Monday, June 6, 2011

Kalau tak panjang umur, dah sedia ?


Assalamualaikum warahmatullah :)

Kalaulah esok saya meninggal dunia macam mana?
Ada awak kisah? Ahah siapalah saya ni pada awak nak kisah kisah.
Kita dihidupkan kat dunia ni untuk akhirat
Di dunia sebagai khalifah, dan beribadat kepada Allah
Tapi kite selalu tak sedar hakikat kehidupan ni
Manusia mati ketika di dunia dan hanya akan sedar apabila di akhirat kelak
As-Sajadah 32:12, Dan (sungguh mengerikan azab yang bakal menimpa) sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepala di hadapan Tuhan mereka (sambil merayu), "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya, maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin."
Kite selalu je suka suka sangat sangat kat dunia ni macam takde kehidupan lain lepas ni
Tahu je mati itu pasti dan bila-bila masa boleh ditarik nyawa kite ni
Tapi tak pernah pun nak selalu beringat, nak selalu istiqamah
Andaikata esok hari terakhir Allah izin bernafas kat muka bumi-Nya ni..
Ya Allah..memang rasa tak sedia langsung la aku ni. Tahu pun takut, kan.

Padahal tahu je selagi bernyawa, pintu rahmat terbuka luas, pintu taubat belum tertutup
Tapi tak pernah pun nak manfaatkan sebaiknya
Macam saje je kite ni buat tak faham, buat-buat lembap nak bertindak
Buat tak endah je peringatan demi peringatan untuk bertaubat ulang-ulang
Macam diri ni suci sangat sampai angkuh taknak bertaubat, malas istighfar hari-hari

Memangla sekarang ni macam tak sedar je buat dosa
Sebab bukan curi ayam kat reban ke, bunuh jutawan ke, tonggang botol kat Modesto ke
Yang sekarang dosa duk buat ulang hari-hari tak kira pulak ek
TERtengok aurat orang sana sini, TERdengar mengumpat itu ini, TERdetik kat hati itu ini
Itu tak dikira berdosa lah? Ohhh..mana pasti tak berdosa?

Dunia ni ladang orang yg beriman, akhirat tempat kite menuai hasilnya :)
Macam seronok kan, nak menuai nantiiii? Katakan "ya! seronok sangattt!" hee :)
Selalu la kite fikir pasal syurga, insya Allah semangat untuk beramal tu bertambah-tambah ;)
Kalau ingat pasal neraka, biasanya tak lama pun rasa takut azab tuh. Esok lusa seminggu dua lupa dah aih.

Jadinya, kite mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari redha Allah kat dunia ni!
Kenapa pulak? Dengan pahala amalan je tak cukup ke nak masuk syurga?
Hadis riwayat Muslim : “Amal soleh seseorang antara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat menjauhkannya daripada azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah”.
Allah je yg boleh bg keizinan itu. Kalau ada rahmat Allah, insya Allah syurgalah tempat kita.
Nak dibandingkan amal kite yg tak seberapa dengan nikmat keistimewaan kekayaan kebahagiaan yg Allah janji dalam syurga nanti, memang tak setanding langsung!

Sebabnya, walau banyak mana amalan kite dan lama mana pun kita hidup kat dunia ni, (biasanya dalam 65 tahun je), balasan yg Allah janji tuh tempohnya SELAMA-LAMANYA. Infiniti! Kalau kite mula dapat kesedaran untuk beramal masa umur 20 tahun, tapi umur 20 tahun 2 hari dah kembali ke rahmatullah. Rasa-rasanya amal kite cukup tak nak dijadikan lesen untuk ke syurga? Mesti tak kan? 

Ingat tak kisah pembunuh yg dah bunuh 99 orang, kemudian nak bertaubat. Dia bunuh orang yg ke-100 baru dia dapat jalan daripada seorang alim untuk bertaubat. Dalam perjalanan untuk ke negeri yg dituju tu, dia meninggal. Tapi diceritakan, dia dijanjikan syurga sebab bila malaikat mengukur jarak antara dia dengan negeri untuk bertaubat tu lagi dekat daripada negeri dia bunuh2 orang. Subhanallah.. 

So, sebab tu la dikatakan kite masuk syurga ni sebab rahmat Allah, bukan amalan kite semata. Baik kan Allah? Kat dunia ni, rahmat dan kasih sayang Allah sangat luas taw. Tapi kat akhirat nanti Allah S.W.T sangat teliti, halus dalam menghisab hamba-hambanya. Takda siapa yg boleh selamatkan kite lagi dah. Syafaat Nabi Muhammad sallallahu a’laihi wasallam mudah-mudahan berjaya kite peroleh. Tapi kalau kat dunia ni nak berselawat pun berat sangat mulut, tak rasa malu ke kite nak terhegeh-hegeh minta syafaat Nabi Muhammad nanti?! Ohh..dah macam jauh dari syurga, baru nak ingat Nabi? Ya Rasulullah..maafkan kami..maaf Ya Rasulullah..maaf Ya Rasulullah...
  اللهم صل على سيدنا محمد و على اله وصحبه وسلم
  اللهم صل على سيدنا محمد و على اله وصحبه وسلم
  اللهم صل على سيدنا محمد و على اله وصحبه وسلم
Kalau difikirkan balik, nak cari redha n dapat rahmat Allah, mestilah perlu melipatgandakan amalan. Ye dak? Kite nak hadiah terbaik yg dah lama diidam-idamkan, mestilah (konon-kononnya) berhempas pulas menggembirakan org yg boleh beri kite hadiah tu kan? Tapi dengan Allah jangan ada ‘konon-kononnya’. Allah tahu segala. Minta dijauhkan amalan semua jadi sia-sia sebab kita tak ikhlas, riak, selalu harap dipuji. 


Di kesempatan ini, saya Asfarina binti Ismail ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah silap sepanjang kite bersahabat, juga sepanjang anda membaca apa-apa yg saya tulis di sini. Maaf kalau terkasar bahasa, terasa hati, berjauh hati, tercubit tepuk tampar mana-mana, terlebih mengacau menyakat mengusik, terbanyak tanya dan menerima paksaan menjawab. Tegur saya jika saya silap. Jangan takut malu, saya manusia biasa, belum pernah makan manusia lain. Minta halal segala ilmu, makan minum, kerepek biskut roti, nasi mi bihun kuey teow, air cincau semua air mineral susu higoat air garam dan sebagainya. [ ahah rasanya ni banyak berkaitan pasum je, maaf tiada diskriminasi walau di mana pernah kite bersahabat :) ] saya maafkan awak semua, terima kasih segala :) takda hadiah atau belanja apa-apa, doa sahaja dititipkan dari jauh untuk antum walau di celah mana anda berada. Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah. Ameen.

Bak kata Hilal Asyraf, "Mari menjadi hamba!". 
Wallahua'lam.
Wassalamua’laikum warahmatullah. Uhibbukum fillah. :)

No comments: