Saturday, August 27, 2011

Make up Ramadhan :)

Assalamualaikum warahmatullah :)


Salam 27 Ramadhan 1432 H dari Johor Darul Takzim ;)

Muslimin muslimat yg dirahmati Allah sekalian, ehh perasan kan kita semua dah nak graduate ni, bakal mahasiswa Universiti Ramadhan :) apa rasa? Sedih ke gembiraaaa nak raya? Aku pun gembira nak raya heheh, tapi sedih juga Ramadhan dah nak habis :(


Awak kata Ramadhan tu universitas, tapi saya kata Ramadhan tu suami yg best. (haha) Baik agamanya, muka berseri-seri dengan pancaran keimanan. Balik rumah satu bulan je, sekali dalam setahun. Tapi setiap kali balik tu, hari-hari dia akan buat surprise dengan bagi macam-macam hadiah istimewa yg memang..best best best! :) so bila dah segalanya yg best ada depan mata dia offer, takkan nak muka masam mencuka buat tak endah je segala benda tak rasa excited langsung (?) Grr tak bersyukur tuu!

Tetamu Ramadhan & Syawal ;)

Lagi satu analogi (sumber : Solusi 34). Ramadhan dan Syawal ni dua-dua tetamu yg akan datang. Tapi Si Ramadhan ni lebih mulia, dan ia berjalan di hadapan dgn membawa hadiah istimewa disertai bonus hebat yg melimpah ruah. Si Syawal pula berjalan di belakang dengan hanya satu hadiah istimewa. Jadi, adakah wajar jika kita mengalu-alaukan kedatangan tetamu yg di belakang dan meminggirkan tetamu di hadapan? Beradabkah kita dengan Allah?

Samalah, Allah dah bagi macam macam sangat tawaran hebat sepanjang bulan Ramadhan ni, rahmat Allah, keampunan, pembebasan dpd api neraka. Ini semua yg kita sangat sangat perlu!! Sebab ending hidup ni memang akan memerlukan semua ni. Kalau Allah tak bagi waktu kat akhirat nanti, nak minta kat siapa lagi? 

Tapi masalahnya, kenapa macam tak rasa nak berusaha gila2 rebut semua tawaran tu ek. Mungkin kita ni jenis kena tengok benda tu jadi depan mata baru nak percaya, so benda benda yg akan jadi waktu hari akhirat nty rasa macam tak berapa excited nak rebut. Almaklumla bila buat bukan terus dapat cash depan mata. Tapi tidakkah kau percaya janji Allah itu pasti?

Lagi analogi, dosa bayar cash


Ya Allah, ya Allah.. Tiba-tiba teringat lagi satu analogi ni. Kalaulah sekali kita buat dosa, terus Allah bayar cash balasannya, mesti baru rasa takut nak buat jahat. Contoh, pegang tangan wanita/lelaki ajnabi secara sengaja, tiba-tiba Allah terus balas tangan melecur. Menipu sikit, terus lidah tu jadi bercabang. Kalau begini suratannya, mesti takda hamba Allah yg berani buat jahat atas muka bumi ni kan. Allah bagi kita hidup sampai sekarang ni, sebab nak bagi peluang kita bertaubat. Kalau semua orang dijadikan baik, takdela neraka. Syaitan pun takda kerja. Tak adventurous la hidup ni. eheh. Tapi kenapa ada semua syurga neraka, hari pembalasan tu? yeah, life is a test. So memang akan ada keputusan : SYURGA atau NERAKA.
Allah gives, gives, gives and forgives. Human gets, gets, gets and forgets.
Akmal's fb status.

Ada satu hadis ni riwayat Imam Ahmad. Suatu hari, waktu Rasulullah s.a.w menaiki mimbar, baginda menyebut "Amin" sebanyak 3 kali. Lepas khutbah para sahabat pun bertanya la apa sebabnya. Rasulullah s.a.w menjawab, tadi Jibrail datang dan berdoa. Aku mengaminkan doanya, iaitu sangat kecewa dan rugilah bagi :
  1. Orang yg disebut nama nabi Muhammad (s.a.w), tidak dibaca selawat atasnya.
  2. Orang yg sempat hidup bersama orang tuanya tetapi tidak dapat masuk syurga
  3. Orang yg sempat hidup dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya 
Ya Allah~ ampunkanlah dosa kami, ya Ghaffar, terimalah puasa kami, terimalah amalan kami sebagaimana amalan orang2 yg ikhlas, terimalah solat kami sebagaiamana solat orang-orang yg khusyuk, ya Mujiib. Bebaskanlah kami daripada azab api neraka yg panas menjulang dan tempatkanlah kami dalam golongan orang-orang yg beriman dan beramal soleh dalam syurga Firdaus-Mu. Ameen ameen ameen ya Rabbal a'lamin..


Yg kecil jangan dipersia, yg besar jangan diabai

Lagi berapa hari dalam bulan mulia ni, jum check benda simple yg senang nak buat, dan insya-Allah Allah akan pandang. Mana tahu yg simple ni kita buat ikhlas, lagi berkat daripada amalan besar-besar hebat belaka tu :) yg kecil jangan dipersia, yg besar jangan diabai.
  • Menyediakan makanan utk org berbuka puasa. Pahala yg diperoleh sebanyak org yg berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun. Kalau uzur syari'e, rajin2 la serve ;) beli je ape2 pun boleh, pastuh letakkan atas pinggan bagi orang berbuka makan. As simple as ABC, babe. Dalam rumah je pun dah banyak boleh kaut pahala sedekah.
  • Melewatkan sahur, jangan tangguh berbuka. Manusia itu dalam kebaikan selagi dia menyegerakan berbuka (Riwayat Bukhari & Muslim)
  • Bersalaman dan senyum dengan jemaah di masjid. Mana tahu antara orang yg kita salam tu Allah sayang dia lebih. So bolehla dapat berkat tempias sikit2. Kalau takda orang nak senyum kat kita balik pun xpe, ketahuilah yg Allah tengah senyum kat kite :)) kite bukan senyum kat dia (para jemaah masjid) sebab nak dia balas senyuman manis kite tu, tapi kita senyum kan kerana Allah. So tak perlu risau kalau senyum macam syok sendiri. Hihi biar Allah jua yg membalas keikhlasan kita tu.
  • Niat iktikaf :) ni pun senang. Faham kan? Sahaja aku beriktikaf di masjid ini kerana Allah ta'ala.
  • Mustajab doa antara azan dan iqamat. Terutamanya waktu Isyak tengah menunggu solat tu.
  • Dah azan, berhenti sekejap dan terus solat. Kut la 26 hari yg lepas masih lengahkan lagi solat, so utk mengoptimumkan keberkatan Ramadhan ni, solat di awal waktu. Hey Asfarina, awak pun kena selalu ingat tu sampai mati. Solat settle, yg lain pun insya-Allah selamat.

1 Syawal :))

Mood raya kadang dah menenggelamkan keberkatan Ramadhan :| negara Islam lain raya Aidilfitri satu hari ja, kita kat Malaysia ni sebulan jee. Hehe tu la kan, dah jadi lebih kepada adat, konsep ibadat hakikat 1 syawal tu macam dah kurang penghayatan. Ehh apa signifikan 1 Syawal? Aaaa dah 19 tahun hidup tapi macam tak tahu. -.-' sedikit perkongsian, semuanya daripada slot Fikrah Ramadhan MHI, 7.30 pagi TV3 :
  • Beli, pakai baju baru tu sunnah. Tade hal nak pergi shopping pun, selagi tak melanggar hukum syarak. Elakkan membazir. Jangan sampai solat semua terbengkalai. Bukan saya cakap, Ustazah Laila bagitahu.
  • Ziarah menziarahi, bermaafan :) kenal saudara ye anak-anak. Bukan duduk melekat depan tv. Kat rumah orang pun boleh curi2 tengok tv pe. Hahha.
  • Malam raya tu mustajab berdoa! :) oh yeah. Solat sunat dua rakaat. Solat je apa2 :) biasa malam raya ni orang sibuk sakan, sampai tak pernah nak ingat pun tu waktu mustajab berdoa. Buat pengumuman kat rumah masing-masing, saling mengingatkan utk doa banyak2 :)
ExtraExtra. untuk. anda. pembaca. dihormati. disayangi : Productive Ramadhan : 5 short and sweet ways to make dua :)) yg baru utk saya drpd artikel ini, organize doa kita : dunia, akhirat, ummah, relationships.


♥ Fasa 3 Ramadhan kareem : Semua pintu syurga dibuka luas2, semua pintu neraka ditutup. Tak cukup lagi ke tawaran ni? Ada lagi 4 hari, jangan sombong, angkatlah tanganmu, serendah hati sehina diri, merintihlah pada Ilahi - rahmat infiniti untukmu :) ameen.


***

Perkongsian dari radio iluvislam pukul 2 tadi.. *Dikongsi oleh Kak Rabiatul Adawiyah :)




cuba kira perkataan 'لیلة القدر'.ada 9 huruf.
rujuk surah al-qadr,kira ada berapa perkataan لیلة القدر diulang ? diulang sebanyak 3 kali.

darab kan kedua-dua nombor,anda akan dapat jwpn 27.
demikian pandangan ulama' ,lailatul qadr pada 27 ramadhan.

selain itu,dalam surah al-qadr,pada kalimah هي,kira berapa bnyk perkataan sebelum kalimah tersebut.anda akan dapati 27 perkataan.dan هي itu merujuk kepada lailatul qadr..

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Allah Maha Besar!!

Beribadahlah kerana Allah,bukan kerana lailatul qadr..(^^,) jika mengharapkan pengampunan dan rahmat-Nya setiap ketika, tidak perlu mencari Lailatul Qadar, ia pasti akan menjadi milikmu, insya-Allah.



***


Ramadhan 1432 H - Alhamdulillah, pretty awesome at home! 


* Majalah SOLUSI No.34, Isu Khas Sempena Ramadhan dan Syawal- Andainya Ini Ramadhan Terakhir, layakkah kita berhari raya? ;) alhamdulillah, best teramat edisi yg ni. Pelbagai extra ilmu diselitkan, tips, bookmark, checklist Ramadhan, agenda ibadah seharian, proposal Ramadhan, borang Salamfone, tips hafaz Quran. Kalau ada lagi di pasaran, seriously it's a worth buying, so quickly grab one!

* MHI TV3, esp Fikrah Ramadhan and the whole pengisian on 17 Ramadhan with Wardina Safiyyah and Ahmad Fedtri :)

* Ramadhan Terakhir, Singgah Sahur, Dari Masjid ke Masjid, Jejak Rasul.

Semoga taqwa yg kita bina sepanjang pengajian di madrasah Ramadhan dapat dimanifestasikan sebaik sahaja graduasi, insya-Allah! Semoga kita ada jodoh jumpa lagi Ramadhan akan datang, ameen.

sedih kan? :( assalamualaikum Ramadhan, ilalliqa'! :')

Salam Ramadhan kareem wa minal a'idi wal faizin :)) 
daripada Asfarina & keluarga .

Wednesday, August 17, 2011

Eksklusif Nuzul Quran : Mendidik anak GenQ ;)

Assalamu’alaikum warahmatullah :)

17 Ramadhan Nuzul Quran kan? Betul la tuu :)

Semenjak dua menjak ni banyak majlis khatam Quran kan. Daripada baya anak-anak kecil Tadika Agama Johor (TAJ) sampaila baya makcik nenek. Betapa malaikat sangatlah banyak waktu majlis tu, dan antara waktu doa dimakbulkan ialah ketika khatam Quran. Ada ustaz ni memang sungguh sungguh menggalakkan kita join sebarang majlis khatam. Walaupun kita ni jenis tak suka bersosial jumpa orang ke, tapi pergilah majlis khatam Quran.  Walau takde geng orang muda tapi ramai makcik pakcik je ke, tapi pergilah majlis khatam tu. Banyak fadhilat, so mari doa banyak-banyak.

 Jangan fikir malu, jangan fikir segan, pergi je. Nanti kan, kalo kat akhirat nanti kita ditimbang amalan dan berat ke neraka, tiba-tiba titik-titik peluh kita berlari-lari datang jumpa Allah dan jadi saksi yg mereka dikeluarkan semasa kita on the way nak pergi majlis ilmu (isu skg: majlis khatam al-Quran). Barulah time tu rasa betapa bersyukurnya selalu pergi majlis ilmu walau kat dunia dulu kadang-kadang parking jauh berpeluh-peluh berjalan. Takpe, selalu perbetulkan niat. Ikhlaskan hati lillahi ta’ala :) 

*credit to Amalina Najwa sebab bgtahu aku kisah menarik peluh tu. Akan ingat selalu, insya-Allah :)

kalo tgk style, beliau ini berpeluh bukan sebab pergi majlis ilmu, more to after jogging. eheh google nih. 
Sya’aban lepas, ada Majlis Khatam al-Quran Bersanad kat MRSM Pontian. Yang menariknya, 1st, aku tak tahu macam mana la khatam bersanad tu, so saje je pergi ikut orang tua. 2nd, sebab adik Muhammad datang! Dengan ayah dia! Siap ada sesi berkongsi pengalaman lagi macam mana Muhammad tu 10 tahun dah boleh hafaz 30 juzuk. Nak diikutkan, tak kenal sangat pun empunya nama tu. Tapi bila dah tahu melalui biodata beliau dalam buku program, rasa excited pula, rugi betul kalau tak pergi. Alhamdulillah Allah gerakkan juga hati. Tapi..betapa aku sedikit sedih, kamera ni battery low pula, tak dapat nak record vid  -.-‘

Ehh, kenal tak adik Muhammad? Yang dulu waktu dia umur 10 tahun dah hafaz Quran. Yang selalu keluar kat TV9, yg mcm chubby2 sikit tu. Kenal? Okay takpe, nak cerita sikit perkara yg boleh dijadikan teladan untuk kita semua, insya-Allah.

***
Temu bual dengan dia secara  ringkas ada [di sini].



Ayahnya, En. Ahmad Zahid bin Zainal Abidin, penasihat undang-undang KLCC Property Holdings Bhd. Ibunya, Dr. Siti Khadijah bt Fadhil, seorang doktor gigi. Anakanda sulong mereka ini bernama Haji Muhammad Al-Hafiz bin Ahmad Zahid sedang menuntut dalam Tingkatan 4, aliran sains tulen di Darulhikmah (Sekolah Tahfiz Integrasi, Jalan Ampang, Selangor).

Banyak sangat kejayaan dia ni, malas pula nak list-kan. Haha. Antaranya, tahun 2009, Johan Hafazan al-Quran kategori 1-30 juzuk di Dubai, peringkat antarabangsa (Johan Kebangsaan, so wakil Malaysia). Sempena Maulidur Rasul 1430H/2009, beliau dikurniakan dua anugerah ; Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan oleh kerajaan Malaysia dan Anugerah Khas ‘Saidina Ali’ oleh kerajaan negeri Selangor. Beliau juga mahir berenang dan 1st Dan Black Belt Taekwondo. Sekarang ni pun menuntut dengan Datuk Dr Harun Din di Darussyifaa’, pengajian perubatan Islam. Beliau juga mengikuti tusyen Kumon Matematik (ape tuh? haha), astronomi dan komputer. Kitab hadis lagi jangan cakap la, banyak juga berjaya dihafaznya seawal usia 9 tahun. Alhamdulillah. Naib Johan Pertandingn bercerita bahasa Inggeris kt PWTC, menjadi imam terawih di banyak masjid, banyak rakaman DVD, keluar TV dsb. 

Bercita-cita menjadi seorang ulama’ professional dan pendakwah berkesan. Semoga dipermudahkan kelahiran seorang ulama’ dunia dari Malaysia ini. Versi Yusuf Qardhawi, Imam Hassan al-Banna dari Malaysia. Ameen :)

Okay, kisah ibunya dulu ye. Semestinya persediaan sejak mengandung sangatlah rapi. Menyedari akan hakikat bahawa dia dan suami adalah daripada golongan professional, mereka berazam untuk memberikan sumbangan yg besar kepada ummah. Cita-cita yg menjulang tinggi disulam dgn doa setiap hari, mereka sematkan azam untuk melahirkan anak-anak yg terbaik. Ketika mengandung, selalu diperdengarkan alunan ayat-ayat al-Quran dan zikrullah. So bila dah lahir dan diperdengarkan semula, seolah-olah mereka sudah familiar dgn kalam suci ketika di alam janin dahulu. Dapatlah memudahkan hafazan, insya-Allah. [Ibu dia tak hadir ke majlis temu bual tu, so tak dapat share banyak sgt.]

Susana dia dibesarkan memang bukan calang-calang. Sejak usianya 4 tahun lagi sudah dijinakkan dengan suasana masjid, ulang-alik untuk solat berjemaah Subuh, Maghrib dan Isyak. Bukan senang kan? Sebab tu la memerlukan ibu ayah yg komited. Ibu ayah dia pun bukanlah orang biasa-biasa yg banyak masa terluang, tapi merupakan golongan professional yg selalunya memang sibuk bekerja! Tapi, demi Allah, demi Islam, demi mementingkan masa depan anak-anak dan saham akhirat, dicari juga masa untuk mencurahkan masa berkualiti dgn anak-anak amanah Allah. Hebat kan?




Kalau kita telusuri, memang banyak sangat duit dilaburkan. Kelas-kelas hafazan, kelas kemahiran selain hafazan, upah guru-guru, kos perjalanan ke sana sini, memang banyak pakai duit.  Tapi dek kerana ingin memuliakan al-Quran, kerana sayang akan Islam, segalanya sanggup dilaburkan. Dan ianya bukan pelaburan hangus, tapi sangat sangat berbaloi untuk jangka masa panjang, juga untuk kehidupan infiniti sebagai bekalan di akhirat kelak. Insya-Allah. Biar susah pada mulanya, manis pasti menyusul di hujungnya :) Alhamdulillah, Allah juga permudahkan niat murni mereka mendidik anak-anak GenQ (Generasi al-Quran).

Subhanallah, betapa beruntungnya mereka yg memuliakan kalam suci al-Quran, betapa beruntungnya mempunyai anak yg hafaz al-Quran, betapa beruntungnya akhlak anak mengikut acuan al-Quran, betapa beruntungnya mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan, betapa sejuk perut orang sekeliling melihat rahmat Allah ke atas keluarga mereka, seterusnya pasti tersebar rahmat untuk kita ummat Nabi Muhammad S.A.W di Malaysia ini. Insya-Allah :’)  

Tapi perjalanan Muhammad tak semudah itu. Pernah suatu ketika, dia seakan-akan putus asa untuk mengahafaz al-Quran kerana gurunya kembali ke rahmatullah. Ketika itu dia sudah menghafaz 27 juzuk (tak silap la). Sayunya hati seorang anak kecil kehilangan sumber inspirasi ketika baru berjinak dengan dunia hafazan al-Quran. Ayahnya memainkan peranan untuk memujuk dan melatih Muhammad untuk menghafaz sehingga ke juzuk 30. Ini semua hasil tunjuk ajar si guru sewaktu hayatnya kepada ayah Muhammad. Hubungan si ayah dan guru peribadi anaknya juga sangat baik. Maaf ek, tak ingt nama guru tersebut. Sheikh-something la. Terkenal juga rasanya.




Setiap kali pulang ke rumah, ayahnya pula mengambil tugas sebagai guru bagi mengulang hafazannya. Setiap hari sekurang-kurangnya tiga juzuk diulang-hafaz. Muhammad tidak belajar mata pelajaran di sekolah seperti kanak-kanak lain. Seawal usia 6 tahun, dia dihantar ke sekolah tahfiz. Ini cara didikan ibu ayahnya kerana mahu anaknya fokus menghafaz al-Quran dahulu. Banyak kali juga Muhammad tertidur keletihan di tangga Masjid KLCC sementara menunggu ayahnya rehat dan menyemak hafazannya selepas zuhur. Sayunya hati seorang bapa melihat anaknya tertidur, seolah-olah zalim terhadap anak sendiri. Tapi itu tidak menjadi masalah. 

Biar anaknya solid dengan al-Quran, ini mememudahkan proses pembelajaran akademik memandangkan anaknya sudah ada tasawwur (kerangka) fikiran al-Quran. Umurnya 10 tahun (lebih kurang), barulah dia mula belajar seperti biasa. Berkat memuliakan al-Quran dalam kehidupan, Allah permudahkan laluan, alhamdulillah :)

Muhammad juga didedahkan dengan banyak pertandingan di pelbagai peringkat. Hal ini memberikan pengalaman istimewa kepadanya untuk berkenalan dengan para pemimpin besar dunia Islam.  Muhammad juga telah berpelukan dengan Imam Makkah, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais. Selain itu, peluang ini juga mampu mengoptimumkan dirinya untuk melakukan anjakan paradigma ke arah yg lebih terurus dan terarah. Eceyh da mcm nak buat esei spm. Hahah rindu bm spm.

No du'a made to Allah s.w.t is ever wasted. So, keep asking :) usaha, tawakkaltu a'la Allah!


Konklusinya, kepada (bakal) ibu bapa mulia sekalian, berusahalah untuk mengutamakan akhirat anak ,dunia pasti melutut. Lagipun, al-Quran ni sangatlah mulia, mudah-mudahan kita mendapat syafaatnya di akhirat kelak. Ameen :) Saya kongsi pengalaman sesi temu bual ini supaya menjadi inspirasi kepada kita semua, bakal golongan profesional kan? Insya-Allah, ameen. Ada juga perkara lain yg tak diceritakan di sini, dah lupa. Hehe. Tapi kalo ada yg bertanya, mungkin saya boleh ingt balik jawapan adik Muhammad tu.

Andaikata saya meninggal esok lusa, tak sempat ada anak, sekurang-kurangnya pengalaman bernilai ni sudah disebarkan. Yang baik ni  mari cuba kita jadikan tauladan, untung berkepuk-kepuk, dunia akhirat sekali gus. Siapa taknak? :)

Biar merangkak membaca, biar susah menyebut, tapi usaha untuk mengaji itu ada. Bacalah, walaupun hanya satu muka. Jangan malu, jangan malu minta diajar. Kelak menyesal di akhirat dah takda siapa dapat tolong :(
Sabda Rasulullah S.A.W bersabda : "Sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya". [Riwayat Bukhari]
 Bahan bacaan lain yg best, buat kau (dan aku) kembali mencari al-Quran yg mungkin sudah berhabuk, seterusnya lebih suka mengaji, insya-Allah. Hikmah setiap huruf dan makhrajnya mengikut cara perubatan Cina. Pendek je ni: Ayat al-Quran penawar segala penyakit. Rasionalkah? :)

Kat negara bukan Arab yg lain ramai juga yg 10 tahun dah hafaz Quran. Ya Allah, bagusnya guna kemampuan otak sungguh sungguh waktu kanak-kanak. Here : Koran by heart
Allahua'alam wassalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh :)


p/s : Page CHERITERA 2 - kisah Hari-hari Terakhirku ;) kalau banyak masa, saya ucapkan selamat membaca panjang-panjang! ehehhe.

Wednesday, August 10, 2011

Meninggal ketika bekerja :|

Assalamua'laikum warahmatullah :)

10 Ramadhan 1432 H

Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia untuk terus menjadi hamba-Nya pada hari yg kesepuluh bulan mulia ini.  Sepanjang saya bercuti di rumah ni, sudah tiga orang anak kampung ini yg meninggal dunia (semuanya baik belaka orangnya). Yang warga emas, dua orang iaitu nenek belah ayah saya dan nenek Nabilah Husna (Isnin lepas).

Abang kepada sahabat saya (Nuradibah bt Mohd Khir) di kampung, baru sahaja menghembuskan nafasnya yg terakhir dua hari lepas, sewaktu bekerja. Terkena kejutan elektrik hampir separuh badannya ketika bertugas di kilang. Arwah tu seorang anak yg baik :) dahulu, arwah pernah dikejarkan ke ICU kerana kemalangan yg hampir meragut nyawanya. Dia koma selama lebih kurang 20 hari. Ahli keluarganya redha jika nyawanya ditarik ketika itu. Tapi alhamdulillah, masih diberi peluang untuk hidup, seperti mendapat 'nyawa baru' istilahnya. Perangainya berubah menjadi lebih baik selepas sihat, lebih menghormati ibu bapa, menasihati rakan-rakan lepaknya, juga dianggap 'ustaz' dalam kalangan rakan-rakan.

Tapi umurnya tidak panjang, Allah lebih menyayanginya. Pada usia 24 tahun dia telah dijemput pulang ke rahmatullah meninggalkan semua insan yg disayangi dan juga menyayanginya. Sepanjang minggu ini, dia memakai baju ayahnya untuk pergi ke tempat kerja. Dia juga telah merancang untuk bertunang pada bulan November ini dan bernikah pada bulan Disember. Hasratnya itu hanya dinyatakan kepada emak sahaja, kerana ingin membuat kejutan kepada semua orang, katanya.

Dalam guraunya, terselit juga kerisauan di hati seorang ibu tatkala dia menyatakan, "Mak, raya ni Angah takde taw." Maknya menjawab, "Ye kalau dah sampai ajal ye terima aja". Sangkaan maknya dalam hati, mungkin anaknya akan ditugaskan untuk ke Sabah sekali lagi, seperti satu masa dahulu. Selain itu, arwah juga sangat suka menyakat anak-anak saudaranya sehingga budak-budak itu menangis! Sampaikan dia pernah memberitahu emaknya, "Mak, kite rase kite takde anak lah mak". Maknya menjawab, "Laa..kenapa cakap macam tuh pulak? Belum apa-apa lagi dah kata takda anak". "Tak, betul mak, kite rasa kite memang tak dapat anak". 

Sehari selepas arwah selamat dikebumikan, emaknya terkenang akan kata-kata anaknya itu. Tergerak hati seorang ibu untuk pergi melihat ke bilik si anak. Pandangannya menyapa sayu segenap bilik dan terhenti pada sebuah kotak. Sebelum ini pun, si emak tidak pernah teruja untuk mengetahui isi kotak tersebut.

Guess what? Sepasang kasut cantik berwarna putih, dan sebentuk cincin bermata putih elok terdiam di dalam kotak tersebut. Ya Allah..bercucuran air mata membasahi pipi si emak.


Mungkinkah untuk bakal tunangnya yg tidak kesampaian itu? Warna putih, semakin menyedihkan suasana suram ketika itu. Diceritakan, kerani di tempat kerja memang betul nampak si arwah tersenyum memakai baju putih ketika pagi itu. Mukanya sedikit bersolek. Tapi mulut akak kerani itu terkunci untuk bertanya. Tetapi, selepas kejadian satu kilang black-out, dia melihat arwah terkena kejutan elektrik itu dan memakai baju blue -black. Rakan sekerjanya juga menceritakan yg arwah ada melambai-lambai rakan-rakan di kilangnya dengan gaya seperti hendak menaiki kapal terbang.

Si gadis itu merupakan senior saya dua tahun, juga merangkap rakan sekelas saya zaman sekolah dahulu :] kelihatan dia sangat lemah dan selalu menangis. Semoga Fara diberi kekuatan. Arwah Aliff bukan milik sesiapa, dia milik Allah, hanya dipinjamkan oleh Allah kepada manusia-manusia di sekelilingnya sahaja. Saat tiba janjinya, kite perlu redha, redha sepenuhnya. 

Al-Fatihah untuk semua mukminin mukminat yg telah pergi meninggalkan kite. AL-FATIHAH.

Walaupun agak pahit untuk ditelan, percayalah, redha yg terbaik ketika itu. Allah uji kehilangan selama-lamanya org yg disayangi tu sebab Fara kuat. Allah takkan letakkan kite dalam keadaan yg akan rosakkan kite, Fara. Have faith, kembali kepada-Nya. It's just a chapter in life, don't close the book, just turn the page. Move on, Fara. :)

God doesn't give you the people you want, He gives you the people you need. Maybe to help you, or to hurt you, to leave you, to love you, and to make you the person you were meant to be.

Allah takkan tarik sesuatu without replacing it with something [someone] better. Insya-Allah :) Allah reserved a prince fr u~ semua orang sekeliling ada utk kau, Fara. Kami bersimpati, tapi kau kena kuat. Senyumlah :)

"When Allah knows you’re ready for the responsibility of commitment, He’ll reveal the right person under the right circumstances. Wait patiently. Don’t waste your time searching and wishing. Grow and be ready, you’ll see Allah will give you a love story far better than you could ever dream of."

-dalamperjalanan.sampaikan.kepada.saya-

Akhirulkalam, silakan hayati ~

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira setiap titis air matamu. Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, Allah sentiasa menunggu taubatmu. Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil, Allah mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga. Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, Allah telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki. 
Hidup ini indah jika bersama Allah :) 
Semoga roh para mukminin mukminat dicucurkan rahmat oleh Allah. Mudah-mudahan ahli keluarga mereka semua diberi ketabahan yg optimum, insya-Allah. Kita yg masih hidup ini jangan sia-siakan peluang di depan mata. Allah dah bagi peluang seluas-luasnya Ramadhan ini, so terpulang kepada kita nak manfaatkan mcm mana. Dah masuk fasa dua Ramadhan, iaitu maghfirah (keampunan). Jom, pesta ibadah! :) Jangan Syawalkan Ramadhan ;) Kita tak tahu bila pula giliran kita menunaikan janji untuk kembali kepada-Nya. Moga Ramadhan kali ini yg terbaik! Insya-Allah!

Tuesday, August 2, 2011

Al-kisah telekung baru kita :)

Assalamu'alaikum warahmatullah :)

Dua Ramadhan, 1432H. Alhamdulillah nyawaku dan kau masih dipinjamkan oleh Allah sehingga ke saat ini :)

Dahulukala, seorang puteri (bernama Nadzirah) bertanya, "Nak bagi hadiah ape kat Ummi aku ek, Asfa?".
Dan jawapan aku, "Telekung baru".

Menjangkau ke masa hadapan, jika ada permaisuri yg bertanya, "Nak bagi hadiah ape kat anak aku ek, Asfa?"
Dan jawapan aku, "Telekung baru".
Jeda. 
Sekali lagi, menarik lirik mata sambil tersenyum, tak perlu kata apa-apa.

Siapa suka dapat hadiah daripada orang yg tersayang? 
[Angkat saja tanganmu, tipu kalau tak mengaku. Eheh :)]

saya memang suka telekung sulam cantik-cantik :) koleksi eheh.

Baju raya baru berhelai-helai pelbagai fesyen kau miliki, tapi..adakah kau tidak mampu membeli walau sepasang telekung baru? Okay, mungkin terlupa, tidak pernah terfikir atau tiada telekung yg dijual di kawasan anda :) saya terima alasan itu dengan lapang hati.

Anda anggun. Anda bukan pengotor. Sila buktikan, terima kasih :)

Betul, kadang kite tak terlintas pun untuk membeli sepasang telekung baru. Atau mungkin rasa tak perlu. Tapi pada pendapat saya, takde masalah pun kalau nak beli telekung baru. Menyokong perniagaan orang Islam! Hehe. Takdela, cumanya, kalau taknak beli telekung baru pun, silalah jaga keanggunan telekung anda. Seboleh-bolehnya, elakkan bertahi lalat yg banyak, kekuning-kuningan, kelihatan kusam, atau berbau yang kurang menyenangkan :]

Bukan niat saya untuk mengatakan anda pengotor. Tak tak. Cumaya, kan cantik kalau anda menjaga kebersihan, apatah lagi pakaian solat yg akan digunakan sekurang-kurangnya lima kali sehari! Kebersihan itu sebahagian daripada iman~ Allah sayang, Islam suka, semuaaa orang bahagia. Hii dapat banyak pahala, insya-Allah. 

Pakaian ketika berjumpa kekasih hati ke tak? :)

Kan kita guna telekung tuh untuk menghadap Allah, katanya cinta hati kita? So, mestilah nak cun cun, takkan nak selebet je. Awak tahu, Allah suka segala yg indah :). Kalau keluar jalan-jalan reti pulak ek kite nak pakai baju bersih, cantik, sopan, agak2 ayu. Cerita pasal baju, satu hari pun dah tukaq banyak kali, basuh hari-hari. (Tak ke?) Belum lagi yg bersepah (baca : berlipat kemas) dalam almari tuh. Whoaa banyak bukan main! Tapi kalau bab telekung, berapa tahun baru nak basuh bersih, sekali sekala tukar yg baru? Eheh, ke daripada zaman sekolah rendah ada satu ja telekung? 

Miliki telekung extra :)

Awak, kalau rasa telekung tu mahal, takpe boleh cakap kat kite, personally. Kite sedih tengok telekung sesetengah orang yang macam..tak dipedulikan. Kalau dah sedap pakai, kain pun dah lembut, okay la, at least itu bukti awak guna untuk sembahyang selalu. Alhamdulillah, moga diredhai Allah :)

Tapi kalau yg tak berapa nak peduli hal telekung dan tak guna sekian lama tuh lagi laa sedih. Kut la tiba-tiba ada tetamu datang rumah, sekali nak tumpang solat, kan sepatutnya kita bagi barang yang baik, elok-elok :) eheh takkan sebab telekung dah kusam semacam, kita nak cakap kat tetamu, "Eh maafla, tak ada telekung. Tertinggal kat surau office." Andaikata kita di pihak si tetamu, digalakkanlah untuk husnuzzhon [bersangka baik] la ye :) mungkin dia tengah cuti, sebab tu tak kesah tinggal je telekung kat surau office.

Pesanan penaja : Awak bawaklah telekung sendiri, sentiasa ada dalam kereta. Senang kalau ke mana-mana. Lagi selesa pakai telekung sendiri, kan?

Telekung wakaf

Saya sangatlah tak berkenan kalau telekung wakaf yg disediakan tidak bersih dan suci. Kadang-kadang siap ada lipstik comot, sisa bedak compact lagi. Alahai cik adik cik akak, kut la nak berbedak bergincu bersolek sekali pun, sila lah simpan dulu telekung WAKAF yg anda gunakan. Demi menjaga kebersihan telekung tersebut, dan keselesaan jemaah muslimah yg lain. Nama pun WAKAF, bukan harta anda. Kenapa saya kisah? Okayokay, walaupun bukan saya yg mewakafkannya, tapi saya rasa kite perlu sama-sama memelihara harta yg diwakafkan tersebut. Sudah pasti ia datang dalam keadaan elok, selebihnya tanggungjawab kite bersama. Tak gitu ke, awak? :)

Semangat baru!

Waahhh! (suara Upin&Ipin) Rasa bersemangat untuk beribadah dengan telekung baruu! ;) segala benda yg baru mesti rasa bersemangat kan! Buku baru, baju cerita baru, laptop baru, al-Quran baru, beg baru, kereta baru, semua yg baru belaka mesti akan hasilkan aura SEMANGAT BARU jugak kan? Ahaha. Sama jugak la dengan...telekung baru! ;) yeay! Berlipat kali ganda semangat yg datang untuk belajar, untuk membaca atau meluangkan masa untuk berjumpa Allah! Insya-Allah. Memang lumrah alam begitu. Tapi jangan hangat-hangat tahi ayam lah pulak ye, terutamanya kepada orang yg tengah menaip ni. Kadang macam jadi jakun bila  dapat benda baru. Heheh.

Hadiah :)

Kalau tertanya-tanya nak bagi hadiah apa bersempana Ramadhan atau Aidilfitri ni, bolehla masukkan dalam senarai : telekung baru untuk sanak-saudara atau kerabat muslimah :) telekung sekarang pun dah macam-macam fesyen, warna dan corak sulaman. Harga pun ada murah, ada mahal. Pilih yg agak2 muat muka, selesa kainnya, harga berpatutan, tak jarang, tak over. [over pada tafsiran saya ialah yg keseluruhannya berwarna selain putih atau krim lembut]. Kalau jarang sikit, nanti pakai inner pun boleh. Kat Indonesia harga memang bagus belaka, banyak pilihan menarik, telekungnya pun berkualitas. Kalau pergi melancong ke sana, best la borong telekung. Hahah. Beli online ni ha pun banyak dah elok-elok :) google je. Nak bagi hantaran kahwin pun biasanya memang ada telekung.

Hadiah untuk kerabat, budak kecik ;)

Hadiahkan telekung pada si kecil yg baru nak belajar solat pun pasti dapat menggalakkannya untuk solat bersama kita. Insya-Allah impian menghidupkan suasana solat bersama keluarga tanpa mengira usia akan berkembang dengan baik sekali. silaturrahim juga menjadi lebih erat. 

Hadiah kepada ibu, mummy, kakak, cikgu tak bersempena apa-apa pun bolehh~ adik saya kata, "Taknak la, nanti cikgu tuh kata kiteorang macam menyindir lak bagi telekung". Ehh apekah? Haha, belum cuba lagi dah fikir bukan-bukan. Kut la orang yg kite bagi tuh dapat lebih terang hidayah dengan hadiah ikhlas daripada u-ols ni, siapa tahu? Doakan, doakan semua, pasti Allah mudahkan niat murni itu. Ameen.

Muka budak kecik yg tak berapa nak comel akan jadi comel bila dikenakan telekung. Apatah lagi kalau dah muka comel. Uuu~ :) yang tua pun akan jadi comel. Hahah gurau gurau, tapi ada kebenarannya di situ ya. Tak sempat nak ambil gambar sepupu kecik saya, Azwa Safrina bertelekung sulam pink dengan beg strawberry. hehe cukup comel, sambil becok berceloteh.

ada rupa aku tak? hahah :p

AMARAN LEMBUT: Jangan biarkan air liur basi mencemarkan kesucian kain sembahyang anda. 

Sekian sahaja daripada saya pada kali ini. Salam Ramadhan semuaa :) jika ada duit simpanan lebih, dicadangkan untuk membeli majalah SOLUSI Isu 34. Infinity awesome! RM11 yg sangat sangat berbaloi, pelbagai bonus dan santapan rohani yg menyegarkan sempena Ramadhan al-Kareem :) bila lagi nak kejar tawaran istimewa daripada Allah? Bulan Ramadhan ni je! Jangan sengaja persiakannya. Anda akan menangis kerugian. Saya taknak ada antara kite yg menangis, jadi, mari rebut ganjaran yg ditawarkan! :) wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.