Thursday, April 24, 2014

Cik Hikmah dipercayai hilang di Bandung!


"Kadang-kadang hak-hak peribadi kita tidak dapat kita penuhi, jangan bertanya ke mana yang lain. Jangan bertanya kenapa kita sendiri. Jangan mengingat apa yang telah kita korbankan. Jangan mengharap apa yang akan kita dapatkan. Kerana sesungguhnya Allah telah memilih diri-diri ini. Kerana Allah, ikhlaskanlah :)".

"Para pemburu syurga tidak akan berhenti pada tahap mimpi. Ada impian yang harus diwujudkan. Ada pengorbanan yang harus dikeluarkan. Ada amal dan karya nyata yang harus dipersembahkan".

Orang beriman selalu punya ciri sendiri dalam menata hatinya
Saat mendapatkan kesulitan ia tetap ceria
Fisiknya mungkin lelah, fikirannya mungkin kalut dan jenuh
Tetapi tidak dengan hatinya yang selalu yakin
Bahawa semua itu kerana Allah masih sayang padanya

-Semua quoted-

Tarbiyah bil ahdath - Tarbiyah melalui peristiwa
Mahal!
Tapi kadang-kadang hikmahnya tuu tak jumpa cari,
atau tak terasa pun ada 'sesuatu' yang Allah nak tunjuk.

Sampai lah Allah hadirkan insan-insan yang mashaAllah terangnya mata hati mereka
Boleh discover sesuatu peristiwa dan relate dengan tarbiyah yang Allah nak beri

"Kamu itu, coba lihat ke dalam diri kamu sendiri. 
Adakah kamu lihat dalam diri kamu itu sebagai seorang pemimpin?"
-Pak Arham, Bandung, Indonesia

Sebelum dia cakap malam tu, kita tak terlintas pun to behave as one sepanjang hari ni.
RUGI. Momen penting untuk hari itu dah berlalu. 
Sampai sekarang ada rasa kesal.
Sampai sekarang juga tetap dapat rasa kata-kata Pak Arham sangat inspiring.
Hari-hari seterusnya rasa lebih segar dengan niat yang jernih-jernih hendaknya.

After all, syukur alhamdulillah.

Cuma itu lah, lain kali kita perlu lebih proaktif dan bijak mencari hikmah
di sebalik setiap peristiwa.
Even sekecil-kecil perkara pun, inshaAllah akan ada 'sesuatu' yang Allah nak ketuk,
untuk kita lebih memahami
dan menghargai
erti hidup ini.

Semoga Allah hadiahkan 
kejernihan mata hati
:)


Have faith, stay super! :)
Wassalamua'laikum warahmatullah.