Wednesday, June 1, 2011

Love Letter 1

Assalamua'laikum warahmatullah J

Tersebutlah sebuah kisah seorang cucu dan datuknya. Sumber daripada salah satu Little Books jualan pihak Krafhati. Macam cerita budak-budak je, tapi pengajaran bagus sangat :) saya ada tambah tolak sedikit di mana-mana bahagian yg perlu. :D

Di sebuah kampung yang permai, Atuk Imam Muda tinggal di sebuah rumah bersama cucu kesayangannya, Mia Sara. Pada setiap hari, Atuk akan bangun seawal jam 4.30 pagi. Dia akan duduk di meja sambil membaca al-Quran.  Mia Sara sering berusaha bersungguh-sungguh untuk meniru semua perbuatan dan amalan baik datuknya walau dengan apa cara sekalipun.

Suatu hari, Mia bertanya kepada datuknya, “Atuk, Mia dah cub abaca al-Quran macam atuk tapi Mia tak faham apa-apa pun yg Mia baca tuh.. Dan kalau Mia faham pun, sekejap je. Lepas tutup Quran terus lupa balik. Kalau macam tuh, apa kebaikannya kalau kita baca Quran ye?”

Tuk Imam Muda pun senyum sahaja lalu mengambil sebuah bakul yg penuh dan sangat hitam dengan arang kayu. Dia membalas, “Mia ambil bakul ni bawa pergi sungai kat belakang kebun kita, dan bawakan atuk sebakul air.”

Mia patuh dan menurut sahaja arahan tersebut. Tapi, semua air keluar daripada bakul sebelum dia pulang ke rumah.

Atuk hanya ketawa hahhha dan berkata, “Mia kena lari laju lagi ni”. Semangat semangat!
Kali ini, Mia pecut sekuat hatinya. Tetapi, sekali lagi bakul itu kosong sebelum sempat dia sampai ke rumah. Setelah kepenatan, Mia sedikit mempertikaikan arahan datuknya, “Mustahil la Tok nak bawa air dalam bakul..” . Kemudian, dia segera pergi mendapatkan sebuah baldi.

Atuk pun berkata, “Mia..I don’t want a bucket of water, I want a basket of water. You’re just not trying hard enough”.

“Okay Atuk..I’ll show you. Walau macam mana pecut habis pun Mia lari, bakul ni memang akan kosong juga sebelum sampai rumah nanti”.

Mia pun seperti sebelum2nya, mencelupkan bakul ke dalam sungai dan berlari sekuat hati sekudrat yang ada. Ohh..seperti yang dijangkakan, “See Atuk..it’s useless”. Mia tercungap-cungap mengambil nafas huhhahuhha.

“Mia..jadi sekarang ni Mia rasa semua ini sia-sia?”

“Ha’ah. Tapi kenapa Atuk tanya macam tuh?”, tanya Mia sambil mengangkat kening kanannya.

Atuk Imam Muda tersenyum. “Cuba Mia tengok bakul tu”.

Mia melihat bakul yang basah itu, dan untuk pertama kalinya dia menyedari bahawa bakul itu telah berubah. Berubah yang macam mana? Ya, berubah daripada sebuah bakul yang hitam legam berarang kepada sebuah bakul rotan yang bersih luar dan dalam!

“Wah~~” [sila guna intonasi Upin&Ipin]

“Itulah yang terjadi apabila kita membaca Quran, Mia. Mia mungkin tak faham atau ingat semuanya. Tapi..bila Mia baca Surat Cinta Kekasih Abadi tu, Mia akan berubah, inside and out. Itu semua kerja Allah dalam hidup kita. Sebab al-Quran banyak sangat keistimewaannya.”

“Ouh,,terima kasih Atuk, terima kasih. Alhamdulillah, takda yg sia-sia walaupun Mia tak faham, kan Atuk. . Mia mesti baca Surat Cinta daripada Allah tu setiap hari! Mia kan nak tiru Atuk ;)”

Bacalah Quran walaupun satu muka..bacalah Quran walau sibuk mana pun hari kita. Ciumlah..dakaplah mukjizat teragung itu hari-hari. Moga amalan kita yg sedikit tetapi betul-betul ikhlas itu diterima Allah. Ameen :)

“Sungguh telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menjelaskan. Dengan Kitab itulah Allah memberi petunjuk kepada orang yang mengikuti keredehaan-Nya ke jalan keselamatan (dan dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu daripada gelap-gelita kepada cahaya dengan izin-Nya dan menunjukkan ke jalan yang lurus”.
[Surah al-Ma’idah 5 : 15-16]


Fastabiqul khairat wa mardhatillah~ 
Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan dan mencari keredhaan Allah. Wallahua’lam.

2 comments:

Khair Ad-Deen said...

Ingatkan surat cinta dari sape tadi... rupa-rupanya surat al quran =D

Anonymous said...

buat aku tersenyum :)