Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamua'laikum warahmatullah yaa pemburu syurga yang dirahmati Allah sekalian :) semoga hari-hari yang dilalui penuh barakah hendaknya. Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W dan para ahlul bait.
Obsession |
FYP fever
Pagi tadi berborak dengan Miraa. Rasa cam lamanyaa Mira kita tak borak camnih.
Tahu je semua orang busy, tapi ni kan last sem. Lagi tiga minggu je belajar, kalau tolak study week semua.
Suka baca ebook tak? Kala macam aku, so in love bila jumpa ebook inspirasi keTuhanan, atau yg sesuai dengan jiwa. Kekadang duit habis beli ebook je. Mungkin sebab aku jenis have fun bila dapat benda baru, ilmu fresh. Memang best, lagi-lagi ebook yang boleh auto motivate bila kita go through page by page, dan juga ebook yang practical-based.
Soalan lazim bila jumpa sesape yg final year, "FYP okay?" Mungkin kita anggap soalan tu lebih untuk berbas-basi je, tapi kalau aku ade orang tanya camtu, so terharu. Kau nak tahu ke pasal FYP aku? Ni tak siap, ni xde lagi, yang ni pun x jadi lagi, yang ni baru dapat, so x sentuh lagi. So jawapan yang diberi ialah, "Alhamdulillah, okay la jugak. Hehe".
So nye pagi tadi waktu teman Mira kat lab, tanyala dia, Mira FYP ape yang tak siap lagi?
Pastu dia diam. Then terus cerita itu ini. Sampai kan kakak dia pun risau kat dia. *Untung ade kakak*
***
Bukan Mira sorang, aku sendiri pun lebih kurang je tak siapnya.
Aku rasa kesian kat kawan-kawan yang bertungkus lumus menyiapkan FYP masing-masing, sambil berendam air mata. Bukan sorang yang call Mak Ibu Ummi sambil nangis-nangis. Bukan seorang.
Sebab tu laa, selepas melihat dan mendengar beberapa episod kedukaan di sekeliling,
aku pun membuat keputusan beberapa minggu yang lepas, "Balik rumah lah camni". Ibu pula, dah bergirang hati untuk meraikan kepulangan anakandanya.
Setap kali balik rumah, dapat semangat baru.
Neutralize semua, semuanya lah.
Hati, jasad, fikiran, hammasah (semangat).
Nak yang baru please ya Allah?
****
Pastu Mira pun kata, "Dah lama tak balik rumah kot jadi camni".
Pap! That's it.
"Couldn't agree more. Huu takpela Mira, nanti hantar draft ni balik la sekejap."
Mudahnya Menjemput Rezeki. Bertanyalah Allah dulu!
Lepas tu aku pun rasa nak share pasal ebook Bertanya Allah Dulu (B.A.D.).
Kita rasa kita ni semua kena bergantung kuat kat Allah.
Buat apa pun, selalu communicate dengan Allah.
Problem tu jadi, bila kita bergantung kemampuan kita kat diri kita sendiri.
Tak teringat pun yang Allah tu Maha Kuasa, Maha Bijaksana, Maha Kaya. Dia yang mengatur setiap satu zarah di sekeliling kita ni.
Bank rezeki Allah sangat sangat luas dan melimpah ruah,
cumanya kita ni tak belajar camner nak withdraw humbly
daripada bank kekayaan Allah.
Kemudian Mira sambung..
Mira ada baca buku Mudahnya Menjemput Rezeki ni..
"Laa Mira pun baca kee. Samela, kita peminat tegar! Haha", kataku memotong ape yang Mira nak cakap.
Then the secrets about rezeki revealed one by one. Feel like real escapism from endless hectic semester. Alhamdulillah.
"Tapi sekarang dah takde masa nak baca buku-buku best lagi".
Then aku jawab, "Masa kalau nak dicari untuk senang hati membaca memang takde, Mira. Tapi kalau kite, tak kisah pun banyak kerja ke tak, kita memang akan baca. Kena baca. Even esok nak exam pun, kalau dah ada rasa nak baca tu, kite sempat lagi selak-selak ebook dalam laptop".
"Uu bestnya. Tu la hmm nanti cari masa tu".
***
Alhamdulillah.
So nye meh nak konklusikan.
Pasal BAD.
Bertanya Allah Dulu.
Undang saja Allah.
Belajar syukur. Belajar Yakin.
Berdoa secara tak formal kat Allah. Macam kita berborak dengan manusia.
Let's say kita nak dinner free.
"Ya Allah, berilah aku dinner free yang berkhasiat ya Allah."
Praktis 7 hari. Buat je, jadi tak jadi belakang cerita.
Kisah pertemuan jodoh dengan Ebook BAD
Nak ceritanya kat sini, aku buat. Dua hari lepas tu, sungguh dapat dinner free.
Aku jadi lebih alert dengan apa yang Allah beri. Kalau tak doa camtu, maybe dapat dinner free pun oh alhamdulillah. Rezeki malam ni.
Tapi bila kita pernah mintak kat Allah nak dinner free, aku rasa macam ya Allah rezekinyaa. DAN Allah dah makbulkan doa nak dinner free. Subhanallah!
Yang keduanya. Nak mintak tangguh hantar draft FYP.
Aku tahu salah diri sendiri sebab bertangguh-tangguh untuk siapkan draft.
SV pulak jenis call bila dia nak suruh jumpa.
Gelabah kot kalau tak siap tetiba nak suruh hantar.
Aku punya lah nak mengelak, sampai off phone!
*Please lah adik adik jangan tiru, this one is so teruk.
Then alhamdulillah, Allah jodohkan aku dengan ebook Insyirah Azhar (all-time favourite writer), yang bertajuk BAD. Please pronounce it as 'but' not 'bad' kay.
Seperti biasa, walaupun bom dijangka meletup esok,
haruslah aku baca ebook ni. At least, nak go through lelaju.
Tajuk dah la sesuai dengan jiwa. Tagline nya, believe in yourself. Have faith in Him.
Ebook BAD ni free? Eh biar benar. Yeps, kali ni siyes free.
Syukur ya Allah, Kau pun tahu sampai harini JPA tak masuk lagi.
Kalau berbayar, tak dapat la nak baca sekarang. Thankyouu Allah! :)
Thennn lepas habis je baca, berkobar-kobar nak praktis.
Lelagi bila jumpa quote dalam ebook tu,
"Stop searching, stop reading, -stop-ape-lagi-tak-ingat. Start practising!"
Ok macam yg diberitahu kat atas tadi, praktis 7 hari.
Doakan jadi qowiyy cam deep roots, kata NFMS :) |
Kisah kejayaan praktis BAD : Alhamdulillah!
Dalam lepas baca tu, terdetik, ya Allah bila JPA nak masuk ni. Harap esok lusa check akaun ade la duitnya.
Then diteruskan dengan praktikal BAD. Nak dinner free.
Yakin. Allah boleh bagi free. Macam mana nak datang nya dinner tu dalam keadaan free, bukan urusan kita sebagai hamba. Pray humbly as you are helpless, nothing without Him.
Nak tahu apa jadi? Wuwu alhamdulillah Allah beri!
Esoknya dalam pukul 8.24am, ade notification email masuk.
Eh, JPA dah masuk! Ya Allah, bersyukur tahap memang bersyukur.
Semalam memang terlintas je dalam hati tanya kat Allah, tuptup harini dah terus masuk. Baru ingat nak call pakcik JPA harini. Allahu akbar, Allah beri lebih cepat dan tepat waktunya.
Cerita keduanya camni. Lusa selepas berdoa nak dinner free tu, aku pergi Masjid Lakota,
memang tak makan malam lagi. Dan dah tak ingat pun pasal doa nak dinner free tu.
Masjid Lakota siangnya masak bubur Asyuraa, lepas Isyak tu dijamu kami ni semua makan bertalam-talam bubur Asyuraa, siap ade ubi rebus yang manis. Sedapnyaa ubi rebus tu!
Selepas habis daurah kat Masjid Lakota, baru teringat balik pasal BAD.
Eh Allah dah makbulkanlah nak dinner free! Allahu akbar.
Cerita ketiganya camni. Berbalik kepada hantar draft FYP.
Aku pun buat BAD ni. Mengadu kat Allah pasal masa, pasal salah diri sendiri and etc. ast sekali minta Allah beri masa yang cukup untuk siapkan. Minta SV takde call. Minta diaturkan segalanya agar aku cukup masa untuk siapkan draft ni dengan baik sekali.
Dan nak tahu apa jadi?
Ditangguh hantar minggu depannya. Then minggu dpnnya waktu yg SV mintak hantar, waktu tu ada kelas ganti. So postponed lagi. Then, esoknya dia ada kerja luar. Aku memang dah cukup gembira. Tipulah kalau tak bersyukur. Dan malam tadi aku bagitahu selepas halaqah, esok ni memang last chance akak nak siapkan. No excuses dah.
Then pagi aku BAD dengan soalan, betul ke ya Allah nak kena hantar harini? Sambil belek-belek fon berharap mana tahu ditangguh lagi kan?
*padahal hati dah cuak kalau SV call. Haha. Nak tutup fon je rasa*.
Then ade noti dpd WA Group FYP tu. Oh tidak!
Nak tahu apa messagenya? SV bagitahu dia selsema, jadi MC harini.
Cecepat aku reply, get well soon sir.
Undang saja Allah : Sikit-sikit tanyalah Allah
Can you imagine how did i feel?
Really subhanallah walhamdulillah.
Haaza min fadhli Rabbi :')
Bukan bersyukur sebab SV sakit.
Terduduk dengan kuasa Allah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Kalau kita tak cuba minta, belum tentu Allah atur sampai macma ni sekali.
Sebhanallah. Kita berdoa sebab kita tak tahu.
Semoga yang terbaik dariNya, selalu.
So sekarang nampak sikit tak camner nak praktis BAD?
Boleh build hati bergantung dengan Allah dalam apa jua keadaan.
Jadikan Allah best friend kita :)
Nak pakai baju apa? Berborak macam kita tanya Allah dulu and minta Allah 'pilihkan'. InshaAllah baju yang kita ambil nanti adalah yang terbaik.
Impaknya, inshaAllah "Hati kental tapi relaks".
Kita rasa Allah itu wujud dan Maha Kuasa.
Justeru, kita kekal tenang dengan adanya Dia selalu.
Sekian, segala yang baik datangnya daripada Allah jua.
1st December ni launch updated version BAD. Yang macam dalam gambar kat atas tu, hard copy punya. Buy 1 free 1, tapi sekarang Insyirah Azhar dah tak buat lagi. Kalau nak BAD 2.0, PM your email. Takpun, ni email kita asfarinaismail@gmail.com
InshaAllah 01/12/2014 ni kita boleh send kat email kalian, selepas IA officially launch the ebook :)
Read. Kalamullah jangan tinggal, sumbu keberkatan hari-hari kita.
Bacalah dengan nama TuhanMu yang menciptakan.
Rezeki kalian jugak dapat tahu pasal BAD ni.
Ha? Tak rasa ini rezeki? K.
Untuk kalian yang sedang bergembira itu, happy BAD-ing! :)
Lain kali kita jumpa leh makan-makan berborak kisah kejayaan pasal BAD. Why not, right?
Doakan kita jugak, dalam sujud kalian yang paling khusyuk. Million blessings from Allah back to you, semoga. Ameen.
Jazaakumullahu khayran katheera. Wassalamua'laikum warahmatullah. Salam hormat.
Syukur alhamdulillah dengan nikmat tarbiyah,
iman dan Islam,
kejayaan, kebahagiaan dan kesihatan ini.