Thursday, July 28, 2011

Cerita Syurga pasti menarik :)

Assalamu’alaikum warahmatullah

Sebelum ini pernah tulis perihal neraka di sini :) Berdasarkan petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali : al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah.

Berfirman Allah S.W.T yg bermaksud:
“Wahai manusia, kenapa kamu gemar terhadap dunia yg fana yg akan hilang serta kehidupan yg sementara. Sesungguhnya orang yg taat itu akan memasuki syurga melalui lapan buah pintu.

Di dalam setiap syurga itu terdapat 70 ribu buah taman. Pada setiap taman terdapat 70 ribu buah istana daripada permata dan 70 ribu buah mahligai yg dibuat daripada zamrud. Pada setiap mahligai itu ada 70 ribu buah rumah yg dibuat daripada emas yg berwarna merah. Pada setiap buah rumah ada 70 ribu buah bilik daripada perak berwarna putih dan pada setiap bilik ada 70 ribu hidangan yg dihidangkan dengan pinggan daripada permata yg disertai dengan 70 ribu jenis makanan.

Di sekitar bilik itu ada 70 ribu buah katil yg dibuat daripada emas dan di atasnya ada hamparan daripada sutera. Di sekitar setiap katil itu ada 70 ribu batang sungai daripada air sejuk, susu, madu dan khamar.

Di tengah-tengah sungai itu ada 70 ribu jenis buah-buahan. Di dalam setiap istana itu ada 70 ribu buah khemah daripada urjuwan dan di atas setiap buah istana itu juga terdapat 70 buah kubah-kubah yg mana disediakan 70 ribu hadiah daripada Allah yg tidak dapat dilihat oleh mata, tidak didengar  oleh telinga dan tidak terlintas di dalam hati, buah-buahan, daging-daging burung dan apa yg mereka pilih dan inginkan.

Para pelayan dan bidadari yg cantik seperti permata yg putih melepak bermata jeli laksana permata yg tersimpan. Demikianlah ganjaran terhadap apa yg mereka kerjakan di dunia, mereka tidak akan mati, tidak merasai kesusahan, tidak berdukacita, tidak berpuasa, tidak sembahyang, tidak sakit, tidak buang air besar dan kecil di dalamnya. Mereka juga tidak akan keluar daripadanya selama-lamanya.

Maka barangsiapa yg menuntutnya dan yg mengingati kemuliaan, kemurahan dan nikmat-Ku, hendaklah dia menghampiri-Ku dengan bersedekah, memandang rendah dunia dan merasai cukup dengan benda-benda yg sedikit.” 



Untuk bacaan lanjut mengenai bidadari syurga menurut al-Quran dan Hadis, boleh baca di laman Syahirul.com. Ada video Ustaz Azhar Idrus sekali :)

Insya-Allah, kalau ditempatkan di syurga kelak, masing-masing akan berpasangan. Tapi kalau yg meninggal dunia sebelum berkahwin macam mana? Ada enam kes, semua boleh diketahui : Siapa suamimu di syurga nanti? *Tips#Kalau macam banyak sangat link nak dibuka, boleh jugak right click -> open link in new tab*

Contoh Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Pintu-pintu syurga sebanyak pintu-pintu kebaikan :)

Alhamdulillah, maklumat diperoleh daripada Solusi Isu 21, halaman 103. Bolehla rujuk sebab sangat menarik untuk diulang-baca :)
Pintu syurga sangat banyak, sebanyak amal-amal kebaikan yg boleh dilakukan manusia. Banyaknya pintu-pintu syurga memberi isyarat kepada banyaknya pintu-pintu kebaikan yang boleh membawa kita ke syurga. 
Hakikatnya, pintu syurga itu sangat luas (jarak Mekah&Hajar-iaitu ribuan kilometer). Luasnya syurga pula bagai langit dan bumi.  Namun pada hari kiamat nanti, pintu yg banyak itu akan penuh sesak dengan manusia yg berebut memasukinya mengikut kelompok tertentu.
 Ini bersesuaian dengan sifat mereka di dunia yg tidak pernah mengasingkan diri daripada pergaulan dan selalu saling membantu dalam kebaikan :)

Memandangkan pintu kebaikan sangatlah banyak, sekarang ni mari kita pilih sekurang-kurangnya satu amalan yg mudah kita lakukan dengan istiqamah. Pilih je amalan yg paling mudah untuk kita jaga sepanjang hidup dan paling sesuai dgn keadaan hidup kite.

Contohnya macam ni, setiap hari seseorang hamba Allah ini akan mendermakan sebanyak 20 sen ke dalam tabung masjid. Bila dia melazimkan amalan ni, namanya akan dicatat sebagai ahli amalan tersebut. So, bila hari kiamat nanti, malaikat yg menjaga pintu sedekah akan memanggil-manggil namanya untuk masuk ke dalam syurga melalui pintu tersebut :) best kan?

Menurut hadis Bukhari dan Muslim, "Sesiapa yg ahli solat, akan diseru daripada pintu solat. sesiapa yg ahli jihad, akan diseru daripada pintu jihad. Sesiapa yg ahli sedekah, akan diseru daripada pintu sedekah. Dan sesiapa yg ahli puasa, maka akan diseru daripada pintu Rayyan". Beberapa hadis lain menyebut ada lapan pintu syurga.

  • Pintu solat
  • Pintu jihad
  • Pintu sedekah
  • Pintu puasa (pintu rayyan)
  • Pintu haji
  • Pintu menahan marah
  • Pintu zikir dan ilmu
  • Pintu tawakkal (akan dimasuki oleh ahli tawakal tanpa hisab) 
Abu Abdillah al-Qurtubi dalam al-Tazkirah berpendapat ada lebih daripada lapan, iaitu sebanyak amal kebajikan yg dilakukan manusia. Antaranya :

  • Pintu taubat
  • Pintu umrah
  • Pintu silaturrahim
  • Pintu redha atas ketentuan Allah
Apabila Allah telah membukakan untukmu daripada salah satu daripada jalan-jalan kebaikan, maka lazimkanlah amalan itu [Abu Hamzah al-Baghdadi]
Ada juga calon penghuni syurga yg akan dipanggil daripada semua pintu. Subhanallah..bestnya :') ketika ditanya soalan ini oleh Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w, baginda menjawab, "Ya, dan aku berharap engkau adalah salah satu daripadanya."

Kita ni macam mana lah agaknya? Umpama segan hidup mati tak mahu je org yg menulis ni. :| oh takboleh, kena cubaaa buat amalan dengan istiqamah! Biarlah sedikit amalan tuh, janji istiqamah! Insya-Allah. Hanya Allah yg tahu dan boleh scan hati kita. Kau manusia, silalah elakkan bersangka-sangka. Ngeh3 


Antara yang paling mudah dilakukan setiap hari ialah berzikir [subhanallah walhamdulillah, wa laa ila ha illallahu wallahu akbar], istighfar [astaghfirullah, astaghfirullah,astaghfirullahala'zim] dan selawat [allahumma solli a'la Muhammad wa a'la alihi wasohbihi wasallam].


sebelum tdo pun elok baca each 33x~ esok bangun, segar! 
Oh sedekah juga mudah dilakukan, melalui senyuman :), berbakti kepada ibu bapa dan ahli keluarga (sempena cuti la katekan eheh), membuang duri di jalan, berkongsi ilmu di laman soaial dan sebagainya. Membaca al-Quran setiap hari :) 
"Wahai manusia, ambillah amalan yg kamu mampu lakukannya (dengan rutin). Sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehinggalah kamu jemu. Dan amalan yg Allah paling cintai ialah apa yg dilakukan dengan istiqamah, meskipun sedikit."
[Sabda Rasulullah S.A.W diriwayatkanoleh Aisyah r.h.a]
Syaitan pun akan digari sempena bulan Ramadhan akan datang ni, so apa tunggu lagi? Manfaatkan ketiadaan syaitan tu dengan berpesta ibadah lillahi ta'ala! ;) mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis! Semangat! Allahuakbar! :)

No comments: