Wednesday, July 20, 2011

Life is fragile. Handle it with prayer :)

Assalamu'alaikum warahmatullah :)


Eheh. Okay ini berkaitan keputusan UPU baru-baru ini. Bermacam perasaan manusia yg berjaya dikesan. Siap ada group lagi, Lepasan Asasi Terani*y*. Mungkin ye, mungkin tak. Tapi jawapan aku lebih kepada ye. Haha. Entahla, aku ni dah macam takde perasaan. Group ni mungkin nak bagi sedar kat generasi lepas ni yg masa depan masih sangat fragile. Kalau nak salahkan pointer yg dapat tak setanding dgn ape yg UPU bagi, takleh kut. Banyak je lagi faktor lain. Kesian taw, ramai je lagi tak dapat offer langsung. 4 flat pun ade tak dapat apa2, baik lepasan asasi atau matrikulasi. Jantina pun mungkin diambil kira, so takyah nak compare sgt sebab aku perempuan, kau lelaki, kau boleh dapat itu, aku dapat ini je. Haha rileks rileks~ bersyukurlah kite :) tapi, sebenarnya kite akan sangat sangat menghargai zaman asasi kalau diisi semaksimum mungkin dengan pelbagai benda berfaedah, juga kenangan indah manis bersama kawan-kawan sefitrah.


move on babe!
Cumanya nak cakap, kalo tak dapat apa yg kite nak tuh, pelbagai cara boleh dilakukan. 
Pandangan saya saja :

1) Solat iktikharah n hajat banyak2. Minta ketetapan hati :)

2) Solat taubat ulang2. Mungkin ujian yg agak pahit ni sebab dosa2 kita masa lalu. 
Kalo bersabar n tabah, insya Allah ad hikmah and diampunkan dosa.
Sikit je kut ujian ni, mmg sedih tp jgn berlebihan mengeluh.

3) Redha dan jangan berhenti bersyukur.
Siapa tahu suatu hari nty kita akan sangat2 bersyukur n menghargai pengalaman saat diuji hari ini? 
Allah mmg lebih tahu dan saaangat baik :) kite nak redha Allah tapi saat diuji kita rasa tak redha pulak dgn pemberian-Nya?

4) Kalo berminat, cuba ikhtiar buat rayuan. Usaha tak salah, ikhtiar n tawakkal. Takdir Allah di hujung usaha manusia.

5) Sebaik-baiknya terima je tawaran yg sedia ada. Kalo tolak, takut nty terus black list dalam UPU utk buat master ke phD waktu akan datang.

6) Kut la mmg dpt petunjuk nak pergi IPTS, duit pun boleh ikhtiar.

*ade blog sorang akak tuh menjelaskan segala n dy bukanlah org berada, keluarga biasa2. tapi kesungguhan dan semangat+tawakkal tinggi tu yg memudahkan segala. 
Perkara ini bunyinya agak menyusahkan. Bergantung pada pandangan masing2 :)

Kite semua HEBAT! Hebat kerana berjaya dapat kos yg kritikal. [tahniah! hihi :)] 
Hebat juga kerana terpilih awal2 utk diuji Allah. Semua akan diuji, jgn risau. Mungkin giliran belum tiba, perlu bersedia sentiasa. Insya Allah akan kuat untuk menempuhi segala :)

p/s : Ohye, mungkin saat ini kite perlu mendoakan org lain, jgn terlalu berharap org akan mendoakan kite tp kite tak pula memulakan utk mendoakan org lain. Sekian, terima kasih semua! Sayang semua fillah ♥ Allah jua yg membalas kebaikan2 anda (tak perlu saya nyatakan secara terperinci) yg terkesan secara sedar atau tidak kpd saya :')

Dengan rasa penuh hormat dan merendah diri, saya persembahkan serba sedikit inilah keputusan UPU saya : 

Aliran Sains 
Ijazah Sarjana Muda ... dengan Kepujian (LG42) - 8 semester

Alhamdulillah~ :) Tapi sekarang saya masih ikhtiar mana tahu ada rezeki juga buat Pergigian di mana-mana. Berbanyak terima kasih kepada ibu tersayang :') infinity thank you, ibu. Ahli keluarga yg lain juga juga rakan-rakan :') Allah jua yg layak membalas kebaikan kalian.

Menghayati keindahan alam ciptaan Allah~ Dapat sama ngn saya? Hello2 la ye :) yg kite dapat ni best la, etnik setempat paling best, kolej kediaman best, prospek kerja pun sangatlah luas dan menyeronokkan. Kerja hospital bole, jd consultant syarikat2 pun boleh dan banyak lagi cabang-cabangnya, Ada subjek keusahawanan utk elak graduan menganggur selaras dgn RMK-9, boleh wujudkan peluang pekerjaan jugak. insya Allah. menurut senior2, course ni xde masalah, kalo dah grad xkeje pape tuh salah diri sendiri la. hihi.

Mula-mula dapat sedih ohh. So selepas cuba mempositifkan pemikiran, alhamdulillah okay je boleh terima dengan lapang dada. Semua yg saya tulis ni lebih kepada untuk memujuk hati sendiri :') Kau perlu rasa istimewa sebab terpilih, ini bukan calang-calang punya pengalaman kau akan dapat. Walaupun bukan kos kritikal seperti yg diimpikan, tapi antara kos keutamaan. Boleh check di laman JPA ni Dalam Malaysia ni je baru (RMK-9), kat negara maju lain dah lama dah ada. Dah habes kaji dpd senior2. hihi. Doakan perjalanan saya yg sangat jauhhhh nanti selamat. Sebarang tempahan barang-barang import boleh hubungi saya melalui mana-mana talian yg akan dibuka pada tanggal 2012 :) hal tempahan ini serius, bukan gurauan. 

Lagu bawah ni lama dah, memang seronok ;) asal lirik ade alam semula jadi cun cun je, mmg aku kata seronok. eheh. Entah-entah benda benda gini yg akan aku belajar. How nice the nature is :) Subhanallah~

Cerita hati :)
Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com





Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta


Allah tidak pernah menjanjikan bahawa : Langit itu akan selalu biru, bunga akan selalu mekar, dan mentari akan selalu bersinar. Tapi ketahuilah bahawa Dia selalu memberi pelangi di setiap hujan panas, senyum di setiap air mata, berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doamu. 

Oleh itu, bersabarlah dan bersyukurlah ;) Allah beri segala apa yg kite perlu, bukan apa yg kite nak. Cuba rujuk semula surah al-Baqarah ayat 216 : Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu perkara yg kamu benci. Boleh jadi kamu benci sesuatu, padahal ia baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah jualah yg lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

Dalam VT, ada ayat begini halaman 444 : "Siapa takut kalah? Apabila sudah uasaha yg terbaik,   apabila kalah, maka kite kena redha. Itu tandanya, kalah adalah yg terbaik ketika itu. Allah tidak akan sia-siakan usaha kite. Yang terbaik itu tidak semestinya menang."

Tapi kalau kite menang, kite akan rasa lebih seronok, kan? Perkara ni memang sukar difahami. Kite merancang, Allah juga merancang, tapi kena selalu ingat - Allah adalah sebaik-baik perancang dan rancangan-Nya jualah yang terbaik, lebih istimewa dan penuh kejutan yg menggembirakan! Insya-Allah takkan ada yg sia-sia.  :)

Lagi satu ayat kegemaran sangat sangat, at-Thalaaq (65:2-3) [ayat 1000 dinar] : Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan dibukakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yg tak disangka-sangkanya. Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.


Sebab tuh la bila rasa nak putus nyawa, atau like the whole world befalls upon us, masa tu la kite perlukan segala basic life supports. Orang-orang yg hampir dengan kita, -yg tak perlu tanya kenapa, cukup apabila cuma cakap, "I'm here" atau "Tahniah!" dgn apa yg kite dapat walaupun rasa tak berapa layak untuk ucapan tahniah itu.  Jangan pula fikir itu suatu sindiran. heheh :) Paling penting, kebergantungan kepada Allah akan lebih hebat, sebab kite akan selalu rasa tak cukup dengan manusia. Manusia ni semua takde sape ade magic paling gempak. Allah Maha Hebat :) Janji Allah itu pasti, Allah tak suruh kite suka hidup. Dia suruh kite mencintai-Nya dan segalanya bakal menjadi indah. Insya-Allah. Have faith :)

Bak kata pepatah [lebih kurang la bunyinya], "Benih yg baik walau dicampak ke pulau mana sekalipun akan menjadi pokok juga". Mari buktikanlah!


Konklusinya:
1. Melukis kekuatan melalui masalah
2. Tersenyum saat tertekan
3. Tertawa saat hati sedang menangis
4. Tabah di saat terhina
5. Mempersona kerana memaafkan
6. Mengasihi tanpa balasan
7. Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi
Source fr conclusion : Somewhere-bettersweetlife

p/s : hoyeah saya memang sat2 guna kata ganti diri 'aku', sat2 'saya'. Bia je lah kan, sbnrnya mmg taktahu nak guna apa. ana? hee :) maaf maaf. Dan  saya main tulis je ape ape, selalu main campur je segala bagai. kadang tajuk tuh main bubuh je. haha. harap terima seadanya~ takminat pun xpe. Terima kasih :) Moga ada sedikit manfaat. Sekian, wassalam.

6 comments:

fy said...

asfa congratz..dapat kt mana..xpelah cubalah sedaya mungkin..mungkin ade hikmah x dapat dentist...ape2 pun kite tetap sokong asfa :)

Unknown said...

asfaaa! HAHA sumpah panjang gila coretan ko nih. meme kecoh beno. relaxlah beb. aku dah bagi solution kan.. nanti ade rezeki dapat lah blaja kat tempat lain plak. insya-allah. doa jek okai. hehek :B

Ciksu said...

Mu ghoyak kelate boh pahni.

Dop pun mu buleh join sekoloh2 pondok dehhh...

Sahabat senasibmu,


Rozana :D

Asfarina :) said...

thank you thank you fy, nad, ciksu ;)
insya Allah okay je. kite senang minat byk benda baru. ehee.

rozana, yeah ramai ja rezeki tak seperti diharapkan. bukan soal main2 blaja pun dulu. Allah tahu la yg terbaik. xpe, kau hebat je (mereka juga), insya Allah tak luak kne cmpak mana pun. sokong semua :)

Anonymous said...

asfa, kite semua pasti berjaya....it's just the matter of time...haha...ko pon bukannye xberjaye ni...cuma xde rezki yg ko nak je...

Unknown said...

good luck ea...we r in da same boat..btw,redha jerr...insyaALLAH we can do it...