Thursday, April 24, 2014

Cik Hikmah dipercayai hilang di Bandung!


"Kadang-kadang hak-hak peribadi kita tidak dapat kita penuhi, jangan bertanya ke mana yang lain. Jangan bertanya kenapa kita sendiri. Jangan mengingat apa yang telah kita korbankan. Jangan mengharap apa yang akan kita dapatkan. Kerana sesungguhnya Allah telah memilih diri-diri ini. Kerana Allah, ikhlaskanlah :)".

"Para pemburu syurga tidak akan berhenti pada tahap mimpi. Ada impian yang harus diwujudkan. Ada pengorbanan yang harus dikeluarkan. Ada amal dan karya nyata yang harus dipersembahkan".

Orang beriman selalu punya ciri sendiri dalam menata hatinya
Saat mendapatkan kesulitan ia tetap ceria
Fisiknya mungkin lelah, fikirannya mungkin kalut dan jenuh
Tetapi tidak dengan hatinya yang selalu yakin
Bahawa semua itu kerana Allah masih sayang padanya

-Semua quoted-

Tarbiyah bil ahdath - Tarbiyah melalui peristiwa
Mahal!
Tapi kadang-kadang hikmahnya tuu tak jumpa cari,
atau tak terasa pun ada 'sesuatu' yang Allah nak tunjuk.

Sampai lah Allah hadirkan insan-insan yang mashaAllah terangnya mata hati mereka
Boleh discover sesuatu peristiwa dan relate dengan tarbiyah yang Allah nak beri

"Kamu itu, coba lihat ke dalam diri kamu sendiri. 
Adakah kamu lihat dalam diri kamu itu sebagai seorang pemimpin?"
-Pak Arham, Bandung, Indonesia

Sebelum dia cakap malam tu, kita tak terlintas pun to behave as one sepanjang hari ni.
RUGI. Momen penting untuk hari itu dah berlalu. 
Sampai sekarang ada rasa kesal.
Sampai sekarang juga tetap dapat rasa kata-kata Pak Arham sangat inspiring.
Hari-hari seterusnya rasa lebih segar dengan niat yang jernih-jernih hendaknya.

After all, syukur alhamdulillah.

Cuma itu lah, lain kali kita perlu lebih proaktif dan bijak mencari hikmah
di sebalik setiap peristiwa.
Even sekecil-kecil perkara pun, inshaAllah akan ada 'sesuatu' yang Allah nak ketuk,
untuk kita lebih memahami
dan menghargai
erti hidup ini.

Semoga Allah hadiahkan 
kejernihan mata hati
:)


Have faith, stay super! :)
Wassalamua'laikum warahmatullah.

Monday, February 17, 2014

"Kalau perasaanmu begitu indah, segeralah..."

[Kredit sini]

Bismillah.
Assalamua'laikum wbt.

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah swt. 
Dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita bertemu kembali,
inshaAllah dalam keadaan yang lebih baik. Alhamdulillah. 

Semoga setiap saat yang kita lapangkan kerana Allah tidak menjadi sia-sia,
malah dapat membuka lebih banyak pintu-pintu rahmat dan redha Allah kepada kita.
Ameen ya rabbal a’lamin. 

Sebelum diteruskan lagi, mari kita refresh semula niat kita.
Semoga setiap klik kita atas mouse dan papan kekunci ni, 
tidak lain dan tidak bukan adalah lillahi ta’ala. 

Biarlah pada awalnya tadi saja-saja je nak buka blog ni, tapi sekarang ini,
dengan niat benar yang baru terlintas tadi, 
mudah-mudahan setiap patah perkataan yang akan kita baca selepas ini
akan menjadikan malaikat Raqib tidak putus-putus mencatat pahala 
yang melimpah ruah untuk kita :') subhanallah, walhamdulillah.

Kita ada sesuatu nak dikongsi.
Bila terjumpa pesanan ni rasa Allah nak panggil kita balik,
agar tak leka lari-lari jauh dari-Nya.

Kita jumpa kat status FB Kak Shafika Anuar.
Nanti, kalau kita dah takde,
dan awak rasa pesanan ni very close to you,
kita harap awak dan anak cucu cicit, 
sudi berpegang teguh dengan pesanan ini.
Inilah dia, nah!

Bismillah.
kalau kamu lelah, cobalah tilawah.
kalau kamu resah, segeralah tilawah.
kalau kamu gelisah, hilangkan dengan tilawah.
kalau kamu susah, mulailah tilawah.
kalau kamu gundah, jangan lupa tilawah.
kalau badanmu lemah, kuatkan dengan tilawah.
kalau imanmu tergugah, lakukan tilawah.
kalau jiwamu gerah, perbanyak tilawah.
kalau matamu basah, segera tilawah.
kalau pikiranmu cerah, cepatlah tilawah.
kalau hatimu patah, teruslah tilawah.
kalau kamu marah, redakan dengan tilawah.
kalau kamu merasa gagah, jangan lupakan tilawah.
kalau kamu kalah, harus banyak tilawah.
kalau kamu tidak mau kalah, harus makin banyak tilawah.
kalau kamu tabah, seringlah tilawah.
kalau tanganmu tengadah, mulailah tilawah.
kalau kakimu melangkah, lantunkan tilawah.
kalau hatimu berseri bak bunga merekah, seringlah tilawah.
kalau perasaanmu begitu indah, segeralah tilawah.
kalau ingin keluarga sakinah, ajak mereka tilawah.
kalau ingin anak-anak salih dan salihah, ajari tilawah.
kalau ingin rejeki melimpah, rajinlah tilawah.
kalau ingin hidup penuh berkah, rutinkan tilawah.
kalau ingin mengunjungi Ka’bah, lantunkan tilawah.
kalau anganmu tengah membuncah, perbanyak tilawah.
kalau kamu malas tilawah, paksalah untuk tilawah.
kalau kamu rajin tilawah, lanjutkan terus tilawah.
kalau kamu tilawah, itulah jalan menuju jannah.

(Cahyadi Takariawan)



Pesanannya sangat lembut dan ikhlas (Y_Y)
Jadinya kalau lepas ni apa-apa jadi kat awak,
perasaan apa pun yang hadir, maka bertilawahlah.

Pesan Nabi kepada Ibn Abbas yang masih kanak-kanak ketika itu,
"Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu"
"Bertaqwalah kamu kepada Allah, 
walau di mana sahaja kamu berada." 

Have faith. Wherever you are,
rasakan Allah itu wujud,
Allah sangat dekat,
Allah sangat Maha Memahami. 
Boleh jadi Allah nak bagitahu kita sesuatu melalui Al-Quran yang kita baca.
Jangan rasa jemu bertilawah, jangan berhenti mentadabbur (menghayati) Al-Quran,
setiap hari.

Allah knows what you are about to tell Him in your du'a,
yet He still listens.
Orang lain? Takde pun yang macam Allah :')

Oh yang terakhir, kita ada nak jemput awak 
untuk menghabiskan satu juzuk setiap hari.
Apa tu orang kata, ahaa one day one juzuk.

Nampak macam berat ye?
Takpee, why dont we give a try?
Jom la jom la. Insha Allah boleh.
Nanti syaitonirrajim takde peluang nak datang dekat.
Lagipun, nak syurga mana ada benda yang senang :')

Wassalamua'laikum warahmatullah.


18 Rabiu'l Akhir 1435H

Wednesday, December 18, 2013

Tiga kali detik : Solat, syukur, istighfar!

Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamua'laikum dan salam keceriaan!

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, dua tiga hari ini aku seperti dikurniakan rezeki oleh Allah untuk menjumpai artikel-artikel, ebook, video dan sebagainya yang menghidupkan kembali semangat untuk bersyukur. Dan beristighfar.

Seiingatku, semua rencana Allah yang teratur sehingga hari ini bermula daripada kisah-kisah kematian. Bermula dengan kisah arwah Azim, pelajar kampusku yang mati lemas, dan Alhamdulillah pengakhiran yang sangat baik baginya. Kemudian, disusuli pula dengan kisah Ahmad Ammar, kematian yang..subhanallah sangat menghidupkan! 

Kematian orang-orang yang disayangi Allah ini, buatku rasa sangat tiada apa apa untuk dipersembahkan kelak di hadapan Allah dan kerdil sungguh diri. Aku juga sering terfikir entah bagaimanalah pengakhiran kehidupanku di dunia ini. Jujur kukatakan, setiap kali Facebook dibuka, pasti ada sahaja kisah Sehidimez (Syahid kita) Ahmad Ammar yang akan menyapa pandanganku. Manarik, banyak sangat kebaikan yang boleh dipelajari daripada kisah arwah. Walau bagaimanapun, mungkin bukan kali ini untukku membuat muhasabah lanjut mengenai kisah mereka. Cukuplah, aku ekstrak sedikit daripada kata-kata di statusnya, "Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat". 

[[credit]]
Apabila merasakan diri sangat tidak well-prepared untuk husnul khatimah, aku mula menyemak kembali perkara penting dalam urusan harianku.

Solat.
Bersyukur.
Istighfar.
.
.
.

Cukup tiga dulu.

Solat.

Ustaz dulu kecik-kecik selalu pesan, kalau ada masalah, "Check balik solat kamu". Tidak lama selepas sesi bermuhasabah, seorang sahabat yang sungguh saya sayangi dia kerana Allah, berkongsi tentang keajaiban solat di awal waktu dari segi saintifik. Dalam perkongsiannya, diterangkan lanjut bagaimana frekuensi beberapa bahagian badan kita sama dengan frekuensi alam. Justeru, secara saintifiknya, solat awal waktu pada kelima-lima waktu solat dapat menyihatkan tubuh badan kita. Misalnya, frekuensi alam pada waktu Zuhur berwarna kuning. Hal ini sama dengan frekuensi sistem di bahagian perut. Hamba Allah yang sering melewat-lewatkan waktu solat Zuhur, hidup mereka tidak ceria. Benarlah, sekiranya perut kita tidak sihat, pasti kita hilang ceria.

Bersyukur.

Tidak disyaki lagi, semakin merudum graf catatan kesyukuran setiap hari. Mungkin juga hati tidak cukup lapang di petang dan malam hari kerana kurang bersyukur seawal pagi?

Astaghfirullah.

Seterusnya, istighfar (memohon keampunan).

Ya, istighfar! Setiap minggu aku mendapati seorang adik yang sungguh, aku sayangi dia kerana Allah, istighfarnya 1000x seminggu. Kadang-kadang 1400x. Aku agak terkejut ketika awal-awal mengetahuinya. Hakikatnya, aku tak merasakan perlunya untukku terkejut-terkejut dalam hati. Bukannya kita tidak tahu betapa banyaknya kelebihan yang Allah janjikan kepada mereka yang melazimi istighfar. 

Alhamdulillah, aku menjumpai video yang pendek tetapi sarat mesejnya. Jom, tengok di link ini : [Ajaib istighfar]

Daripada kitab Ringkasan Riyadhus Salihin, daripada Aisyah r.a., beliau berkata, maksudnya : 


"Adalah Rasulullah S.A.W memperbanyakkan membaca sebelum wafatnya: Subhanallahi wa bihamdih. Astaghfirullaha wa atuubu ilaih. (Maha Suci Allah dengan segala puji-Nya. Aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Nya)."


[HR Bukhari No.817 dan Muslim No.484]

Alhamdulillah,
Untuk diriku dan semestinya kalian juga, didoakan agar Allah memberi kekuatan dan keinginan yang tidak berpenghujung untuk kita istiqamah beramal dengan ilmu yang Dia rezekikan kita mencedoknya. Alhamdulillah, Ameen.

All in all, pelan tindakan seterusnya : ACTION