Friday, August 30, 2013

Dengan darah mereka

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan nama Allah Yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Limpahan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W yang membuka kunci sesuatu yang dikunci, penyudah Nabi akhir zaman dan yang menolong kebenaran dengan kebenaran.

Jundullah tentera Allah

Bara' bin Malik. Semboyannya sangat-sangat terkenal ketika peperangan, iaitu "Allah dan syurga! Allah dan syurga!". Khalifah Umar al-Khattab sampai melarang Bara' bin Malik daripada menjadi panglima, kerana Bara' ini terlalu sangat ingin syahid. Dalam peperangan Yamamah, tentera Islam seakan-akan mula selesa kerana hampir menang. Keadaan ini amat berbahaya. Bara' meletakkan dirinya dalam manjanik (alat melanting batu), lalu menyuruh tentera Muslimin yang lain melontarnya ke dalam kota penuh musuh. Sekalipun tubuhnya luka parah, beliau akhirnya mampu membuka pintu gerbang kota dari dalam.

Talhah bin Ubaidillah, seorang kaya yang dermawan. Selain itu, dalam peperangan Uhud, beliau menjadi perisai melindungi Rasulullah S.A.W daripada panah-panah pihak musuh. Beliau berdiri di hadapan Nabi bagi menghalang panah-panah, subhanallah dengan tubuhnya. Lukanya juga teramat parah sehingga dijangka hampir menemui syahid dalam perang tersebut, namun umurnya masih panjang. Nabi menggelarnya sebagai syahid yang hidup.

Hari ini, dengan darah-darah dan harta mereka, Islam itu sampai kepada kita.

Boleh jadi kita ini ummat yang terperangkap dalam zon selesa (read:comfort zone), merasakan tidak perlunya pengorbanan. Secara spesifiknya, kita merasakan tiada apa pon yang perlu dikorbankan.

Hanyutnya umat kita hari ini. 
Rosaknya umat kita hari ini.
Salah satu sebabnya adalah kerana..

..hilangnya peribadi-peribadi 
yang sanggup berkorban.

Tak perlu sebut soal berkorban harta dan nyawa, diminta berkorban masa lapang untuk Islam pun kita rasa berat. Sharing status sahabat :

"Jom halaqah jap nak? Sementara xde nk buat apa ni.. "
"Alamak weyh, sorry lah lupa.. Report byk x siap lagi nii.. Nak kena submit mggu depan plak tu. Adoyy.."

2hrs later,
"Dah siap report nya?"
"Erk.. haha.. xstart pun lg ni. Tgah layan candy crush kt FB jap. Release stress skit. Hehe"

[@Aimi Athirah]

Sinis status nya, mungkin?
Entah, aku sendiri tidak dapat menjangka situasi yang akan terjadi pada anak cucu kita akan datang sekiranya semakin kurang peribadi yang sanggup berkorban zaman ini.
Waktu itu nanti, apakah masih ada Islamnya?

Wahai bakal atok nenek yang berfikir,
Tanpa pengorbanan, takkan ada kemenangan.
Tidak korbankan cinta pada dunia, takkan dapat kemenanagan akhirat.
Tidak korbankan kepentingan diri, sukar sekali untuk Islam bangkit dengan kegemilangan.

***

Intro je. Lama dah takde sesi bedtime Seerah stories :] 
Erm walaupun baru kata intro, rasanya cukup sampai sini je dulu.

Berkorban, bukan mudah.

Untuk berkorban, perlu cinta. Untuk cinta, perlu kenal.
Sebab itu, Awalluddin ma'rifatullah. Awal-awal agama, mengenal Allah.


Kesusahan berkorban dapat diringankan apabila hati sentiasa mengingati Dia yang dicintai.
Let's make a very sincere du'a for ourselves and our ummah :)
Bismillahirrahmanirrahim.


p/s : Untuk saudaraku di Palestin, Syria, Mesir dan lain-lain yg sedang berkorban darah dan nyawa, innAllaha ma'ana (sesungguhnya Allah bersama kita). Untuk bekas perajurit negara, pengorbananmu turut dikenang. Merdeka memang alhamdulillah dah merdeka phisically, tapi serangan pemikiran oleh Barat makin parah membutakan pandangan kepada Islam yang sebenar. Mereka gila-gila promote kebatilan, benda lagha dan sebagainya. Kita boleh tiru ni utk promote kebaikan gila-gila jugak. Tak?