Tuesday, May 3, 2011

Ohoh masa lapang

" Dua nikmat yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah waktu sihat dan masa lapang."
(Riwayat Imam Al-Bukhari)

Inilah ujian paling besar sekarang ini, ye tuan-tuan dan puan-puan. 
MASA LAPANG.

*krukk..krukk* 1 message received. Daripada seorang sahabat.
Help me! Aku da xtaw nak bokpe. Rasa bosan melampau2. Takot!
Sekarang iman dah makin tawar, kemanisannya dah pudar.
Kemalasan yg extreme. Nak buat ibadah pape pun makin malas..
Hati da xtau jadi ape.

Aku pun malas juga ketika itu. Hehe macam tahu2 saja. Takpe, terima kasih kepada beliau kerana mengembalikan semangatku selepas meminta pertolongan sebegitu rupa. :) 

Yah! Yah! Semangat! 
Syuh! Syuhh! 
Pergi pergi pergi syaitonirrajim!
Cik iman dalam diri, jgn mandulkan diri!
Bangkit2 n menyuburlah kembaLi! Aaaa~
Perlu dibaja pokok2 bunga iman dalam diri bia x terus melayu n mati.
Nah amek ni air2 segar! 
Yah! Yah! Semangat2!

-The rest is history-


Itulah. Perlu menyibukkan diri. Menyibukkan diri sendiri. Eh, hehe bukan busybody x kena tempat. Daripada dulu aku memang suka busy2. Bila xda kerja rasa macam cenderung untuk mencari kerja. Haha. Nama pun student, memang tipu la kalau relaks sentiasa. Kadang rasa tak cukup nafas. HUh hah huh hah sana sini. 

70:19

Indeed, mankind was created anxious
[Surah al-Ma'arij 70 : 19] Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh.


Untuk bacaan lanjut, boleh buka al-Quran tafsir muka surat 569. 
Kita cuba jangan banyak mengeluh ya. Penat kut asyik nak mngeluh je.
Ketahuilah, orang yg mendengar keluhan kita akan turut berasa letih mendengar. -.-'
Oh itu baru mengeluh. Belum lagi merungut kan.
Mengeluh bila penat, merungut bila marah. Dua-dua hasil cucukan dan anak panah syaitan.

Oh ok. So, hargai setiap detik yg dilalui dan akan dilalui tanpa pernah rasa penat atau bosan.
Kita mesti ingat, hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Setiap masa yg kita lalui akan dipersoalkan di akhirat kelak, bagaimanakah kita menggunakan masa yg diperuntukkan kepada kita di dunia ini. (?) so, memang kita takde masa nak berfoya-foya pun. Sebab kalau difikir2kan, semua benda sia-sia yg kita suka buat tuh takde kena mengena dengan hal ehwal pengembalian kite kpd Allah. 


-Klik pada gambar untuk zoom- 
 
*Sedar tak sedar, memang betul kita akan sangat-sangat menghargai masa bila kita sibuk. :)

Nak baca apa2 lagi? Klik bawah ini :
:) Di sebalik hijab hati
:) Time = past+present+future = loss/gain

No comments: