Wednesday, March 31, 2010

Gudbye Mac!

Okay.. lg beberapa minit nak msuk April Hee..bulan penuh kesedihan! (yeke? ish..mcm xbrsyukur lak..huu) Okay dear, jgn nak sedih2, gumbira2 lg best! :)) Let's find the power of optimism!

Sunday, March 28, 2010

Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikanku!


Seorang ulama terkemuka, Imam Sahl bin Abdullah at-Tastari menceritakan kisah dirinya.
“ Ketika berumur tiga tahun, aku mengikut bapa saudaraku, iaitu Muhammad bin Sanwai melakukan qiyamullail. Aku melihat cara bersolat bapa saudaraku dan aku meniru gerak gerinya.
Satu hari, bapa saudaraku bertanya, “Adakah kau mengingati Allah, yang menciptakanmu?”
“Bagaimanakah caranya aku mengingati-Nya?”
“Anakku! Jika kau berganti pakaian dan ketika hendak tidur, katakanlah tiga kali dalam hatimu, tanpa menggerakkan lidahmu. Allahu ma’i..Allahu naadhari nazhori..Allahu syaahidi..!”. (Maksudnya, Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku!)
Aku menghafalnya lalu mengucapkannya setiap malam. Suatu hari selepas aku menceritakan hal ini kepada bapa saudaraku, dia berkata, “Mulai sekarang, ucapkan zikir itu sepuluh kali setiap malam.”
Aku mengamalkannya, aku fahami maknanya dan aku merasakan ada kenikmatan dalam hatiku. Fikiran terasa tenang. Aku barasa sentiasa bersama Allah SWT.
Setahun kemudian, bapa saudaraku berkata, “Jagalah apa yang aku ajarkan kepadamu, dan amalkanlah sehingga mati. Zikir itu akan bermanfaat bagimu di dunia dan di akhirat.”
Katanya lagi, “Wahai Sahl! Orang yang berasa selalu disertai Allah, dilihat Allah dan disaksikan Allah, adakah dia akan melakukan maksiat?”
Kalimah Allahu ma’i, Allahu naadhiri, Allahu syaahidi! Sangat terkenal dalam kalangan ulama arif billah. Bahkan, Syeikh Al-Azhar, Imam Abdul Halim Mahmud, yg juga dikenali sbg ulama arif billah menganjurkan kepada kaum muslimin supaya membacakan kalimah ini dalam hati. Maknanya yang dahsyat, jika dihayati dengan bersungguh-sungguh akan mendatangkan rasa ma’iyatullah (selalu berasa disertai, dilihat dan disaksikan oleh Allah SWT).
Akhirnya, hal ini akan menimbulkan rasa takwa yg tinggi kepada Allah. Kalau dah macam tuh, adakah orang yg selalu berasa disertai Allah, dilihat dan disaksikan oleh Allah akan melakukan maksiat? Peringatan utk diri sndiri dan anda juga.. =) jum..try okie, x rugi apa2 pun..untung adalah. Insya Allah..
[Dalam 'Ketika Cinta Berbuah Syurga']
       

Surah Al-Qiyamah?


Salam.. :) sihat ya semua? Satu malam ni, ada kwn call ckp psl Surah Al-Qiyamah.. Selak tafsir. Esoknya, ada status kwn kt fb ni pun psl surah yg sama.. Ok, jom kaji2..
Surah yang ke-75 (40 ayat) ini membicarakan ttg hari kebangkitan dan pembalasan. Kemudian, surah ini memuatkan jaminan Allah kpd Rasulullah saw bahawa Dialah yg akan mengumpulkan al-Quran dlm dada Rasulullah saw. Seterusnya dinyatakan, hinanya mereka yg lebih mengutamakan kehidupan dunia yg fana dgn mengabaikan kehidupan akhirat. Celakalah bg mereka! Dibandingkan antara wajah org Mukmin yg berseri-seri dgn wajah org kafir yg muram tidak bercahaya. Kemudian, perihal org yg menghadapi sakaratul maut sedangkan dia lalai menunaikan kewajipan serta menyangka bahawa dirirnya tidak akan menemui hari perhitungan. Surah ini diakhiri dgn beberapa bukti yg menguatkan kebenaran hari kebangkitan.
Kdg2 terasa kena kat diri sendiri lak bila baca tuh..=| Btw, thanx for reminding me.. :)

Friday, March 26, 2010

Saya suka sirah :)


Assalamualaikum.. Hye hye! Teringat kalo kat maktab dulu, selalu ada tazkirah.. kat surau lepas asar, maghrib, weekend after Subuh, sebelum prep malam tamat, kat wing lepas bacaan.. Gmbar kat ats tuh, dgn beberapa org clsm8 (Dayah,  Yunie, Anem, Wanie, Aimi,  Asfa, Izyan, Abby) baru balik Usrah Jumaat dari surau. Ahah rindu~ Paling suka kalo dgr tazkirah yg ada cerita2.. Sbb seronok, kan? :) Kalo ada unsur2 humor, mulalah gelak2 menampakkan gigi masing2..x pun, gelak2 ayu. Tapi kalo ada unsur sedih, ada gak lah rakan bersebelahan yg ternangis..huu Sirah lagi santai, ringan untuk disampaikan dan senang meresap dalam hati kita semua, berbanding teori-teori yg agak berat. Lepas dengar/baca sirah, kadang2 ada rasa kagum dan teringin nak mencontohi karakter dalam cerita tuh.

Nak amalkan sirah sebagai bedtime story lagi baguuss~ kalo cerita kat adik-adik, moga2 mereka tertarik untuk mencontohi sahsiah mulia yg terdapat dalam sirah yang dibacakan tuh.
Kisah-kisah umat terdahulu, perjuangan Rasulullah dan para sahabat, kisah hidup para ulama dan pejuang Islam, bukanlah utk kita tatapi dan baca sahaja. Kemudian ada yang menangis kerana terasa di pangkal hati, kemudian buku itu kita tutup semula tanpa ada praktis dalam kehidupan kita. Sirah sepatutnya kita hidupkan dalam kehidupan kita. Barulah sirah tadi bermakna dan berguna. :)
Kita membaca kisah Sumayyah yg menjadi orang pertama syahid dlm Islam. Dia teguh mempertahankan keislamannya sehingga disula oleh Abu Jahal. Kita menangis terharu dgn keteguhannya. Tapi, dalam realiti kehidupan, kita tidak teguh dalam menjaga Islam kita. Jika begini, sirah tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Sepatutnya, apabila jiwa kita sudah merasa kita tinggal mencungkil rasa itu untuk menggerakkan tubuh kita membawa perubahan. Jika kita tinggalkan segala isinya tersimpan dalam buku, maka tiadalah gunanya walau kita menghafal seluruh isi buku itu.
Sabda Rasulullah, "Iman itu bukan dengan kata-kata, atau angan-angan, tetapi ia adalah apa yg tersemat dalam kalbu, dan dibenarkan pula dengan amal.

Rasa rugi lak masa g bookfair, terlupa nak cari buku2 cerita sirah..haih.. Sapa ada, nak pinjam bley? Haha..kidding. Konklusinya, marilah kita serap akhlak-akhlak para sahabat Rasulullah, aplikasikan kesabaran para rasul, bina kefahaman seperti mereka, bergerak mengikut gerakan dan menuju ke tempat yg mereka tuju. Barulah sirah tuh bermakna, berguna dan membina. Hidupkan sirah dalam kehidupan kita! =)

[Langit Ilahi - Hilal Asyraf]

Tuesday, March 23, 2010

Down down up down

Dear Asfarina..
Hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu..
Jujurlah kepada diri sendiri
terutamanya ketika bermuhasabah
Jangan nafikan realiti
Setelah disedari kelemahan dan kesilapan, 
maka akui hakikat itu
Ingat, kita perlu maafkan diri kita 
kerana kita juga perlu mengasihani diri kita sendiri

Maaf. Sekali lagi, hati saya milik Allah. 
Diriku yg disayangi, Asfarina.Asfarina.Asfarina
Wassalam.

Up down down down

My life is down
And I'm out of my mind
Everything so dark
And there's no light
O' my Lord....i turn it to you..............

Monday, March 15, 2010

Wanita..senjata syaitan

I texted L..
Said Ibn al-Musayyab berkata, "Setiap kali syaitan berputus asa mengganggu seseorang, maka dy akan melancarkan gangguannya melalui wanita."
L >> Hi..dalam maksudnya..
Ibn Abbas mengatakan, "Tidak ada dalam kalangan org terdahulu yg menjadi kafir, kecuali gara-gara wanita dan orang yg terkemudian pun kafir gara-gara wanita (juga)".. So, jgn bwt benda pelik2 ye!
L >>  Ok bos! Hi..

Berpisah

Assalamualaikum.. hee..aku da x tahan jd org tengah masalah antara dua sahabat tersayang.. Bukan x tahan ape..kesian sesangat!~ penuh inbox akuh..=p

Asfa  : Lek la weyh..aku respek ko kan kuat, tabah, tough! Jgn nak ubah persepsi aku slame ni beb..Tak kan benda loving2 ni dah rapuh kut iman ko..? Ape nih.. Baru sikit ujian kehilangan.. Bukan isteri meninggal pun..ni baru "best friend" tinggalkan..lain jantina lak tuh. Tak ke mana pun..
L : Haha..memangla tough. Muke gua ganas, tp dalam hati ada taman..haha
L : Aku da x bole hdup ni Asfa..nak bwt ape2 pun x jadi, x fokus..da nak gile aku ni Asfa..astaghfirullah..
L : Aku sayang dy sangat3..knapelah aku bole kenal kat dy. Dy istimewa sangat bg aku.. Aku perlukan seseorang utk jd pendorong aku utk berjaya..
Asfa : Dy kan x nak kawan ngn ko sbb result dy teruk..ko kan gempak! Malu la kut..da jauh hati la..
Asfa : Aku tahu dy tuh cun..baik..mmg diakui. Selama ni jd tempat ko crite prob.. Mmg ssangat x bijak la kalo nak tinggalkan pmpn baik2 camtuh je.. Tp kan..kalo bab2 cmnih susah nak predict mcm mane prngai org.. Doa je byk2 dy bahagia ngn hidup dy. Ko pun tahu, ade jdoh x ke mane kan.. X perlu lah nak mnyesal sangat.. Yakin je ko bole jumpe yg lg bagus! Ko pn bukan x hebat..aku ckp jujur bro.. Brsyukur ngn ape yg ko ade skg..bnyk lg bnde ko bole hargai.. Istgfr bnyk2..astaghfirullahal a'zim.. Ingat Allah, be strong!
L : Aku x nak gaduh2 ngan dy la asfa.. nape degil sangat, keras hati dy tuh..
L : Aku x taw la kenape iman aku lemah sangat sekarang nih... warghhh!!
L : Haha.. Ko rase, patut ke aku nanges?
L : Thnx asfa..aku rase lemah sgt..da istgfr sume da pun. Astaghfirullah..

P : Dy pun bukan baik sangat..gatal je..rmai je kwn ngn girls..heh
Asfa : Aku kenal sgt dy tuh! X baik taw men tuduh2 je cmtuh..dy kawan je pun. Ko x sedar k, ko tuh tersangat la istimewa dalam hidup dy..wlaupun kawan je, tp ko tlg la sedar! x yah nak mrendah diri ngn aku skg.. Kawan shj, x yah over msg2 yg mmmbzir..jus being there. Selame ni bg mafhum ayat Quran, hadis tuh, hadis nih, doa tuh doa ni..bukan x bagus pun.
P : Aku boleh je hidup tnpa dy.. Eleyh, dulu aku x matang sangat, asek pk cner la nak hidup tanpa dy.. Tp bile dah lalui, bole je hidup cm biase..Allah ade. Dy pun bukan sesape, kalo suami x pe gak...
P : Tuh maksudnye, syaitan dah jadikan perasaan dy lagha. Banyak2 dekatkan diri dengan Allah..:)
P : X kan la org kuat iman bole gile..hahhaha

>> X faham ngn perangai manusia..hehe.. Doa je x de kawan yg jd tak berapa nak waras sebab bnde kecik ni.. mmg mmpengaruhi btul..  But frankly, this is unexpected..i never thought this prob really affected and hurt L deeply Bertenang, amek wuduk..fikir waras..  yg penting, cari cinta Allah, Allah x kan pernah tinggalkan kite..tp kite je yg selalu jauhkan diri daripada-Nya.. Asfa tuh x de pnglmn, amek pnglmn org je..huu Gudluck! :)

Friday, March 12, 2010

SPM result!

Kepada semua pelajar Maktab Rendah Sains MARA Taiping Tingkatan 5 tahun 2009, tahniah diucapkan kerana anda telah berjaya merealisasikan ikrar yg kalian baca setiap pagi, dengan Gred Purata Sekolah ( GPS ) 1.11 secara rasminya kalian telah mencipta sejarah tersendiri dengan berjaya meletakkan MARESMART di tempat pertama antara Maktab Rendah Sains MARA seluruh Malaysia.

> Ni copy Firdaus Borhan nyer shoutout kt fb..haha
To all girls batch 08/09. thank you soooo much for the gambar. 10 years in Taiping and the first gambar with all the batch girls. The present really touch my heart. Kekalkan kecemerlangan, baiki sahsiah dan tepati waktu walau di barat, timur, utara atau selatan dan dalam keadaan apa dan di mana jua anda berada...
> Ni Cikgu Wan syg.. :)
Congratulation to all the my x-students.u guys did a good job.what ever grade u got,never give up n never stop learning.ur journey has just started so get up n get going! up!up! n away...!! (cam superman x?)
> Ni my dear tcer Lilie..chill~ ;)
♥ Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yg lain dbukakn. Tp, sering kali kte terpaku lama pd pintu yg tertutup shingga x melihat pintu2 lain yg dibuka utk kite. ♥ yey! alhamdulillah~ ;) degupan jantung kembali normal.... congratz semua esp Typg no.1!
> Ni pulak, Saudari Asfarina.. =p

Whatever the result was, Alhamdulillah.. :) 9A! tp 6 A+ je la..lg 4 campur jiran2 A..hee~ tp sampai skg rase cm sdeyh je..... Kpd dak2 tswur, wlaupun calon2 maktab kte x de dapat A+ & A, n majoriti B+..xpe..bersyukur.. Senyum2! ^,^ Maktab kite, Sakky bgtaw, 7 org je rasenye dpt A-..termasuk aku. :( skola len blambak2 ouh A+! Segan jgk la.... Kesian ustz..msti pening nk bwt testi nty..huhux mgkin x da rzki kite sume dpt A..x taw mane silap...

Tak pe, x kesa la x stret A k, tswur B k, addmath B ke, bio B k..jgn sedeyh2 memanjang.. Walau sedalam mane pun hati dirobek, doalah bnyk2..=) (hati dirobek, cm putus cinta lak bunyi..hee) There are lotssss of chances waiting fr us.. Congrats!!! aku bangga dgn semua kawan2..dgn usaha kite berhempas pulas n tawakal selama ni. Sekarang ni, bak kate Yus, schorlarship-hunting mood. =p gudluck!

p/s : Seronok sgt2 dapat blek maktab, jmpe kawan2! Waha rindu nyer~ da besar2 da budak2 nih..haha Kpd adik2 f5 2010 MRSM Taiping, chayok2! Hee..truskan prjuangn! Bole nyer gempak gak..amin. Ktorg dapat lepas target ckgu2 GPS 1.3, last2 dpt 1.1. Syukur~ Dgr cite ckgu trget, o.9 btch f5 10/11..waha all the best!

Tuesday, March 9, 2010

Ayat 1000 Dinar jadikan amalan

                                    

Mafhumnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq )

Antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah :

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara

2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
4. Dan ketika dirasakan perlu

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

p/s : Ayah saye pernah pesan, suruh jadikan ayat seribu dinar ni amalan.. :) doakan saye  dan rakan2 straight A+ SPM 2009! Amin~ Allah jua membalasnya..insya Allah.. =)

Sunday, March 7, 2010

Moto2~

Okies..ni mse tnggu turn nak test jpj moto. Sangat lama since hri tuh yg jpj kreta..org len yg test jpj kreta sama da dpt lesen P dah taw! Haih..envy =p
Tp syukur..markah, 19/20 ja..haha
Sape yg baru nak amek test or blum amek lg, all d best!! Senang je jpj tuh..cool saja. ^^,
Nty bole jalan2 bwk knderaan scra halal..hehe~

Fatin izyan, nazurah, afiqah hani, nadzirah : Congrats dear! :)

Baju baru! ;)

Hye! Assalamualaikum.. :)
Hari tuh, ada pergi jalan2 dgn kawan2 skola rendah..maklumla, rumah masing2 bukan jauh sangat pun kan..hee 9.30 kumpul then kelua rumah, nek turun bus. Pergi tengok Niyang Rapik! ;D bes! Ingat nak tengok My Name Is Khan, tapi xda la pulak..but it's ok. Lepas dah berjalan satu hari, pulang ke rumah dengan senyuman yg puas sbb ade beli baju baru! ^^,

Lepas maghrib, terus je bongkar beg plastik, nak sarungkan baju! Maklumlah, td x pergi fitting room pn..nak cepat2 balik! Memang dari kecik suka cuba2, bergaya dan pastinya seronok sendiri setiap kali dapat barang baru. Haha..=p shirt k, kain bli kt Jakel k, tudung k, kasut k, beg k, sume layan je.. Kalo dapat hadiah, lagi seronok! Waha.. Bukanlah nak berbangga, tp saje je untuk kepuasan diri sndiri..kan kan? Ala, korg pun same..tp saje malu nk ngaku.. :D

Tapi kan, kalo nak jadikan ia satu ibadah, selitkan dgn doa mase nak test2 baju tuh.. Walaupun dengar cam remeh, tp kalo da namanya doa, seringkas mana pun, tetap penting. =)
Doa ketika memakai pakaian/pakaian baru :
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتَنِيْهِ، أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا صُنِعَ لَهُ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ
Maksudnya, "Wahai Tuhanku, bahawasanya aku bermohon kepadaMu dari kebajikan pakaian ini dan dari kebajikan sesuatu yg pakaian ini dibuat untuknya. Dan aku berlindung dengan engkau dari kejahatan sesuatu yg pakaian ini dibuat untuknya."

Doa nih google je..hehe tp kalo nak diikutkan sticker doa yg ditampal dari kecik kat alamari kanak2 aku, simple je. "Allahumma inni as aluka min khairihi wa khairima huwalahu. Wa a a'uzu bika min syarrihi wa syarrima huwalahu." Lebih kurang kat atas, tp ade lain sikit je.

Alhamdulillah..cantik2..hee yg pnting, ttup aurat. Lepas puas berpusing-pusing, tunjuk depan adik, berlagak persis seorang model yg mmg obviously x diiktiraf, bosan syok sendiri (tahu pun..haha), aku pun bukaklah baju tuh.. Doa2, mudah2n perbuatan td sume tuh x dimurkai Allah. "Bismillahillazi laa ilaa ha illa Allah.. = Dengan nama Allah, tiada Tuhan selain Allah". :)

Aha..jangan asek nak beli itu ini je ok. Bak kata pepatah, merangkap ayat biasa bondaku, ukur baju di badan sendiri..hehe kalo teringin sgt, n then x kan mengorbankan prbelnjaan yg lain, mampu dan x over2 mambazir, bli la..whoa! Berhati-hati dgn tipu daya syaitan n nafsu masing2.. shopping spree~ yeay!
Sifat halus dan teliti seorang wanita mgkin menjadi faktor mangapa wanita terlalu berprasangka dan berfikir hingga kadang2 otak jadi tepu dan x mampu lg utk memproses buah fikiran jadi waras. Kita sbgai wanita harus bijak mentafsir apa itu kemahuan dan apa itu keperluan. Eceyh! haha..ingatan utk diri sendiri jugak..
-Diari Sufi-
girls.day.out.;)temi.ikin.nia.asfa.zalina.nad.2ndmac2010,tues.

Tuesday, March 2, 2010

Menanti di Barzakh

Assalamualaikum~ :) 1st time tgk, dlm email czen masa kecik2 dlu..sdeyh..takut semua ada. ='( Insaflah sebelum terlambat kita sebagai manusia yg akan dicabut nyawanya bila-bila masa sahaja...



Semalam, 1 Mac 2010, tiga orang meninggal dunia kat area Pontian Kechil ni.. Ketiga-tiganya agak dikenali oleh keluargaku. Termasuklah, ayh kpd kawan sekelasku, semenjak darjah dua sampailah awl2 form 1. Pakcik tuh umur 47 tahun, masuk 48 tahun 31 Mac 2010 akan datang. Muda la lagi kan..tp Allah lebih menyayanginya.. Umur dy lebh kurang mcm arwah ayah mase meninggal dulu.. Pakcik ni pun meninggal sebab sakit jantung..perokok tegar. Ah, benciii ROKOK!!!!!!!

Kawan tuh nama dy, Adilah Hussin.. Rumah dekat je, kampung depan. Pendiam, dpd dulu mmg cmtuh..tp garang! hehe.. Ade adik 3 org, plg kecik darjah 1 yg mcm x brapa nak faham apa yg berlaku..urm ksian sgt.. Mak dy lak x keje..dila pn x keje gak smentara tnggu result ni, Jumaat ni dy da nak test kereta. Ibu ckp, "Syukur la Dila tuh mmg da ada lesen motor, tinggal nak amek kereta je..bole bawak2 mak dy nty. Arwah ayah dy pun msti da dpt rasa semua tuh..da suruh amek lesen dulu." Aku mengiyakan. Arwah ayah dy dulu keje tukang2 rumah orang. Bila meninggal ni, the whole family felt really lost.... Yela, nty bil api, air, internet, barang dapur semua mana nak cari duit byk.. Dila lak yg tua..bijak orangnye! Nanti kalo dpt sambung blaja, sape nak tolong2 mak dy.. Adik lelaki bawah dy form 3..mstilah bz prepare utk PMR. Tapi, aku yakin mereka sekeluarga ckup tabah utk semua ni. Insya-Allah. Allah kan ada.. :) Dila, jgn risau..kiteorg ade utk kau.. Sabar ok.. Semoga rohnya dicucurkan rahma Allaht. Amin.. Hadiah utk ayah Adilah Hussin, AL-FATIHAH.

Saya pun nak ke syurga akhirat... Cya!

“Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda.

“Mungkin tidak patut ustaz menyoal, tetapi KENAPA?” soalan saya ajukan kepadanya.

Bukan kenapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak.

“Tidak tenteram. Ada gelodak jiwa” katanya.

“Justeru selepas nikah nanti, kalau sudah tenteram dan jiwa kembali tenang, apa seterusnya?” saya menyambung pertanyaan.

“Tenteram itu bukankah sentiasa perlu? Jadi perlukah ada ’seterusnya’, ustaz? Saya keliru,” katanya jujur.

“Izinkan ustaz berterus terang. Jika tenang dan tenteram yang anta maksudkan itu adalah pada nikmat beristeri dan menikmati isteri, hati-hati dengan tabiat nikmat dunia,” saya tidak mahu berbunga kata.

“Tabiat yang bagaimana?” beliau agak kabur dengan perbualan kami.

“Kalau ustaz pakar sambal sotong, ustaz hidangkan kepada anta buat kali pertama, Alhamdulillah. Tengah hari nanti sambal sotong juga, Alhamdulillah. Makan malam nanti sambal sotong lagi, Alhamdulillah. Bagaimana jika sarapan pagi esoknya juga sambal sotong dan tengah hari itu juga berlaukkan sambal sotong. Kamu mampu menjamahnya lagi?” saya beranalogi.

“Aduh, boleh muntah dibuatnya. Jangan, ustaz!” katanya sambil ketawa.

“Benar. Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun ia, sedapnya semasa lapar, semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang rasa, berterusan merasa, bisa sahaja yang sedap menjadi hambar” saya menyambung kalam.

“Jadi, apa yang cuba ustaz beritahu saya?” soal beliau.

“Pernikahan, jangan sekadar satu penyelesaian. Ia harus lebih besar dari itu” saya memberikan kesimpulan.

NIKAH UNTUK SELESAI

Tidak salah untuk percaya bahawa pernikahan boleh menyelesaikan banyak masalah. Itulah hikmahnya pada Sunnah bernikah.

Tetapi kekhuatiran yang timbul, ialah apabila sebuah ikatan perkahwinan mahu dilangsungkan hanya untuk menyelesaikan masalah tertentu, dan selepas masalah itu selesai, perkahwinan itu hilang tujuan! Menjadikan perkahwinan sebagai penyelesaian, hanyalah sebuah hasrat berupa perancangan jangka pendek. Sedangkan untuk sebuah rumahtangga terus membuka laluan sampai ke Syurga, ia perlu kepada perancangan jangka panjang.

Sepanjang kehidupan.

Kebelakangan ini saya dihimpit rasa bimbang.

Tatkala hari demi hari didatangi pasangan yang berkahwin muda mengadu masalah, saya memaksa diri untuk berfikir dan mencari sudut-sudut tersembunyi (blind spot) di dalam tasawwur seorang anak muda semasa mahu bernikah.

“Saya bosan tengok isteri saya ustaz. Salahkah saya berperasaan begitu?” tanya seorang anak muda.

Jantung saya berdebar.

Merenung matanya, saya dapat merasakan ada semacam satu kehampaan di dalam dirinya kerana terbeban oleh perasaan yang gagal disembunyikannya. Syukur, sekurang-kurangnya dia mahu bertanya. Di samping berusaha menemukan jawapan, saya juga dapat belajar sesuatu untuk diri dan dikongsi dengan yang lain.

Bagaimana boleh bosan?

Saya harus mencari jawapan pada titik mula dan titik tengah soalan itu.

Justeru untuk mencari penjelasan pada titik mula, saya persoalkan tujuan perkahwinannya semasa di tahun 2 pengajian lebih setahun yang lalu.

“Kami selalu berjumpa. Saya bimbang hati terus terfitnah memikirkan tentangnya. Alhamdulillah saya tidak bertepuk sebelah tangan. Biar pun ayah dan ibu kami agak berat untuk menyatakan persetujuan, tetapi syukur akhirnya mereka merestui,” cerita beliau.

“Alhamdulillah. Jadi, sekarang ini, adakah anta sudah mendapat apa yang dicari?” saya bertanya.

“Ya, cuma…” beliau teragak-agak menyebut.

“Cumanya sekarang anta sedang dilanda jemu, kan?” saya sambungkan ayatnya yang tidak langsai itu.

Tatkala kita mengejar sebuah ikatan perkahwinan sebagai jalan keluar kepada apa-apa sahaja masalah yang sedang dihadapi, syukur jika masalah itu selesai, dan syukur juga jika masalah itu belum selesai. Sekurang-kurangnya dia masih punya sesuatu untuk diusahakan dalam sebuah perkahwinan. Namun bagi yang masalah sudah selesai di tahun satu pernikahannya, apa lagi cita-cita dan azam yang ada dalam visi dan misinya bagi melangsungkan usia perkahwinan?

Daripada gelisah menjadi tenang dengan nikah.

Timbul jemu, mahu mencari tenang dengan membatalkan nikah?

Na'udhubillah…

Tidak sedikit air mata sang isteri tumpah semasa suami mereka berterus terang berkata, “mengahwinimu adalah suatu kesilapan!”

Sepatutnya masalah seperti ini tidak timbul.

Tetapi realiti sering meninggalkan banyak ’sepatutnya’ terkontang-kanting menjauhi kesempurnaan.

Perkahwinan menyelesaikan.

Tetapi ia bukan sekadar sebuah penyelesaian.

Ia adalah sebuah gagasan.

Impian yang memerlukan pandanganmu jauh sampai ke usia tua, sampai cangkul dan tanah memisahkan jiwa, sampai ke kubur, sampai kamu ke Syurga.

Jadikanlah perkahwinan itu kenderaan yang membawa dirimu untuk ke Syurga Akhirat.
Jangan sekadar syurga dunia.
“Saling berpesan-pesanlah kamu tentang para isteri agar berlaku baik kepada mereka. Sesungguhnya kamu mengambil (menikahi) mereka dengan amanah daripada Allah dan dihalalkan untukmu kemaluan mereka adalah dengan Kalimah Allah” [Hadith riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah]

:) See original post with comments : http://saifulislam.com/?p=7508

Kahwin Semasa Belajar? http://saifulislam.com/?p=4200 

Mengembara itu saranan Allah:
30_42
Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang silam; kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik” [al-Room 30: 42]



p/s: Nak belajar, nak belajar, nak belajar! Jom study! Saya dah rindu nak mula belajar dalam kelas..cepat laa..cepat laa masuk kelas....! ^^, nak mengembara jugak laa..besh2! (excited ouh! =D)
    I love reading, fall in love with books! ;)