Bismillah.
Assalamua’laikum :)
Alhamdulillah.
Tahu tak, kampus Jeli dah ada surau yg lebih elok dan besar berbanding semester
lepas. Rasa seronok pula bila melihat suasana lepas azan students n lecturers
pantas mengatur langkah ke surau. Walaupun kampus ni kecil je, rasa hidup
suasana :)
Sabda
Rasulullah S.A.W : Tempat yang disukai Allah ialah masjid.
[HR Muslim]
“Siapa
yang pergi ke masjid pada waktu pagi dan
petang, maka Allah akan menyediakan untuknya hidangan di syurga setiap kali dia pergi pagi dan petang”.
[HR
Bukhari & Muslim]
Terima
kasih, UMK Kampus Jeli! :) Semoga dipermudahkan segala urusan, dan diberikan yg
terbaik oleh-Nya. Kita kan releven, unik, dan berbeza ;)
Apa-apa
pun, cuti yg lepas serius rasa semangat nak balik kolej sebab tak sabar nak
jumpa adik-adik. Lagi-lagi, adik-adik yg dah berkenalan melalui sms, muka buku
dan apa-apa lagi. Hehehe Insha-Allah jaringan ukhwah saudara atas saudara kita
diperkukuhkan kerana-Nya. Hye hye ukhwahfillah! :)
Lagi
bertambah seronok bila teringatkan kakak-kakak yg bakal kembali semula ke
kampus setelah tamat Industrial Training sepanjang semester lepas. Oh mereka
dah masuk final year, kita second year, sekejapnya rasa! Ya Allah serius rindu
gila. Mungkin sebab mereka lebih matang dalam segenap segi, baik, kaya hatinya
dan caring enough layaknya sebagai kakak-kakak yang sejuk mata memandang
lagi muslimah belaka ;)
Semakin
lama hidup, semakin ramai hamba Allah yg kita jumpa. Semakin jauh kaki ini
melangkah di atas muka bumi-Nya, maka semakin kayalah pengalaman masam manis yg
Allah mahu kita rasa kan. Walau sesusah mana atau semewah mana pun hidup, yakin
je, takkan ada benda yang Allah aturkan itu sia-sia. TAKKAN ADA. Ya, semuanya
yg diberi itu terbaik untuk kita, pada waktu yg tepat dan terbaik. Maka,
layaknya kita berbuat sesuatu sebagai tanda bersyukur yang tak terhingga.
Berbuatlah sesuatu untuk Islam. Paling kecil pun, bersungguh-sungguh untuk cuba
kembalikan diri kita kepada fitrah bertuhan, nikmati hidup dengan cara Islam
berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Cukuplah Allah bagi kita, HANYA kepada-Nyalah
kita bertawakkal dan HANYA kepada-Nyalah kita memohon pertolongan. Laa ilaaha
illallahu Muhammadur rasulullah. Datangkan rasa itu, ulang lagi, buat sampai betul-betul
rasa hanya Dia segalanya.
Bersyukur,
bersyukur, bersyukur. Semua yg kita dapat datangnya daripada Allah kan. Boleh jadi kita menyukai sesuatu, padahal itu buruk bagi kita. Dan boleh jadi kita membenci sesuatu, padahal itu baik bagi kita. Kita tak dapat jangka masa hadapan, sedangkan Allah Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu. Walau tinggi mana pun kita berada, hebat mana pun pujian
yg diterima, kita tetap perlu memiliki jiwa hamba kepada Allah Yang Maha
Berkuasa. Kembalikan segala puji-pujian kepada Allah, Alhamdulillah ; segala
puji-pujian hanya untuk Allah :)
Ohya,
berbalik kepada semakin ramai hamba Allah yg kita jumpa. Tahukah anda rukun
pertama apabila kita berjumpa atau ta’aruf ; berkenalan dengan orang?
Mengucapkan
Assalamua’laikum?
Senyum
nampak gigi?
Salam
diikuti laga pipi kanan kiri?
Pandang
matanya dan bertanya, “Namanya siapa?”
Ya
ya betul la tu! Amali ini sudah tentu ramai yg sudah lulus dgn cemerlang bagi
mempraktikkannya. Itu secara fizikalnya, tapi dalam hati ni mungkin ada lagi yg
tak settle.
Monolog
dalaman, contohnya :
"Laa..budak ni bukan ke yang bertepuk tampar dgn budak lelaki lembut
depan lab haritu? Senyuman dia, eh confirm confirm!"
"Muka ni lagi. Sebelum ni aku kenal sebab dia over gila buat bising
waktu lecture."
"Eh, dia ni yg langgar aku kat kafe haritu. Jeling tajam! Padahal kau
yang salah! Hmppph bermanis muka je lah berkenalan dgn dia."
Buat ke? Ya Allah, dalam hati ni macam-macam laa syaitan tak habis-habis
menghasut itu ini. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullahala’zim TT.
Makanya, perkara yg paling paling paling penting apabila kita berkenalan dengan
orang ialah hati dan mindset kita mesti bersangka baik. Husnudzhon :)
Inilah
serendah-rendah ukhwah – bersangka baik / berlapang dada ; salamatus sodr.
Level pertama kena settle dulu semenjak hari pertama kenal. Baik buruk dia,
sama juga dengan kita. Diri kita sendiri pun tak sempurna, terlalu banyak
kelemahan dan kesalahan yg kita pernah lakukan. Maka, berlapang dada sesama
kita dan bersangka baiklah bahawasanya dia mempunyai sisi yang jauh lebih baik
daripada kita.
Tak baik pandang rendah orang lain, entah-entah lepas dia bertaubat
dan berubah, dia jadi jauh lebih baik di sisi-Nya dan doa dia lagi Allah
pandang daripada kita yang selalu perasan banyak pahala ni.
Allahu Allah, ampunkan dosa-dosa kami ya Allah… yang sengaja mahupun
tidak sengaja. Bersihkanlah hati kami daripada sebarang dosa dan noda. Penuhilah
piala hati ini dgn cahaya keimanan kepada-Mu jua ya Allah. Jauhkanlah kami
daripada menghukum hamba-hamba-Mu yang lain dengan sangkaan buruk kami. Jangan
kau tarik hidayah yg telah kau berikan kepada kami, tetapkanlah hati kami di
jalan-Mu jua ya Allah. Terimalah taubat kami, terimalah solat kami, terimalah
amal kami ya Wahhab. Wasallallahu a’la Muhammad, wa a’la alihi wasohbihi
wasallam, walhamdulillahi rabbil a’lamin. Ameen ameen ameen.
Buang
segala tanggapan negatif yang pernah terlintas sebelum ini. Buang jauh-jauh.
Istighfar banyak-banyak. Walau siapa pun dia dahulu yg kita pernah terperasan,
walau sejahil mana pun dia di mata kita, tolak tepi dulu. Hari ini kita mahu
kenal dia dengan dengan hati yang bersih nan suci murni. :)) ikhlas.
Selepas
berjaya berlapang dada dan menerima seadanya, tingkat seterusnya ialah
bersama-sama menikmati kejayaan dan mengharungi kesusahan. Level yang paling
tinggi sekali ialah itsar ; mengutamakan sahabat daripada diri sendiri. Part
ini paling terharu. Tak tahu ayat yg macam mana dapat menggambarkan perasaan
kalau dah terharu. Satu kata, “Terharunya”, cukup kut? Selalu je tak terluah,
dalam hati je hanya Allah yg faham. Kalau nak efek lebih, air mata terharu
merembes keluar. Ahahah. Sob sob I’m not good in expressing terharu feeling la,
yeah surely it’s not excited, this feeling
is more than that, it’s terharu. Kalau orang berubah jadi lebih baik takdela excited mana, tapi terharuuu seriously hanya mampu tersenyum. Rasa nak berlari peluk erat
cakap, “aku sayang kau fillah / kite sayang [nama dia]” ada lah. Alhamdulillah semoga segalanya istiqamah di jalan yg benar, dan ukhuwwah yg terjalin antara
kita berkekalan sehingga ke syurga-Nya :)
“Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama
lain,
kecuali mereka yang bertaqwa”
[az-Zukhruf : 67]
Apabila sahabat menemani, syurga itu makin indah.
Apabila bersahabat kerana Allah, syurga itu mengiringi langkah.
{c&p}
Aiwah!
Takpe susah dan diuji macam mana sekalipun. Berlian yg cantik tu
takdenye tetibe jadi cantik berharga. Dalam perut bumi tu pressure tinggi
daripada segenap penjuru, tapi dia batu hebat yg tahan je dgn tekanan2
berterusan dalam bumi. That’s why bila keluar dia jadi cantik berkilauan mahal
pulak tu. Tarbiyah ni Asfa, tarbiyah luar biasa. Allah uji sebab Allah sayang.
Boleh Asfa boleh :) TAKKAN ada yg sia-sia, remember that? Doa aku sentiasa ada
untuk kau, bukan ke kita dah janji nak picnic sama-sama kat syurga nanti? ;)
Senyum :)
Tak sabar nak bersama mereka lagi! Manisnya jika segalanya kerana Allah ;) |
p/s : Saya
tak tujukan mana-mana bahagian spesifik kat sapa-sapa. Sungguh untuk bacaan
umum, err especially kawan-kawan perempuan daripada kecik sampai umur 20 tahun
yg dah lama tak jumpa tapi sekali sekala tetap ziarah blog ni :’) Maaf zahir
batin andai banyak hak sahabat yg tak tertunai sepanjang bersama :’(
Jaga
diri hiasi peribadi, selamat bersangka baik bila jumpa sahabat baru, semoga sama-sama menjadi sahabat terhebat sehingga mampu berpimpin
tangan ke syurga-Nya :) Sekian, wassalamua’laikum warahmatullah.