Tuesday, April 30, 2013

Sabah : Semua Allah punya :)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua'laikum warahmatullah.

Semua Allah Punya
[Iwan Syahman]

Lihatlah pohon yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Lihatlah burung yang terbang
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah bunga yang mekar
Subhanallah itu Allah yang punya

Tiada yang engkau punya

Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya

Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepadaNya

Lihatlah pohon yang tinggi

Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya

Kau lihat bukan kau punya

Itu semua Allah punya
Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya

Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada-Nya
Akhirnya kembali kepada-Nya

Pertama kali dengar lagu ni dinyanyikan oleh emcee waktu kem. Motif nyanyi? ><
Oh rupanya nak bagitahu, kalau kami peserta yg hadir ni rasa dah pandai, rasa dah hebat, bukan di sini tempatnya. Ditekankan part, "Tiada yg engkau punya, semuanya Allah punya ~ Dari itu janganlah sombong, janganlah riak serta iri hati ~"

Ilmu umpama air. Air akan mengalir ke tempat yg rendah. Kalau nak ilmu masuk dalam hati, rendahkanlah hati kita sewaktu hendak menuntut ilmu. Walau siapa pun yg bercakap di hadapan kita, walau siapa pun yg menegur, rendahkanlah hati kita untuk menerimanya. Jangan kerana dia seorang nelayan berbau ikan sentiasa, dan kita pula seorang professeor berpakaian mahal berjenama selalu, kita pun berlagak memperkecilkan ilmu atau pendapat yg ingin dia sampaikan.

Kebijakasanaan dan segala kelebihan, bukan milik kita selamanya.
Sekelip mata j boleh Allah tarik balik. Kunfayakun, jadilah maka jadilah ia!

Klimaks kisah antara profesor dan nelayan tadi tu, tiba-tiba sampan yg mereka naiki bocor. Professor yg sangat bijaksana tadi tak pandai berenang, tapi nelayan sangat mahir berenang! Akhirnya, nelayan tadi bukan sahaja dapat menyelamatkan dirinya, tetapi juga nyawa professor yg memperkecilkannya di awal perkenalan mereka tadi.

Kalau kita jadi professor tu, mesti insaf jugak kan :] detik hati professor, "Syukur alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas teguran lembut dari-Mu. Terima kasih kerana masih menyayangi hamba-Mu ini. Semoga aku belum terlambat".

Ibrahnya : Janganlah kita sombong :) Nak sombong dengan kelebihan? Sesungguhnya tiada yg engkau punya, semuanya Allah punya. Duduk menghadap gunung semegah, berdiri memandang laut terbentang luas, mendongak melihat langit biru, terasa kecilnya ya Allah diri ini.


Ni kat DESA Farm. Kundasang vs Cameron Highland. Of course Kundasang menang hoho
"Maka tidakkah mereka memerhatikan langit yg ada di atas mereka, bagaimana cara Kami membangunnya dan menghiasinya, dan tidak terdapat retak-retak sedikit pun?

Dan bumi yg Kami hamparkan dan Kami pancangkan di atasnya gunung-gunung yg kukuh, dan Kami tumbuhkan di atasnya tanam-tanaman yg indah,

untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi setiap hamba yg kembali (tunduk kepada Allah)"

[Surah Qaf 50:6-8]

"Kat dunia ni pun kita dah terpesona subhanallah cantiknya! Apetah lagi kat syurga, serious tak terbayang indahnya " :')
Terasa nak ulang ulang lagu di atas je sepanjang jaulah Sabah! :)

Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah
Subhanallahi wabihamdihi 
Subhanallahil a'zim

p/s : Banyak belajar. Akhawat Sabah lebih mantap barangkali? Senyum kagum. Malu pun ada hoho. Follow-up jauh-jauh, makan masa, tapi pengorbanan mereka masha Allah, tabik spring. Sabah church setiap 50-80 meter. Masjid boleh dikira, walaupun sedikit tapi semuanya sangat besarrr dan semegah! Kegiatan dakwah Kristian di Sabah pun sangat meluas. Nak selidik lanjut, bolehlah berjaulah ke Sabah! Seriously it will be a very worth jaulah with our beloved akhawatfillah, insha Allah :)

Wallahua'lam.

Wednesday, April 17, 2013

Ta'aruf di sebalik Daun Kundasang

Assalamua'laikum warahmatullah. Insha Allah, kalau perasan kan, tadi sepanjang kita jalan dari pintu masuk, banyak je daun-daun, bunga-bunga yang gugur. Kat bilik pun, *bilik ana memang selalu dapat menghadap hutan*, kita akan selalu la nampak bermacam-macam makhluk ciptaan Allah yang lain kat luar tu. Kadang-kadang toleh luar tingkap, dan-dan ada nampak sehelai daun kering gugur melayang ke kanan kiri. Subhanallah, selalu waktu ni akan teringat surah Al-An'am ayat 59.

"Dan kunci-kunci yang ghaib ada padanya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuinya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz)". 
[Al-An'am 6:59]

 Subhanallah kan, semua tu tak terlepas pun dari pengetahuan Allah. Kadang kita tengok kejadian sekeliling kita ni semua kosong je, tapi semuanya, i repeat, semuanya tak terlepas pun daripada pengetahuan Allah.  Kalau nak ikutkan, apelah sangat daun gugur. Tapi sungguh la, semuanya dah tercatat sekian lama di Luh Mahfuz. Daun yang berwarna sekian, dari pokok sekian ni akan gugur pada jam dan saat sekian sekian, dengan kelajuan tiupan angin sekian sekian, dilihat oleh hamba Allah yg bernama sekian sekian, yang pada waktu itu sedang jungle trekking subjek Wildlife, contohh. 

Semuanya dah tertulis.
Sekecil-kecil perkara pun Allah kira.
Allah MAHA Mengetahui.

Kalau nak tengok dalam hidup kita, apa-apa kebaikan atau kejahatan yg dikerjakan, walau seberat zarrah, semuanya tak terlepas. Takkan terlepas. Cuba check surah Al-Zalzalah, surah ke-99, ayat 7 dan 8.

...

*
"Dan tidak ada seekor binatang pun yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan semuanya merupakan umat-umat (juga) seperti kamu. Tidak ada sesuatu pun yang Kami luputkan di dalam kitab, kemudian kepada Tuhan mereka dikumpulkan." 
[Al-An'am 6:38]



Eh belalang! Er bukan mentadak mentadu ke? 

Dia pun nak mentadabbur alam & al-Quran jugak ;)



*
Berkenalan dengan akhawat sedunia

Jauh berjalan, mesti ramai juga sahabat baru yang akan dikenali dari segenap pelosok dunia. Hoho macam besar sangat je bunyinya.

Dalam buku Ath-Thariq Ilal Qulub aka Bagaimana Menyentuh Hati karangan Abbas As-Sisiy, super menarik kisah-kisah yg diceritakan dalam buku tersebut. Mungkin kalau kita bukan jenis yang peramah cepat mesra alam, bila baca buku itu pun akan tercetus macam-macam idea geliga untuk berdakwah dengan orang yg baru dikenali.

Perkara yg terpenting, mohonlah kepada Allah dan mengikhlaskan niat kita hanya untuk-Nya semata. Terdapat satu kisah yang diceritakan, selepas bertegur tentang sesuatu yg menarik pada diri sahabat baru, Abbas As-Sisiy terlebih dahulu memperkenalkan namanya. Sebabnya, kalau kita bertanya nama terlebih dahulu, mungkin akan timbul prasangka yg bukan-bukan.

Then, sekiranya terasa ada chemistry selepas teguran pertama tadi, boleh juga menambah, "Ana ukhtuki fillah (Saya saudara perempuan anda dalam agama), Asfarina dari UMK". Senyum. *ganti dengan akhuka fillah untuk lelaki.

Dalam kondisi seperti ini, kita akan berpisah dengan meninggalkan kesan yang mendalam. Insha Allah! Selain itu, kita juga boleh menghubunginya tanpa rasa janggal sekiranya ingin mengajak ke acara-acara di kemudian hari.

Ok, alhamdulillah berjaya kita koreksi satu tips kali ini. Abbas As-Sisiy juga ada berpesan, dengan maksud mudahnya, carilah pintu untuk ta'aruf ketika berpergian. Berkongsi makanan dalam perjalanan pun satu kegembiraan bagi orang di sekeliling. Dengan cara ini, kita akan membuka pintu ta'aruf dan tidak meninggalkan van yg dinaiki bersama contohnya, kecuali telah meninggalkan kesan yang baik dalam jiwa orang lain :)

Duduk dan berkepit dalam geng kita sahaja mungkin akan menimbulkan persepsi negatif orang lain yang sebenarnya jauh di sudut hati mereka teringin untuk mendekati kita. Makanya, wahai para da'ie! Bertebaranlah menyebarkan manfaat kepada orang lain di mana kamu ditempatkan.

"Kita telah berhenti sesaat, kita harus mengambil menfaat dari yang sesaat tadi untuk nash ad-da'wah (menyebarkan dakwah)" 
[Hassan Al-Banna. Trik-trik dalam Dakwah dan Tarbiyah. pp 173]


*
...

"Asfarina kan, Jazaakillah share ayat [6:59] tadi. Tadi lepas enti share, ada sehelai daun gugur depan ana. Nah, ambil la. Buat kenang-kenangan kat sini."

"Eh? Wah ya Allah. Haha. Tulis la nama kat daun tu."

"Fatih UMS. Daun Kundasang =)"

"Alhamdulillah, terima kasih taw Fatih. Hehe. Comel je daun Kundasang ni."


*
# Pesanan penaja : Pandai-pandai lah cover if terlupa atau inagt-ingat lupa nama orang selepas ta'aruf kali pertama. Kof koff.

Wallahu a'lam. Wassalamua'laikum warahmatullah, till we meet again take care jaga hati jaga imaan wish you all the best, selamat menyentuh hati! :)

Alhamdulillah thummalhamdulillah, terima kasih ya Allah :')

Friday, March 29, 2013

c&p "Kami sebenarnya.."

“Dah lama Makcik jual pisang goreng ni?”

 Eja bersuara. Sambil tunggu Makcik tadi isi pisang ke dalam plastik separa lutsinar. Sambil-sambil itu dilap peluh-peluh. Hangat. Betul betul tengah hari. Syamil tengok Makcik tadi goreng pisang yang lain setelah diangkat satu batch yang dah masak.
Berminat.

“Kalau dah dikira-kira, aih dah lebih 15 tahun”

“Uiks lama tu” Jawab Syamil.

“Selalu ramai ek kat sini?”

“Alhamdulillah. Macam ni la. Kadang ramai kadang tak”

Terpegun. Kagum sebenarnya. Makcik tu, kalau dihitung-hitung dah lebih separuh abad. Kedut-kedut pada wajahnya dah jelas kelihatan. Bintik bintik hitam, tanda gigih.

“Anak-anak Makcik ?” tiba tiba terpacul keluar dari mulut Eja.

Belum sempat dia habiskan soalannya, Syamil tenung Eja. Isyarat. Sensitive barangkali soalan tadi. Takut-takut tak kena.


“Dorang semua dah keje, kat Bandar. Merata-rata. Kamu semua ini dari mana?” Makcik tadi dah paham.

“Oh. Kami dari JB. Ada program kat sini”

“Selalu program kat sini? Jauh tu”

“Selalu jugak la” Ujar Syamil.

Pisang dua bungkus dah siap. Masak. Harum sampai ke hidung. Makcik masukkan ke dalam plastic.

“Lima ringgit kan Makcik?”

“A’ah. Ni Makcik masukkan lebih. Nanti singgah la lagi”

“Eh tak payah la Makcik. Ermm, ni sepuluh ringgit, baki Makcik simpan ek”

Eja terharu.
Makcik tadi pun.

“Kamu  ni sapa sebenarnya?”

Eja tengok syamil.
Syamil tengok Eja.

“Kami sebenarnya….”


--------------------


Lutfi perlahankan kereta Myvi kuningnya. Haris tekan button kat dash board tu. Cermin tingkap terbuka.

“Assalam’alaikum Pakcik, nak ke mana?”

“Wa’alaikumsalam. Nak ke pasar borong kat pusat Bandar sana.”

“Marilah naik. Kami pun on the way ke sana”


Haris turun dari depan. Dituntun Pakcik tadi. Pintu dibuka. Kemudian ditutup. Perjalanan diteruskan. Jauh sebenarnya lagi destinasi dituju. Dua tiga minit pertama semuanya sunyi. Cari idea mungkin.

Peluh-peluh mengalir dari dahi Pkcik tadi.
Jauh benar dah jalan tadi. Haris kuatkan pendingin kereta. Lutfi terus memandu ke destinasi. Jalan mereka tak sehala sebenarnya.

Tapi..

“Pakcik dari mana sebenarnya?”

“Seksyen 13, anak nak ke mana?”

“Kami nak ke Bandar juga. Ada program. Jauh juga tu Pakcik jalan.”

“Pakcik dah biasa dah. Budak kat rumah tu, kalau Pakcik tak keluar cari makan, tak makan la semua”


Haris pandang Lutfi.
Sampai kat satu simpang, Lutfi perlahankan kenderaan singgah sekejap di satu gerai. Haris cepat-cepat turun. Tiga gelas air kelapa dibeli. Cepat-cepat dia naik kereta balik

“Air kelapa Pakcik..”

“Eh kamu ni, buat susah je..”

“Takpe. Bukan selalu pun.. Panas kan sekarang”

Haris hulur satu gelas air. Pakcik tadi terus ambik.
Laju diminumnya. Haus benar. Makin laju pula peluh.

“Haa turunkan Pakcik kat depan mesin ATM jela”

“Yang tu ek?” Lutfi tunjuk mesin ATM Bank Islam di seberang jalan. Dah dekat dengan pasar.

“A’ha yang tu”

“Nanti pakcik nak balik, nak kitorang ambikkan?”


Tiba-tiba muka Pkacik tadi lain.
Kaget. Bingung pun ada.

“Eh takpela. Pakcik boleh balik sendiri nanti”

“Ok la kalau macam tu”

“Pakcik turun dulu la nak, hati-hati bawak kereta nanti”

“In sha Allah Pakcik.”

Pakcik tadi turun. Sebelum tutup pintu. Dia sempat toleh balik ke dalam.
Tertanya-tanya

“Kamu ni sapa sebenarnya?”

Lutfi dan Haris saling berpandangan.


“Sebenarnya kami…”


----------------------------


“Faris kan?”

“Mana abang tahu?”

“Haa, dunia kan dihujung jari sekarang”

Tiba-tiba saje.
Raman duduk makin dekat dengan si Faris tadi. Rancak pula berbual. Tanya asal mana, sekolah mana. Tibe-tibe sahaja.

“Hmm, Faris free pagi esok? Jum ikut abang keluar”

“Free tu free. Tapi nak gi mane?”

“Kita gi rehlah. Nak?”

“Oh. Rehlah tu macam mana bang? Kat mane?”


***

“Macam mana tadi, best tak?”

“Best jugak. Kalau duk kat kolej konfem tidur tadi bang”

Seronok benar bercerita. Raman buka tingkap kereta. Angin dari luar masuk, kuat. Peluh keduanya mengering. Sebelum sampai ke kolej, Raman singgah di satu gerai. Beli dua biji burger. Ayam special. Peh terbaik.

“Ni untuk Faris satu..”

“Laa..tadi pun dah kenyang bang, abang makan jela”

“Bukan selalu pun kan”


Nak tak nak. Last last ambik juga.
Rezeki kalau dah datang tak baik tolak

“Hmmm bang, tadi semua tu sape?”

“Adelah. Kenapa?”

“Entah la. Semua baik baik je. Ramah mesra je. Ada lagi manusia camtu ek. Baru jumpa hari ni tapi macam dah kenal lama.”

Tersenyum Raman.


“Sebenarnya kitorang semua ni..”


------------------------


“Makan bungkus?”

“Makan.” Serentak berlima jawab.

Order diambik. Abang waiter tadi berlalu. Ramai betul orang petang tu. Semuanya orang Bandar sekarang makan kat kedai. Tak sempat nak masak kat rumah. Adeh.
Lepas lima minit tak sampai-sampai.

Ali mula dulu.
Mushaf dikeluarkan. Dibacanya perlahan. Khusyu’

Lepas tu yang lain pula ikut. Eja pun buka Quran. Adil baca kat i-pad. Haris pun. Semua senyap. Lutfi tengah cakap telefon. Kemudian dia pun ikut sama taddabur. Isi waktu kosong.

Pelik?

Orang sekeliling tengok.

Dua tiga minit air sampai.
Abang waiter tadi la paling pelik

“Korang ni dari skolah Tahfiz Seksyen 39 tu ek”

“Eh tak la. Kami belajar kat sini je. Kat Kolej Matahari tu”

“Oh”

Abang tu hidang air. Perlahan-lahan. Sambil tu dia tengok sorang-sorang. Berminat mungkin. Entah. Pelik benar.

“Ikut tabligh eh”

“Kenapa bang?”

“Eh tak de pape, layan pelanggan”

“Nasi lambat lagi bang?”

“Jap ek”

Abang tu pergi. Sengih sengih mereka lima orang.
Menarik.

Duduk sekejap, yang di order pun sampai. Abang tadi lagi. Mukanya penuh tanda soal. Tak puas hati lagi.

“Abang dah makan? Jom la sekali” Pelawa Ali.

“Dah tadi. Korang ni sapa sebenarnya?”

“Kami sebenarnya…”



-------------


Kami sebenarnya….

Sebenarnya

Sebenarnya

Meh nak bisik


“Nahnu ruhul jadid fi jasadil ummah”

Senyum.


Subhanallah, Allahu akbar.
Takbir bila sampai ending.
Nahnu ruhul jadid fi jasadil ummah.
Kami ruh baharu dalam jasad ummah.

Dah lama baca tapi sangat teringat.
Bermakna sungguh, sangat dekat. 
Rindu yg buat mudah bersemangat.
Bangkit tak menoleh belakang lagi.

Mereka sosok As-sabiqun al-awwalun bagiku.
Keimanan yg melingkari menyatukan.

Hingga kini, dengan izin-Mu jua ya Allah.

ade kena mengena kah dgn cerita? at least, fr me. hoho 
 Tiba-tiba teringat ayat ini, random :

“Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
  
[Al-Anfal 8:63]