Wednesday, April 27, 2011

Hati ♥ yang tenang [1]


















Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
[Ayat 2 & 3 Surah At-Talaaq]
Being tested is a blessing in disguise.
Satu rahmat yg tersembunyi.

Sentiasa cuba untuk menjadi hamba Allah yg lebih baik. Bukannya sebab kita sedia baik.Kita ni sampai bila-bila pun berdosa. Tapi dengan rahmat Allah itulah semua dosa kita diampunkan. 

Tak apa kalau kau tak nak membesar. Tapi, jadi lebih baik seiring dengan pengalaman yg kau dapat. Apa pun kita buat, jalan mana pun kita pilih, kena ingat, jalan menuju Allah tuh straight je. -Quartet, Saidatul Saffa-
Biasakan diri dengan sapaan-sapaan iman :)
Bacaan tambahan :

Saturday, April 23, 2011

No 1 :)

Assalamualaikum :)


Kenapa kan, biasanya orang selalu cakap nak dapat nombor satu dalam peperiksaan. Kalau ada senarai, perkara lain jadi nombor 2,3,7 dan seterusnya. Tapi, kalau kita letak semua nombor satu macam mana?
 [tamak bunyinya (?)]
...
..
.
How how how?
-Jazakallah Langit Ilahi 3 : Fanzuru- 

Manusia yg cemerlang ialah manusia yg benar-benar 'hidup' dalam kehidupannya.

Kalau kita tanya ramai orang, majoriti akan mengakui bahawa akademik terletak di tangga teratas sekali dalam tujuan hidup. Tapi, jadual hariannya pula banyak dihabiskan untuk menonton wayang, clubbing, tidur yg pannjanggg dan perkara yg sia-sia. Bila exam semakin hampir, barulah mula menenung buku bertafakkur mengurung diri dalam bilik. Takda maknanya kalau bersengkang mata sampai larut malam tapi solat Subuh gajah. Takda makna juga kalau kita hanya tahu belajar, tapi soft skills utk hidup sangatlah kurang pengetahuan apatah lagi kemahiran.

Justeru, kite perlulah seimbangkan segalanya, Hee :) tawazun. Kalau kita tak seimbangkan semua prioriti dalam kehidupan ni, sebenarnya kite tak cukup bahagia. [Kenapa?] Tak percaya? Okay, yes, kite akan bahagia dalam bidang yg kite tumpukan seratus peratus tuh, Tapiii, sebenarnya sangat banyak lagi perkara indah dalam hidup ni yg perlu kita terokai. :)



Sebab tuh, dalam Islam, Allah ajar kita untuk minta kejayaan dunia akhirat. Kalau kita minta kebaikan di dunia sahaja, takda langsung kebaikan akhirat untuknya,  Tapi, kalau kita berdoa untuk kebaikan dunia akhirat dan terpelihara daripada azab neraka, "..mereka itulah yg mendapat bahagian yg baik dpd apa yg telah mereka usahakan dan Allah amat cepat perhitungan-Nya" (Al-Baqarah 2:200)

So, marilah kita berusaha untuk cemerlang, gemilang dan terbilang! (^^)/ Gemilang akademik, gemilang sebagai hamba Allah, gemilang sebagai seorang anak dan gemilang seterusnya terbilang dalam semua perkara! Ameen. [er..gemilang tuh boleh digantikan dengan sinonim yg sesuai mengikut citarasa andauntuk menyebutnya]

Dan lagi satu, lakukanlah yg terbaik dalam apa sahaja yg kita buat. Ingat2, Allah tidak melihat hasil, tapi Allah melihat segala perit jerih usaha kita. Kalau mendapat kurang sedikit daripada apa yg diharapkan, xpe jgn sedih. Siapa tahu, mungkin hasil tuh nanti akan menyebabkan kita riyak, Pencipta kita lebih tahu yg terbaik untuk kita hamba2-Nya. Nikmati setiapa amal yg dilakukan. Contohnya mcm sahabat saya, Faraulah tulis ni:

Kita nak solat zuhur,
Kita rehat sekejap dari kerja-kerja seharian.
Nikmatilah saat itu.
Ambillah wuduk dengan sempurna,
Rasakan butir-butir air sejuk ynag menyegarkan
Nikmatilah!
solat dengan sempurna.
Lepaskan beban hidup buat sementara waktu

Teruskan mensyukuri nikmat, mudah2an mengundang limpahan berkat. :) Mari memburu ilmu dengan tujuan untuk menambah amal, lillahi ta'ala. 

Hidup cemerlang bermula dari mengenal Allah secara mendalam. Tahu betapa berkuasanya Dia, sedar betapa bijaksananya Dia, yakin segala sesuatu daripada-Nya pasti mengandungi hikmah. -Ustaz Zul Ramli-

Manusia tidak akan melihat sebarang kebaikan pada dirinya, sekiranya tidak melihat dengan kaca mata syukur, redha dan qanaah. Masanya dihabiskan dgn mengagumi orang lain tp memandang rendah terhadap diri sendiri.

Oleh itu, untuk jadi menusia hebat, tidak perlu jadi orang lain tapi jadilah diri sendiri. Bukalah kunci kesyukuran dan sentiasa muhasabah diri,

Insya-Allah, pasti ada kelebihan yg Allah anugerahkan tersembunyi dalam diri kita.
 Selamat meneroka kelebihan itu! :) wallahualam.

*Mahukan bahan bacaan tambahan yg menarik? KLik di bawah.