Wednesday, July 6, 2011

Contengan Jalanan, VT [Part 1]

Assalamu’alaikum warahmatullah :)

Apa khabar? Sihat ye, Alhamdulillah. Seminggu demam kura2 boleh la habes baca novel VT [Hilal Asyraf] dan Contengan Jalanan [Hlovate]. Kalau tanya saya, saya bagi dua2 lima bintang. Ahaha. Kalau nak ikut yg teratur, VT lagi baik. Pengembagan cerita dan plot yg berjaya memberikan nafas baru! Hee tapi kalo nak ikutkan, VT ayat baku BM, yg Hlovate tulis semestinya campur2 bahasa dy. Hha.

Membaca VT lagi tenang-suspen-tersusun-teruja. Contengan Jalanan pun teruja dgn description segala bagai tu tp kurang suspen kut. Lebih kepada contengan perasaan, contengan pengalaman, bererti bagi mereka yg mengerti dan mengambil iktibar. Yg istimewanya CJ ni berbanding novel2 Hlovate yg lepas, setiap habis satu subtopik mesti ada kata2/persoalam menarik yg menyedarkan kita atau mafhum Quran atau hadis :) antara novel Hlovate yg aku rajin buat review : VERSUS

Dalam VT pun ada, tapi lebih sarat dgn mesej berkait kehidupan seharian utk membuktikan yg sukan itu ibadah, Islam itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi daripada Islam! VT pun happening and santai tapi sangat menarik, bijak dan cantik :) So terpulangla suka perasaan yg mcm maner~ ;) rahsia yg aku nak bagitaw [semestinya dah tak jadi rahsia aihh] : VT boleh buat org nangis sebab sangat terharu :’) no wonder la pembaca TERnangis sebab yg pemain2 lelaki dalam novel tuh pun menangis gara2 terharu. CJ ada sedih jugak. Tapi kalo waktu baca yg tuh ada break, tak jadi lah ._.

Contengan Jalanan

Jujur, pelik2 aku baca perkataan bahagian awal tuh dengan segala nama underground bands and seni thingy. Seni dan muzik, bias warna dan ritma jalanan, itu erti hidup pada mereka saat itu. Yg best, segalanya bermula dalam hidup Fend bila Lia yg daripada Butterfingers boleh pergi jadi gaya Siti Nurhaliza bagitahu, “Banyak benda lain yg boleh diikut. The man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh”.

Ucu awi interpret mcm mana? Cari purpose of life. Kena define dulu makna hidup. Baru kita boleh decide kita nak hidup untuk apa.

Chad? Bak kata Fend kpd Chad, “Kau dah ada karier, duit ada, degree ada, dah beli rumah sendiri, kereta sendiri. Apa lagi yg kau nak? Apa lagi yg kurang?” Bila kau ada rasa kosong kat sini (Chad letak telunjuk di dada Fend), segala benda yg kau sebut tu takde makna apa sebenarnya. Sama je macam debu tepi jalan.
Something hollow inside. Mungkin sebab tak kahwin lagi agaknya yg buat hidup rasa kosong. Mungkin.
Aidid baru kahwin. Ada la juga rasa sense of completeness tu kut. Kenapa Fend sungguh2 cari erti hidup ala2 gaya buat research?
“Siapa yg taknak life dia complete bahagia?”
Hidup di dunia ni seperti perjalanan yg terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana.
Hlovate selalu cakap pasal mentaliti orang Malaysia. I like. Susah nak ubah mentality orang keliling. “Masa aku travel kat Brisbane dulu, aku tengok tukang sapu sampah dengan construction workers dia bangga gile je dengan kerja diaorang. They carried themselves with pride and respect. Satu taraf punya pride dengan white collars professionals kalau nak tengok tahap kebanggaan diaorang tuh. Bila la Malaysia nak jadi macam tuh agaknya. Kata nak sangat ikut modernization Barat. Benda mcm tuh taknak pulak ikut.”
Kena merancang masa depan kalau nak senang. Tapi duit tu bukan dibuat kiblat, hanya dibuat alat.
Lagu : One-Metallica

Pernah tahu lagu ni pasal apa? Cari buku Johnny Got His Gun by Dalton Trumbo. Kisah benar ni. Takpun, baca je review kat Contengan Jalanan nih.

SKEPTIK. Yang boleh buat Fend tibe2 tanya Chad macam mana nak buat sujud syukur. Sungguhlah orang kata nikmat tu takkan terasa, selagi ianya tak lenyap daripada depan mata. Dan tak mustahil kalau nikmat tu lenyap on the eleventh hour.

The Eleventh Hour

Filem pendek yg biasa2 tp mesejnya sampai, sekurang-kurangnya kepada Fend. Kisah pasal empat Ahmad, nama sama tapi perangai berbeza. Ahmad The Rebel macam Fend..Cerita mengenai orang yg berubah. Mahu berubah. Berubah kpd jalan cari Tuhan sebelum ajal tiba. Sebelum the eleventh hour. Boleh baca lanjut muka surat 130-131. Chad jumpa movie ni kat Meccho.com. Tapi kan, aku cari tak jumpa pun? Eheh.

Idea canggih Chad : Ajak Fend backpacking pergi Australia!

- Kau ni demam ke ape tibe2 nak adventurous sangat ni?
> Semangat Badar la wei. Orang zaman Rasulullah S.A.W tengah bulan puasa pergi perang. Kita takat pergi backpacking je nak sentap apanya?
- Badar? Badaruddin mana pulak ni?
> Weh! Badaruddin mana pulak! Perang Badar la, kichi! Dulu SPM kau ambil ke tak subjek Pendidikan Islam tu?
- Sejak bila pulak Chad ni kerja menghafal syllabus sirah Pendidikan Islam SPM?
Benih baru nak bangkit disiram dengan air dan baja. Hati baru nak bangkit kena siram dengan apa?
*Anda tak perlu kesah yg ni*Nota kaki : The Life of this World is a Transient Shade, Twenty Four Hours in the Life of a Muslim [9 years and over]

The people, nowadays, are pouncing for worldly benefits as the purpose of their creation were to compete over the worldly materialistic gains and to collect them. They forgot a day when they will return to Allah.
- The Life of this World is a Transient Shade-

Kata Yahya ibn Mu’adh (ahli sufi) : “I don’t order you to abandon life but to abandon sins. Abandoning life is a virtue and abandoning sins is a duty, so your need fr this latter is greater than your need for the former”.

Page 144-145. Tak suruh tinggalkan kehidupan duniawi tapi suruh tinggalkan dosa. Tinggalkan duniawi tu dikira terpuji, tinggal dosa tuh tanggungjawab. Tinggal dosa lagi penting daripada tinggal dunia.

Penting. Tapi susah jugak kan. Buat kebaikan lagi senang. Tak ke? [Al-An’aam : 162] [Al-Fatihah :6]

Ramadhan di Sydney, Australia

Cukup bahagia dan penuh erti buat Fend dan Chad. Ramadhan paling bermakna. Pub-crawl ke club-hopping ke masjid-hopping? Ahaha. Selepas ni semuanya sangat menarik dan kisah berwarna warni :) akan jumpa Tok A’bdul Qadir, Imam Zakariyya, Akmal, Bapak Tono.

Banyak benda Fend, Chad dan Akmal buat perbandingan antara Ramadhan di Malaysia, Australia. Definisi Ramadhan kat Malaysia dah macam jadi budaya, hilang penghayatan Ramadhan tu sendiri. Ramadhan tu bukannya diertikan dgn Bazaar Ramadhan, malam tujuh likur, buka puasa kat hotel-hotel, rancangan masak2 kat TV. Bagi Akmal, Ramadhan tu penyucian. Purification by all the means and senses of the word. Kat Malaysia, benda agama dah banyak jadi benda budaya. Padahal yg hitam putih tu da jelas nyata. Aku pun takkan fikir cmni sebelum aku sampai Australia.
Qiyamullail [Al-Muzammil : 6-8]

Malam raya

Teringat zaman kanak-kanak mereka. Sekarang baru faham erti hidup. Rujuk page 249-251. Haha sila baca sendiri sampai habes utk lebih feel~ T_T

K2

Dia hati kering, Fend hati lembut sikit. Kisah dia ni aku paling suka waktu mencari erti hidup, pergi Jakarta, setiap malam taktahu kenapa tah mesti dia bukak sketchbook hitam pemberian Fend. Read and heed. Saya sendiri rasa jatuh hati dgn sketchbook tuh. Ahahha. :) Nampak ikhlas, baik, bersungguh Fend tuh. Boleh nampak n rasa kut bila baca. Beri dari hati, akan sampai kepada hati. Tak perlu kata apa-apa.

Cerita K2 ni lebih kepada usaha dia sendiri mencari dan melihat erti hidup orang-orang di Jakarta. Dia lambat sikit dapat hidayah Allah. Usaha dia sangat meaningful la bagi aku. Sebab dia keras kepala jugak, so cerita ni menarik esp akan rasa best bahagia bila dah hujung2. Kalau anda belum baca lagi, sangat digalakkan utk membacanya. Novel ni lain. Bukan cinta biasa, bukan drama. Hlovate kata, hanya contengan perasaan, pangalaman, perjalanan utk kenangan masa depan, memori manusia2 itu, hantu masa lalu, ada senyuman ada juga yg mungkin buat kamu bosan, itu namanya kehidupan.

Untuk kesekian kalinya, macam betul la rasa Hlovate ni lelaki. :D whatever la, tp semestinya dia bahagia je skg dalam limpahan kasih Allah. CJ kau kena faham sedut betul apa dia nak sampaikan, sebab sangatlah berharga walaupun cakap macam santai je. Kalo baca sekali dua ja pastuh tutup novel, tak review balik dan tak habis2 kata ‘Best3!’, 4,5 tahun akan datang kemungkinan besar akan lupa isi-isi penting and perasaan apa yg best sgt tuh. Nak lagi adventurous and appreciate the feelings waktu baca cte ni, ce pegi cari pengalaman backpacking Australia! :D Novel ni sangat sarat kata-kata best yg Hlovate amek dpd mafhum Quran atau kata2 sesiapa atau dia sendiri. 

Da penat manaip, takpe, esok2 sikit2 boleh tulis kat Tumblr! :) VT soon lah, belum siap lagi. Sekian, maaf wahai pencinta bahasa, bahasa saya kucar kacir lagi. Huu. Wassalam.

VT, Contengan Jalanan, tafsir, mutabaah amal, sketchbook. ;)

“Fend. Apa yg kau rasa sebenarnya?”
“Aku rasa lain.
Aku rasa best.
Aku rasa terisi.
Aku rasa happy.
Aku rasa hidup.
Aku rasa hidup aku ada erti.”


“Hampir seminggu di tanah ini, jumpa apa yg kau cari, K2?”
“Dah tak pasti apa yg aku nak cari sebenarnya”, rendah K2 menuturkan.
Indra masih merenungnya dgn kening terangkat sebelah.
“Ada beza antara jumpa benda yg kita nak cari, dan cari benda yg kita nak jumpa. Manusia lebih suka lihat apa yg dia mahu. Jika bukan kehendak, dibutakan aja mata daripada melihat walau yg benar itu depan mata, gitu?”
K2 tak mengangguk tak menggeleng. “Tapi tak semua soalan ada jawapan yg boleh diterima hati dan akal”.
“Telah kau jumpa jawapannya, atau telah kau butakan aja mata pada jawapan yg telah ada?” Indra meningkah.

Kalau rasa hipokrit atau tak ikhlas, ingat :

Ikhlas tuh bukan kita yg ukur, tu biar Allah yg tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amal ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenarnya.

Lukisan air terjun menderu turun dari celah-celah batu gedabak, dengan disertakan ayat [2:74]. Hati yg buta takkan nampak keagungan-Nya. Hati yg celik pun takkan nampak keagungan tu tanpa izin-Nya.
Dialah yg menurunkan kepada hamba-hambanya ayat-ayat yg terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu.
[Al-Hadiid : 9]

Semoga usaha kita mencari redha Ilahi setiap hari diberkati dan dilimpahi kasih sayang-Nya. Ameen~

7 comments:

Pemilik Sekeping HAti said...

sangat bermAKNA!!!SAYA SANGAT SUKA!

Asfarina :) said...

kann :) byk kata2 yg best2.

VT pun best, gaya tersendiri, lebih tenang membaca, penuh kejutan dan rahsia. haha.

titaeftita said...

alhamdulillah...

hihi.. thnks spa!!

amat setuju dengan yang pasal perbandingan Ramadan di luar negara n dalam negara. a narrowed scope of issue agama ataupun budaya. sebab mereka yg minoriti ni, camna sangatlah nak bina budaya. bak kata org,'syok sendiri ke apa' nanti. tapi kalau bab agama, walau macammana pun pandangan org major, tetap dipertahankan. dan disebabkan itulah, ibadah itu lebih dihayati tujuan dan hikmah disebaliknya. cabaran menambahkan keimanan~~ Allah..

hurm,,,, tertanya2 la, dalam skecth book tu ada apa?? bukan sketchbook tu gunanya utk main lukis2 ke. ke aku je yg tak paham. hahahaha.

ok komen yg agak formal. keh3

Abu zahra' said...

11th Hour : http://vimeo.com/6096070

Asfarina :) said...

ya Allah..alhamdulillah. thank you abu zahra'! :)

cik ude hamid said...

baru selesai baca part fend...rasa diri nie kerdil sangat...huhuhu

Anonymous said...

x abis lagi baca CJ. baru abis part yg fend punye...huhu
kena curik masa utk habiskan.....

nampaknya ada buku baru kena beli....hehe