Wednesday, August 17, 2011

Eksklusif Nuzul Quran : Mendidik anak GenQ ;)

Assalamu’alaikum warahmatullah :)

17 Ramadhan Nuzul Quran kan? Betul la tuu :)

Semenjak dua menjak ni banyak majlis khatam Quran kan. Daripada baya anak-anak kecil Tadika Agama Johor (TAJ) sampaila baya makcik nenek. Betapa malaikat sangatlah banyak waktu majlis tu, dan antara waktu doa dimakbulkan ialah ketika khatam Quran. Ada ustaz ni memang sungguh sungguh menggalakkan kita join sebarang majlis khatam. Walaupun kita ni jenis tak suka bersosial jumpa orang ke, tapi pergilah majlis khatam Quran.  Walau takde geng orang muda tapi ramai makcik pakcik je ke, tapi pergilah majlis khatam tu. Banyak fadhilat, so mari doa banyak-banyak.

 Jangan fikir malu, jangan fikir segan, pergi je. Nanti kan, kalo kat akhirat nanti kita ditimbang amalan dan berat ke neraka, tiba-tiba titik-titik peluh kita berlari-lari datang jumpa Allah dan jadi saksi yg mereka dikeluarkan semasa kita on the way nak pergi majlis ilmu (isu skg: majlis khatam al-Quran). Barulah time tu rasa betapa bersyukurnya selalu pergi majlis ilmu walau kat dunia dulu kadang-kadang parking jauh berpeluh-peluh berjalan. Takpe, selalu perbetulkan niat. Ikhlaskan hati lillahi ta’ala :) 

*credit to Amalina Najwa sebab bgtahu aku kisah menarik peluh tu. Akan ingat selalu, insya-Allah :)

kalo tgk style, beliau ini berpeluh bukan sebab pergi majlis ilmu, more to after jogging. eheh google nih. 
Sya’aban lepas, ada Majlis Khatam al-Quran Bersanad kat MRSM Pontian. Yang menariknya, 1st, aku tak tahu macam mana la khatam bersanad tu, so saje je pergi ikut orang tua. 2nd, sebab adik Muhammad datang! Dengan ayah dia! Siap ada sesi berkongsi pengalaman lagi macam mana Muhammad tu 10 tahun dah boleh hafaz 30 juzuk. Nak diikutkan, tak kenal sangat pun empunya nama tu. Tapi bila dah tahu melalui biodata beliau dalam buku program, rasa excited pula, rugi betul kalau tak pergi. Alhamdulillah Allah gerakkan juga hati. Tapi..betapa aku sedikit sedih, kamera ni battery low pula, tak dapat nak record vid  -.-‘

Ehh, kenal tak adik Muhammad? Yang dulu waktu dia umur 10 tahun dah hafaz Quran. Yang selalu keluar kat TV9, yg mcm chubby2 sikit tu. Kenal? Okay takpe, nak cerita sikit perkara yg boleh dijadikan teladan untuk kita semua, insya-Allah.

***
Temu bual dengan dia secara  ringkas ada [di sini].



Ayahnya, En. Ahmad Zahid bin Zainal Abidin, penasihat undang-undang KLCC Property Holdings Bhd. Ibunya, Dr. Siti Khadijah bt Fadhil, seorang doktor gigi. Anakanda sulong mereka ini bernama Haji Muhammad Al-Hafiz bin Ahmad Zahid sedang menuntut dalam Tingkatan 4, aliran sains tulen di Darulhikmah (Sekolah Tahfiz Integrasi, Jalan Ampang, Selangor).

Banyak sangat kejayaan dia ni, malas pula nak list-kan. Haha. Antaranya, tahun 2009, Johan Hafazan al-Quran kategori 1-30 juzuk di Dubai, peringkat antarabangsa (Johan Kebangsaan, so wakil Malaysia). Sempena Maulidur Rasul 1430H/2009, beliau dikurniakan dua anugerah ; Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan oleh kerajaan Malaysia dan Anugerah Khas ‘Saidina Ali’ oleh kerajaan negeri Selangor. Beliau juga mahir berenang dan 1st Dan Black Belt Taekwondo. Sekarang ni pun menuntut dengan Datuk Dr Harun Din di Darussyifaa’, pengajian perubatan Islam. Beliau juga mengikuti tusyen Kumon Matematik (ape tuh? haha), astronomi dan komputer. Kitab hadis lagi jangan cakap la, banyak juga berjaya dihafaznya seawal usia 9 tahun. Alhamdulillah. Naib Johan Pertandingn bercerita bahasa Inggeris kt PWTC, menjadi imam terawih di banyak masjid, banyak rakaman DVD, keluar TV dsb. 

Bercita-cita menjadi seorang ulama’ professional dan pendakwah berkesan. Semoga dipermudahkan kelahiran seorang ulama’ dunia dari Malaysia ini. Versi Yusuf Qardhawi, Imam Hassan al-Banna dari Malaysia. Ameen :)

Okay, kisah ibunya dulu ye. Semestinya persediaan sejak mengandung sangatlah rapi. Menyedari akan hakikat bahawa dia dan suami adalah daripada golongan professional, mereka berazam untuk memberikan sumbangan yg besar kepada ummah. Cita-cita yg menjulang tinggi disulam dgn doa setiap hari, mereka sematkan azam untuk melahirkan anak-anak yg terbaik. Ketika mengandung, selalu diperdengarkan alunan ayat-ayat al-Quran dan zikrullah. So bila dah lahir dan diperdengarkan semula, seolah-olah mereka sudah familiar dgn kalam suci ketika di alam janin dahulu. Dapatlah memudahkan hafazan, insya-Allah. [Ibu dia tak hadir ke majlis temu bual tu, so tak dapat share banyak sgt.]

Susana dia dibesarkan memang bukan calang-calang. Sejak usianya 4 tahun lagi sudah dijinakkan dengan suasana masjid, ulang-alik untuk solat berjemaah Subuh, Maghrib dan Isyak. Bukan senang kan? Sebab tu la memerlukan ibu ayah yg komited. Ibu ayah dia pun bukanlah orang biasa-biasa yg banyak masa terluang, tapi merupakan golongan professional yg selalunya memang sibuk bekerja! Tapi, demi Allah, demi Islam, demi mementingkan masa depan anak-anak dan saham akhirat, dicari juga masa untuk mencurahkan masa berkualiti dgn anak-anak amanah Allah. Hebat kan?




Kalau kita telusuri, memang banyak sangat duit dilaburkan. Kelas-kelas hafazan, kelas kemahiran selain hafazan, upah guru-guru, kos perjalanan ke sana sini, memang banyak pakai duit.  Tapi dek kerana ingin memuliakan al-Quran, kerana sayang akan Islam, segalanya sanggup dilaburkan. Dan ianya bukan pelaburan hangus, tapi sangat sangat berbaloi untuk jangka masa panjang, juga untuk kehidupan infiniti sebagai bekalan di akhirat kelak. Insya-Allah. Biar susah pada mulanya, manis pasti menyusul di hujungnya :) Alhamdulillah, Allah juga permudahkan niat murni mereka mendidik anak-anak GenQ (Generasi al-Quran).

Subhanallah, betapa beruntungnya mereka yg memuliakan kalam suci al-Quran, betapa beruntungnya mempunyai anak yg hafaz al-Quran, betapa beruntungnya akhlak anak mengikut acuan al-Quran, betapa beruntungnya mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan, betapa sejuk perut orang sekeliling melihat rahmat Allah ke atas keluarga mereka, seterusnya pasti tersebar rahmat untuk kita ummat Nabi Muhammad S.A.W di Malaysia ini. Insya-Allah :’)  

Tapi perjalanan Muhammad tak semudah itu. Pernah suatu ketika, dia seakan-akan putus asa untuk mengahafaz al-Quran kerana gurunya kembali ke rahmatullah. Ketika itu dia sudah menghafaz 27 juzuk (tak silap la). Sayunya hati seorang anak kecil kehilangan sumber inspirasi ketika baru berjinak dengan dunia hafazan al-Quran. Ayahnya memainkan peranan untuk memujuk dan melatih Muhammad untuk menghafaz sehingga ke juzuk 30. Ini semua hasil tunjuk ajar si guru sewaktu hayatnya kepada ayah Muhammad. Hubungan si ayah dan guru peribadi anaknya juga sangat baik. Maaf ek, tak ingt nama guru tersebut. Sheikh-something la. Terkenal juga rasanya.




Setiap kali pulang ke rumah, ayahnya pula mengambil tugas sebagai guru bagi mengulang hafazannya. Setiap hari sekurang-kurangnya tiga juzuk diulang-hafaz. Muhammad tidak belajar mata pelajaran di sekolah seperti kanak-kanak lain. Seawal usia 6 tahun, dia dihantar ke sekolah tahfiz. Ini cara didikan ibu ayahnya kerana mahu anaknya fokus menghafaz al-Quran dahulu. Banyak kali juga Muhammad tertidur keletihan di tangga Masjid KLCC sementara menunggu ayahnya rehat dan menyemak hafazannya selepas zuhur. Sayunya hati seorang bapa melihat anaknya tertidur, seolah-olah zalim terhadap anak sendiri. Tapi itu tidak menjadi masalah. 

Biar anaknya solid dengan al-Quran, ini mememudahkan proses pembelajaran akademik memandangkan anaknya sudah ada tasawwur (kerangka) fikiran al-Quran. Umurnya 10 tahun (lebih kurang), barulah dia mula belajar seperti biasa. Berkat memuliakan al-Quran dalam kehidupan, Allah permudahkan laluan, alhamdulillah :)

Muhammad juga didedahkan dengan banyak pertandingan di pelbagai peringkat. Hal ini memberikan pengalaman istimewa kepadanya untuk berkenalan dengan para pemimpin besar dunia Islam.  Muhammad juga telah berpelukan dengan Imam Makkah, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais. Selain itu, peluang ini juga mampu mengoptimumkan dirinya untuk melakukan anjakan paradigma ke arah yg lebih terurus dan terarah. Eceyh da mcm nak buat esei spm. Hahah rindu bm spm.

No du'a made to Allah s.w.t is ever wasted. So, keep asking :) usaha, tawakkaltu a'la Allah!


Konklusinya, kepada (bakal) ibu bapa mulia sekalian, berusahalah untuk mengutamakan akhirat anak ,dunia pasti melutut. Lagipun, al-Quran ni sangatlah mulia, mudah-mudahan kita mendapat syafaatnya di akhirat kelak. Ameen :) Saya kongsi pengalaman sesi temu bual ini supaya menjadi inspirasi kepada kita semua, bakal golongan profesional kan? Insya-Allah, ameen. Ada juga perkara lain yg tak diceritakan di sini, dah lupa. Hehe. Tapi kalo ada yg bertanya, mungkin saya boleh ingt balik jawapan adik Muhammad tu.

Andaikata saya meninggal esok lusa, tak sempat ada anak, sekurang-kurangnya pengalaman bernilai ni sudah disebarkan. Yang baik ni  mari cuba kita jadikan tauladan, untung berkepuk-kepuk, dunia akhirat sekali gus. Siapa taknak? :)

Biar merangkak membaca, biar susah menyebut, tapi usaha untuk mengaji itu ada. Bacalah, walaupun hanya satu muka. Jangan malu, jangan malu minta diajar. Kelak menyesal di akhirat dah takda siapa dapat tolong :(
Sabda Rasulullah S.A.W bersabda : "Sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya". [Riwayat Bukhari]
 Bahan bacaan lain yg best, buat kau (dan aku) kembali mencari al-Quran yg mungkin sudah berhabuk, seterusnya lebih suka mengaji, insya-Allah. Hikmah setiap huruf dan makhrajnya mengikut cara perubatan Cina. Pendek je ni: Ayat al-Quran penawar segala penyakit. Rasionalkah? :)

Kat negara bukan Arab yg lain ramai juga yg 10 tahun dah hafaz Quran. Ya Allah, bagusnya guna kemampuan otak sungguh sungguh waktu kanak-kanak. Here : Koran by heart
Allahua'alam wassalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh :)


p/s : Page CHERITERA 2 - kisah Hari-hari Terakhirku ;) kalau banyak masa, saya ucapkan selamat membaca panjang-panjang! ehehhe.

6 comments:

fy said...

artikel ni sgt menarik asfa..mohon izin ntk copy eh..nk kongsi ngn kwn2 yg lain..bestnya klu kita punya ank mcm tu kn?insyaallah..

Asfarina =) said...

tu la, kite pun rasa motivated waktu dgr tuh. nak menangis pun ade :)

ye2 farah, silakan silakan ~

kingFIQA said...

best gilaa :D sedih and terharuu bace . T.T

Nisa said...

Orait. pada mula adeihh panjangnya. tapi Alhamdullilah, bace gak pon!

Thanks for this entry!!

Little Miss Curious said...

Salam Dear Asfarina, thanks for sharing this. tarbiatul aulad nih :D hehe. again,thanks, syukran, jzkk. ^^

Asfarina =) said...

alhamdulillah, pleasure~ :)