Wednesday, January 23, 2013

Setenang baginda :)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua’laikum warahmatullah. Apa khabar hati? :)

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah habis semester tiga. Sekejap sangat rasanya. Ada kekesalan jugalah kerana merasakan diri teramat sibuk, lalu terabai perkara-perkara kecil yg turut boleh membawa keuntungan akhirat. Update blog misalnya. Wahehe. Tak mengurus masa dengan baik sebenarnya, ditambah rasa malas untuk berlama-lamaan duduk di zon wifi. Salah sendiri.

Sesibuk mana pun kita, apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan sibuknya Rasulullah SAW. Saya malu sendiri apabila menemui petikan ini beberapa hari sebelum exam :

Walaupun Baginda merupakan seorang pemerintah pada era dakwah di Madinah, ujian demi ujian tetap datang tidak bertepi. Peperangan demi peperangan, urusan dengan Yahudi, dan juga kaum munafik, semuanya datang tak henti-henti.

Namun, baginda masih tetap ada masa untuk isteri dan anak-anaknya. Baginda tetap ada masa untuk memberikan penyampaian dan pengisian kepada para sahabatnya. Tetap ada masa bergurau-senda dengan anak-anak kecil dan melayani orang tua yg hidup bersamanya.

Jelas sekali baginda menunjukkan resipi ketenangan dalam hidup ini kepada kita. Walaupun kehidupan baginda penuh kesibukan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yg berat dan pelbagai, diuji tak henti-henti, namun tidak pernah sekali pun direkodkan baginda seorang yg tertekan, beremosi, hilang kawalan dan pemarah. Jauh sekali ingin membunuh diri dan melakukan tindakan-tindakan gila.”

See? TT Sungguh hebat. Umpama air yg tenang tak berkocak walau bahaya macam-macam menanti dalam air, termasuklah buaya yg berkira-kira untuk menyerang bila-bila masa. Baginda tak melatah langsung. Sungguh jauh kita ni. Kesibukan kita, ujian kita sangatlah kecil. Perjalanan kita atas jalan Allah ini tak berdarah lagi, paling hebat pun cuma berpeluh. Berpeluh-peluh pun sudah mengeluh! Ujian umpama duri pun tidak banyak mana, sekecil duri Aloe vera mungkin. Permusafiran yg memakan masa berjam-jam semata-mata untuk mendapatkan pengisian setiap minggu mungkin tidaklah sesukar mana dengan menaiki kereta atau bas, dibandingkan dengan menaiki unta tua lagi kurus atau berjalan kaki di padang pasir.

Sungguh berbeza umpama langit dan bumi. Ya, zaman memang berbeza. Tahap keimanan juga sungguh berbeza. Tidak?

Penulis itu menyambung, “Apakah resipi ketenangan baginda?”.

Jawapannya, “Baginda merapatkan diri kepada Allah.”

Pengajaran :

1. Salimul aqidah ; Aqidah yg sejahtera. Beriman dan bergantung kepada Allah dengan sepenuhnya. Yakin tiada yg mampu menjaga diri yg lemah ini, melainkan Allah dan dengan izin-Nya jua. Baginda melaksanakan urusan dan tanggungjawab dengan hati yg sentiasa berhubung dengan Allah. Tenang. Maka tiada ruang untuk tertekan dan beremosi walau dalam kesukaran yg dahsyat, kerana hatinya telah dipenuhi dengan keimanan kepada Allah yg tak berbelah bahagi. Hanya takutkan Allah, bukan pada musuh-musuh. Baginda juga bertawakkal hanya kepada-Nya, tiada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.

Semua urusan kita jika dilakukan dengan merasai kehadiran Allah, insha Allah tiada ruang untuk tertekan. Sebab kita sedar, kita buat bukan atas usaha kita semata-mata, tapi kita ada Allah yg izinkan kemampuan kita, melihat usaha kita. Antara kita dan urusan itu, ada Allah sebagai perantara. Bukan semata-mata kita dan urusan itu sahaja, dengan melupakan Allah itu wujud, Maha Melihat, Maha Memahami, Maha Berkuasa. Dan hanya Dia dan dengan izin-Nya sahaja segala urusan berjalan lancar. Maka, ingatlah Allah banyak-banyak, dan bergantunglah hanya kepada-Nya agar kamu beruntung :)



2. Haarithun a’la waqtihi ; Sangat menjaga masa & Munazzamun fi syuunihi ; Tersusun dalam urusan. Nabi kita tetap merasa cukup dengan 24 jam yg diberi, malah boleh memberi manfaat kepada orang lain lagi. Kita juga perlu lebih berdisiplin menjaga waktu dan lebih kemas dalam menyusun urusan. Yang tak perlu, tolak sahaja ke tepi. Utamakan yg utama.

Pesan seorang Dr., antum boleh pilih nak fokus apa dalam hidup sebagai pelajar ni. Zaman keemasan, zaman pemuda ni kena buat pilihan yg tepat. Laburkan masa dan tenaga di tahap produktif ini pada tempat dan jalan yang menguntungkan. Pilih jalan yg boleh memberi manfaat kepada diri, keluarga, agama, masyarakat, dan negara. Jadilah orang-orang yg berfikir, mahu tergolong dalam golongan orang-orang yg beruntung di akhirat kelak? Atau mahu jadi golongan yg menangisi kehidupan dunianya sewaktu Hari Kebangkitan nanti? Baiklah, misalnya, antum pegang dua ni je dan commit. Study sungguh-sungguh, dakwah dan tarbiyah sungguh-sungguh. So, segala apa yg tak berkaitan dengan kedua-duanya, boleh tolak tepi. Dah tahu perkara yg perlu diutamakan, set matlamat dan plan masa dengan kemas.

3. Nafiun li ghairihi ; Bermanfaat untuk orang lain.

Ulang ayat, “Namun, baginda masih tetap ada masa untuk isteri dan anak-anaknya. Baginda tetap ada masa untuk memberikan penyampaian dan pengisian kepada para sahabatnya. Tetap ada masa bergurau-senda dengan anak-anak kecil dan melayani orang tua yg hidup bersamanya. Jelas sekali baginda menunjukkan resipi ketenangan dalam hidup ini kepada kita.”

"Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu melupakan bahagiaanmu di dunia, dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yg berbuat kerosakan."
[Al-Qasas 28:77] 

*
A big Alhamdulillah. Done with postmortem and planning. Harapan 2013 kugantung setinggi bintang di langit. Dongaklah ke langit malam, melihat bintang bertaburan, tersenyum merasai luasnya rahmat Allah! Semoga semester 4 akan datang lebih teratur langkahnya dan kemas urusannya dalam menagih redha Ilahi. Insha Allah. 
Hai hati, ayuh perbaharui niat bersama? :)
Wallahua'lam.



Thursday, December 27, 2012

Kekayaan di kampung :)

Assalamua'laikum :) apa khabar imaan? Ya, tahu tahu, walaupun turun naik, semoga graf iman kita tetap berbentuk dakian ke puncak dalam sedikit turun naik itu.

Beberapa hari yg lepas, aku capai Majalah ANIS (rasanya la hihi) di rak majalah dan duduk berehat-rehat sambil menyelak majalah tersebut di dalam perpustakaan UMK yang comel, lalu tertatik dengan sebuah kisah ini. Buat rasa nak balik kampung! Ditambah lagi dengan status FB sepupuku yg melaporkan keadaan buah-buahan yg berjuntai-juntai menunggu masa untuk dipetik, juga aktiviti memancing ikan besar fresh yg dilakukan anak-anak bandar itu sebaik sahaja pulang ke kampung. Pfft jealous! And alhamdulillah, finally I'm home today ;)

Kisah si ayah dan anaknya. Bismillah.

Si ayah bermonolog sendirian, “Anakku perlu belajar makna kemiskinan dan kekayaan. Dia perlu belajar bersyukur kerana dilahirkan dan hidup dalam keluarga yg kaya raya”. Maka, si ayah mengambil keputusan untuk menghantar anak lelaki tunggalnya itu ke rumah sahabat lamanya yang terletak di sebuah kampung yang sederhana. Penduduknya mencari rezeki dengan bertani dan melakukan kerja-kerja kampung.





Setelah beberapa hari ditinggalkan, si ayah datang untuk mengambil semula anaknya. Ucapan selamat tinggal dan berjanji untuk datang lagi ke kampung itu mengiringi perpisahan mereka berdua dengan para penduduk kampung. Si ayah gembira kerana anaknya cepat menyesuaikan diri, berpeluang pula melihat kehidupan miskin harta dengan kemudahan yg sangat minimum. Pasti anaknya sudah banyak belajar untuk bersyukur dengan kekayaan yg mereka miliki jika hendak dibandingkan dengan kehidupan sederhana di kampung itu.

Lalu, si ayah pun bertanya. “How was the kampung? Best?”
“Wahah best sangat, ayah!”

“Mesti kamu dah faham kita hidup di dunia ni ada yang kaya dan ada yang miskin. Ceritalah pengalaman kamu tiga hari di sana. Ayah nak tahu jugak best macam mana tu”.

Dengan penuh yakin dan bersemangat, si anak pun memulakan cerita.

“Haiwan peliharaan mereka banyak. Kucing, kambing, lembu, ayam, angsa semua ada. Kat rumah kita takde pun kan, ayah.

Kolam renang belakang rumah kita kecil sahaja. Kat kampung ada kolam yg besar, sungai pun ada. Semua orang boleh mandi dan berenang.

Kebun bunga kita pun kecil. Di sana, seluruh kampung ada bunga. Tepi parit pun banyak pokok bunga.

Rumah kita di bandar tak ramai kawan datang. Kat sana semua orang boleh datang rumah orang lain. Ramai-ramai dan bila-bila masa, terutamanya waktu petang boleh duduk di pondok bawah pokok. Tempat main pun luas taw ayah. Senang nak lari bila main kejar-kejar. Kawan-kawan pun ada ajar main basikal, layang-layang, guli dan tin ting.

Ikan pula banyak. Boleh pancing dan menjala, tak payah bayar dan fresh! Kita selalunya beli ikan di pasar saja. Sayur-sayuran dan buah-buahan pun macam tu. Boleh petik je keliling rumah dan panjat pokok sendiri. Di kawasan rumah ada pokok buah-buahan, di kebun pun ada. Oh saya dah pandai panjat pokok rambutan dan pulasan, ayah!


Kita beri duit kepada pengawal keselamatan utk jaga rumah kita. Kat kampung, tak ada pun orang jahat. Kalau ada, kawan-kawan kata mereka kejar ramai-ramai dan sama-sama serahkan kepada pihak polis.

Setiap kali solat Maghrib dan Isyak, Pak Teh akan bawa saya ke masjid kampung. Ada ceramah agama selepas maghrib. Bila balik ke rumah pula, Mak Teh akan ajar kawan-kawan sebelah rumah mengaji. Saya pun ikut sekali. Seronok, saya suka sangat, ayah.

Adik-beradik mereka semua ramai. Saya takde abang, kakak, ataupun adik…um.

Ayah ayah! Nanti kita datang kampung tu lagi ya. Nak belajar jadi orang kayalah macam mereka”.

Si anak terus tersenyummm lebar sendirian sambil terus mengimbau suasana indah di kampung.

Si ayah terdiam. 
Hati kecilnya berkata, “Macam mana pandangan aku boleh berbeza sekali dengan anakku? Nampaknya aku yg perlu banyak belajar daripada kehidupan mereka di kampung. Kaya bukan hanya pada harta seperti yg kusangka selama ini. Nampaknya mereka itu kaya jiwa, pengalaman, ilmu dan mereka hidup lebih tenang dalam suasana bersederhana begitu".

Insaf.




Comel budak tu cerita kan. Fitrah hatinya bersih dan belum tercemar. Hatinya cukup subur dengan inspirasi sifat Al-Ghani (Maha Kaya) dan Al-Mughni (Maha Pemberi Kekayaan) Allah.


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda : Kaya itu bukan kerana banyaknya harta melainkan kaya (yang sebenarnya) ialah kaya hati (cukup apa yg ada).

[Hadis Riwayat Muslim]

Ada lagi sabda Nabi Muhammad SAW, HR Muslim juga :

Sesungguhnya Allah mengasihi hamba-Nya yg bersifat taqwa, kaya jiwa, serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walau berpangkat tinggi).

Berkenalan dan yakinlah dengan sifat Al-Ghani dan Al-Mughni Allah :) insha Allah, hati akan menjadi tenang dan damai dalam usaha untuk mengumpul kekayaan berbekalkan rasa taqwa kepada-Nya.


Org kaya yg terinspirasi oleh Al-Ghani sentiasa menjadi ‘wakil’ Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki) mengagihkan kekayaan dalam pelbagai bentuk. Sadaqah, membayar zakat dan hadiah jika kaya harta, memberi nasihat, bimbingan dan motivasi jika kaya pengalaman, dan mengajar jika kaya ilmu.

Apabila dia mempunyai keyakinan yg teguh kepada jaminan Allah, hati akan ringan untuk memberi dan berkongsi sesama insan. Dia melihat kekayaan bukan dari aspek apa yg mampu dimilikinya atau berapa banyak simpanan dalam akaunnya, tapi dia melihat kekayaan dari aspek apa yg dapat dinafkahkan. Itulah kaya hakiki :)

Wallahua'lam.


p/s : Ada seorang kawan yg tak malu mengaku dia budak kampung. Malah aku rasa dia proud gila membesar dalam suasana kampung. Waktu mula-mula kenal dia orang pertama angkat tangan laju je mengaku bila ada yg bertanya siapa dalam kalangan kamu ini dari kampung. Ish, terkesima sekejap. Kagum kagum. Bila tersedar dari kekaguman, betul la, nak malu apa, kan? Junjungan mulia Nabi Muhammad SAW kita pun membesar dalam suasana kampung. Banyak Allah nak tarbiyah baginda dalam suasana terbaik ketika itu sebelum menjadi rasul ; berdikari, merasai perit jerih kehidupan, terhindar daripada kehidupan bandar yg menyesakkan, meluaskan ilmu dalam pelbagai kemahiran hidup yg praktikal.

Btw, oh suka orang kayaa ^^ kaya yg macam mana? Kaya yg macam dalam hadis Nabi ;) Suka jadi, suka kawan, suka tengok sahabat yg ada ciri-ciri yg Allah sayang. Ya Allah, Ya Ghani, Ya Mughni, jadikanlah kami hamba-Mu yang kaya dalam kesyukuran kepada-Mu. Kaya hati, kaya ilmu, kaya akhlak, kaya pengalaman, kaya tarbiyah, kaya rohani. Aameen ya rabbal a'lameen.

Kredit gambar-gambar kali ini [ di sini :) ] 
Suka gila menonton Upin & Ipin. Super comel dan meriangkan. Wahihi

Sunday, November 25, 2012

Dek kerana Palestina

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua'laikum warahmatullah.


Kaifa halukum? Alhamdulillah bikhayr. Seriously lama gilaaa tak update. Mohon keampunan-Mu ya Allah. Asif jiddan! Maaf sungguh semua :S alhamdulillah, syukur kali ini Allah berikan keizinan, kesempatan dan  kecukupan untuk berkongsi sepatah dua kata.

Gaza, Palestin. 
Selepas 4 hari Gaza diserang bertubi-tubi baru aku ikuti. Itu pun selepas kembali ke dunia kampus dari program mencabar fizikal, mental dan spiritual di Gunung Brinchang dan Gunung Berembun, Cameron Highlands. “Eh kenapa dari tadi scroll down news feed fb ni semua pasal Palestin? Default picture semua  ramai orang pun tukar?”. Tak tahu apa-apa pun? Sungguh rasa ketinggalan!

Sekarang ini, baru sahaja selesai menonton video 19 November 2012 19:02.
Ya ya memang dah lama simpan tapi baru tengok tadi.
Habis tisu (T__T)

"Dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu) Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderita kesakitan, sebagaimana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana."

[An-Nisa' 4:104]

Suka ayat ini. Kita sakit, mereka pun sakit. Segala macam hal dunia yang akan binasa, mereka punya pun akan turut binasa. Cuma yang istimewanya, kita Muslim ada Allah untuk bergantung harap, mengadu segala-galanya. Kita boleh terus-terusan panjatkan doa kepada-Nya, kepada Tuhan seluruh alam. Itulah sumber kekuatan sebenar kita.

Ramai yang menjadi mangsa kekejaman Israel adalah dalam kalangan kanak-kanak dan wanita. Mungkin sebab dia tahu lelaki lemah kerana wanita. Tanpa wanita. Ya Allah. Sungguhhhh dapat bayang gelak besar Israel laknatullah melihat tangisan dan raungan si ayah, si suami meratapi kehilangan isteri dan anak-anak.

Kuatkan tangan mereka ya Allah.
Tabahkan hati mereka ya Allah.
Kobarkan semangat mereka ya Allah.
Hebatkan ketangkasan mereka ya Allah.
Rapatkan mereka dengan-Mu ya Allah.
Terimalah peluh dan darah mereka di jalan-Mu ya Allah.
Jangan biarkan mereka lemah ya Allah.

Aameen aameen aameen ya rabbal a'lamin.

"Dan Tuhanmu maha Pengampun, memiliki kasih sayang. Jika Dia hendak menyiksa mereka kerana perbuatan mereka, tentu Dia akan menyegerakan siksaan bagi mereka. Tetapi bagi mereka ada waktu tertentu (untuk mendapat seksa) yang mereka tidak akan menemukan tempat berlindung dari-Nya. 

Dan penduduk negeri itu telah kami binasakan ketika mereka berbuat zalim, dan telah Kami tetapkan waktu tertentu bagi kebinasaan mereka."

[Al-Kahfi 18:58-59]


Boleh je kalau Allah nak hapuskan musuh-musuh Islam sekarang, tapi dia Maha Penyayang. Banyak hikmahnya yang boleh kita cari. Banyak, terlalu banyak. Sungguh, al-Haq pasti akan menang. Cuma bila waktu yang ditetapkan itu, rahsia Dia.

Menurut Amir Shakib Arslan (seorang pemikir Islam berketurunan Lubnan) ketika menjawab persoalan tentang faktor kelesuan dan kekakuan umat Islam yang dilontarkan oleh Muhammad Bisyooni Umran - seorang ulama dari Borneo - dalam artikelnya, "Kenapa orang Islam mundur, sedangkan orang lain maju" menjelaskan bahawa faktor kelemahan umat Islam ialah kurangnya semangat pengorbanan untuk Islam atau jihad. 

Menurutnya, takda satu pun negara umat Islam pada zaman moden ini yang sanggip berjuang habis-habisan dan berkorban harta dan nyawa untuk mempertahankan maruah Islam. Hal ini sangat bertentangan dengan cara pemikiran orang Kristian Eropah yang sanggup berkorban apa sahaja demi kedaulatan dan kehebatannya.

Jerman, Itali, Perancis, Britain, juga Jepun sanggup berbelanja berbilion ringgit semata-mata untuk membuat senjata canggih dan juga menghantar jutaan askar-askar mereka dalam peperangan demi mempertahankan kedaulatan negara. Realitinya, sejak dahulu lagi ketika Jepun sibuk membangunkan teknologi supaya tak lagi bergantung pada teknologi ciptaan Barat, negara-negara umat Islam pula sibuk berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit dan masjid yang indah-indah.

Sedih. Betul tu. Ke tak?

Belum lagi jika kita menyedari umat Islam amat sedikit berkorban harta benda untuk Islam itu sendiri. Arslan ada memberikan contoh, sumbangan 20 juta orang Yahudi untuk negara Yahudi di Palestin adalah jauhh lebih banyak daripada sumbangan 400 juta umat Islam untuk pembebasan Palestin daripada cengkaman Yahudi! Ya Allah, rasa terduduk dengan kenyataan itu. Mungkin isu-isu sebegini hangat diperkatakan dalam kalangan kita ni je, masyarakat kat luar sana kelam kelam kelabu je tak terkesan apa sangat pun. Kesiannya Palestin kena bom. Tu. je. kot.

Sobsob. How to explain, what to do, man.

Mungkinkah kelemahan negara Islam ini juga berlaku atas faktor perbuatan umat dan pemimpin Islam sendiri yg sanggup bersekongkol dengan Barat - yg terang-terangan memusuhi Islam?

Memang tak dinafikan la, waktu kejatuhan zaman Turki Uthmaniyyah dulu pun, antara faktornya ialah para pemimpin ada yang belot dan bersekongkol dengan pihak musuh. Makanya, tak mustahil la perkara yang sama dilakukan para pemimpin zaman kini, malah mungkin lebih dahsyat lagi? :O semoga hidayah Allah menyapa hati para pemimpin kita untuk bangkit menegakkan kebenaran sekalipun pahit.

Perbuatan ummat yang terpengaruh dengan propaganda Barat. Perang pemikiran yang dilancarkan Barat secara besar-besaran tetapi sangat halus dan secara senyap-senyap membarahi ummat Islam di seluruh dunia. Dunia macam dah wujud polar tunggal. Masyarakat secara umumnya melihat nilai baik buruk mengikut neraca yang ditentukan mereka. Ditamabah lagi, keseluruhan media cetak dan elektronik utama dunia hari ini dikawal oleh Yahudi dan Barat. Jadi, agak mudahlah pergerakan mereka untuk meracuni pemikiran masyarakat, golongan muda-mudi terutamanya.

Resolusinya, err.  Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di tempatmu :) Jihad. Konsep ini juga telah diracuni oleh Barat sehingga kita menganggap 'jihad' ini sebagai ekstremis agama, pengganas atau perjuangan bersenjata. Mari bersihkan semula konsep jihad kita. Sekarang ini, tugas kita ialah berjihad untuk belajar atau bekerja bersungguh-sungguh dalam apa yang kita ceburi. Sentiasa buat yang terbaik dan bersungguh-sungguhuntuk mendapatkan yang terbaik. Anggap semua bidang yang kita ceburi itu sama penting demi kemaslahatan umat, demi kedaulatan Islam itu sendiri. Kita selalu anggap bidang yang kita belajar ni bukan jihad, kesannya, dibiarkan orang bukan Islam yang menguasai. Hasilnya umat dan negara Islam banyak serta berterusan bergantung kepada orang bukan Islam dalam serba-serbi. Akhirnya siapa yang untung siapa yang rugi? 

Selain itu, mari boikot sungguh-sungguh ;) kalau tak mampu, sikit-sikit dahulu tinggalkan. No more McD, Coca Cola, Starbucks, Nestle, F&N.

Sekali lagi, tegakkan Islam dalam diri kita. Sentiasa perhebatkan mutabaah amal. Bersungguh dan sentiasa kobarkan semangat sesama kita untuk bangkit demi Islam. Kita mahu buktikan yang Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam. Terimalah jihad kami di sini ya Allah. Allahu akbar!

Mukmin yang kuat lebih disayangi Allah daripada mukmin yang lemah. Dear Asfarina, study hard smartly! Selamat mengharungi cabaran midlife yang pelbagai. Ramai yang tewas. Don’t be one of them. Stay super! :)

Allah’s slave, a good Muslimah, solehah daughter, superb student, incredible da’ie. 
BE ONE.

Wallahua'lam.

Senyum penuh syukur.
Be one. Stay super ;)

Alhamdulillah, done updating.
Kehkeh.
Next week test Soil Ecosystem & Resources. 
All the best, Asfarina! ;)
Salam 1434H, kawan-kawan :)