Tuesday, April 10, 2012

Sekiranya engkau mengetahui



A017
(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.

A018
Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.

A019
Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).

A020
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.

A021
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

A022
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.

A023
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).

A024
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.

A025
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).

A026
Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.

A027
Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.




"Ya Allah jadikanlah cahaya pada hatiku, cahaya pada lidahku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada mataku, cahaya dari arah belakangku, cahaya dari arah depanku, cahaya dari atasku, dan cahaya dari bawahku. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku cahaya. Ya Allah tiada Tuhan yang benar melainkan Engkau, janji-Mu adalah benar, perjanjian dengan-Mu adalah benar, dan syurga itu adalah benar, dan neraka itu adalah benar, para nabi adalah benar dan Nabi Muhammad S.A.W itu adalah benar. Tentukanlah kebaikan untukku walau di mana sahaja kuberada, sesungguhnya engkau berkuasa di atas segala sesuatu, Ya Qohhar. Ampunilah aku, Ya Tawwab, aku mohon keampunan-Mu Ya Ghoffar


Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan perkara yang susah boleh Kau jadikan mudah, apabila Kau mengkehendakinya. Kurniakanlah, dan jangan Kau tarik nikmat hati ini agar sentiasa segar mensukuri nikmat-Mu, badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu, lidah yang lembut basah memuji-memuji keagungan-Mu. Damaikanlah hati ini ya Latiff, penuhilah piala hati ini dengan keyakinan yang benar-benar mantap, ilmu yg berguna dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku ya Allah. Tenangkanlah hati mereka. Ya Hakeem, balaslah kebaikan mereka semua, berikanlah yg terbaik, lapangkan dada, muliakanlah mereka di sisi-Mu jua ya Allah.


Semua ini kerana-Mu ya Allah, semata-mata kerana-Mu jua ya Allah. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillahi rabbil a'lamin atas semua limpahan nikmat yg tidak terkira ini. Ya Rozzaq, aku mahu yg terbaik, yang teristimewa dan yang terpilih dalam kalangan jutaan hamba-Mu. Hasbunallahu wani'mal wakiil wani'malmaulaa wani'mannasir. Laa haula wa laa quwwata illa billah. Tetapkanlah hati-hati kami di jalan-Mu, tingkatkanlah rasa cinta dan lipat gandakan kesungguhan untuk berjuang dan mati di jalan-Mu. Redhailah setiap langkahku. Ampunilah aku ya Ghoffar, pandanglah aku ya Allah, pandanglah doa hamba-Mu yang hina ini ya Allah.


ya Allah..berikanlah kejayaan kepada kami di dunia dan akhirat. Tempatkanlah ku dalam kalangan org yg beriman dan beramal soleh dalam syurga-Mu yang teristimewa, syurga Firdaus ya Allah. Mohon redha-Mu ya Allah. Astaghfirullah astaghfirullah Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Ameen ameen ameen ya rabbal a'lamin."


Inspirasi doa insan-insan yg terkenal  di dunia dan akhirat, insya-Allah :)