh sedeyh je.. So ucapan yang paling sesuai ialah "Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H! Dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir batin :). Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yg tersayang. Pandu cermat jiwa selamat".
Er..da macam iklan jalan raya je yg lebih..kwang3



Raya nih kan, xda dapat kad raya pun. Pecah rekod..haha bajet selama nih berguni la posmen hantaq kad raya ke rumah ;p tapi sebenarnya mmg x bagi org kad raya pun tahun ni. hehee. Dulu masa zaman muda muda , bila dengar posmen ponn ponn depan uma mesti cepat2 pecut nak pegi amek surat. Kalo xde kad raya mesti cm, "Ala..xde pun kad raya". Tapi kalo ada kad yg ditujukan untuk diriku ini, mesti exciteddd! wah wah bangga bangga~ yeay! lalala :D

Sekarang nak wish raya semua pakai sms, mms, facebook lg free of charge. Tradisi zaman muda muda dulu semakin lenyap dibawa arus modenisasi, kan? Macam da malas nak tulis kad raya, leceh nak pegi pos, setem kena beli lg.. Tapi, terharu oh kalo ada membe lama yg ingat nak call. Tak habis nak cerita macam2. Ohye, Mr President kirim salam raya kepada semua ex-batch 08/09. Panggilan diterima dpd Zul dari Vanderbilt University, Nashville, Tennessee. Hee seronok2! Tetiba rindu kawan-kawan lama..semua..

Bila tiba hari raya..bukan hanya asek bergambar dengan baju baru, tapi yg lebih utama, jum bermaaf-maafan! Bertakbir banyak2. Bila tiba 1 Ramadhan, orang yg telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu semuanya gembira. Kenapa? Sebab penyeksaan mereka di dalam kubur diberhentikan seketika semasa Ramadhan. Tapi kehadiran 1 Syawal menjadikan mereka menangis. Kenapa? Sebab penyeksaan mereka akan diteruskan. Sebab tuh digalakkan menziarahi kubur semasa Ramadhan, hadiahkan al-Fatihah, yassin dan sebagainya kpd kaum keluarga dan sahabat handai yg telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. Semoga roh mereka bersemadi dengan aman di sana. Amin.

Okay..sampailah ke penghujung entry kali ini. Ada hal. Ahah. Esok pakai baju ape? Biru biru :) siapa same? Ueks! Tak yah tak yah same. Jangan tiru2! haha. Okie, Pantun Aidilfitri pulak..-->

Bermain lelayang kala petang,
Meriah sungguh para tetangga,
Tetap terbayang tetap terkenang,
Ziarah pusara yang telah tiada.

Kuih dihidang dalam pinggan,
Langsir baru warnanya biru,
Terlepas pandang ketika pemanduan,
Mudah jadi korban yang baru.

Sama sedondon baju raya,
Bertakbir bertahmid memuji Yang Esa,
Dari gembira bertukar duka,
Sikap tidak sabar membawa bencana.

Ketupat rendang kuih bahulu,
Juadah enak warisan Melayu,
Adik comel berbaju baru,
Selamat hari raya daripadaku. :)

Jemputlah datang rumah saya. Maaf zahir batin dpd Malaysia :p. Wassalam.

Saturday, August 21, 2010

Exam + Ramadhani + Cik Tikus ;)

Algebra & Geometry, Physics 1, Chemistry 1, Biology Cell, Chemistry 2, Calculus, Reproduction&Ecology, Physics2, English.

Mid-sem Examination

Assalamualaikum. Ohoh alhamdulillah peperiksaan pertengahan sem 1 sudah berakhir. Legalega ;) 9 subjek, 9 jam sahaja kami diuji. Enjoy! [enjoy la sangat -,-"] Hee..amek berkat bulan Ramadhan al-Mubarak. Soalan ok (kut), tapi jawapan yg tak berapa nak cun. :p Tough. Untuk mid-sem nih, soalan berbentuk objektif je semua, tapi tuh la, rambang mata  n xda dadu nak main lambung2. haha. Tawakal tawakal okies.


Ramadhani

Buka puasa kat sini tak hidup. Tak macam kat maktab dulu. Kat sini kalo berbuka, dengan rumate, clsmates muda2 dulu. Dengan clsmates baru pun tak berbuka puasa lagi. Wahaa cm best je :) Oh, ada resipi untuk sahur bg sesiapa yg malas cari makanan kat cafe. Hehe. Resipi ini sangat tak sesuai bagi mereka yg makan di Dewan Selera or Home Sweet Home. Ahah. -next entry-

Terawih+tadarus dalam Dewan Gemilang, sejuk ohh~ tapi guna karpet yg ada saf la, bukan tikar panjang zaman form 4 dulu. Hehe. 8 rakaat, siap witir kami dirikan dalam sejam. Agak mengantuk dan kadang2 tersengguk-sengguk dibuatnya. Wakaka. 

505 08/09. Tepi tasik Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah. Syg lebih mereka, tempat ngadu2, lepak2, study2!. haha
Dayah, Hanim, Fauzan (jemputan haha), Atieya, Hadiyani, Ayuni n me.

5 ekor kumbang dalam kelas tersingkir ke luar gelanggang bagi sesi ini. hak3 18 kuntum bunga je ye. ^^v sorry!
[Fariha, Yana, Asfa, Anne, Mira1, Tiq, Mira2, Syud, Fadilah, Syafini] By, Syuk, Fatin1, Izzah, Fatin2, Fina, Chibo, Amalina tiada dalam gambar. Mereka belum sampai di tempat kejadian hee

Cik Tikus
 
Minggu terakhir sebelum menuju ke gerbang peperiksaan, kami bergurau dengan tikus ternak. Kenapa tikus ek, kalo rabbit ke comel sikit..haha siap bole sembelih awal2, after experiment bole buat BBQ..yummy! Bak kata tutor Bio subjek Pembiakan, Ekologi dan Perkembangan Organisma, demonstrators yg prempuan tak sampai hati nak tengok cucuk2 gunting2 belah2 rabbit yg comel. hahaha. Kalau katak pulak, tak bes :p katak amphibia, xdak reproductive organs mcm kita. Cik Ti mammals.

Acikucikucii~
Ketaq oh masa awal2 nak operate beliau. Haha gunting dah la tumpul, ish. yg kiri tuh, forceps ye. mcm salah je tangan awoks handle forceps :p
From left : Yaya, Isyam, Fafa, Izzah n Fatin. Hisham mcm da biasa ja buat projek ngn Cik Ti nih. haha.
Isi perutnya dirobek oleh mereka. ;) She is female. Nampak tuh fallopian tube?
Rib cage beliau keras, so x operate pun atas tuh. Gunting x cukup tajam la wak..
Discussion n lab report. Oh masa nih terserlah bakat2 terpendam melukis dalam diri masing2. Haha. Bak kata Amyrul, lukis cantik2 pun, markah sama ja dengan orang yg lukis buruks~ hehe. Biala, at least puas hati lukis memoleks, kan kan? Terbaekk! [chibo la lukisan paling real..ecece :p]
Cuci cuci - xi shua shua xi shua shua ui ui - bye2 Cik Ti! ;)

Handle with care. Gambar ini gila. -.-"
Akhirul kalam, salam Ramadhan dan selamat beribadat! :)