Tuesday, November 23, 2010

Sebelum ambang semester 2 :)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته :)


Ya tuan2 dan puan2! Alhamdulillah, bersua kita kembali dalam episod yang ditunggu-tunggu...semester dua! :)) ok, pelik bunyinya. Bak kata seorang kawan nih, "Cepatlah sem 2..tak sabar nak mulakan hidup baru." hak3 mmg betul pun. Masing2 semangat berapi-api berebut balik kolej, untuk memperjuangkan strategi hidup masing2. Eceyh, ayat mcm x bley bla.haha


shafini nih classmate hee bagus2 penyataan anda. tiru bley kan? kire halal. tQ ;p


Hopefully, bukan hangat-hangat ---- ayam. :p xpe, semangat itu ada sudah baikk kan! keh3 niat anda dapat pahala. Tahniah! ;) semangat yang anda semua pancarkan pun tempias kat orang lain. *aku la tuh hee* Terima kasih!  Jom kite bersama2 mengorak langkah penuh semangat bagi menempuh era semester dua [walaupun nervous result tak kluar lg utk pasum], walau di mana jua anda berada. yeah, SE-MA-NGAT orang Malaysiaaa!! Buat yang terbik dan mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan kita. amin (:



Cuti-cuti Malaysia 
Masjid Besi @ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin








Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Located at Presint 3, Putrajaya. [sejarah masjid :] ok, sangat "waahhhh!". haha jakun sikit n excited sederhana.


<3 Tempat letak kereta macam kat shopping complex. hee maju3.
<3 Naik lif bukak kasut. Ohh pertama kali dalam sejarah Melayu patik. Bagus, kesuciaan terpelihara  :)
<3 Main air kat kawasan masjid pun tak pakai kasut.. er..silap2. budak2 kecik je la main air.
<3 Paip wuduk yg maju. Haha semua benda nak pakai 'maju'. ~Bahasa jiwa bangsa~ Ok, tukar 'canggih'. Tapi, sebenarnya xdela canggih sangat. Utk rombongan orang2 kampung mcm aku boleh laa dianggap canggih. :D
<3 Masjid dikelilingi air kolam. Nyaman. Open air. Tapi kan, macam ada ja air-cond kat tiang-tiang. hehe Menurut blog saudara Fauzan, burung tak leh terbang masuk masjid.
<3 Telekung wakaf agak sedikit ye. -.- Contohilah Plaza Angsana, Johor Bahru yg banyak telekung wakaf lagi bersih :)
<3 Teknologi Jerman.
<3 Datuk Dr. Sheikh Muszaphar bernikah di sini.


Taman Botani, Putrajaya

Jemputlah berkunjung bersama keluarga untuk bersantai dan melapangkan fikiran. :) Best ohhh! Sewa basikal boleh, jalan kaki boleh (F.O.C) . Naik tren pun boleh tapi berbayar la. Jumpa ramai pengantin. Ada lah 5 pasang. 





Takde gambar orang. haha. Akhirul kalam, semoga berjaya dalam apa jua bidang yg kite ceburi, (esp, adik2 yg tengah SPM. All the best okie!) demi berbakti kpd agama, bangsa dan negara. وسلام

Thursday, November 11, 2010

Terfikir..buah fikiran bersama. ;)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Biasanya, semakin dekat nak exam, macam2 la gelora jiwa yg mengocak kedamaian hati. Tension sana, tension sini. Eceyh nama pun student mmg familiar dgn “Busy la..hw berlambak..quiz lg..huwaa stress2” haha biasela tuh dgr org tension. Tapi sesibuk mana pun kita nih, tak terbanding ngn Rasulullah. Baginda lagi banyak tanggungjawab untuk agama, bangsa dan negara. Sebagai rasul, panglima perang, pentadbir negara Islam Madinah, suami, qadhi dan sebagainya. Tapi, sebanyak mana pun taggungjawab yg digalas, Baginda lah insan yg paling banyak mengingati Allah S.W.T. Suka bila kawan2 da pandai cakap "Baik-baik jalan. Ingat Allah". Tapi pernah berlaku kes seorang kawan nih, bila dy pesan kt si W, 'Ingat Allah', then si W seolah-olah x dapat terima nasihat ikhlas tersebut. "Perli ke ape. Cakap macam aku tak pernah solat je." Astaghfirullah.. Allah tidak akan mghukum seseorang kerana berbaik sangka, tapi Allah akan menghisabnya dan menghukumnya kerana buruk sangkanya terhadap orang lain.


Through the darkness, through the pain, I seek a light, the light of hope, Allah is my ONLY hope.

Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang :)


Sekelumit mengingati-Nya, selaut rahmat dijanjikan-Nya


[sila klik pada gambar untuk zoom]

Hee kita baru student, blum jadi tenaga kerja professional lg da mengeluh macam2 kerja berlambak2, tak cukup masa la, xcukup tdo, xda life. Haha theres no such thing. Elakkan diri dpd terjerumus ke dalam kancah neraka dunia. Maksudnya, cuba sedaya upaya utk elakkan diri dpd buat benda2 lagha o kurang faedah. Misalnya, lepak2 sampai 3,4jam berbual kosong ditambah perasa mengumpat. Adeh..kalau cakap pasal ilmu duniawi ukhrawi  kan sejuk hati mendengarnya, pahala dapat, minda pun terbuka, hati bercahaya, muka turut berseri-seri . Tak gitu?  Eh nak taw, try la sendiri, baru mujarab. ;)

Tapi mcm mana nak buat tuh? Kawan2 bukanlah semua islamik sangat, nk bg ilmu pun agak segan2 sebab takut tersilap bicara habis semua salah faham. Xpun, situasi seperti ini mungkin berlaku di mana2  selepas result final sem keluar :

“Tadi aku ada terbaca tips nk terangkan hati dpd Ustazah Siti Nor Bahyah taw. Nk bg tazkirah la nty. Tapi..eh tak nak laa bg tazkirah..dak 4.00 kan ramai. 3.98 un org xmaw pandang. Cuba kalo dak 4.00 habaq apa2, semua org pakat2 nak dengaq, wajib ikut..seganla pulak aku nk share ilmu..”

“Eh tak nak lah join usrah. Majoriti budak skola agama, tudung labuh. Seganla weyh.. Huu..ilmu agama dyorg mcm dah setinggi gunung, aku nih sejengkal cuma. Xpun, nty kalo dyorg semangat bercerita, aku blur tak faham istilah2 yg islamik sangat tuh”

Hakikatnya, inilah mentaliti segelintir remaja (kite ke? jum tgk cermin. :D) . Rasa rendah diri yg teramat sangat dalam situasi yg kurang sesuai. Setiap org kepakaran n kebolehan diri tak sama. Itulah gunanya kita berkawan dan berkongsi, untuk saling melengkapi. Bagi je ilmu tuh kat kawan2..xluak pun, makin bertambah pahala ada lah, untung2 bley jadi saham akhirat. Insya-Allah. Xpun, kawan tuh boleh ingatkan kite balik mse kite memerlukannya. Kalo dalam skop menuntut ilmu, jalan dah terbuka n jelas depan mata, tambah lagi dah ada yg menjemput, [misalnya, ajak join usrah :)] jomlah berebut masuk, buang jauh2 rasa segan. Kalo tak, sampai bila baru nk topup ilmu agama? Kata nk masuk syurga.. Kan wajib tahu pasal agama kita. Walaupun kita sekolah sains, tak pun sekolah menengah harian, kena tahu juga soal2 hukum fiqah ni. Kita semua nak masuk syurga, bukan ustaz2 o mereka yg belajar kt skolah agama je. Jadinya, ilmu fardhu ain nih bukan kawan2 skola agama je yg kene pandai taw, kita pun kene pandai juga :) Lumrah manusia memang perlu selalu saling mengingatkan, kan?

Ukhwahfillah. Gugusan doa terasa berterbangan kepada sahabat daripada sahabat.

و الله أعلم .  وسلام 

Friday, November 5, 2010

Dia itu bunga, wahai kumbang :)

..السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


 
Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
Kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.

Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu,
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.
Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!
Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa
Bukan aku memaksa.
Tapi aku terpaksa
Sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
Dia perlukan jawapan.

Petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
Andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
Andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu
Andai kamulah kumbang sakti itu..
Buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu
Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti


"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanyang dikehendaki-Nya."
[At-Talaq:2-3]












Buku di atas ni boleh dikatakan sambungan Denyut Kasih Medik~ :) kawan2 ramai promote sbb best3! hee tp insya Allah esok baru nk beli sendiri. Sesuai utk semua peringkat umur. [best book fr Muslim women ;)]

و الله أعلم