Saturday, May 7, 2011

Faham dengan hati, bertindak untuk . . .

Assalamua'laikum warahmatullah.

Sejujurnya, semakin banyak yg aku ccari, semakin banyak yg aku baca, semakin takut aku dibuatnya. Banyaak lagi ilmu kat dunia ni yg kita tak kuasai kan. Dan yg paling penting, semakin banyak tanggungjawab. Ada seorang kawan ni pernah menangis sebab takut. Takut sangat sangat sebab kita dah tahu, then perlu cuba amalkan dan kita perlu kongsi dgn org lain. Rasa mcm "Ya Allah..beratnya..berat sangat sangat. Tak tahu nak mula dari mana.." Tapi kita kena tahu, solusi untuk hilangkan rasa takut ni adalah dengan bertindak. Jangan hiraukan takut tuh, itu hanya perasaan. Kalo takut nak berubah, bertindaklah untuk berubah! ;)

I am what I am now for what I was in the past (?)

Kite sebenarnya ada dua bentuk kefahaman, iaitu faham dengan :
  1. Akal
  2. Hati
Faham dengan akal ni macam kita baca buku2 akademik, contohnya Fizik ke, Math ke. Kita belajar dan baca je ape yg tertulis dalam buku teks tuh. Takde perasaan pun. Kadang tersengguk-sengguk lagi ada lah.  hehe. Sebab kita menggunakan akal untuk memahami. Tapi, hal ini sangat berbeza kalau kita faham dengan hati. Contohnya, apabila kita membaca novel cerita sedih2 atau tengok cerekarama jenis sentuhan qalbu atau tengok hero drama Hindustan/Korea yg kite minat tuh nangis,  mesti kita menjiwai watak dan cerita tuh kan. Lepas tuh mula lah "Huwaa sedihnye cerita ni.." dan kite pun sama2 merembeskan air mata juga. Haha tapi bukan aku.

Konklusinya, hati yg menentukan kefahaman sebenar kita, bukan otak. Ilmu yg difahami oleh hati pasti akan mempengaruhi kehidupan kita, tapi kefahaman dengan akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang.

Kenapa hati? Sebab semua orang ada hati yg sama. Walaupun berbeza umur, bangsa, warna kulit dan negara, semua orang boleh faham dengan hati. Kalau Allah letakkan kefahaman itu pada akal, tidak adil untuk mereka yg lambat faham atau memiliki tahap IQ yg rendah. Maha Adil kan Allah? :)
Hadis terkenal ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim : Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad ada seketul daging yg apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, ia adalah hati.
 --**--*--**--
Okay, sekarang mari betulkan duduk kita. Pejam mata, tarik nafas, lepas perlahan-lahan, bukak balik mata. Cuba kita menghayati dan fahami dengan hati apa yg kita baca atau dengar. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Ramai yang berkeinginan untuk berubah, tapi selalu rasa tak kuat, tak cukup ikhlas, takut kawan-kawan tak suka dan sebagainya. Memang tak dinafikan, berubah jadi lebih baik itu sukar. Syaitan tak pernah putus asa untuk mencucuk cucuk kita, membisik-bisikkan tarikan duniawi. Ditambah pula dengan hati kita yg sentiasa berbolak-balik. Masha Allah susah susah.

Tapi takpe! Berubahlah sebab perlu, kerana perlu mengundang banyak manfaat. :) Pernah dengar tak ayat ni yg dilukis comel2 tuh? Kalau belum, klik sini - Hati yg tenang :) Aku sendiri banyak kali tersadung, terluka, dan dilukakan semata-mata untuk keluar sedikit demi sedikit dari jalan jahiliyah dulu. Tapi kita kena sedar, yakin dan percaya, ia sangat sangat sangat berbaloi dan menguntungkan. Bak kata Ustaz Pahrol, "Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis" :)

Kenapa sedikit demi sedikit? Sebab.."Lepak la, slow and steady, baru cool". Macam tu ke? Pada pendapat saya la, berdasarkan kata-kata ni:
Manusia yang berubah jadi baik sekelip mata, berkemungkinan besar akan berubah menjadi jahat balik dengan sekelip mata juga.

Tak semua la, tapi majoriti. Sebab segala bentuk jahiliyah kita adalah semuanya yang kita suka. Kalau sekaligus mendadak kita buang semua, nanti lama kelamaan bila kita duduk sorang2, akan timbullah desakan2 untuk memungut balik jahiliyah2 yg dibuang tuh.
Imam Bukhari meriwayatkan : "Dihiasi syurga itu dengan perkara-perkara yg dibenci. Dan dihiasi neraka itu dengan syahwat."
Maksudnya, neraka akan dikelilingi oleh segala keinginan nafsu serakah, sama ada kemewahan, kecantikan wanita, pangkat, kelazatan hidup dihormati dipuji dan sebagainya. Apabila manusia nampak semua keindahan dan kesenangan di sekeliling neraka itu, pasti kita akan teruja untuk mendekatinya. Tanpa sedar, ia menuju lurah kebinasaan.

Syurga yang indah pula akan dikelilingi oleh segala onak duri, jalan yg berliku-liku, bermacam-macam ujian dan bergelen air mata. Apabila manusia nampak jalan yang penuh pancaroba ni, semestinya kita tak pilih jalan yg ini. Tapi bagi hamba Allah yg dicelikkan hatinya, sentiasa meningkatkan keimanan, kesabaran dan istiqamah, insya Allah akan berjaya juga sampai ke syurga idaman :) 

Jadi, apa pilihan kita? Hanya jauhari yang mengenal manikam.  Tapi mesti  kita semua nak syurga kan. Ya Allah..macam2 nikmat yg tak terjangkau dek akal telah dijanjikan Allah.  Jomlaah! Kite doa sungguh2 agar ditempatkan di dalam syurga Firdaus, berpimpinan tangan bersama keluarga tercinta dan sahabat2 seperjuangan. Kata nak bersahabat sampai syurga? Insya Allah insya Allah ameen. Terasa keindahannya :)  kan? [er..are you with me? jgn cakap aku syok sendiri. hii takpe.]

Solusinya, mari bersihkan hati sungguh-sungguh. Istighfar selalu supaya hati kita nekad untuk memilih ke syurga walau ujian yg perlu ditempuhi itu hebat. Bukankah Allah berfirman yg Dia akan menambahkan kekuatan kita apabila kita beristighfar?

استغفرالله العظيم
استغفرالله العظيم
استغفرالله العظيم
 [11:52] Dan (dia berkata) : "Hai kaumku, mohonlah keampunan kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepadamu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa."
Anda (kita) akan merasa perubahannya. Kalau dulu hidup lebih mudah, tapi kurang menenangkan kerana ada rasa kosong. Tapi selepas melakukan perubahan, hidup lebih mencabar, tapi kasih Allah sentiasa dapat dirasakan insya Allah :) Mahu pilih yang mana? Saya sokong anda jika ingin berubah, walaupun  satu perubahan kecil. Niat sekarang2, lillahi ta'ala. Kita ingin berubah untuk menjadi lebih baik dan istiqamah dengan perubahan ini.  



Sedar tak sedar, Allah sedang menunjukkan kasih sayang-Nya kepada anda sekarang. Say alhamdulillah~ thank you Allah~ Bajai Islam dalam dirimu, biar Islam mengharum di sekelilingmu. Ameen ;) wassalam.

*Awak juga perlu leebih banyak istighfar, Asfarina! 

No comments: