Pagi ni rasa cantik lah. Hari yg cantik, ceria, indah sampai ke malam, insya Allah. Kalau tidur bersedia, bangun tido pun bersedia. Ahhah. Jumaat lepas Malaysia Hari ini [MHI] cakap pasal bungaaaaa! ;) Rasa macam nak pergi Putrajaya Floria 2011, 9th July-17th July 2011. Festival theme : Roses are forever. Eheh aku memeang excited lebih cakap pasal bunga taman-taman lawa-lawa nih. Subhanallah, bunga hidup rasa macam ade soul, ada jiwa. Sama jugak kalau kita pergi air terjun ke, pantai ke, sungai ke, mesti rasa tenang. Sungguhla semua ciptaan Allah tuh sentiasa berzikir memuji keagungan Allah dengan bahasa mereka sendiri, sebab tu la membiaskan aura-aura tenang dan damai :) kalau rasa nak marah atau stres, mari pergi jumpa alam semula jadi. Nanti cool la balik. Ahhaha tak ke? Betul la.
Kalau cakap pasal alam semula jadi je, mesti teringat Taiping. Taiping, Taiping, Taiping, maktab. Kalau Subuh kat maktab tuh, aihh memangla sangatt sejukk dan damai. Tak jumpa kat KL. Belum lagi kalau ada bintang kat langit, semua mendongak waktu balik prep. Oih rindunya. Pokok-pokok dekat Taman Tasik Taiping tuh mmg edisi terhad, eksklusif kut. Kan. :) hijau cantik kan. Kann. Segarr mata memandang!
Pernah dengar lagu Sebiru Hari Ini tak? Rasanya dulu ada letak video. Lirik dia cantik :)
Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita bersama di sini
Buang yg keruh, ambil yg jernihSeindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurgaSeindah hati kita, walau kita kan terpisah
Semalam dpt SMS sblum sy beri ceramah di Masjid BB Sentul, katanya ia mahu sy huraikan permasalahan berkenaan Perhimpunan Bersih..saya jawab "Kita sudah penat bergaduh di luar, marilah kita bersenyum-senyuman pula di masjid" :) - Imam Muda Asyraf
Imam Muda Asyraf telah berjaya membuat aku tergelak dan rasa tenang apabila orang sekeliling gedebak gedebuk isu bersih. Politik itu bersih, tapi mereka yg berpolitik itu bermain kotor~ sama juga Islam. Islam itu cantik, tapi mereka yg beragama Islam itu sendiri kadangkala mencemar nama baik Islam.
Okay, isu sensitif memang boleh bawak orang berjauh hati ala2 merajuk kan bila bercakap tak kena cara. Jangan sebab isu ni je, kawan sama kawan masing2 berjauh hati. Sedih aku tengok. Hee rileks la :) tapi sebenarnya saya tak nampak pun mcm bergaduh. Yela, biaselah muda mudi 19 tahun baru, bukan bergaduh mulut tapi belajar menghormati pendapat orang lain sambil mengenal dunia. Eceh. Ni dah nama pun, isu sensitif.
Teringat pesan Shakiera kat group suatu masa dahulu.
Berapa ramai yg memburukkan pihak kerajaan? Berapa ramai yg mengutuk pro-kerajaan? Ah, dan berapa ramai pula yg mendoakan agar negara kita aman damai maju di bawah barisan kepimpinan yg disegani mengikut AKHLAK sebaik-baik pemimpin, Rasulullah S.A.W? Mari, mari angkat tanganmu untuk berdoa. Doamu tidak berbayar.
Wallahua'lam. Sekian, terima kasih. Jangan gaduh-gaduh weyh rakyat Malaysia :)
No comments:
Post a Comment