Bismillahirrahmanirrahim, Assalamua'laikum
warahmatullah :)
Brotherhood Muslim Camp 2012 (Bro Mc '12) di Lopo Blue
River, Hulu Langat, Selangor anjuran PMIUM :) menariknya kali ni, bukan
setakat pelajar UM yang menyertai. Ada juga peserta yang asalnya dari
Singapore, Thai, Indon, UMK dan UKM (setiap tempat tu, seorang wakil je
la) dan ada juga yang belum Islam! Subhanallah. Brandon
nama diberi, Sabahan :)
Kami semua er..tak tahu..er..alhamdulillah telah
diatur oleh Allah untuk menyertai kem tersebut secara tiba-tiba.
(Ahhaha utk kes aku, memang rasa ketandusan pengisian, so kena cari jugak cuti ni)
(Ahhaha utk kes aku, memang rasa ketandusan pengisian, so kena cari jugak cuti ni)
Semua slot menarik, tambah-tambah lagi bila ada IM
Fakhrul :) sayang sekali, IM Hassan tak dapat datang sebab anak saudaranya
meninggal dunia. So insha-Allah dirakamkan di sini satu resolusi daripada salah
satu slot untuk hadaman kita bersama.
#Doalah aku rajin update untuk slot osem yang lain ;)#
#Doalah aku rajin update untuk slot osem yang lain ;)#
Graf Kehidupan
Slot paling touching (iskisk) ialah sewaktu LDK.
Ditugaskan untuk melukis graf kehidupan sejak zaman kanak-kanak sampaila umur
sekarang ni. Paksi X ialah umur, paksi Y ialah tahap kegembiraan (5 sampai -5 je cukup). Ehehh tak
pernah pun buat graf ni semua, tapi boleh tahan menarik jugak ni. (dalam hati :
tak suka betul kalo nanti kena share pasal kisah hidup -.-' aku nak dengar
cerita orang lain j, crita sendiri takyah le )
Inilah hasilnyaaa, tadaaa! Takde pembaris, takde
pemadam ke ape, hihi
*
Seperti alasan sebelum ini, gambar kat laptop kat rumah lain. eheh tapi
dah lama simpan draft ni, so tak sabar nk publish dulu ;) sorry morry! Oh, btw, kauorang buatla jugak! Best ni. Refleksi hidup sejak zaman kita ingat apa yg berlaku. Buat sekarang taw, lepas offline mesti dah lupa punya. ehee dari kecik tu, sampaila umur sekarang ni dah tua bangka uhuk uhuk.
Nanti kita compare deh :)
*
Nanti kita compare deh :)
kena senget kepala nih ahaha atas ke bawah. |
Lebih kurang 10 minit diberi masa lakar graf masing-masing. Kak Dila pun pilih orang pertama untuk bercerita..orang kedua..orang ketiga.."Okay, As pulak :)". Tercengang sambil tersengih dua saat. "Aaa? Kite ke? Heehe. Bismillah".
Membesar seperti kanak-kanak sihat riang yang lain,
alhamdulillah semua bahagia ;) 11 tahun tahap kegembiraan menurun ke -1. Takda
apa sangat pun, stres nak naik darjah enam mungkin. Kerja berlambak, Chess kena
buang ke bawah lalu tingkap, ketuk ketampi beratus kaliiii dan banyak lagi
kisah merepek waktu Darjah 5 ni :D Dengan pelbagai gaya lumba basikal, main
getah, tingting, panjat pokok. Membesar..membesar..membesar..tiba-tiba dah nak
masuk 20 tahun. Sekejapnya.
Long live the ol'school days! May Allah bless ;)
#The rest is history#
I pass on to you the same advice once given to
me,
"May the best of your past, be the worst of your
future".
Lepas dengar cerita kawan-kawan yang lain, felt like,
"Ya Allah..diorang ni lagi la diuji macam-macam. Aku diuji sikit sangat je
rasanya bila dibandingkan dengan mereka ni :("
Ya, setakat tak dapat apa yang aku nak keliling aku,
yang lain tu ujian kecil-kecil. Dari segi hal-hal lain, alhamdulillah
syukur syukur so far so good. Waktu hadapi ujian rasa macam kitalah yang
diuji paling mencabar, ujian ni lah paling hebat, tapi kita tak tahu orang lain lagi ramai yang ditarik
nikmat satu persatu. Zaman Rasulullah S.A.W, para sahabat lagi la hebat. Tapi apa yang Allah beri pada Bilal bin Rabah, keluarga Yassir, Mus'ab bin Umair, Zinnirah, Hanzalah? Syurga. Yakinlah, lama kelamaan kita boleh handle, at least emosi. insha Allah. Allah
takkan letak kita dalam keadaan yang akan rosakkan kita. Allah tahu kita mampu
hadapi semua, untuk menjadikan kita manusia lebih baik. Kau faham itu, duhai
diri?
Ada tu ayah dia sakit waktu nak exam, macam-macam kena
uruskan. Cari ubat sana sini, masalah duit lagi. Sahabat yang lain, ada yang
setiap kali nak exam besar (UPSR, PMR & SPM) , kawan baik dy meninggal
dunia, sebab kanser! Ya Allahh..sedih la tgk kwn sendiri duduk satu asrama
hari-hari rambut gugur, muka pucat, pengsan. Ada lagi sorang, mak dia memang
tak mengharap langsung pada dia. Belajar pun tak berapa pandai macam
adik-beradik lain, paling nakal, paling tak dengar kata dan macam-macam lagi.
Siapa tak sedih kan bila mak kita cakap macam tu? Tapi yang bersyukurnya, masa
mak dia accident tulang belakang patah sikit dan takleh buat kerja-kerja rumah
la, dia ni la yang menjaga mak dy. Menangis-nangis mak dy mengaku yang sekarang
ni, dy je la yang boleh jaga mak waktu sakit. Lagipun dy ambil Nursing kat PPUM
:) perangai pun semakin baik dan solehah, dah tak nampak muka nakal macam dulu
hihi alhandulillah, cantik je Allah atur semua kan.
Bukan saja-saja Allah meletakkan kamu dalam bidang
itu,
Bukan saja-saja Allah kurniakan kamu kepakaran
itu,
Bukan saja-saja Allah masukkan kelemahan itu,
Bukan saja-saja Allah memberikan ujian sebegitu,
Malainkan Allah tahu kamu akan memberikan sesuatu
dalam bidang itu,
Melainkan Allah tahu kamu akan membiakkan ilmu-ilmu
itu dan mentarbiyyah masyarakat di sekelilingmu,
melainkan Allah temukan kamu dengan insan-insan ikhlas
membantu,
melainkan Allah mahu menguatkanmu,
melainkan Allah mahu kamu tahu betapa tinggi kasih
sayang-Nya padamu.
Allah..Allah..Alllah <3
[ Thanks Along Atieya, you gave me the sms just on
time ;) *prep fr final* ]
sayang kamu fillah.
#Tangguh majlis dengan tasbih kaffarah & surah
al-'Asr. Lapaq, chow wassalam.