Friday, March 26, 2010

Saya suka sirah :)


Assalamualaikum.. Hye hye! Teringat kalo kat maktab dulu, selalu ada tazkirah.. kat surau lepas asar, maghrib, weekend after Subuh, sebelum prep malam tamat, kat wing lepas bacaan.. Gmbar kat ats tuh, dgn beberapa org clsm8 (Dayah,  Yunie, Anem, Wanie, Aimi,  Asfa, Izyan, Abby) baru balik Usrah Jumaat dari surau. Ahah rindu~ Paling suka kalo dgr tazkirah yg ada cerita2.. Sbb seronok, kan? :) Kalo ada unsur2 humor, mulalah gelak2 menampakkan gigi masing2..x pun, gelak2 ayu. Tapi kalo ada unsur sedih, ada gak lah rakan bersebelahan yg ternangis..huu Sirah lagi santai, ringan untuk disampaikan dan senang meresap dalam hati kita semua, berbanding teori-teori yg agak berat. Lepas dengar/baca sirah, kadang2 ada rasa kagum dan teringin nak mencontohi karakter dalam cerita tuh.

Nak amalkan sirah sebagai bedtime story lagi baguuss~ kalo cerita kat adik-adik, moga2 mereka tertarik untuk mencontohi sahsiah mulia yg terdapat dalam sirah yang dibacakan tuh.
Kisah-kisah umat terdahulu, perjuangan Rasulullah dan para sahabat, kisah hidup para ulama dan pejuang Islam, bukanlah utk kita tatapi dan baca sahaja. Kemudian ada yang menangis kerana terasa di pangkal hati, kemudian buku itu kita tutup semula tanpa ada praktis dalam kehidupan kita. Sirah sepatutnya kita hidupkan dalam kehidupan kita. Barulah sirah tadi bermakna dan berguna. :)
Kita membaca kisah Sumayyah yg menjadi orang pertama syahid dlm Islam. Dia teguh mempertahankan keislamannya sehingga disula oleh Abu Jahal. Kita menangis terharu dgn keteguhannya. Tapi, dalam realiti kehidupan, kita tidak teguh dalam menjaga Islam kita. Jika begini, sirah tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Sepatutnya, apabila jiwa kita sudah merasa kita tinggal mencungkil rasa itu untuk menggerakkan tubuh kita membawa perubahan. Jika kita tinggalkan segala isinya tersimpan dalam buku, maka tiadalah gunanya walau kita menghafal seluruh isi buku itu.
Sabda Rasulullah, "Iman itu bukan dengan kata-kata, atau angan-angan, tetapi ia adalah apa yg tersemat dalam kalbu, dan dibenarkan pula dengan amal.

Rasa rugi lak masa g bookfair, terlupa nak cari buku2 cerita sirah..haih.. Sapa ada, nak pinjam bley? Haha..kidding. Konklusinya, marilah kita serap akhlak-akhlak para sahabat Rasulullah, aplikasikan kesabaran para rasul, bina kefahaman seperti mereka, bergerak mengikut gerakan dan menuju ke tempat yg mereka tuju. Barulah sirah tuh bermakna, berguna dan membina. Hidupkan sirah dalam kehidupan kita! =)

[Langit Ilahi - Hilal Asyraf]

3 comments:

Fauzan Suhairi said...

uisheyh! 'rin'! hahax..
insaf2!..
haha...ta saba nak pi bukfair!

Yusri said...

saya ada ! baru beli sultan muhammad fateh.. ade lg psl khalid al walid.. die dlm bentuk novel.. sape mau ?? huhu

Asfarina :) said...

hehe haha ape2 je la ko nih fauzan..

eyh yus, aku nak! pos2..
ngn zul un aku men pos2 buku..hee
ko baca dlu, mana yg bes bgtaw aku..
mekaceh2~