Monday, June 20, 2011

Hadis Qudsi Neraka

Assalamua'laikum warahmatullah :)

Hye! Salam 18 Rejab 1432H. Okay, kembali kepada janji sebelum ini [janji dalam 'Laila Cantik' :)] Kite baca hadis pasal neraka dulu lah ye? Semu hadis ni ialah petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah.

Berfirman Allah S.W.T yg bermaksud : "Wahai anak adam, bagaimanakah kamu boleh melakukan maksiat, sedangkan kamu tidak berupaya menahan walaupun hanya kepanasan matahari.

Neraka Jahannam itu ada tujuh lapis di dalamnya. Ada api-api yang membaham antara satu sama lain. Setiap tingkat ada 70 ribu buah kampung daripada api. Setiap rumah ada 70 ribu bilik daripada api, Setiap bilik ada 70 ribu buah kotak di mana setiap kotak ada 70 ribu ekor kala jengking daripada api dan di atas setiap kotak itu ada 70 ribu pohon daripada zakkum. 

Di bawah setiap pokok ada 70 ribu rantai daripada api. Pada setiap rantai ada 70 ribu malaikat dan 70 ribu ular daripada api di mana setiap ular itu panjang 70 ribu hasta, di dalam setiap rongga ular itu ada lautan daripada racun yg hitam.

Setiap kala mempunyai seribu ekor, di mana panjangnya ekor itu 70 ribu hasta. Pada setiap ekor itu ada 70 ribu tahil racun yg berwarna merah.

Aku bersumpah dengan diri-Ku, demi bukit Thur, demi kitab yg tersusun, demi lembaran yg terbuka, demi Baitul Makmur, demi atap yang tinggi dan demi lautan yg di dalam tanahnya ada api yg mendidih.

Wahai anak Adam, tidak aku ciptakan neraka melainkan untuk setiap orang kafir, pengadu domba, orang yg menderhakai ibu bapa, orang yg riak atau menunjuk-nunjuk, orang yg tidak mahu mengeluarkan zakat, orang yg berzina, pemakan riba dan peminum khamar.

Neraka juga disediakan kepada mereka yg menzalimi anak yatim, pengumpat serta penipu, perempuan yg meratap mayat, dan orang fasik yg menyakiti jirannya, kecuali mereka yg bertaubat, beriman dan beramal soleh.

Mereka itu Allah akan menggantikan kejahatan dengan kebaikan, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang.
 
Hai hamba-hamba-Ku, kasihanilah dirimu, kerana tubuhnya tersangat lemah sedangkan perjalananmu amat jauh, bebanan amat berat, siratulmustaqim teramat halus dan pemerhati itu sangat melihat dan hakimnya Tuhan sekalian alam."
 
Pesanan Ustaz Zul : Perjalanan hari akhirat terlaaalu jauuuhh, janganlah kita jadikan dosa-dosa sebagai beban dalam perjalanan ini. Nak padam dosa senang je. Taubat nasuha dgn penuh keimanan dan buat amal soleh banyak2. Insya Allah dosa akan dugantikan dengan kebaikan.
 
Astaghfirullah..jauhkanlah kami daripada azab api neraka. Nau'zubillah..
Hadis Qudsi mengenai syurga akan datang la ek. :) mcm tak sempat sbb nak bersiap pergi mengembara hha. Cumanya nak cakap dulu, kenikmatan syurga itu teramat indahh dan tak tergambar oleh mata. Sungguh! Syurga dengan neraka memang betullah sangat sangat kontra. Sama juga, kebaikan dengan keburukan macam kutub utara dan kutub selatan. Semakin kite membuat kebaikan, semakin jauh daripada kejahatan. Semakin ke satu kutub, semakin jauhlah daripada kutub yang satu lagi. ;) sekali kau buat kebaikan, mesti ada rasa nak buat lagi. Sama juga halnya bila buat kejahatan. Tapi hati kita nanti yg akan membezakan, ketenangan tuh kite dapat ke tak ke cner?
 
Wallahua'lam Wassalamua'laikum.
Fastabiqul khairat wa mardhatillah~
Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan dan mencari keredhaan Allah :)

1 comment:

azrul said...

Salam. saya mohon untuk share dgn kawan2