Wednesday, May 25, 2011

VERSUS

Assalamualaikum warahmatullah :) maaf saudara saudari, saya nak menulis ni memang slow sket berbanding bercakap.Lagi-lagi sejak akhir-akhir ini. Mendengar-membaca-bercakap merupakan pilihan utama. Kalau menulis ni memerlukan masa untuk berfikir sejenak dua, apa nak tulis nih-sangat lambat haha tak tahu nak mula kat mana. Perkara ini terjadi selepas setahun tamat zaman SPM. ngaha,

Barangkali menarik novel ini untuk dikongsi. Eheh, ayat aku mcm dahulu kala 'barangkali' bagai. -.-'
Untuk makluman hadirin sekalian, novel ini memang wahh..mantap! ;) cubala baca! tak rugi! janji janji! Tipu la kalau kata tak gelak langsung sepanjang tempoh pembacaan dgn penuh penghayatan. Dulu saya sendiri pun tak minat la novel-novel ni. Novel Kanang waktu PMR dulu memang tak baca. Tak minat langsung oh. Novel cinta cintun lagiii la terus out. Novel Perlumbaan Kedua masa SPM minat. Hee sebab kisah perlumbaan kedua arnab dan kura-kura. :) 

Semua org tahu kan kisah perlumbaan pertama dulu2? Antara pengajaran yg baru aku perasan baru-baru ini selepas menelaah buku "U-turn ke Jalan Lurus" : Apabila rasa ketagih dengan pujian, sedarlah ia mukadimah kebinasaan. Ouch! Tak terasa? Macam arnab kan kita. Astaghfirullah. Dalam post hati yg tenang dulu pun pihak Krafhati ada cakap : Nikmatilah hidup merdeka, tidak diperhambakan oleh keinginan dipuji, dihormati atau dilayan istimewa. Kenapa ye? Kerana menjadi orang yg biasa-biasa itu nikmat! :) Keinginan utk dilihat sebagai hebat sebenarnya akan mensengsarakan kita. Esok..lusa..tulat..macam mana nak bagi orang nampak saya hebat? Ahahah tak perlula begitu sekali, penat orang tengok.

Okay, berbalik kepada tajuk asal. [Ni la kalau dah mula cakap sesuatu, banyak sangat masuk benda lain. Harap maaf hadirin yg dirahmati Allah sekalian :)] Novel karya Hlovate. Semua karya beliau memang menepati citarasa aku. Sejujur-jujurnya. Sebab dia lepak, cool. Menurut kajian aku, [haha kaji la sangat] beliau belajar di seberang laut yg tak dapat dikesan celah mana. Suka membaca sangat2 macam2 bahan bacaan. Pernah menjadi budak2 skate atau jalanan atau duduk atas bumbung bangunan tinggi atau yg sewaktu dengannya. Suka pembawakan watak tomboy, dan ada abang yg baik+best+cool+lawak+matang+sayang adik+bertanggungjawab. senang cakap, para abang yg aku baca karya beliau semuanya memang terbaik dari ladang. Untung sapa dapat abang terbaik mcm tuh :) dan yang paling penting, beliau seorang yg mendapat tarbiyyah. Penulisannya banyak yg aku highlight sana sini itu ini. Sebab banyak sangat ilmu dalma novel tuh! Serius! Terharu aku ade penulis bagus macam ni. Dalam gaya lepak2 bahasa rojak habis, tapi unsur2 islamik memang mantap weyh. Tak tipu ni. Diri sendiri yg kelam-kelam lagi ni pun asyik tersenyum membaca sambil mengiyakan apa yg ditulisnya. Memang ikhlas nak bagi para pembaca berubah dengan cerita dia yg memang rileks tuh. Alhamdulillah, tahniah untuk Hlovate! Diri sendiri terkesan dengan ayat2 lepak dalam tuh.

Marila nak kongsi sikit gaya dia tulis dalam VERSUS. Versus ni yg paling aku suka, terbaik ah, dan sarat dengan ilmu. Dah 4,5 kali selak2 balik novel ni. Belum lagi istilah2 yg memang tak faham langsung apa dy cakap. Contohnya, istilah skae trick. Daripada novel2 beliau juga, tertarik untuk mencari buku2 Harun Yahya yg dihurai serba sedikit dalam novel2 beliau. Kita beli buku kerana ilmu2 yg ada di dalamnya taw. Insya Allah dapat pahala. Hlovate tulis, membaca-mengenal-memahami-menghadamkan. :)
 
Antara kejadian sebelum AO berubah :
"Cuba jauh sikit tak boleh ke?" .. "Apa dia?" .. "Jauh sikit. Yang nak mengendeng dengan orang ni kenapa?" Minn melangkah setapak ke hadapan. "Limit tu jaga". .. Ek eh..ni kerek ke, poyo ke, berlagak bagus ke, berlagak beriman ke apa ni? AO betul rasa nak baham pintu. Apa la salah aku dapat mentor konservatif macam ni?

Selepas berubah :
"Conflict of interests. Literally and figuratively. Torn apart inside and out..memang sakit." "Versus ey? Versus..the hardest battle is when you're against yourself" 
Bacaan lanjut : Page 103
"Kalau nak ikutkan memang aku tau je benda-benda tu tak boleh buat. Belajar je pasal benda-benda tu waktu Pendidikan Islam zaman sekolah dulu." AO mengangkat bahu. "Tapi sebab benda-benda yg aku sebut tu macam mmg dah jadi norm kat Malaysia. Tak salah sebab memang hampir semua orang buat. Bukan jadi isu kalo tak ikut hukum pun. Kalau lifestyle aku dulu, memang tak payah nak cakap apa la. Padahal semua orang tau je pasal syurga, pasal neraka. Nak ikutkan semua pernah je belajar kalau tinggal solat tu masuk neraka, kena seksa. Tapi pelik kenapa selama ni tak pernah rasa apa-apa. Tak ada rasa takut ke..bersalah ke.."
 Hairi angguk. "Realiti masyarakat".
"Tapi tuh la. Susah sebenarnya nak ubah benda yg kita memang dah faham macam tu. Susah nak ubah benda yg kita dah biasa. Tahu pasal syurga neraka pun kita sekadar ikut dengan angin lalu je. Tak basah pada hati."
"It's normal utk larut dgn majoriti. Betul la apa kau cakap tu. Tapi bukan alasan untuk kita jadi lalang bergoyang kiri kanan dengan hanya ikut orang. Hukum Tuhan tu memang dah nyata, kan? Hukum Tuhan kata, walaupun kita ended up jadi org yg terasing, memang so it be la sebab Islam tu datang dalam keadaan dagang. Dan apabila dunia nak sampai ke hujung pun, akan jadi dagang jugak."
Susahnya la nak jadi baik? Tak pun. Tak salah untuk ubah one thing at one time. :) something is better than nothing. Kau tak rasa macam tu?

Macam mana nak jadi baik? Sila teruskan bacaan pada muka surat 157. :p ni la pemahaman paling simple untuk kite yg baru2 nak belajar jadi baik. Ingat, Allah tengok usaha kite ke arah itu, bukan natijah.

Tak apa la, AO. Berusaha nak jadi baik. Kalau Hairi yang kau rasa macam hebat tu pun jenuh berusaha, kau yang cikai ni apa cerita kau lepak je?

Aha, itu saja la yg dapat diselitkan. Selebihnya, anda boleh cari sendiri novel bertajuk VERSUS, oleh Hlovate, keluaran Jemari Semi. Tak pun, boleh beli online di sini : JS menerbitkan novel bersahsiah  . Blog Hlovate di sini. Banyak novel JS yg bagus2. Berminat? Silakan membaca atau saya sendiri boleh cadangkan yg mana baik untuk kesihatan mental dan rohani :)

Sekian, moga bermanfaat untuk anda juga. Wassalam.
*dah berapa kali edit tajuk ini tapi tak publish2. kekangan. akhirnya, berjaya diatasi alahmdulillah :) dan maaf kalau bahasa kali ni memang bercampur aduk macam apa je. Maaf ek.

4 comments:

Razieman Ibrahim said...

Nak beli xde duit. Maklumla, x bekerja lagi. Kalo bagi pinjam nanti ada masa boleh baca. thanx =))

Fauzan Suhairi said...

duhhh. looks like aku kena beli jugak Hlovate ni. hahaa.

Asfarina =) said...

beli la. tak rugi. boleh highlight2 lipat2 :D

Anonymous said...

YEAYYYY.. versus mmg besttt.. no no no.. HLOVATE mmg best.. x de ayat2 mcm 'berjeda tepi tingkap' huhuu.. aku berjeda pon x tau amende.. yg penting byk ilmu.. daebakk

p/s rindu dgr ko ckp penuh semangat sepa...

*aimi yg cute???* hahaha