Wednesday, July 27, 2011

Saya dan blog anda. Anda boleh ambil tahu.

Assalamua'laikum warahmatullah :)

Sejujurnya, saya memang suka membaca. Saya lebih mencintai bahan bacaan bercetak hitam putih di atas kertas. Terutamanya karya mereka yg jauh lebih arif ilmu dan kefahaman dalam bab-bab tertentu. Jika penulis muda, saya suka Hilal Asyraf dan Hlovate (wlaupun taktahu umur muda ke tua). Saya jarang sekali membaca blog beliau, kerana..er, byk distraction sewaktu di atas talian. Saya perlu fokus dan menjiwai (cheh) sepenuh hati untuk membaca hal-hal yg serius bagi memaksimumkan mesej yang sampai terus ke hati.

bilikbilikbilik. bolehla sponsor rakbuku baru sempena raya. agaga~
Ye, saya kadangkala sangat lambat untuk mengambil tahu siapakah gerangan anda yg mengikuti perkembangan blog saya. Walaubagaimanapun, saya amat amat berterima kasih kerana sudi membaca tulisan saya yg tak seberapa ini. Jika agak hampeh dan tidak menepati selera anda, dipersilakan segera menekan butang 'X' yg berwarna merah itu :) tade hal lah.

Mungkin saya kurang berminat untuk menekan butang 'Follow'di blog anda. Eheh terutamanya yg sudah banyak followers. Ini bukan kes cemburu. Oh tidak akan pernah sama sekali untuk berperasaan seperti itu dalam isu ini! Cumanya, adalah lebih senang jika saya hanya 'Bookmark' blog anda. Hal ini biasanya terjadi pada sesetengah blog saya memerlukan konsentrasi yg lebih untuk membaca, terutamanya mereka yg suka menulis panjang-panjang. Apabila sudah bersedia jiwa dan raga barulah saya berjalan untuk bertandang ke laman-laman tersebut. [Dah macam serius sangat la pula bunyinya. Tak tak :)]

Saya tidak berapa kerap meninggalkan jejak di mana-mana. Malas, mungkin. Eheh. Takdelah, cumanya jika tidak banyak hal yg dikejarkan, macam2 akan saya buat termasuklah berlama-lamaan di blog anda membaca entri-entri yg sudah lapuk. 

Mungkin anda perasan suatu masa dahulukala Facebook dan blog saya macam tidak bernyawa, tapi saya tahu saja perkembangan dunia semasa kawan-kawan. Sampaikan ada yg menegur, "Mana kau tahu semua ni? Macam tak nampak bayang langsung je kat alam maya. Aku yg hari-hari online pun baru tahu.". Ha ha okay fine, tak lawak.

Apa? Stalker? Eheh macam kau tak je. Facebook n blog open kut (kecuali yg diprivasikan) , biasaya aku nak pastikan mereka masih hidup. Itu sahaja. At least, tak berminat usha gambar orang sana sini, in relationship ke hape. Kadang-kadang nampak yg kat Home Facebook tu je lah. Takde gambar yg menarik mane pun kalau namanya Facebook tuh. Semua gambar orang. Ehih. Lainlah kalau ke sini :) Kak Ainin :) pun dah jatuh suka.

Ohya, saya menulis untuk dibaca. Adalah amat tidak seronok jika anda meninggalkan jejak atau main follow tanpa membaca sebutir ayat pun. Bukan 'Follower' atau 'Comment' yg saya kejar. Cukup sekadar baca tiga empat perenggan je pun boleh~ :) tade hal lah.

Dan setahu saya, anda perlu berbalik kepada tujuan asal anda membuat blog. Masing-masing berbeza matlamat kan. Tapi semuanya perlu ikhlas dari hati untuk dikongsi (walaupun anda membebel pasal jejaka2 steady atau gadis2 manis yg bermacam ragam). Sekurang-kurangnya, kami para pembaca mendapat pengalaman hidup daripada pengalaman2 yg anda kongsi. Keh3

p/s : Sekarang ini zaman guna 'ewww ewww' ke? Mak ai. Buruk benor bunyinya. Tak ke? 
Testing : Okay lettew, kaw cakap kat diew nty aku jumpew kat sanew lew. Ya Allah, tak lawa sungguh. Sampai hati kau buat bahasa aku cmtuh sekali. Jumpa kat blog Kak Yan video AnwarHadi berkaitan 'eww eww' ni. Hihi betul la ape dia cakap:



Sekian, terima kasih. Maaf maaf jika terkasar bahasa. Saya cuma rasa nak cakap hal ini :) maaf ek semua. Mari bersedia menyambut Ramadhan 1432H! :)

5 comments:

Ciksu said...

bilik hang ka tu?

pehhh mantop dehhh...

bilik aku bagai perkampungan dilanda badai. Nauzubillah nak haplod gambar, huhuhu.

~Rozana

Asfarina :) said...

sblum kau tanya ni pun ada 2 org teguq kat fb. haha ade ka itu jadi isu :D

AFIQAH said...

asfa, cantek bilik tuu :) boleyy explen tak tang eww eww tuu. aku tak paham la :D tengkiu !

AFIQAH said...

asfa, ape maksud zaman eww eww tu . aku tak paham laa . hehe . explen sket :) tengss .

Asfarina :) said...

hee tang mana ang tak paham? dah tgk vid tuh? aku ckp sikit ja, vid tu menerangkan lebih lanjut :)

kalo kat fb la selalu aku nampak, banyak sangat tambahan 'ew' menggantikan huruf 'a'. dulu takde pun, semenjak dua menjak ni je aku perasan budak2 guna 'eww eww', so that's why aku ckp zaman eww eww :D