Sunday, March 28, 2010

Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikanku!


Seorang ulama terkemuka, Imam Sahl bin Abdullah at-Tastari menceritakan kisah dirinya.
“ Ketika berumur tiga tahun, aku mengikut bapa saudaraku, iaitu Muhammad bin Sanwai melakukan qiyamullail. Aku melihat cara bersolat bapa saudaraku dan aku meniru gerak gerinya.
Satu hari, bapa saudaraku bertanya, “Adakah kau mengingati Allah, yang menciptakanmu?”
“Bagaimanakah caranya aku mengingati-Nya?”
“Anakku! Jika kau berganti pakaian dan ketika hendak tidur, katakanlah tiga kali dalam hatimu, tanpa menggerakkan lidahmu. Allahu ma’i..Allahu naadhari nazhori..Allahu syaahidi..!”. (Maksudnya, Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku!)
Aku menghafalnya lalu mengucapkannya setiap malam. Suatu hari selepas aku menceritakan hal ini kepada bapa saudaraku, dia berkata, “Mulai sekarang, ucapkan zikir itu sepuluh kali setiap malam.”
Aku mengamalkannya, aku fahami maknanya dan aku merasakan ada kenikmatan dalam hatiku. Fikiran terasa tenang. Aku barasa sentiasa bersama Allah SWT.
Setahun kemudian, bapa saudaraku berkata, “Jagalah apa yang aku ajarkan kepadamu, dan amalkanlah sehingga mati. Zikir itu akan bermanfaat bagimu di dunia dan di akhirat.”
Katanya lagi, “Wahai Sahl! Orang yang berasa selalu disertai Allah, dilihat Allah dan disaksikan Allah, adakah dia akan melakukan maksiat?”
Kalimah Allahu ma’i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi! Sangat terkenal dalam kalangan ulama arif billah. Bahkan, Syeikh Al-Azhar, Imam Abdul Halim Mahmud, yg juga dikenali sbg ulama arif billah menganjurkan kepada kaum muslimin supaya membacakan kalimah ini dalam hati. Maknanya yang dahsyat, jika dihayati dengan bersungguh-sungguh akan mendatangkan rasa ma’iyatullah (selalu berasa disertai, dilihat dan disaksikan oleh Allah SWT).
Akhirnya, hal ini akan menimbulkan rasa takwa yg tinggi kepada Allah. Kalau dah macam tuh, adakah orang yg selalu berasa disertai Allah, dilihat dan disaksikan oleh Allah akan melakukan maksiat? Peringatan utk diri sndiri dan anda juga.. =) jum..try okie, x rugi apa2 pun..untung adalah. Insya Allah..
[Dalam 'Ketika Cinta Berbuah Syurga']
       

2 comments:

Фахми ファーミ فهمي said...

Allahu naadhari.sepatutnya nazhori = نظري

Asfarina =) said...

hee syukran fahmi! :)