Thursday, February 21, 2013

Sisters : Maruah Seorang Aku

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua'laikum warahmatullah.


Tahun 2013 menyaksikan perkembangan rakan-rakan perempuanku yang semakin matang daripada zaman ketika umur belasan tahun dahulu. ... ... ...

(Sila sambung petikan di atas) huu tak tahu macam mana mahu meluahkan apa yg sedang difikir. Risau melihat, takut juga andai diri sendiri 'lost' suatu hari nanti. Sebelum terlambat, bukankah lebih baik untuk kita saling mengingatkan? Hehe. Insha Allah, mahu berkongsi cerita yg pernah saya baca tiga tahun dulu, juga diselitkan link artikel yg ditakdirkan untuk saya membacanya ketika cuti semester yang lalu. Kedua-duanya memberi inspirasi dan kesedaran untuk lebih menjaga diri.

Adinda yang dirahmati Allah sekalian,
Sungguh, saya terlalu inginkan kebaikan untuk kita bersama. Terasa sayang sekali andai menyimpan seorang diri tanpa berkongsi dengan kalian yg bukan di depan mata. Saya yakin ini masalah ujian kita bersama. Sama ada cepat ataupun lambat, Allah pasti akan uji titik kelemahan kita ini dengan twink twink hati kita. Bercerita soal hati, perasaan dan angan-angan visi masa hadapan, ada antara kita yang terlalu memandang remeh hal ini atau tak kurang juga yang terlalu excited. Mudah-mudahan sedikit sebanyak bermanfaat di kemudian hari, untuk diri, adik perempuan kita, kakak kita, sepupu perempuan kita, anak saudara kita, rakan perempuan kita atau siapa sahaja kenalan perempuan yang kita kasihi kerana-Nya. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, jemputlah baca dengan kerendahan hati mencari ilmu-Nya :) 

A man needs to seek Him in order to find her.
Waktu di sekolah dahulu, Allah banyak uji saya dengan lelaki. Mula-mula rasa tak suka, tapi lama-kelamaan saya rasa seronok apabila diminati, terutamanya dalam kalangan senior lelaki. Banyak surat cinta dan hadiah yang saya terima tanpa dipinta. Ada juga yang berkongsi ilmu mengatakan inilah cinta kerana Allah, sambil meminjam kata-kata Atok dalam filem Syurga Cinta. Hari-hari yang dilalui terasa lebih ceria apabila mengetahui diri ini amat dihargai. Namun, sifat pemalu dan perasaan takut-takut membuatkan saya kelihatan seperti jual mahal, hakikatnya hati saya suka.

Saya terhanyut dek arus dari segi pemikiran saya sendiri, ditambah pula dengan usikan rakan-rakan setiap hari. Kata-kata pujian dalam surat-surat itu menyebabkan hati saya berbunga-bunga. Memang lelaki pandai bermain kata. Kadang-kadang syaitan membisikkan agar saya melayan dan membalas surat-surat yang datang. Tapi Alhamdulillah, berkat didikan dan pesanan yang selalu dititipkan ustaz dan ustazah di sekolah, sedikit sebanyak menjadikan pertimbangan akal saya waras untuk tidak melayan semua bisikan syaitan itu. Perasaan malu dan bersalah untuk berbuat begitu masih hadir dalam hati, biarpun waktu-waktu dalam hidup saya kian dibuai keasyikan.

Kemudian, keasyikan itulah yang menjejaskan pelajaran saya. Ketika waktu ulang kaji, kadang kala isi-isi surat itu membuatkan saya asyik tersenyum sendiri. Keadaan tersebut sedikit sebanyak telah berjaya mengganggu minda saya untuk fokus. Saya cuba membuangnya jauh-jauh, namun ia tetap hadir kembali terutamanya ketika oh sungguh bosan berseorangan. Mungkin inilah pengalaman paling mencabar dalam dunia remaja.

Suatu pagi, saya mula bertanya diri, apakah yang telah angan-angan berikan dalam hidup saya? Hanyalah kegagalan. Bermain hati dan perasaanlah punca angan-angan. Saya mula dilanda resah dan keliru dengan dunia cinta monyet barangkali, walaupun ianya cuma berlegar di sudut hati, bukan secara zahir. Saya tak pernah menterjemahkannya. Tapi, hatilah yang menjadi raja, pemberi arahan kepada segala anggota tubuh badan kita. Saya bertanya lagi, bersihkah hatiku ini? Layakkah hati sebegini untuk menadah nur ilmu dari Allah? Layakkah? Ilmu itu cahaya dan cahaya Ilahi tidak akan menembusi hati yang kotor akibat bermaksiat. Astaghfirullah. Saya tahu itu, tapi seringkali buat endah tak endah sahaja. Entah kenapa, monolog dalaman kali ini membuatkan saya seakan terketuk dan baru tersedar dari lamunan yang kononnya super bahagia. Perasaan sedih dan menyesal mula dirasai andai selama ini seketul daging bernama hati telah terhijab untuk menerima nur daripada Ilahi akibat bermaksiat secara diam-diam.

Saya rasa lebih bersalah lagi apabila keputusan peperiksaan akhir tahun saya agak merosot. Saya cemburu pada kawan-kawan yang sebelumnya tak pernah mengatasi saya dalam pelajaran tiba-tiba jauh meninggalkan saya. Saya buntu dan sedih. Tak tahu mahu mengadu pada siapa.


 Saban hari, dengan tazkirah dan usrah yang diwajibkan di sekolah, entah bagaimana saya rasa tertarik dengan ungkapan “cinta Allah”. Menurut penerangan ustaz ustazah juga naqibah, dapat saya fahami bahawa cinta Allah itu tidak mengecewakan. Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan.



Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini saya ada Allah untuk dicintai. Senyum. Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hamba-Nya, cuma saya yang tak belum kenal cinta Allah. Saya difahamkan, pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi. Hati saya jadi basah dengan pengisian-pengisian dan tarbiyah yang diberikan saban waktu. Semuanya mengagungkan dan memuji-muji kebesaran Allah, Alhamdulillah sejuk hati mendengar tentang kesempurnaan Dia Kekasih Agung. Hati yang dahulunya kosong terasa terisi, yang dahulunya kering terasa disirami percikan menyegarkan untuk kembali mentaati Allah. Kata-kata cinta daripada Allah melalui Al-Quran membuatkan diri seolah-olah ditarik kuat tetapi penuh kelembutan untuk terus merapati-Nya.

Saya mula bertekad untuk terus memburu cinta agung itu. Kisah para bidadari dunia yang telah menembusi syurga menjadi inspirasi untuk melatih diri menjadi lebih baik. Syurga pula, semakin mengenalinya, semakin terpikat dan tergoda akan nikmat yang dijanjikan oleh Pencipta syurga kepada orang yang bertaqwa. Saya cuba bersihkan hati dengan banyak mengamalkan amalan sunat dan zikir. Ketika itu, susah juga untuk istiqamah, terutamanya tahajjud. Namun, menyedari ada rahsia cinta Allah di sebalik amalan-amalan itu, saya paksa juga diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya, darah daging saya. Saya mula merasai kelainan pada suasana hati saya. Melihat kawan-kawan yang tak diuji dengan lelaki, saya terfikir alangkah indahnya kalau cinta untuk Allah ini tak pernah dicemari oleh cinta dusta manusia.

Rasa macam bodoh pula hidup dalam angan-angan cinta. Sudahlah masih belajar, sekolah pula tu. Semua itu ternyata sia-sia. Buang masa dan boleh tergadai cita-cita.

Genap 17 tahun, saya genggam azam baru. Saya ketepikan lelaki daripada kotak fikiran saya. Hati saya yakin bahawa cinta Allah mampu mencemerlangkan akademik saya kerana Dia-lah penentu segalanya. Bukan sekadar akademik, tapi cinta Allah mampu membawa kebahagian yang infiniti dan kekal abadi menjangkaui kehidupan dunia. Pemberi motivasi dan sumber inspirasi terbaik, tidak lain dan tidak bukan, hanyalah Dia. Saya cukup yakin itu.

Saya dapat rasakan bahawa Allah amat diperlukan untuk mendepani fatamorgana dunia remaja. Cinta lelaki hanya akan merampas perasaan ini terhadap Kekasih Agung saya. Selepas mengenali sedikit demi sedikit mengenal cinta Allah, pemikiran saya lebih terarah, malah tindakan saya juga lebih terpandu. Saya mula memberi perhatian pada pelajaran dan menghabiskan waktu lapang dengan mengikuti majlis-majlis ilmu. Saya yakin tarbiyah inilah yang mampu menyemarakkan lagi cinta saya pada Sang Khaliq. Siang malam saya berdoa agar Allah hadirkan rasa cinta dan rindu kepada-Nya dalam jiwa saya yang kosong ini. Saya sungguh-sungguh ingin jatuh cinta pada Allah. Saya rasa seperti mengemis cinta-Nya, walaupun saya tahu Dia Maha Penyayang, malah Pemilik Segala Cinta. Dalam kehinaan diri dan penuh pengharapan, saya dapat rasakan ketenangan jiwa yang lebih bermakna. Tak terungkap dengan kata-kata indah ataupun tulisan puitis. Sungguh, hanya Dia yang Maha Memahami segala isi hati, yang terzahir ataupun tidak.


Saya seakan diberi kekuatan, keizinan dan keinginan yang tidak putus-putus untuk terus mencari cinta-Nya. Hinggalah keputusan SPM diumumkan, syukur Alhamdulillah saya diumumkan sebagai salah seorang pelajar terbaik di sekolah. Susah nak percaya, semua itu kerana cinta Allah sebenarnya. Saya bertambah yakin cinta Allah takkan pernah mengecewakan. Hanya apabila tersemai semangat mencari cinta Allah dalam jiwa, barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnya. Kudus dan suci. Sebab itulah pada usia ini, cinta Allah tak boleh dikongsi sesiapa. Itu prinsip saya.


Subhanallah :)

Khazinatul Asrar ; Fatimah Syarha Mohd Noordin. Seindah Mawar Berduri, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. Cetakan Pertama (2009). Pp 4-6.


Bagaimanakah perasaan anda? Mungkin ada yg menganggap wujud lagi ke perempuan macam ni? :o mungkin ada juga yg terdetik, "Macam langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan kisah aku". Malu.

Insaf.


*

# Lagi, khas buat Sisters :) Klik - Bidadari dunia : Jangan lembik. Binalah kekuatan!

Jika kurang masa untuk menelaah sisipan khas di atas, mari baca-baca dahulu kata-kata yang telah disenarai pendek. Semoga bermanfaat :)

"Bukanlah semua tempat perlu kita lembutkan hati kita. Dan semestinya bukanlah di semua tempat perlu kita keraskan jiwa kita".

"Pada zaman perempuan banyak menjadi simbol seks, Islam adalah yang menyelamatkan maruah wanita dan menjadikan mereka terhormat di sisi lelaki. Maka semestinya, perempuan sendiri yang perlu memilih. Apakah mahu mengambil jalan kehormat ini, atau mahu kekal menjadi 'murah'?"

"Perlu letakkan dalam diri kita penggarisan - Maruah Seorang Aku. Yang ini, letakkanlah di level yang tinggi sedikit. Maruah, semestinya tidak patut diletak rendah".

"Apakah anda ini bermaruah jika dibiarkan diri di'test' terlebih dahulu? Dilayan sudah seperti isteri, kemudian baru berkira-kira hendak diambil sebagai isteri yang sah? Jangan. Sesekali jangan."

"Adanya pandangan daripada yang lebih tua, kita akan dapat satu pandangan lain untuk menimbang pandangan-pandangan kita. Kita tidak pernah tahu bila kita akan mengikut perasaan sangat."

"Memandangkan hati kita ini lembut, maka semestinya perlukan penjagaan yang rapi, bukan? Perlu ada prinsip yang jelas. Gariskan prinsip anda. Jangan terlalu mudah menerima!"

"Jangan letak level tinggi sangat. Bersederhanalah. Kerana, bila level yang kita letakkan itu sederhana, maka apabila dia 'lebih baik', itu sudah jadi bonus buat kita. Sekiranya dia nanti 'ada' kelemahan, maka kita nyata telah bersedia kerana kita letakkan level yang sederhana untuknya sebelum ini."

"Maka, prinsip kita, janganlah sampai terlalu ekstrem. Sederhana. Biar sesuai dengan realiti sebuah dunia."

"Biar keimanan memandu perasaan. Marilah perkukuhkan kefahaman berkenaan agama Allah. Sentiasalah bersama-sama wanita solehah yang anda kenali. Duduklah dalam suasana yang membawa hati dan diri itu lebih mendekati Allah. Dari situ, kita akan dapat menghayati kehidupan ini dan mempunyai prinsip yang jelas." 

"Hingga apabila sudah sampai waktunya untuk membuat pilihan, anda mempunyai prinsip itu untuk memandu anda di atas jalan yang selamat. Anda akan sentiasa pulang kepada Allah, sebelum membuat keputusan. Cinta anda, perasaan anda, dipandu keimanan. Barulah ketika ini istikharah itu terasa berkesan, doa itu terasa berfungsi, dan rintihan anda kepada Ilahi terasa didengari."

"Solusinya, perempuan sendirilah yang perlu merasakan diri mereka mahal. Perempuan sendirilah yang perlu menjaga diri mereka."

"Janganlah terlalu lembik. Binalah kekuatan. Jangan terlalu ekstrem. Binalah kesederhanaan".


Ehem.
Bidadari dunia. 
Bukan dilahirkan. 
Tetapi dibentuk menjadinya.

Keimanan.
Ciri utama bidadari dunia.
Tidak diwarisi.
Tidak juga boleh dijual beli.
Perlu disemai, dibentuk, dijaga.

Benarlah,
Tarbiyah bukan segala-galanya.
Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah.

Semoga Allah redha.
Semoga Allah redha.
Semoga Allah redha.

Ya Wadud, peliharalah kami dalam limpahan rahmat dan kasih sayang-Mu jua. 
Aameen ya Allah.


Akhirul kalam, menjadi solehah (atau soleh) tidak semestinya memerlukan keluarga atau ibu bapa yang soleh solehah juga. Yang penting adalah kefahaman, kesedaran dan kemahuan untuk menjadi soleh dan solehah itu dalam diri. Hentikan seribu alasan, mulakan satu penghijrahan. Be someone in the eyes of Allah. Jom! [rimbunhijau91]


p/s : Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah. Tahniah kerana habis membaca! :D Ekstrak isi penting seberapa banyak yang boleh! Jangan simpan sorang-sorang, sayangi sisters kita. Masih ramai lagi yang perlu dikejutkan, diselamatkan. Bangkit bangkit! Biar kita sama-sama, ramai-ramai menggegar dunia dengan hayunan buaian kelak. Selamat menjaga maruah diri, jaga diri hiasi peribadi ;) Kenang daku dalam doamuuuuu, doakan sesama kita terus tsabat di jalan-Nya, diterima niat untuk membentuk diri menjadi bidadari dunia! Insha Allah, aameen ya Wahhab. Jom jom! Dengan redha ALlah, jumpa kat destinasi terakhir syurga nanti! :')

Friday, February 8, 2013

Al-Ma'thurat :)


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah thummalhamdulillah, mari kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dan juga ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad sallallahu a'laihi wasallam yg dirindui, ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Semoga mendapat syafaat Baginda kelak, insha Allah.

Ma'thurat versi ni best, pernah jumpa.

Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim dalam bukunya Travelog Dakwah : Menuju Hari esok ada menyatakan,

“Saya mengamalkannya bukanlah kerana kepercayaan yang ia dapat menghindarkan diri daripada fitnah, ilmu sihir dan buatan orang tetapi lebih kerana asyik dengan makna-makna ayat yang begitu terkesan di hati. Ia adalah satu doa daripada hamba-Nya yang lemah. Ilmu yang sedikit inilah yang menjadi amalan setiap hari.

Hakikat sebenar, saya berasa pulih daripada kekurangan yang sentiasa menghantui diri. Berperasaan yang Allah sentiasa ada di mana-mana untuk melindungi hamba-Nya yang lemah, jahil, bodoh dan tidak berupaya.”

Betul tu. Terikat dengan maksud ayat-ayat terpilih yang dimuatkan dalam al-ma’thurat. Doa-doanya semua mengingatkan kita yang segalanya daripada Allah, dan hanya kepada-Nya lah tempat kita memohon pertolongan dan bergantung sepenuh harap. 

Contohnya, 
Ya Allah nikmat apa sahaja yg aku peroleh di waktu pagi/petang hari dari seseorang di antara makhluk-Mu, sebenarnya adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur.

Dengan nama Allah, yg dengan nama-Nya akan terhalanglah, segala sesuatu di langit dan bumi, untuk menimpakan bencana dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Aku berlindung pada kalimat Allah yg sempurna daripada apa-apa kejahatan yg diciptakan.

Ya Allah, sihatkanlah badanku, sihatkanlah pendengaranku, sihatkanlah penglihatanku.

Kelebihannya? 

Sebaik sahaja selesai membaca ma’thurat selepas subuh, rasa best. Rasa lapang dada. Rasa sempurna pagi kita. Rasa Alhamdulillah sangat :) rasa set makanan rohani utk permulaan hari ni dah dibekalkan, at least ma’thurat sebagai dos yg paling minimum. Maka pagi-pagi lagi mood jadi super best, dan boleh buat kerja seterusnya dengan baik dan teratur, insha Allah. Senyum lagi.

Sebaik sahaja selesai membaca ma’thurat waktu petang, rasa best juga. Rasa petang kita tak sia-sia berlalu begitu sahaja. Al-maklum sahaja la, selepas Asar bisanya kita akan disibukkan dengan urusan-urusan dunia ; riadah, makan, borak-borak, jalan-jalan, baring-baring, online2 dan sebagainya. Sekiranya terisi walau dengan menjamah ma’thurat, insha Allah akan rasa lebih tenang untuk menghadapi malam yang mendamaikan. Rasa senang  nak buat kerja, sebab petang kita dah sempurna. Makanan rohani dah diberi, sekurang-kurangnya mengikut dos yg paling minimum, maka boleh tidur dengan best dan bersedia malam ni utk esok yg lebih best ;)

Sesibuk mana pun kita, cari cari carilah masa untuk ber-ma’thurat. Insha Allah ada keberkatan untuk hari-hari yang bakal dilalui. Berbuatlah semata-mata kerana Allah, mencari keredhaan Allah. Allah tak untung atau rugi pun atas amalan kita, Allah tak mahu, Dia Maha Kaya, Maha Pemberi Nikmat, Maha Perkasa, Maha Agung. Semuanya memang akan kembali kepada kita, untuk kebaikan diri sendiri juga. Kita tinggal nak buat ke tak je.

Apabila sudah biasa mengamalkannya, andai tinggal bacaan ma’thurat pagi atau petang, rasa menyesal dan tak selamat. Huu. Apalah yg disibukkan sangat sampai tak sempat nak sempurnakan bacaan Ma’thurat tadi. Walau bagaimanapun, andai mempunyai keazaman yang kuat dan tetap memilih untuk menyempurnakan bacaan ma’thurat hari ini sekalipun sudah terlewat, okayy je. Baguslah :) apa tu orang kata, better late than never?

Kelebihannya sangat banyak sekiranya diamalkan. Insha Allah. Dalam kes-kes mistik, ramai sahabat dan ustaz menyarankan amalan ma’thurat kepada si pesakit. Pucuk pangkalnya, ialah keimanan kepada Allah. Keimanan dan keimanan. Ma'thurat merupakan salah satu bentuk ikhtiar untuk pulih. Ada antara sahabat yg alhamdulillah sudah semakin pulih malah bertambah baik keadaanya. Kelihatannya, dia bahagia dalam istiqamah mengamalkan zikir mengingati Allah, termasuklah bacaan al-Ma'thurat.

Baca sekali sahaja atau memang perlu tiga kali?

Biasanya mathurat terbahagi kepada dua bahagian, sugha (pendek atau yg berbintang sahaja), dan kubra (lebih panjang).

Pesanan seorang rakan, daripada ustaznya, 

“Kita ini baca yg sugha. Sugha ini telah pun diringkaskan oleh Imam Hassan Al-Banna daripada yg kubra. Kita membaca sekali sahaja bahagian yg sepatutnya diulang tiga kali. Secara tak langsung, ia bermakna, kita telah meringkaskan apa yg telah diringkaskan oleh beliau. So, jika ingin lebih afdhal bacalah tiga kali. Doa yg diulang tiga kali pun lebih makbul insha Allah”, katanya lembut.

Pesanan penaja : Kalau baru mula berjinak-jinak, okay la baca sekali. Bagi istiqamah dulu. Kena kuatlah untuk istiqamah, cari kawan yg boleh pantau keseriusan kita untuk istiqamah beramal ma'thurat. Cari kawan-kawan pun boleh. Geng untuk baca Ma'thurat, lepas solat jemaah Subuh dan Asar lebih afdhal. Hii. Kalau dia taknak sebab tak faham pun apa kebaikannya, kita yg dah tahu ni lah perlu promote habis-habis. Ajak baca sesama. Bukan ke kita pernah berjanji untuk sehidup semati dengannya, nak masuk syurga sesama? ajak ajak!

[Ihsan dari sini]
*
Saat pertama sekali terbuka hati untuk berkenalan dengan Al-Ma’thurat ialah ketika mula mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu. Hihi. AL-MA’THURAT tersenarai dalam senarai barang yang perlu dibawa ketika mendaftar, selain daripada baldi, tuala, selipar, telekung, al-Quran, baju kurung, tudung berjahit, bantal dan sebagainya.

“Al-Ma’thurat ni apa, bu? Tak pernah dengar pun?”

“Yang Teacher Zaitun bagi waktu birthday hari tu Ma’thurat la namanya. Kenapa?”.

“Oh buku kecik tu ke. Dalam list ni ada suruh bawak al-ma’thurat”. Berkerut dahi. Penting ke al-ma’thurat ni. Err letak mana eh hadiah Cikgu Zaitun bagi tu?

Selepas menjejakkan kaki ke MRSM Pontian, barulah mula berkenalan dengan buku kecil yang dipanggil Al-Ma’thurat sususan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ini.

Setiap kali selepas solat Subuh yang diwajibkan berjemaah di surau maktab, mesti kena pegang dan baca ma’thurat beramai-ramai mengikut imam. 

Kalau tidur, nanti ustaz tembak guna pistol air berkuasa tinggi. Kalau tidur sampai tersengguk-sengguk, lagi la lincah ustaz melancarkan serangan tak berbalas. Kehkeh. Mata ustaz memang tajam je mengesan mangsa, lelaki ke perempuan sama je takde pilih kasih untuk jadi mangsa pistol air.

Kalo takleh solat pun dilarang sesedap rasa tidur di saf-saf belakang surau. Mesti kena  turut serta baca ma’thurat. Sekurang-kurangnya, perlu duduk elok-elok, pegang dan mulut terkumat-kamit bersama yang lain membacanya.

Kalau tak, nanti ustaz temak dari jarak lima ke tujuh meter jauhnya. Kalau kena, uh serious malu, habis basah lencun baju. So balik Subuh cepat-cepat lari naik bilik, tak jadi nak terus breakfast kat DS. Wahaha.

Style kan ustaz? Senyum.


*DS ialah dewan selera. 
Mungkin namanya bukan pistol kut, tapi senapang air, 
yang jual kat pasar lambak warna warni tu.

Dijadikan cerita, sebaik sahaja tamat zaman persekolahan yg banyak peraturan itu, kita pun berhenti daripada terus mengamalkan ma’thurat. Tidak sayangkah meninggalkan benda baik yg sudah sebati dalam kehidupan kita sebagai pelajar sekolah dahulu? 

Krik krikk. 
Rugi kot. 
Eh silap, serious rugi! :(

Apa kata kita hidupkan semula? Insha Allah, hari-hari kita lebih bahagia, terisi dan jauh lebih bermakna sebagai seorang Muslim. Bak kata status Hilal Asyraf, hidup kalau bukan untuk Allah, maka sia-sialah ia. 

Teragak-agak apa lagi? Inilah peluangnya! 
Jom kita cari Ma'thurat! :)
Ohya, download & install app pun boleh!
Siap ada kelebihan beramal dengan setiap ayat lagi


Ke arah membumikan keimanan kepada Allah.
Keimanan dan keimanan.
Semoga. Allah. Redha.
Ameen.
Wassalamua'laikum warahmatullah.