Tuesday, August 2, 2011

Al-kisah telekung baru kita :)

Assalamu'alaikum warahmatullah :)

Dua Ramadhan, 1432H. Alhamdulillah nyawaku dan kau masih dipinjamkan oleh Allah sehingga ke saat ini :)

Dahulukala, seorang puteri (bernama Nadzirah) bertanya, "Nak bagi hadiah ape kat Ummi aku ek, Asfa?".
Dan jawapan aku, "Telekung baru".

Menjangkau ke masa hadapan, jika ada permaisuri yg bertanya, "Nak bagi hadiah ape kat anak aku ek, Asfa?"
Dan jawapan aku, "Telekung baru".
Jeda. 
Sekali lagi, menarik lirik mata sambil tersenyum, tak perlu kata apa-apa.

Siapa suka dapat hadiah daripada orang yg tersayang? 
[Angkat saja tanganmu, tipu kalau tak mengaku. Eheh :)]

saya memang suka telekung sulam cantik-cantik :) koleksi eheh.

Baju raya baru berhelai-helai pelbagai fesyen kau miliki, tapi..adakah kau tidak mampu membeli walau sepasang telekung baru? Okay, mungkin terlupa, tidak pernah terfikir atau tiada telekung yg dijual di kawasan anda :) saya terima alasan itu dengan lapang hati.

Anda anggun. Anda bukan pengotor. Sila buktikan, terima kasih :)

Betul, kadang kite tak terlintas pun untuk membeli sepasang telekung baru. Atau mungkin rasa tak perlu. Tapi pada pendapat saya, takde masalah pun kalau nak beli telekung baru. Menyokong perniagaan orang Islam! Hehe. Takdela, cumanya, kalau taknak beli telekung baru pun, silalah jaga keanggunan telekung anda. Seboleh-bolehnya, elakkan bertahi lalat yg banyak, kekuning-kuningan, kelihatan kusam, atau berbau yang kurang menyenangkan :]

Bukan niat saya untuk mengatakan anda pengotor. Tak tak. Cumaya, kan cantik kalau anda menjaga kebersihan, apatah lagi pakaian solat yg akan digunakan sekurang-kurangnya lima kali sehari! Kebersihan itu sebahagian daripada iman~ Allah sayang, Islam suka, semuaaa orang bahagia. Hii dapat banyak pahala, insya-Allah. 

Pakaian ketika berjumpa kekasih hati ke tak? :)

Kan kita guna telekung tuh untuk menghadap Allah, katanya cinta hati kita? So, mestilah nak cun cun, takkan nak selebet je. Awak tahu, Allah suka segala yg indah :). Kalau keluar jalan-jalan reti pulak ek kite nak pakai baju bersih, cantik, sopan, agak2 ayu. Cerita pasal baju, satu hari pun dah tukaq banyak kali, basuh hari-hari. (Tak ke?) Belum lagi yg bersepah (baca : berlipat kemas) dalam almari tuh. Whoaa banyak bukan main! Tapi kalau bab telekung, berapa tahun baru nak basuh bersih, sekali sekala tukar yg baru? Eheh, ke daripada zaman sekolah rendah ada satu ja telekung? 

Miliki telekung extra :)

Awak, kalau rasa telekung tu mahal, takpe boleh cakap kat kite, personally. Kite sedih tengok telekung sesetengah orang yang macam..tak dipedulikan. Kalau dah sedap pakai, kain pun dah lembut, okay la, at least itu bukti awak guna untuk sembahyang selalu. Alhamdulillah, moga diredhai Allah :)

Tapi kalau yg tak berapa nak peduli hal telekung dan tak guna sekian lama tuh lagi laa sedih. Kut la tiba-tiba ada tetamu datang rumah, sekali nak tumpang solat, kan sepatutnya kita bagi barang yang baik, elok-elok :) eheh takkan sebab telekung dah kusam semacam, kita nak cakap kat tetamu, "Eh maafla, tak ada telekung. Tertinggal kat surau office." Andaikata kita di pihak si tetamu, digalakkanlah untuk husnuzzhon [bersangka baik] la ye :) mungkin dia tengah cuti, sebab tu tak kesah tinggal je telekung kat surau office.

Pesanan penaja : Awak bawaklah telekung sendiri, sentiasa ada dalam kereta. Senang kalau ke mana-mana. Lagi selesa pakai telekung sendiri, kan?

Telekung wakaf

Saya sangatlah tak berkenan kalau telekung wakaf yg disediakan tidak bersih dan suci. Kadang-kadang siap ada lipstik comot, sisa bedak compact lagi. Alahai cik adik cik akak, kut la nak berbedak bergincu bersolek sekali pun, sila lah simpan dulu telekung WAKAF yg anda gunakan. Demi menjaga kebersihan telekung tersebut, dan keselesaan jemaah muslimah yg lain. Nama pun WAKAF, bukan harta anda. Kenapa saya kisah? Okayokay, walaupun bukan saya yg mewakafkannya, tapi saya rasa kite perlu sama-sama memelihara harta yg diwakafkan tersebut. Sudah pasti ia datang dalam keadaan elok, selebihnya tanggungjawab kite bersama. Tak gitu ke, awak? :)

Semangat baru!

Waahhh! (suara Upin&Ipin) Rasa bersemangat untuk beribadah dengan telekung baruu! ;) segala benda yg baru mesti rasa bersemangat kan! Buku baru, baju cerita baru, laptop baru, al-Quran baru, beg baru, kereta baru, semua yg baru belaka mesti akan hasilkan aura SEMANGAT BARU jugak kan? Ahaha. Sama jugak la dengan...telekung baru! ;) yeay! Berlipat kali ganda semangat yg datang untuk belajar, untuk membaca atau meluangkan masa untuk berjumpa Allah! Insya-Allah. Memang lumrah alam begitu. Tapi jangan hangat-hangat tahi ayam lah pulak ye, terutamanya kepada orang yg tengah menaip ni. Kadang macam jadi jakun bila  dapat benda baru. Heheh.

Hadiah :)

Kalau tertanya-tanya nak bagi hadiah apa bersempana Ramadhan atau Aidilfitri ni, bolehla masukkan dalam senarai : telekung baru untuk sanak-saudara atau kerabat muslimah :) telekung sekarang pun dah macam-macam fesyen, warna dan corak sulaman. Harga pun ada murah, ada mahal. Pilih yg agak2 muat muka, selesa kainnya, harga berpatutan, tak jarang, tak over. [over pada tafsiran saya ialah yg keseluruhannya berwarna selain putih atau krim lembut]. Kalau jarang sikit, nanti pakai inner pun boleh. Kat Indonesia harga memang bagus belaka, banyak pilihan menarik, telekungnya pun berkualitas. Kalau pergi melancong ke sana, best la borong telekung. Hahah. Beli online ni ha pun banyak dah elok-elok :) google je. Nak bagi hantaran kahwin pun biasanya memang ada telekung.

Hadiah untuk kerabat, budak kecik ;)

Hadiahkan telekung pada si kecil yg baru nak belajar solat pun pasti dapat menggalakkannya untuk solat bersama kita. Insya-Allah impian menghidupkan suasana solat bersama keluarga tanpa mengira usia akan berkembang dengan baik sekali. silaturrahim juga menjadi lebih erat. 

Hadiah kepada ibu, mummy, kakak, cikgu tak bersempena apa-apa pun bolehh~ adik saya kata, "Taknak la, nanti cikgu tuh kata kiteorang macam menyindir lak bagi telekung". Ehh apekah? Haha, belum cuba lagi dah fikir bukan-bukan. Kut la orang yg kite bagi tuh dapat lebih terang hidayah dengan hadiah ikhlas daripada u-ols ni, siapa tahu? Doakan, doakan semua, pasti Allah mudahkan niat murni itu. Ameen.

Muka budak kecik yg tak berapa nak comel akan jadi comel bila dikenakan telekung. Apatah lagi kalau dah muka comel. Uuu~ :) yang tua pun akan jadi comel. Hahah gurau gurau, tapi ada kebenarannya di situ ya. Tak sempat nak ambil gambar sepupu kecik saya, Azwa Safrina bertelekung sulam pink dengan beg strawberry. hehe cukup comel, sambil becok berceloteh.

ada rupa aku tak? hahah :p

AMARAN LEMBUT: Jangan biarkan air liur basi mencemarkan kesucian kain sembahyang anda. 

Sekian sahaja daripada saya pada kali ini. Salam Ramadhan semuaa :) jika ada duit simpanan lebih, dicadangkan untuk membeli majalah SOLUSI Isu 34. Infinity awesome! RM11 yg sangat sangat berbaloi, pelbagai bonus dan santapan rohani yg menyegarkan sempena Ramadhan al-Kareem :) bila lagi nak kejar tawaran istimewa daripada Allah? Bulan Ramadhan ni je! Jangan sengaja persiakannya. Anda akan menangis kerugian. Saya taknak ada antara kite yg menangis, jadi, mari rebut ganjaran yg ditawarkan! :) wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

8 comments:

Yusri said...

same goes to guys,
takkan 19 tahun hidup tak penah2 bli jubah kott. pakaian nabi SAW tuhh.. huhu

Unknown said...

hikhikhik bufday aku dah na dekat nih spa..

agak2 ko na bagi aku ape ek?? ekeke :)

Asfarina :) said...

yus: aku rasa ramai je takde jubah. n fikir, "perlu ke? mcm nak pakai pulak" eheh. tapi jubah bukan mcm telekung, mmg perlu ada.

nad : oh haha hadiah doa jep :P

Asyila Zainuddin said...

cantek la telekung tu!! beli kat mane ek? hehe..

Unknown said...

doa pun doa lah. lagi berbaloi baloii ^^

Asfarina :) said...

syila : kite selalu beli kat kedai pakcik yg baik. hehehe. kat pasar jual pakaian pun biasanya ade, lg nak raya2 ni.

fy said...

asfa nice article..nk ceduk idea sikit boleh x?

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.